SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 Oktober 2010

CUEPACS PUAS HATI BANYAK TUNTUTAN DILAYAN

Berita Harian
16/10/2010



CUEPACS gembira dengan Bajet 2011 yang memenuhi sebahagian besar tuntutan 1.24 juta penjawat awam selama ini, tetapi masih berharap kerajaan dapat memberikan bonus dua bulan gaji kepada mereka pada tahun ini. Presidennya, Omar Osman berkata, CUEPACS juga menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dianggap bermasalah sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, penambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari, peningkatan kadar bantuan mengurus jenazah, kemudahan memiliki rumah, penyambungan perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS), menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.

“Kami melihat bajet ini menunjukkan ekonomi sudah pulih dan mantap. Bajet yang komprehensif membabitkan semua sektor dan terima kasih kerana banyak tuntutan kami dilayan. Cuma terkilan dan sedih kerana tidak dapat bonus selain tuntutan lain tidak diambil kira seperti elaun kos sara hidup (COLA), elaun wilayah dan imbuhan tetap perumahan.
Fokus ahli pada setiap kali bajet adalah bonus kerana ia satu langkah meningkatkan produktiviti dan semangat baru pekerja awam, namun bila diumumkan hanya dapat elaun, kami agak kecewa kerana hasrat mendapat bonus tidak kesampaian,” katanya. “Bagaimana pun, kami berharap ahli bersabar dan terus meningkatkan produktiviti.

CUEPACS akan terus memperjuangkan tuntutan yang tidak dipenuhi termasuk bonus dua bulan gaji dengan menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan semula, Isnin ini,” katanya

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabo je la tuan presiden,,,sabo,,sabo,,sabo,,,x sabo nak tunggu pilihan raya,,,

Tanpa Nama berkata...

salam...kenapa lah didalam penjawat awam untuk sektor elektrik tiada elaun2 khas...terutama tukang elektrik di jabatan kerja raya...klu mati pun jd kering..kena renjatan...xde elaun khas kerja berisiko tinggi...

Tanpa Nama berkata...

"CUEPACS PUAS HATI BANYAK TUNTUTAN DILAYAN"

dasar pengampu & pembodek

Tanpa Nama berkata...

tuan presiden berhenti lah menuntut bonus dua bulan yang penting sekarang ini kenaikan gaji itu yang harus diperjuangkan kalau bonus sekali je...kenaikan gaji sampai bila-bila tapi kalau ada bonus pun syukur....

benci nak komen berkata...

A'AH KITA TUNGGU PILIHANRAYA NANTI......WAIT N SEE

penjawat awam kedah berkata...

sebagai kakitangan awam..apa yg diperjuangkan cuepacs seharusnya disokong 100% oleh semua penjawat awam krn mereka rasa kesukaran dihadapi oleh kakitangan awam terutamanya kakitangan bawahan. saya rasa presiden tahu apa yang diperjuangkan. teruskan dan sokongan pasti diterima. jika sehingga PRU-13 tuntutan tidak dipenuhi, kami berikrar untuk terus KUBUR kan kerajaan sedia ada untuk beri peluang pada kerajaan baru memerintah pula. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kalau profesional yang berkerja di luar negara boleh dijemput balik dengan gaji yang tinggi, bagaimana dengan profesional di perkhidmatan awam?

Gaji doktor, penyelidik, peguam, jurutera dlaam perkhidmatan awam masih amat rendah. Bagaimana mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi?

Tanpa Nama berkata...

Presiden CUEPACS berhenti ajelah, pegi mohon jadi guru KEMAS, ngajo jahit baju, lagi baek

Tanpa Nama berkata...

Tuntutan PA tidak pernah dilayan sbb kita tidak pernah bersatu dlm menegak hak kita. kita asyik berbalah dan menyalahkan org lain. cuba kita fikirkan apakah langkah yg perlu diambil agar PM sedar bahawa kita betul2 serius.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kerajaan berharap mendapat bonus sekurangnya 2 bulan gaji/1 bulan/ atau sekurang=-kurangnya RM1000. Tapi tak dapat , ini dah 3 kali kakitangan kerajaan gigit jari. kami berasa seolah dipermainkan.......

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kerajaan dah naik begang.Walau pun tak puas hati tapi tetap bersabar tak buat tunjukkan perasaan , nanti kena tangkap buat perhimpunan haram. jadi cara terbaik jadi "musuh dalam selimut". Tunggu PRU nantilah. Guru lagi kesihan , banyak guru wanita stress sehingga ramai dapat kanser dok banyak kerja dahlah gaji tak setimpal dahlah susah naik pangkat....cuti bersalin hanya segelintir yang dapat keuntungan. takkan lah guru lelaki mengandung juga kot PM/TPM.

Tanpa Nama berkata...

sabo je lah PA , nanti PM cakap kita tak bersyukur.Biarlah di orang perah keringat kita ,suatu hari nanti balasannya akan tiba.......

Tanpa Nama berkata...

Bagi kami rakyat penjawat awam baik parti kerajaan atau pembakang sama saja.Hanya mementingkan kepentingan peribadi. Cakap besar dengan haloba tapi penipu....

Tanpa Nama berkata...

PA di intip oleh SPRM takut makan rasuah.PA dijadikan "Kambing Hitam" untuk menunjukkan wayang pemerintah bahawa kerajaan serius menanggani rasuah. Bagaimana pula dengan rasuah yang dibuat oleh Pak menteri? Gaji taklah 1 juta sebulan tetapi kaya raya. Harta puluhan juta, mcm KENYALANG. Projek sini sana, komisyen sini sana.Bukankah KOMISEN itu sebenarnya RASUAH tuan-tuan.Kenapa SPRM tak nampak atau sengaja menutup mata dok diugut...