SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Oktober 2010

PELAN TAKAFUL KASIH 1 CUEPACS SASAR PREMIUM RM2J

Berita Harian
27/10/2010




HONG Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) menyasarkan premium sehingga RM2 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang daripada Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS yang diuruskannya di bawah inisiatif konsortium pengendali takaful Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS itu adalah produk pertama daripada siri produk takaful yang akan diperkenalkan konsortium pengendali takaful CUEPACS.

Beliau berkata, konsortium itu merancang melancarkan sekurang-kurangnya lima lagi pelan takaful untuk ahli CUEPACS yang berjumlah 1.2 juta, sebelum akhir tahun ini.
“Bagi HLTM Takaful yang menjadi sebahagian konsortium pengendali takaful CUEPACS, kami menyasarkan melancarkan satu lagi produk sebelum akhir tahun,” katanya pada pelancaran Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Presiden CUEPACS, Omar Osman.

Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS menawarkan dua pelan takaful komprehensif iaitu simpanan dan perlindungan kemalangan diri akibat daripada kematian atau keilatan kekal menyeluruh (TPD). Untuk menyertainya, peserta perlu membeli sekurang-kurangnya satu unit bermula serendah RM10 sebulan untuk simpanan dan RM2 sebulan untuk perlindungan kemalangan diri. Penyertaan lebih daripada satu unit juga dibenarkan, tetapi sehingga maksimum 10 unit. Ab Latiff berkata, menerusi Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS itu, peserta Islam diberi pilihan memilih perkhidmatan ‘Badal Haji’ atau upah Haji bagi membantu mereka memenuhi sebahagian daripada lima Rukun Islam dalam keadaan peserta mengalami kematian atau TPD. Bagaimanapun katanya, pilihan itu harus dinyatakan ketika peserta mengisi borang permohonan Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS.

“Apabila berlaku kematian atau TPD, sebahagian manfaat peserta yang belum dibayar kepada peserta atau penama akan ditolak untuk pembayaran Badal Haji kepada TH Travel & Services Sdn Bhd,” katanya. Sementara itu, Omar berkata, pengenalan Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS itu selaras matlamat CUEPACS bagi membela kesejahteraan ahlinya dalam situasi membabitkan kemalangan, TPD atau kematian. “Matlamat kami ialah supaya sekurang-kurangnya setiap ahli CUEPACS mempunyai pelan perlindungan insurans bagi membantu mereka dan keluarga dalam menghadapi situasi kecemasan akibat kemalangan, TPD atau kematian,” katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..syabas cuepacs..satu perkembangan yang baik dan positive..yang sepatut nya telah lama di lakanakan..cadangan saya, kalau boleh skim ini di tanggung oleh kesatuan gabungan masing2..amat tertarik dengan skim Badal Haji..sampai kan salam saya pada En.Aziz Muda..pasti cadangan ini dari beliau...

Tanpa Nama berkata...

nak potong gaji buat nak bayar insurance pun dah tak ada...elek...pocit...

tak payahlah pikir bab insurans lagi..pikir le bila nak bagi staf bawahan kerajaan naik gaji..elaun...dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

insurance lagi ha....cuba fikir benda naik gaji ke nak penambahbaikan skim gaji ke..... insurance ni nanti kalau salah2 ada yg boncet perut sendiri. faham2 le

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah. Cuepacs merancang bermacam macam.selesaikan dulu masaalah gaji kakitangan awam.

Norasma' Ariffin berkata...

Saya telahpun menyertai pelan takaful kasih 1 cuepacs melalui Bahagian Kewangan, KPM. Potongan telahpun dibuat melalui gaji mulai APRIL 2012. Setakat hari ini belum mendapat apa2 surat pengesahan dari pihak tuan mengenai keahlian saya. Mohon penjelasan dan surat pengesahan dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. (norasma.ariffin@moe.gov.my)

Tanpa Nama berkata...

kes saya sama macam Norasma' Ariffin..mohon penjelasan dan pengesahan...

Tanpa Nama berkata...

Pemotongan gaji saya telah bermula Oktober 2012 sehingga hari belum ada hitam putih dari pihak insuran. Semoga pihak tuan dapat buat tindakan.

madi berkata...

Saya turut rasa terkilan kerana sehingga pemotongan skim telah dibuat pada Oktober 2012,belum ada apa-apa maklumat yang saya terima daripada pihak Insuran/CUEPACS berkenaan plan ini.Amat-amat berharap pihak berkenaan segera bertindak.

Asha Shira Mat Zaki berkata...

saya pun sama seperti tuan2. saya email kan kepada takafulkasih@gmail.com mintak sijil takaful. dan telah pun sy terima..

nurkilan terkilan berkata...

Pemotongan sejak 2012..apabila saya kemalangan,hendak berurusan punya la susah..segala maklumat bayaran tiap tahun patut diberitahu kepada pencarum.sampai sekarang saya tidak dapat surat pengesahan dari pihak tuan tentang keahlian saya..rasa terkilan yang amat sangat..

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Pemotongan gaji saya telah bermula April 2012 sehingga hari belum ada hitam putih dari pihak insuran. Semoga pihak tuan dapat buat tindakan.