SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Oktober 2010

USIA BERSARA : PENDIRIAN CUEPACS KEKAL

Utusan Malaysia
13/10/2010



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertegas dengan pendiriannya meminta umur persaraan bagi bidang yang memerlukan kepakaran dan kemahiran dinaikkan kepada 60 tahun.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya telah menjalankan kajian dan rujukan di kalangan penjawat awam luar negara sebelum mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun.

"Umur persaraan itu merupakan satu pilihan bukan automatik kepada penjawat awam dalam bidang tertentu yang memerlukan perkhidmatan mereka lagi.

"Perkara ini dapat menguntungkan kerajaan agar tidak perlu membayar wang pencen dan bayaran gaji kontrak kepada penjawat awam yang sudah bersara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendirian kerajaan tidak bercadang melanjutkan umur persaraan penjawat awam yang dimaklumkan pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji dengan teliti terutama mengenai kesannya dalam beberapa aspek.

Bulan lalu, Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Omar berkata, kenaikan tersebut juga memerlukan mekanisme seperti syarat-syarat yang diperlukan bagi menentukan seseorang penjawat awam layak meneruskan perkhidmatan.

Katanya, kenaikan tersebut perlu bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju lain yang menetapkan persaraan umur 60 tahun dan ke atas.

Menurutnya, siswazah yang tamat pengajian tidak perlu risau mengenai ketiadaan pekerjaan disebabkan kenaikan itu.

"Perancangan teliti oleh negara bagi melahirkan modal insan dapat memastikan graduan kita mempunyai peluang pekerjaan.

"Cumanya, jika semua siswazah ingin memasuki penjawat awam, sudah tentu jawatan kosong tidak akan mencukupi," katanya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada Presiden kerana tetap pendirian,minta lanjut tempoh persaraan.
Tetapi sebenarnya,kami PA tidak mengharapkan perkara tersebut diperjuangkan.Apa yang kami harapkan ialah penambahbaikan beberapa skim perkhidmatan yang telah dinafikan kepentingannya.
Cth: Juruteknik,Pembantu Tadbir,Pembantu Perangkaan dan yang sewaktu dengannya.
Kalau benar skim-skim tersebut sudah tidak punyai kepentingan lagi, lebih baik jumud sahaja.PTD JURUTERA,PEGAWAI PERUBATAN,JUSA ATAU PEGAWAI-PEGAWAI TERTINGGI DI JABATAN boleh uruskan pembayaran gaji,uruskan pinjaman,uruskan kerosakan dan pembaikan dan lain -lain.
Kami tidak berharap untuk berada dalam Perkhidatan Awam dalam tempoh yang panjang, tetapi kami mengharapkan skim-skim tersebut diperbaiki supaya generasi akan datang dapat menikmati faedahnya.Dan berilah peluang kepada orang muda yang masih bersemangat waja menerajui perkhidmatan.Orang dewasa yang bersemangat waja, mungkin Tuan Presiden sahaja, tetapi PA lain yang Opsysen 58 tu, datang pejabat sekadar isi masa lapang sahaja.Kerja, semua serah kepada anak buah,kemudian asyik bilang hari nak pencen.
Buat apa kalau macam tu?

Tanpa Nama berkata...

nie satu lagi dasar cuepacs yang hanya membazir masa... saya kecewa dengan cuepacs kerana hanya membuat kajian itu atas kapasiti "negara lain telah mengamalkannya".

sebenarnya apa kaitan?? negara kita punya pandangan dan kesesuaian yang tersendiri. sepatutnya cuepacs mencari dan membuat kajian ke atas pendapat rakyat di negara ini bukannya membandingkan dengan negara lain!!

itu bukan suara rakyat dan penjawat awam secara amnya. Seharusnya cuepacs lebih tertumpu kepada perkara-perkara lain yang lebih penting!

Tanpa Nama berkata...

saya kesal dengan cuepacs, dah tidak ada idea lain ke selain nak minta lanjutkan usia persaraan? cuba minta naikkan gaji ke, minta penambahbaikan skim perkhidmatan ke...ada juga hasil

Tanpa Nama berkata...

kerja sampai 100 tahun pun tapi kalau gaji tak naik...mampus kita pak presiden...

harap gaji tahunan RM50 RM60 ringgit tu tak cukup makan beb...

dah la umur 60 dah ganyot (tua), dah tu paksa kerja, dah tu gaji ciput, dah tu...dah tu...dah tu...mati kita pak omar..

Tanpa Nama berkata...

cukup cukup la tengok pakcik2 nyanyuk,makcik2 gemuk mcm tapir dok melilau kat shopping kompleks time rehat time baru gaji ...dengan name tag pun tak buang..depa pun bukannya boleh kerja pun...dok opis,bersembang,main game ,chatting dengan anak...

Tanpa Nama berkata...

enkorang ni yang melalut pasal had umur 60 tahun ni dah baca ke catatan asal tu..faham la betul2..bukan untuk P/A grade2 48 kebawah..grade2 atas je yang diambil,itu pun kalu nak atau masih sihat lgi..sambil2 nk seragam dengan negara lain..toksah takut la..kalau iapun bila di beri borang opsyen naik had umur..toksah sain la..koyakan je..abih crita..balik kampong kalau ada..dok kat rumah,dok kat masjid,buat amal jariah banyak2..pak omar bukan nak sangat,tapi nak jaga imej negara,biar nampak seragam...wasallam

Tanpa Nama berkata...

KERJA SAMPAI MAMPOS! DUIT TAKDE JUGAK

Endy Fotopelangi berkata...

Saya setuju cadangan ceupacs untuk menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun.
Bukankah kita telah diberi borang opsyen samaada untuk still dengan umur persaraan sekarang atau lanjut umur persaraan? Sesiapa yg x mahu dilanjutkan umur persaraan,jangan isi borang. Bukan kena paksa pun!!!

Tanpa Nama berkata...

Umur persaraan 58 tahun dulu pun diberi opsyen juga,tetapi orang kita kita memang tak sedar diri, suka nak ambil kesempatan.Orang yang masih muda pun pilih opsyen 56sahaja,sedangkan yang dah 56 tahun bersemangat sambung 2 tahun lagi dengan alasan ,tinggal di rumah pun tak apa nak buat, suami pergi main golf, anak-anak dah besar, pejabat pula dekat rumah.Bila ada kerja-kerja mustahak, dia pun sibuk nak ziarah cucu.Mana ada perkhidmatan nak cekap? Bila orang bagi kerja, cakap: U buat la, I dah nak pencen .....! Betul-betul makan gaji buta.Kalaupun opsyen diberi kepada yang mempunyai kepakaran sekalipun,mana datangnya pakar, kalau tidak bermula dari yang bukan pakar?

APA YANG KAMI NAK ADALAH PERBAIKI SKIM PERKHIDMATAN YANG MASIH TERTINGGAL, BUKAN NAK LANJUT UMUR BERSARA, BUKAN JUGA SEMAKAN GAJI.

Tanpa Nama berkata...

kesian laa kat graduan yg menganggur sbb penjawat awam yg gred 48 dan keatas nak bersara sampai umur 60..., jangan sampai graduan universiti kat Malaysia terpaksa bekerja di luar negara & menyumbang kepakaran ke luar negara sbb di Malaysia gred JUSA nak pencen sampai 60...gred JUSA nie x menyumbang apapun...tau main golf jer lps tue pandai bagi arahan jerr....kepakaran mcm tue ke kita nak???

elmyolen berkata...

Tak payah laa nak mintak lanjutkan umur persaraan hingga 60 tahun pada saya umur 58 tahun tu pun dah cukup bagus..tak payah nak lanjutkan lagi umur persaraan tuh..bagi laa peluang kat orang lain yg muda2 pulak keja ngan k'jaan.

Ada sorang k/tgn gred R3 di ofis saya yg langsung dah tak boleh buat keja hakikinya sebab berpenyakit dan dah agak uzur juga. Dtg pagi duduk saja kat kerusi belakang sambil2 perati org lalu lalang dlm ofis tu..Bila rasa penat duduk, dia bangun pegi jalan2 kat tkt. lain. Ada masa tak dtg ofis berhari2 lamanya sebab tak sihat la kot..

Bila org dok sebok citer pasal umur persaraan nak dilanjutkan sampai 60 tahun, dia pun sebok gak kata 'AKU PUN NAK' huhuhu..

Nasib baik laa x jadi lanjutkan, k/tgn tu pun boleh laa bersara wajib tahun depan & tak payah dtg ofis lagi so jawatan dia tu boleh diisi oleh org lain yg boleh buat keja..:-)