SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Oktober 2010

LAKSANA SEGERA GAJI MINIMUM

Utusan Malaysia
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my
31/10/2010




PETALING JAYA 30 Okt. – Kerajaan diminta segera melaksanakan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi memastikan nasib golongan pekerja terbela menerusi tahap pelarasan gaji minimum.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman (gambar) berkata, penetapan gaji minimum terutama di kalangan para penjawat awam dalam skim rendah amat penting dalam memastikan mereka tidak terlibat dengan rasuah.

Jika golongan itu bebas daripada amalan rasuah jelasnya, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang kini berada di kedudukan ke-56 daripada 178 negara di dunia dapat diperbaiki pada masa depan.

“Bayangkan sekiranya penjawat awam yang bertugas di sempadan terlibat dengan rasuah, keadaan ini bukan sahaja memberi implikasi buruk terhadap kedudukan Malaysia dalam CPI malah membahayakan keselamatan negara.

“Rasuah mungkin senang berlaku di kalangan penjawat awam yang mempunyai kadar gaji rendah dan golongan itu selalunya mendapati perbelanjaan mereka sering melebihi pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung dwitahunan Kesatuan Pembantu Am Pejabat (KPAP) Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Presiden KPAP Semenanjung Malaysia, M. Ramachandran.

Omar mengulas kedudukan Malaysia dalam CPI 2010 yang diumumkan Transparency International (TI) pada Selasa lalu.

Dalam rangking itu, kedudukan Malaysia kekal di tangga ke-56 seperti tahun sebelumnya, namun jumlah markah yang diperolehi merosot sebanyak 0.1 peratus berbanding yang dipungut pada 2009.

Sementara itu, Ramachandran ketika berucap menggesa kesemua pembantu am pejabat dalam sektor awam supaya segera mendaftarkan diri dengan pertubuhan berkenaan.

“Apabila kita mempunyai ahli yang ramai, barulah nasib dan perjuangan kita mendapat perhatian kerajaan,” ujarnya.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekrann ini kalau nak letakan gaji ,inimu, utk kakitangan awam paras kemiskinan yg telah diukur oleh pihak ngo iaitu RM2,000 kebawah.
Negeri Singapura meletakan kadar gaji $4,000 sebagai paras gaji minimum disektor awam mereka

Tanpa Nama berkata...

saya sokong.... pelarasan gaji minimum ni kena dilaksnakan dengan segera... jangan pula lepas ni nak samakan dengan gaji minimum di indonesia, vietnam & thailand... kita ni negara yang lebih maju dan kita mahu mengejar negara yang lebih maju... so seharusnya bandingkan dengan negara yang jauh lebih maju dengan negara kita... harap maklum ya pm kami yang tersayang.....

Tanpa Nama berkata...

nak wujudkan gaji minimum,gaji guru yg DG2941 DAN DG3241 yg telah berkhidmat 25 tahun pun baru 27oo(berijazah),jika dibandingkan dgn guru2 yg DG2932 yg tidak ada ijazah gaji mereka 3100 baru berkhidmat 18 tahun,akibat penyelarasan gaji 2007.tidak dapat diselesaikan.mana mungkin gaji n16 bermula rm2000 dan gaji guru2 dg41 bermula rm1900,logik sikitlah cuepacs.berjuanglah untuk semua kumpulan,jangan jadi cuepacs untuk satu kumpulan.

Tanpa Nama berkata...

apabila ada penyelarasan gaji yg untungnya guru2 dg32,dg34 dan dg38 gaji mereka rm4000 lebih yg ruginya gaji guru2 ijazah dg41 yg dulunya dg29,kerja 25 tahun gaji tak sampai rm3000,memang tak adil,elaun BISP kumpulan sokongan 10%,kumpulan profesional 5% saja.saya minta sapa2 kumpulan profesional cabar jawatan presiden cuepacs,kita juga penjawat awam.nampaknya presiden sekarang ni berat sebelah perjuangannya.berjuang biarlah adil,yuran kesatuan kami juga bayar.

Tanpa Nama berkata...

Ingat PM nak layan ke kita org PA nie?Lebih baek dia layan JKKK sebab sah JKKK sokong BN..Kalu dia layan bg naek gaji PA belom tentu sokong BN..kahkahkah

samad ex-N11 berkata...

guru sekarang asyik mengejar kebendaan dan juga pro pembangkang.. guru2 zaman dahulu amat ikhlas upah pun x ambil, selain itu setia pula pada kerajaan dan parti

kami minta agar PT N17 dinaikkan ke N41 agar dapat mengimbangi gaji guru yang lebih tinggi dari kami walau kerjanya amat senang

Tanpa Nama berkata...

setia bio la bertempat en samad oii..

Tanpa Nama berkata...

ATM patut dibubarkan jer.....biar polis je jaga negara....patut le bukan bumiputra xnak join...sebagai contoh...banyak kenderaan army...kapal navy...jet air forces...semua dah boleh buat besi buruk....dah la gaji ciput....yang benar>>>>

brother JKR berkata...

kami ingin agar skim J diswastakan, barulah kami boleh hidup senang dgn KWSP nnt

Tanpa Nama berkata...

KESIAN PULA KAKITANGAN AWAM BAWAHAN DILABEL ANTARA GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH...YANG MAKAN RASUAH YANG AKU TENGOK SELALUNYA YANG BEKERJA DI BAHAGAIAN PENGUATKUASAAN.... BILA AMANAH DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG MEMANG TAK AMANAH. MAKA RASUAH TAK AKAN TAMAT...

Tanpa Nama berkata...

rasuah bukan pasal gaji tinggi atau rendah,pengamal rasuah adalah orang yg tidak ada persaan takut pada azab allah,kaki rasuah ini duit tidak pernah cukup,mereka berjudi,minum arak,kaki gro,dan mereka suka hidup mewah.gaji mereka rm2000,cara hidup rm4000.cuba pa sekarang baru kerja dah pakai kereta hebat,tukar injin turbo,tukar kusyen kereta,okzos dll.cuba renung2kan

Tanpa Nama berkata...

kalau nak minta gaji minima fikir2 logik sikit,tak kan N17 nak bagi gaji permulaan rm2000,macamana gajin22,n32,n41,nanti gaji mati rm10000,takan logiktu,singapura negara yg tadak hutang,semasa keluar dari malaysia dulu pun dia negara tadak hutang dan ralkyatnya sikit.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak puas hati gunakan saluran yg betul iaitu peti undi anda berhak untuk menentukan siapa pilihan alternatif anda agar ia akan membawa perubahan yg lebih baik,
dan jangan takut dan bimbang undi anda adalah rahsia dibawah spr tiada siapa boleh untuk membongkar siapa yg anda pilih walaupun dikatakan ada no siri pendaftaran itu hanyalah untuk kemudahan perjumlahan kertas undi yg telah dikeluarkan sahaja, undi anda adalah rahsia dan anda berhak spt termaktub dalam atricle 10 perlembagaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak puas hati gunakan saluran yg betul iaitu peti undi anda berhak untuk menentukan siapa pilihan alternatif anda agar ia akan membawa perubahan yg lebih baik,
dan jangan takut dan bimbang undi anda adalah rahsia dibawah spr tiada siapa boleh untuk membongkar siapa yg anda pilih walaupun dikatakan ada no siri pendaftaran itu hanyalah untuk kemudahan perjumlahan kertas undi yg telah dikeluarkan sahaja, undi anda adalah rahsia dan anda berhak spt termaktub dalam atricle 10 perlembagaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak puas hati gunakan saluran yg betul iaitu peti undi anda berhak untuk menentukan siapa pilihan alternatif anda agar ia akan membawa perubahan yg lebih baik,
dan jangan takut dan bimbang undi anda adalah rahsia dibawah spr tiada siapa boleh untuk membongkar siapa yg anda pilih walaupun dikatakan ada no siri pendaftaran itu hanyalah untuk kemudahan perjumlahan kertas undi yg telah dikeluarkan sahaja, undi anda adalah rahsia dan anda berhak spt termaktub dalam atricle 10 perlembagaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

tlg tgk gaji permulaan pelukis pelan..kami pun ada kelulusan sijil dan diploma dari politeknik

Tanpa Nama berkata...

kesatuan sekerja di malaysia tak kuat depa kena kontrol oleh pihak pemerentah kerana gaji mereka di bayar oleh kerajaan,depa cakap banyak tapi kerja sikit dan mereka tidak profesional berjuang untuk diri sendiri dan kumpulan mereka saja.mereka tidak disokong oleh kumpulan lain,pasal meluat

Tanpa Nama berkata...

kawan saya ni keje kerajaan.pegawai gred 41 (15tahun lebih tak naik2 pangkat). belah malam bawak teksi kawan kat kl-putrajaya. setiap malam dapat RM200-RM500. kalau 20 hari dapatlah 4000 - 10,000. melebihi gaji awam da..tak perlu runsing pasal bonus tahunan..prestasi keje mendatar je sebab tak cukup tidur 4jam je sehari. tapi takpe berbaloi. dapat beli rumah 3 biji.kete 2 biji.

Tanpa Nama berkata...

15 tahun 41 tak naik pangkat,ni 27 tahun 41 tak naik pangkat,kerana dikatakan sokong pembangkang,kata negara mengamalkan sistem demokrasi,parti pembangkang semua diluluskan oleh ROS,itulah namanya tiada keadilan.tengoklah TV semua cerita BN baik dan pembangkang jahat,penipu,tidak pandai merentah dan macam2 lagi

Talib berkata...

ini semua rekaan pembangkang, BN x pernah amal dikriminasi, mungkin jugak di x naik pangkat tu kerja mls mcm lain2 pnyokong pembangkang mcm guru2 yg kena tukar pdalaman, bkn sbb pembangkang sgt tp mutu kerja teruk dan suka fitnah Umno

Tanpa Nama berkata...

SALAM..SAYA ADALAH PEKERJA AKS,SEKARANG INI GAJI2 CIKGU TELAH DINAIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT PUN TAK PERLU TUNGGU SAMPAI 10 TAHUN BERKHIDMAT,KAMI YANG KUMPULAN PELAKSANA TELAH BERKHIDMAT 10 TAHU KE ATAS PUN SUSAH UNTUK MENDAPATKAN KENAIKAN PANGKAT SEPERTI CIKGU2..SAYA BERHARAP PIHAK CUEPACS DAPAT MEMBANTU MEMBELA NASIB KUMPULAN PELAKSANA YANG JUGA BERTUNGKUS LUMUS DALAM MELAKSANAKAN TUGAS2.CIKGU2 MEMOHON KENAIKAN PANGKAT DALAM MASA 3 BULAN DAH DAPAT JAWAPAN TAPI KAMI YANG MEMOHON KENAIKAN PANGKAT PERLU MENUNGGU BERTAHUN BARU ADA ITUPUN KALAU ADA..BERJUANGKAN UNTUK SEMUA KUMPULAN..KUMPULAN PELAKSANA AKS JUGA SANGAT PENTING DALAM SATU ORGANISASI..SEKIAN TERIMA KASIH.