SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Oktober 2010

AKTA MAJLIS PENETAPAN GAJI 1975 AKAN DIGANTI - SUBRAMANIAM

Bernama
13/10/2010



KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu.

"Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, dicadangkan satu akta baru digubal bagi menggantikan akta sedia ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, Rabu.

Hadir sama timbalannya Datuk Maznah Mazlan, Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamalauddin dan Timbalan Presiden MTUC Khalid Atan.

Subramaniam berkata, kementerian itu juga sedang memperincikan sama ada untuk mengaplikasikan penetapan gaji minimum berdasarkan sektor, wilayah ataupun daripada segi kebangsaan.

Katanya, jika dibuat daripada segi kebangsaan penetapan gaji minimum itu akan melibatkan semua sektor manakala dari sudut wilayah kadar penetapan gajinya mungkin berbeza mengikut tempat berpandukan kos kehidupan di kawasan berkenaan.

"Kalau kita memutuskan berdasarkan sektor, maka kita kena lihat semua sektor. Jadi, keputusan dari segi pelaksanaan dan caranya belum ditetapkan. Ini semua akan ditetapkan selepas membuat kajian lebih terperinci," katanya.

Beliau berkata, dalam membuat keputusan itu kementerian juga perlu melihatnya daripada segi undang-undang antarabangsa kerana kerajaan tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan asing.

Mengenai forum itu, Subramaniam berkata kerajaan sememangnya sentiasa terbuka bagi mendengar segala pandangan sebelum sesuatu keputusan dibuat tetapi berharap ia tidak dijadikan perkara politik bertujuan memenangkan sebelah pihak untuk jangka masa singkat.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan secara rasional dengan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama kerana kerajaan tidak mahu hanya menetapkan gaji yang sesuai untuk pekerja tetapi dalam masa yang sama keputusan itu boleh menjejaskan keupayaan negara dalam menarik pelaburan asing serta menyukarkan majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan.

"Oleh itu saya telah minta semua pihak jangan lihat isu ini dari segi emosi tetapi lihat dari sudut rasionaliti dan membuat keputusan demi untuk kepentingan negara untuk jangka masa panjang.

"Kita tidak mahu mendapat kepentingan politik untuk jangka masa pendek kerana mungkin ada pihak yang akan melakukan sedemikian, oleh itu semua pihak mesti bertanggungjawab dalam hal ini dan melihatnya dari sudut kebangsaan," katanya.

Khairy dalam ucapannya berkata, forum tersebut bukan platform untuk menetapkan gaji minimum kerana pada dasarnya perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan tetapi lebih kepada perbincangan mengenai apa yang diharapkan pekerja dan majikan daripada kerajaan apabila dasar itu diputuskan kelak.

Katanya, forum itu lebih menumpukan kepada perincian dan perbincangan kepada persoalan bagaimana gaji minimum dilaksana sama ada secara umum atau berbeza mengikut sektor serta bagaimana ketetapan gaji dibuat dan tahap gaji minimum yang sesuai.

Forum sehari itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN.

BERNAMA

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila lg gaji nk naik??? ingatkn akan dibentangkn smasa bajet jumaat ni??? knp nk tunggu smpai mac depan??? sedangkan bulan mei lepas PM dh sebut dh psl gaji minimun ni????

Tanpa Nama berkata...

salam..ini lah masaalanya kita..birokrasi..ke kerana pembentang- pembentang kertas kerja ni takada maklumat atau tak pernah ada pengalaman makan gaji kot,atau sesaja nakkan political mileage..knapa tiada wakil dari cuepacs..hairan jugak kan..kita ingat dah nak implemant dah hal hal gaji ni..rupa rupanya masih dalam kajian lagi..

Tanpa Nama berkata...

Dekat Pilihanraya nanti mungkin di media2 akan menyebut durian runtuh bagi penjawat awam apabila bonus serta kajian semula bagi gaji kakitangan awam dalam proses penambahbaikan selepas pilihanraya nanti, apakah tindakan anda ?

Tanpa Nama berkata...

Menakutkan je statement ni, "dalam membuat keputusan itu kementerian juga perlu melihatnya daripada segi undang-undang antarabangsa kerana kerajaan tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan asing."

Adakah ini bermakna kalo penetapan gaji min rm 1500, maka maid indon pom kita kene bayar gaji mereka rm1500?

Tanpa Nama berkata...

mmg laa lambat lagi untuk naik gaji kalau dah melibatkan akta..terpaksa wat research dulu..pastu kene bahaskan pulak..kene ada maklumat..bukan simply buat keputusan je..keputusan ini melibatkan semua rakyat Malaysia dan pendatang asing..kene tengok apa impak terhadap negara..kesan jangka singkat dan jangka panjang..baik dan buruknya..bukan untuk memenangkan sebelah pihak saja..

Tanpa Nama berkata...

semua ni hanya gula-gula pilihanray je.. u all msti tahu pilihanraya dijangka hujung tahun ni hingga mac tahun hadapan..oleh yang demikian kalu hendak akta di bentangkan undilah ???????? itu lah rashia nya

Tanpa Nama berkata...

tu le kalau bab buat kajian kita no 1 ha......... kaji saja lah puas2 ha...........dah berapa tahun buat kajian?

Tanpa Nama berkata...

Sure kena kench lg la kali ni hai apalah nasib, walu cam mane pun kena ingat undi akau ada kuasa mengubahnya insaallah

Tanpa Nama berkata...

ha.....kajian lagi..... kalau bab naik kan harga barang tak perlu kajian mendalam terus umum dalam berita harga barag ni naik, ini lah kita......

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 terpikir inilah nasib penjawat awam yg bergantung pada gaji bulanan, barangan sekarang dah melepasi kadar lebih 75% dari index gaji semasa penjawat awam atau dengan lain maksud kuasa beli dari gaji penjawat awam ini telah menurun sebanyak 75% sebab tulah belum cukop bulan gaji dah habis.

Yang membuat dasar tak nampak masaalah ini munkin mereka lebih mementing isu yg lebih besar lagi.

Tanpa Nama berkata...

apesal plak gaji pak dan mak indon atau bapak bangla nak di samakan dengan gaji kita warga tulin Malaysia !!! apa kena mengena dengan undang2 gaji antarabangsa..bukan puak2 tu yang bayar gaji kita dan warga asing yang datang kerja kat sini, bukan kita yang ajak atau jemput..pastu buat hal kat Malaysia..adil ke...

Tanpa Nama berkata...

haa....kaji jangan tak kajiiii....biar semua barang naik....biar semua lingkup janji semua menteri pi melancong dan beli barang mewahhhh.....kan Rakyat Didahulukan....habih jahanam...10 tahun lagi pun xabis kaji...kerajaan kalo bab kaji memang pakarrr....HAMPEHHHH

Tanpa Nama berkata...

harap semua pilihan raya nanti semua pilih PAS,,,,,,yang BENGANG dan Anti UMNO

Ari berkata...

Tak pe...rakyat bijak, untuk menilai setiap penjelasan...jika rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, sepatutnya the first yg Najib pertimbangkn dlm Bajet 2011 adalah rakyat...semua rakyat, bukan segelintir rakyat, pemberian bonus atau naikan gaji..itu antara salah satu...PM dah tahu isu ini beberapa bulan sebelum bajet 2011...tapi tak ada dipertimbangkn..tu yang ulasan2 dalam blog ini tercetus dan memang tak sedap dibaca..saya takut produktiviti kerja PA di Malaysia terjejas, sekaligus pencapaianya...kita tak nak lah hanya kerana isu ini kira2 1.2 PA ini berpaling pada PRU 13 nanti ...dengan jujur saya katakan, saya yang juga mengharap Bajet ini membawa berita baik mengenai isu ini, amat kecewa dengan Bajet pada kali..harap perkara ini dipanjangkan.