SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Oktober 2010

BONUS KAKITANGAN AWAM PUNCA DEFISIT

Utusan Malaysia
29/10/2010




Penganalisis kewangan Yeo Ming Wan dalam halaman sembilan akhbar Nanyang Siang Pao bertarikh 19 Oktober 2010 mengulas mengenai isu pemberian bonus kepada penjawat awam. Katanya, jika kerajaan beri bonus kepada kakitangan awam seluruh badan akan terasa bisa. Apa yang terjejas ialah wang operasi kerajaan, yang sepatutnya RM162.8 bilion akan meningkat kepada RM165.9 bilion.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 langsung tidak menyentuh tentang isu bonus kakitangan kerajaan. Penulis itu menekankan bahawa bilangan kakitangan kerajaan terlalu ramai dan disebabkan itu, Najib menyatakan kepayahan kerajaan untuk membayar bonus. Penjawat awam adalah seramai 1.2 juta.
''Perdana Menteri menyatakan jika semua kakitangan awam diberi bonus, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM3.1 bilion. Sumber pendapatan kerajaan terhad dan tidak dapat menanggung semua itu.

''Dan beliau berkata sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab beliau perlu pastikan pengeluaran tidak melebihi pendapatan,'' tambah Ming Wan.
Jelas penulis berkenaan, sebenarnya dalam Kerajaan Persekutuan sudah lama berlaku pengeluaran melebihi pendapatan. ''Yang paling menonjol ialah pada kemelesetan ekonomi tahun 2008. Kerajaan lancarkan dua pakej pada tahun 2009. Defisit kerajaan sebanyak RM 47.4 bilion dengan nilai tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jika bonus mahu diberi juga maka sebanyak RM3.1 bilion duit kerajaan terpaks
a dibelanjakan dan ia akan membuatkan kerajaan sesak nafas. Katanya, pemberian satu bulan bonus kepada kakitangan kerajaan umpama satu suntikan pada tempat yang paling lemah di badan.

''Jika kerajaan luluskan peruntukan berkenaan, defisit kerajaan akan meningkat daripada RM45.56 bilion kepada RM48.66 bilion,'' tambah beliau. Kata Ming Wan, dalam kos operasi kerajaan perkara yang perlu dikurangkan ialah pembayaran elaun. ''Elaun pada tahun 2010 sebanyak 22 peratus iaitu RM24.9 bilion. Pengurangan untuk tahun depan akan dilakukan sebanyak 4.9 peratus iaitu kepada RM23.7 bilion. Tetapi kerajaan belum halusi keperluan sebenar untuk mengurangkan elaun tersebut, cuma berdasarkan pengalaman yang lalu,'' katanya.
Dalam pada itu, penulis itu menegaskan sepatutnya kakitangan kerajaan meningkatkan produktiviti. Dalam jangka masa panjang, jika kerajaan mahu perubahan, perhatian perlu diberikan kepada peningkatan produktiviti kakitangan kerajaan yang ramai itu.
Relevan Sejarah sebagai subjek wajib lulus

Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian menulis sebuah artikel yang mempersoalkan mengenai kewajaran subjek Sejarah sebagai wajib lulus seperti yang disiarkan akhbar itu pada 26 Oktober lalu. Tulis Ding Xian orang ramai tertanya-tanya kenapa perlunya Sejarah menjadi subjek lulus dan bukannya bahasa Inggeris, Matematik atau bahasa ibunda?
Subjek Sejarah diakui penting kerana dalam mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, ia adalah perjalanan penting dan boleh menjadi penambah nilai yang sebenar. Tetapi subjek sejarah itu diperlukan untuk politik. Contohnya seperti sejarah pemerintahan kerajaan Melaka, UMNO menerajui negara ini sehingga mencapai kemerdekaan, adanya kontrak sosial dalam masyarakat yang tidak boleh diganggu gugat dan Barisan Nasional telah membawa negara ini menjadi aman dan makmur.

Sejarah ini mungkin mahu diturunkan kepada generasi anak cucu. Di negara-negara maju, bahan sejarah bukanlah pendidikan ideologi mereka. Sebaliknya sejarah itu menjadi bahan inspirasi pemikiran awal rakyat. Mereka tidak menjadikan subjek Sejarah sebagai alat untuk berkhidmat kepada politik. Ia semata-mata untuk pendidikan naluri kemanusiaan dan sebab kewujudan subjek itu semata-mata untuk kemajuan dalam masyarakat mereka.

Sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah di Amerika Syarikat (AS), diterangkan mengenai orang Eropah yang berhijrah ke tanah besar Amerika. Pelajar-pelajar kemudiannya akan mengkaji bahan sejarah itu dan mencari bahan serta buku rujukan, membuat tesis mengenainya. Inilah baru benar-benar cara mendidik mata pelajaran Sejarah.
Tetapi kita tidak berani memikirkannya. Adakah dalam kaedah mengajar subjek Sejarah itu guru-guru membenarkan perdebatan mengenai sejarah Semenanjung Melayu ini? Tamadun Hindu wujud sebelum tahun 1400 sebelum Masihi atau sejarah selepas tahun 1400 iaitu ketika zaman Parameswara datang ke Melaka?

Sama juga sejarah UMNO, MCA dan MIC. Selain parti ini, adakah sejarah parti-parti lain dimuatkan ke dalam subjek Sejarah. Antaranya pertubuhan dan gerakan sayap kiri serta sejarah sebenar perjuangan untuk kemerdekaan.
Berkenaan kontrak sosial dalam masyarakat pula, pakar sejarah sekali pun tidak faham dan merungkaikan mengenai hakikat ini. Bukankah mewajibkan syarat lulus subjek Sejarah itu akan hanya menggerunkan pelajar? Sedangkan keputusan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO. Bukan diserahkan kepada pakar sejarah untuk dikaji dan dibincangkan. Keputusan dibuat seperti tidak dipolitikkan tetapi orang ramai berasa janggal.

Baju Melayu dan politik Baju Melayu yang menjadi pakaian rasmi semasa Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu mendapat perhatian luar biasa daripada Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian yang menulis mengenainya di ruangan pendapat akhbar itu pada 27 Oktober lalu. Ting Hian menerusi artikel berjudul 'Politik dan pakaian' itu melihat pemakaian baju Melayu termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa mesej tersendiri.
Di sebalik slogan UMNO iaitu 'untuk bangsa, agama dan bahasa' iaitu kata-kata yang 100 peratus tidak lekang daripada perkauman, pasti akan rasa janggal dan diragui keikhlasannya jika ia dilaungkan dengan memakai kot atau batik. Sebab itu tidak pernah kelihatan pemimpin UMNO pada perhimpunan itu tidak memakai baju Melayu.

Jika pada mesyuarat Agung MCA pula, apa yang dapat dilihat ialah pakaian berwarna putih iaitu pakaian seragam parti. Tidak kelihatan baju Cheong Sam atau pakaian Tongshan. Komunis di China yang meniupkan suara perkauman juga semuanya mengenakan kot yang begitu segak semasa perhimpuan agung mereka.

Semasa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan itu, ucapannya berketerampilan. Beliau mahu UMNO bersikap terbuka dan menerima serta menjaga kepentingan kaum lain. Tetapi dalam dua hari berikutnya, walaupun perwakilan berhujah mengenai jasa dan kehebatan yang dilakukan UMNO, apa yang disarankan Najib itu langsung tidak kelihatan.

Walaupun suara dalam perhimpunan itu agak lebih terbuka berbanding sebelum ini, tetapi pada dasarnya ia hanya berpaksikan kaum. Sedangkan Najib semasa ucapan penutup juga, mula menampakkan nilai kaum yang susut. Beliau terpaksa kembali kepada perjuangan asal UMNO. Dua hari selepas Perhimpunan Agung UMNO, Najib kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai Perdana Menteri untuk melancarkan konsep perubahan ekonomi negara.
Kali ini beliau hadir dengan mengenakan baju kot Barat, bertali leher kegemaran beliau iaitu berwarna merah. Ucapannya dalam bahasa Inggeris. Ucapan Najib dari sudut isinya memang bertaraf antarabangsa dan cukup global. Kebanyakannya berkisar mengenai peluang komersial dan perdagangan, pembangunan serta daya saing ekonomi untuk masa depan. Hadirin yang ada pada hari itu semuanya sudah semestinya mengenakan pakaian kot ala Barat.
Jika mereka bukan ahli perniagaan sekali pun mereka ini sudah tentu kumpulan profesional. Tidak mungkin dalam majlis seperti itu, ada yang mengenakan baju Melayu dan menggunakan bahasa Melayu untuk berbincang mengenai isu dan masalah kaum.

''Baju kot ala Barat atau baju Melayu sebenarnya keperluan dalam politik. Mengenakan pakaian dan menggunakan bahasa itu semuanya perlu mengikut tempat dan situasi yang sesuai. Jika tidak jelas, ia boleh mencelarukan fikiran kita," tulis Ting Yian.

56 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu tulisan yg penuh dgn ampu sanadan ampu sini dan tidakbenar sama sekali,memang pembayaran bonus melibatkan angka yg tinggi tetapi kaji kesan positifnya kpd moral penjawat awam.tentang subjek sejarah menjadi subjek mesti lulus dikatakan lahir dalampersidangan umno macamana tentang sains dan matematik dalam bahasa ingeris tidakkah ianya lahir oleh idea tun dr mahathir tanpa berbincang dgn pakar2 sains dan matematik,penulis juga seorang yg perkauman yg mengutungkan bangsanya ia akan setuju tapi yg tidak dia akan kata tidak relevan

Tanpa Nama berkata...

memang la nanyang cakap mcm tu sbb dalam kakitangan awam ni kebanyakan nye bumiputra iaitu melayu/sabah sarawak,cuba kalau ramai cina jadi PA..ada dia nak artikel mcm tu?

toksah nak cakap ekonomi ke ape ke,artikel ni bukan citer pasal ekonomi sebenarnya tapi pasal politik..asyik cakap defisit la,sumber pendapatan terhad la...cakap je tak pandai nak jaga duit dan tak pandai nak memerintah negara.kan senang..banyak sangat duit abis untuk parti dan pilihan raya...tak cakap plak defisit ngan sumber pendapatan terhad...

tapi takpe,PRU nnt kita kasi tukar kerajaan...bagi peluang pembangkang cuba plak...

Tanpa Nama berkata...

bagi la 100 alasan pun.PA dan tak boleh terima pemimpin skrg ni dah.3 tahun tak ada bonus, kepala apak dia defisit

1 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Bonus kakitangan awam satu defisit ... menara 100 tigkat dan projek binimu 111juta defisit tak???... x yah cerita pasal bonus2x ni..menyakitkan hati jerr.. 3 tahun dah x dapat ..

Tanpa Nama berkata...

kepada semua kakitangan awam sudah lah jangan bicara lagi soal bonus begitu juga cuepacs kuasa di tangan kita setiap 5 tahun percayalah apabila dekat dgn pru13 nanti tak payah merayu tetap dia bagi dari dulu lagi apa dia kata nanti ekonomi malaysia meningkat boleh bayar bonus

Tanpa Nama berkata...

x pa xpa pru nak mai ni kita defisitkan pula BN

Tanpa Nama berkata...

ada jugok cina upahan yek..jarang dengo skrg ni cina yg nak kipas dan isap BN kaw2..yg aku tau cina mesia seme tak sokong BN..ni mesti cina sesat..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kasih bonus akan motivates PA,terutama kpd sokong group yang majoriti - thats the key factor.macam mana dapat rasa patriotic feel bila kocet sentiasa kosong?yang atas2 tu no pobem kalau ada atau tidak ada bonus. beli itu 2scorpene atau kapal selam - itu kuat defisit.lu olang tau berapa kosnya maintain submarine setiap tahun? berjuta juta juta. bila betul2 perang.negara lain cuma tekan butang nuclear missles - habis tak payah show off,ada kapal serang cukop lah...bina warisan 100 stories lagi terok.

Tanpa Nama berkata...

x pa xpa pru nak mai ni kita defisitkan pula BN

sokong PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

selagi malaysia di bawah BN, selagi PA tak akan dapat BONUS....tukar kerajaann.....kasih anwar jadi PM....maybe ada bonus 1.5 bulan


hidup pkr

hamid n41 berkata...

hidup BN. kata2 yg benar kita jgn politikkan. ni PA asyik terpengaruh dengan pembangkang susahlah. kan menteri dah bagi penjelasa, apa lagi yg kita nak?/

Tanpa Nama berkata...

defisit konon..macam le kakitangan awam buta ekonomi.

time nak bagi bonus..defisit la,ekonomi menguncup la, belanja berhemat la dan sebagainya..tapi bab2 ke mana duit lesap berbillion ringgit tak sebut..

nak kami kupas satu persatu ke..

Tanpa Nama berkata...

Semua mengarut...BN sememangnya tidak dapat memerintah dengan baik...aku dulu memang peyokong setia BN tapi kini kepercayaan aku pada BN dah takde apa2 lagi...Pengalaman aku dngan BN mereka banyak main taktik kotor. Aku sendiri dah terkena...takkan nak sokong lagi.Semua kerana duit...BN BN...apa korang nak jadi sudah ler sering memburukkan pembangkang...ada korang tgk tv kata pembangkang nie dikatakan baik semua tidakkannya tidak betul.. BN sebenarnya dah byk lingkupkan duit rakyat pasal tue kita tak dapat bonus...Sebagai sebuah negara yang makin maju sepatutnya kerajaan membela nasib PA, rakyat yang miskin, golongan yang masih mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Ini tidak duit haya habis dekat kroni2...yang kaya terus kaya yang miskin makin papa kedana...

Tanpa Nama berkata...

yalah kalau taknak kasi defisit sana defisit sini,bila time nak election defisit terus jadi bulshit,kasi saja asal saja menang,tak caya tengok nanti,tak payah kita nak minta,makan duit untuk kroni sendiri pakar ekonomi tak bincang juga

Tanpa Nama berkata...

sedih dengan BN..................SEDIH

Talib berkata...

apa yg kau sedih? tiap2 bulan Umno xpernah lpa bayar gaji kita, tu pun x bersyukur. x lama lagu durian runtuh bila RM500 dimasukkan dalam akaun kita. subhanallah banyaknya. kalo ko x caye kita ni bertuah, cuba tnya org2 somalia dan haiti, diorg dpt x duit RM500? jika bukan kerana Umno dan BN, jangan haraplah!!

Tanpa Nama berkata...

Umno bayar??BN hanya menguruskan duit rakyat maa...kalu pandai mengurus dah tentu PA dapat bonus pon..sekolah ke dok mu Talib?

dinmaidin berkata...

alahai Talib ni...bila pulak la Umno yg byr gaji kakitangan awam...aku rse kerajaan yg bayar...come on la...ade org Umno ckp, staf gomen x boleh nk sokong PR sbb BN memerintah, abis tu kalau keje kt selangor,kita x boleh sokong Umno la kn...sbb PR memerintah...haha...Umno ka, PAS ka, DAP ka, sume tu parti politik...kerajaan dan parti politik dua prkara berbeza...

Tanpa Nama berkata...

en talib membandingkan kita dgn haiti dan somalia? tentang rm500 tu..kenapa tak banding jalan ber TOL..harga minyak..harga barang dan semua yang berkaitan dengan perbelanjaan kita dengan orang somalia..termasuk jurang pendapatan..di sana semua miskin tak pe le..dimalaysia yg kaya mempengaruhi kuasa membeli dan kesihan pada yg miskin.

razak berkata...

Antara punca kantung kerajaan defisit sbb nk 'tolong' :-

1. Perwaja - RM10b
2. Pos Malaysia - RM227juta
3. Sime Darby - RM1.5b
4. MAS - RM2b
5. Jambatan Bengkok - RM500j (pampasan)
6. Kehilangan blok myk kpd Brunei - RM360b

banyak lagi skandal-skandal yg merugikan negara. anda fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

SI OMAR NI DAH DAH LAH TU PASAL BONUS. MINTA LAH NAIK GAJI,ELAUN2 KE ,MCM ZAMAN PAK LAH DULU..BAGI GAJI NAIK 35% TAK DAPAT BONUS PUN PA TAK MARAH. AKU BERSYUKUR PADA ALLAH MASA PAK LAH UMUMKAN NAIK GAJI.. walau pun selepas ceupac cuba piket..TIMA KASIH PAK LAH..

Tanpa Nama berkata...

pembetulan...bukan ceupacs cuba piket,,yg sebenarnya ( baru ura2 nak buat piket.) harap maaf

Tanpa Nama berkata...

heran kerajaanni apabila orang bonus dia kata difisit,di batu sapi tadi umum sekolah baru 30 juta,masjid baru 5 juta,bantuan ke sekolah cina, danmacam2 bantuan dan projek mee segera berjuta2 ada duit.cerita dekat orang kampung dan pelabur luar ekonomi kita mencatat peningkatan.ibarat emak tiri,anak tiri minta duit beli buku dia kata tidak ada duit,anak dia minta beli ps2,dia beriduit lebih supaya beli ps3,itulah nasib penjawat awam,siang malam ditipu

Tanpa Nama berkata...

apa kata kita buat dek je apa yg dinyatakan dalam media cetak atau elektronik.Sbb sememangnya kita boleh fikir kata2 tu masuk akal ke tak...Kita tunggu je pilihanraya nanti.ha....ha....keje tetap keje.Tanggungjawab kena tunaikan jg.Masa depan kita pun kene fikir sama.He..he...

1 Malaysia

Tanpa Nama berkata...

korang semua pengampu pengampu orang kaya

Orang Kampong berkata...

Kita ubah pemegang amanah sekarang ni (BN). PRU 13 PR pula jadi pemegang amanah.. amacam??? Duit Kerajaan bukan duit BN tapi duit perbendaharaan..

Tanpa Nama berkata...

BN pelesit itu sebab defisit

Saudara PM berkata...

SUDAHLAH BINCANG PASAL BONUS DAN DIFISIT.
YANG MANA NK KERJA SILA KERJA.

YANG MANA RASA NK BONUS ATAU ELAUN LEBIH BUAT KERJA SENDIRI.

JANGAN HARAPKAN DUIT YANG TIDAK PASTI SUMBERNYA.

Tanpa Nama berkata...

aku tungguje PRU 13 datang nanti.....aku dan keluarga aku tentu sokong pembangkang kerana najib tak menghargai PA pun,..

Tanpa Nama berkata...

kalau Galas BN kalah, Batu Sapi kalah, maknanya bye bye le BN pru13 nanti...

heeeeeeeeeeeeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

Ya...Najib meluluskan bajet lebih kepada menambahkan kelab malam dan pusat hiburan larut malam...katanya boleh menjana pendapatan RM1.2 bilion setahun....aku sumpah aku kena sambar kilat kalau aku cakap bohong...culah check kat internet sejauh mana benarnya kata aku...cubalah semua fikir adakah Najib nak habiskan duit rakyat untuk memuaskan nafsu bodoh sombong anaknya dan dia yang asyik berfoya-foya di nightclub tu...Subahanallah

halim Jempol berkata...

hab hiburan itu satu cara utk menambah pendapatan, ni dok bantah je pesal, mesti penyokong pembangkang.

bantuan ke sekolah cina tu pun bantuan ikhlas, bukti jelas hanya BN mampu memerintah. jika PKR ikhlas, pernahkah bagi bonus pada PA? ciisss

dinmaidin berkata...

alahai halim Jempol, kalau nak rasa PKR atau PR bg bonus, kita bg mandat dlu la memerintah kerajaan pusat. apsal prkara simple cmtu pun bengap xleh nk fikir. come on la org melayu. jgn la bengap sgt.

Najib berkata...

kalau KERAjaan BN buat kelab malam, sume kta nk tmbh pendapatan. cuba tengok kalau kerajaan PR buat kelab malam, tu dia puak2 'keris' sume pakat tnjuk perasaan. naahhhh...

Rahman Nanyan berkata...

itu fitnah kepada ketulusan kerajaan BN membuat keputusan. BN dan Umno tidak pernah menggunakan taktik kotor untuk menganiaya pembangkang, tetapi pembangkang selalu menghasut rakyat kononnya harga barang naik la, petrol mahal la, itu lah lni lah... naiknya cuma 10 sen tapi kecoh je lebih.

Kerajaan BN sudah jelaskan dngan teliti dan berhemah kenapa bonus tidak dibayar,ianya demi kesejahteraan PA juga. silalah buka mata betapa pemimpin mulia dan tawadduk seperti PM dan menterinya amat bijak memerintah negara. Dah dapat bantuan ehsan, kita semua amat bersyukur

seperti saudara talib dan halim katakan itu, mereka adalah golongan PA yg sedar diri dan insaf akan nasib bangsa

Tanpa Nama berkata...

untuk penuh kocek puak2 die boleh la..ckp senang la..yg nmpak mcm tawadduk..yg x nmpak???mcmne bro???

Tanpa Nama berkata...

Rahman,talib dan halim buta dek gula gula BN..kesian x nmpak2 gi korang yek..huhu

Tanpa Nama berkata...

tahniah ,pandai anda membuat analisis.saya cadangkan anda juga membuat analisis yang sama bagi syarikat swasta yang memberi bonus yang majoritinya sangat tinggi.Biarlah kakitangan awam yang majoritinya bumiputera sengsara.

dinmaidin berkata...

aku sbnrnya xkisah sgt gaji aku kecik atau besar dan xdpt bonus sekalipun...aku xkisah nk mkn ubi kayu..tp aku amat2 lah kisah kalau aku dapat pemimpin yg tau menipu..ckp ekonomi malaysia tiptop, tp hakikatnya dh 13thn defisit..kalau defisit,tu namanya bodoh ke atau pandai memerintah..yg kite ni rakyat biasa sume srba kekurangan..yg pemimpin tu, sumenye ditanggung..skrg ni,kerajaan yg ptut tolong rakyat ke atau rakyat yg kene tolong 'orang' kerajaan??...

aku sbg rakyat biasa bknnye nk kerajaan tlg aku dr segi duit atau bantuan lain...yg aku nak hanyalah kebebasan ekonomi,mempunyai pemimpin yg adil,tidak kronisme,tidak rasuah dan ..........korg pikir la sndri...

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang yg suka makan BABI..jawapannya macam BABI..GAMPANG

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang yg suka makan BABI bercakap dan menulis..cerita &jawapannya macam BABI..GAMPANG..CELAKA..HARAM JADAH

Tanpa Nama berkata...

Oooo 3.1 bilion dipisit.Yg 5 bilion hapah x kata apa.Ihhh2 kerajaan buat kat PA mcm semua PA bodoh.Nanti PRU13 mai pakat kempen tumbang BN.

Dah Penat berkata...

Kita bising2 kat sini Najib baca ke...Muhyidin tengok ke... buang masa... Dia orang fikir ke kesusahan rakyat... yang dibantu pada kawasan yang nak pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

tambah kelab malam ni bukan nak jana ekonomi, tapi nak jana dosa.

anak luar nikah pun mungkin akan dijanakan. sekarang punya anak luar nikah pun dah tak terkontrol, inikan pula dah ada kelab malam esok lagi le dasat..

khir baharom jadi menteri agama pun sonyap jo tak kate ape2 pun...

menteri..menteri...

dia ingat dosa pahala dak tak tau la...

payah beb nak masuk kubur esok...

insaf2 lah...

Tanpa Nama berkata...

Jawapan isu ibi akan dibuat oleh 1.2 penjawat awam pada pilihanraya yg akan datang PRU13, insallah disana ada jawapan yg lwbih tepat

Tanpa Nama berkata...

Ia kita tunggu pada pilihanraya diakan datang pasti akan ada jawapan yg paling tepat oleh 1.2 juta penjawat awam dalam menjawab isu ini, sama2 kita nantikan pilihanraya Umum

Tanpa Nama berkata...

Bangsa pendatang yang takut pada bayang2 sendiri sekiranya subjek Sejarah WAJIB lulus! hahahaha... Itulah REALITI yang harus ditelan... tengok balik asal usul, keadaan merempat masa dulu, turun dari tongkang lagi banyak bunyi skarang ni nak mintak itu dan ini... TUTUP SEKOLAH CINA, INDIA...BUAT SATU SAJA SEKOLAH ALIRAN! WAJIB LULUS Bahasa Melayu & Sejarah untuk SPM!!! Nak belajar bahasa ibunda...belajar sendiri dirumah!

Tanpa Nama berkata...

"TIADA BONUS PA PUNCA BN TUMBANG DI GALAS & BATU SAPI!!"

Tanpa Nama berkata...

xpayah cerita banyak duit zakat pun diselewengkan oleh tangan2 manusia durjana....

Talib berkata...

itulah akibatnya zakat diurus oleh org pembangkang. hati mereka kotor x ikhlas mcm org2 Umno. minta agar pengurusan zakat di negeri penang, selangor dan kedah diserah kepada yg lebih hak, iaitu UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

Talib...Talib...huhu

Tanpa Nama berkata...

nak ikut amerika buat per...kita malaysia la gampang......ikut islam la...lu dah la kapir....byk cakap lak

Tanpa Nama berkata...

tengok Singapura, gaji PA besar,cukop,lumayan dan berpatutan - mana ada defisit ?? ada pun ..paling rendah.

Tanpa Nama berkata...

PM BUTA EKONOMI! BODOH...X SEDAR KALAU DIA BAGI BONUS PADA PA, 50% AKAN DAPAT BALIK PADA KERAJAAN DAN SEKALIGUS DAPAT KEMBANGKAN EKONOMI NEGARA. NI DOK BERKIRA 3 BILLION, TP YG BUANG BERBILLION2 DIA TAK NAMPAK!!! IKUT LAGI CAKAP BINI YG BODOH SOMBONG TU!

Tanpa Nama berkata...

satu sahaja sikap orang BN nih bodoh...ko tahu tak sifat perkauman Cina dan India adalah kuat sekuat dan seteguh berlian..Melayu dalam BN adalah bodoh...sebabnya...Cina akan pangkah Cina sahaja walaupun BN atau PKR pun..Melayu BN bodoh....calon Melayu adakah patut pangkah Cina BN atau India BN ...ianya cuma menyeronokkan bangsa lain...seperti yang terjadi di Kulim Golf Resort...Gobala lwn Melayu dlm PKR...hehehe...menang kat Gobala juga sebabnya Melayu pun pangkah Gobala jugak...India semua pangkah Gobala walaupun dia pro BN...satu lagi yang 4 orang India pro BN juga yang ditahan polis tengah buat kecoh dekat resort tu pun Gobala ikat jamin...4 orang tu sudah tentu pangkah Gobala walaupun gobala tu samseng...disini melayu punya sikap sanggup menjatuhkan melayu...tak macam cina dan india...fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

YB Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan untuk beri bonus

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.