SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 Oktober 2010

BAGET 2011 TOLAK TUNTUTAN KESATUAN

Harakah
Hazayani Zakaria
16/10/2010




KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.
"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).
Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.
"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.
"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.
Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah cuepacs siarkan ulasan harakah dlm website cuepacs ini. bagi saya ini pun satu paradigma baru dlm memperjuang hak pekerja awam.

bagi saya bajet 2011 tidaklah hebat sangat. saya tak nampak bajet ini boleh menarik pelabur asing masuk ke malaysia.

apa yg jelas hal2 yg berkaitan dengan UMNO diberi perhatian.

beberapa projek gergasi seperti menara PNB mungkin satu peluang membuat duit oleh para kroni (maaflah jika saya silap). pemimpin2 UMNO di kampung juga dijaga dgn kenaikan gaji. ini seperti petanda pilihanraya.

saya lebih suka kalau ada jaminan atau garapan dlm bajet seperti berikut:

1. kenaikan cukai rokok
2. kenaikan cukai minuman keras/judi/dan setaraf
3. penurunan cukai perkhidmatan (bukan dinaikkan)
4. pembinaan lebuhraya moden Timur-Barat semenanjung
5. penurunan cukai makanan
6. penstruktur semula gaji bari perkhidmatan awam
7. skim gaji minima sektor swasta
8. tarif air, elektrik diturunkan
9. hak2 istimewa OKU
10. hak2 istimewa warga emas
11. mengcanggihkan sistem persekolahan dengan pelajar tidak dibebankan dengan beg yg besar ke sekolah
12. pemantapan nilai2 agama dlm masyarkat
13. memantapkan peranan masyarakat dlm kehidupan bermasyarakat seperti rukun tetangga
14. sektor awam dimantapkan dengan melakukan satu revolusi dlm perkhidmatan ini
15. memastikan semua kawasan di malaysia mempunyai kemudahan bekalan air, elektrik, jln raya dan klinik menjelang 2015
16. penurunan kadar bayaran internet danmenaikkan kadar bayaran astro...dll

kalau nak cadang memang banyak....

tapi bila lihat bajet 2011 ini saya agak kecewa dan 'macam tidak serius' seperti hal2 remeh temeh seperti seluar dalam, kelambu, payung....ini semua buat negara lain ketawa terbahak2 sahaja...

mmmmmmmmmm...tak apalah kita jumpa lagilah dlm bajet 2012 nanti....

heeeeeeeeee.........

Rahman Nanyan berkata...

saya amat kesal kerana cuepacs cuba bersetongkol dengan pembelot parti apabila enggan menyokong dasar yang ditetapkan oleh PM kita yg amat disanjungi. kita jgn pertikai, apa yang dibentangkan itu amatlah baik untuk penjawat awam sekelian, mungkin slepas menara PNB siap kita dapat melawat dgn percuma ke sana, itupun rahmat utk kita semua

Tanpa Nama berkata...

mau buat menara pnb? sudahlah bangunan mana lagi nak di tambah...saya sokong tanpa nama punya kritikan kalau menara pnb jadi ukuran itu untk orng belah2 sana lah..kalau di sabah mcm kami orng yg susah ni naik kapal pun tdk mampu inikan pula melancong semata-mata mau melihat menara pnb..adoii oii sedri mau ingatlah kalu mau cakap,ini 1 malaysia kunun....

Tanpa Nama berkata...

Melawat menara tu percuma?? Sekrg ni melawat menara kl tu percuma ke kpd kakitgn awam?

Beri kami BONUS, atau kami akan bagi DISKAUN waktu PRU13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

betul...betul...setuju sangat2.Bajet 2011 x nampak 1Malaysia...kalu kata bg bonus blh br kesan 3.1b...nape xnaikkan aje cukai2 rokok dan minuman keras...Ni mesti ada agenda lain...ntah2 utk kempen di Galas...Sedih sangat2...

Rizuan Ismail berkata...

saya juga bersetuju dengan cadangan komentar pertama. bajet kali ini sememangnya menghampakan.harapkan tema yang sedap didengar tetapi isi kandungannya hampeh.

yng menarik perhatian saya antaranya pemansuhan cukai telefon bimbit. Apakah kebaikannya kepada rakyat? kalau benar Kerajaan mengambil berat ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah..dengan perkara itu membantukah? Apakah penting sangatkah sebuah TELEFON BIMBIT berbanding MAKANAN HARIAN?

Sebelum ni di akhbar ada pernah menyebut 'KAKITANGAN AWAM BAKAL MENERIMA DURIAN RUNTUH' dan ianya menyebut perihal gaji penjawat awam. apa yang dibaca menjadi harapan dan penantian hampir sebahagian besar kakitangan awam yang memang dah lama menanti.

Apa yang dikecewakan, memang benar apa yang telah saya sangkakan..cuma JANJI Manis yang ditabur dan penjawat awam yang berharap sepenuh hati akhirnya berputih mata..tertekan utk meneruskan hidup di dalam keadaan ekonomi skrg yang membebankan..

hal ini begitu dirasai oleh mereka yang bergaji rendah ditambah pula lagi dengan pelbagai tanggungjawab untuk dipikul. JIKA pegawai atasan yang bergaji tinggi pun mengharapkan kenaikan gaji ini..apakah lagi penjawat awam yang bergaji rendah ini.

Terus terang saya begitu terkilan dengan apa yang telah di janjikan oleh kerajaan. Mengapa ada beberapa cabang awam dinaikkan gaji/elaun dan yang lain tidak..pilih kasih kah? sebab golongan tersebut penting pada negara? Jadi kami penjawat awam yang lain ini tidak memberi maknakah? Bukankah kami juga tulang belakang kepada jentera penggerak Kerajaan.

masa kini pun saya dah mula meragui ketelusan CUEPACS yang memperjuangkan hak penjawat awam...kalau dibaca diakhbar tempatan hampir keseluruhan nya menyokong usul bajet 2011..Cuepacs juga ada menyebut kegembiraan kerana Kerajaan menunaikan hampir sebahagian besar tuntutan. APA YANG SEBAHAGIAN BESARNYA? BILA MINTA PASAL PINJAMAN RUMAH 100%? Kalau nak beli susu anak/pampers setiap bulan pun sesak dada, inikan pula membeli rumah..

kalau dulu profession di Kerajaan satu yang menjamin masa depan..ternyata persepsi ini berubah..kini tidak lagi..profession kerja di sektor awam bukanlah lagi profession pilihan..hanya mempunyai masa depan pada mereka yang berjawatan tingi dan penting tetapi tidak pada yang menjadi kuli di bawah..

PTD Cerdik berkata...

sebabnya kkitangan sokongan ni hinaa, busukkk, jijikkk.. paham x? kau ingt PM nk layak korg2 yg rendah pelajaran ni... ?? hahaha

cakap pandai, buat x tahu

Tanpa Nama berkata...

ada agenda..dah leh bau dah tu......PRU Galas dan sabah...1 bulan bonus gaji...suapan selepas megguris perasaan PA awam...BONUS untuk kerajaan balik di Galas : kalah pilihanraya : yang menang Calvin Klein....seluar dalam Israel...minyak wangi Ralph Lauren, Maybelline, tilam Slumberland...Israel menang pasal NAJIB!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

heheh...
ala PM kali nih kan berlatarbelakangkan ekonomi..

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik tu bahalul......cerdik ka macam tu...kau kata kami jijik dan bau pasal kami tak dak duit beli minyak wangi, deodorant, baju baru pasal gaji kami kecik....PTD tak pa lah...ngaji tak pandai mana pun...berlagak aja lebih....kerja malas...cakap sombong....kalau takat ambik rasuah tu seaty lah...kerajaan keh cover line...kalau gred 27 kebawah ambik suapan aja....terus buang kerja tanpa usul periksa....sebabnya pendapatan sedikit banding kos hidup....sampai sanggup jual tanah dan cagar barang kemas anak bini....la nih trend anak muda pun tak hingin kerja kerajaan...mereka beralih kepada vokasional yang menjanjikan gaji bebas rasuah dan lebih tinggi...PTD paling banyak selewwng duit rakyat......claim palsu berlambak...aku ada bukti bahawa jawatan PTD harus di kontrak kan supaya senang dibuang kerja

tawakkal pada Tuhan berkata...

dalam berita harian online ada ruangan komen utk berita bonus x ada.. tapi komennya semua setuju dan memuji2 kerajaan.. betul ke kebanyakan PA setuju tiada bonus? musykil ni.

Tanpa Nama berkata...

kepada PTD yang kononya rasa "cerdik"...sedarlah sikit diri tu...mengaji takat ijazah murahan tu aku tak hairan lar..belambak lagi orang buat keja lagi bagus dari kau...rasa dah besar sangat ka...orang cam korang lah akan dibuang kerja secepat yang mungkin jika ada perubahan kuasa pemerintahan..pada masa tu..kepala besar hang tu tak sebesar mana

Tanpa Nama berkata...

tawakkal pada Tuhan....sebenarnya paper Berita Harian dan sama waktu denganya dibeli oleh kerajaaan...cuma Harakah , Suara Keadilan dan kalau terlepas pun Sinar Harian....tu un kena sekat dengan KDN sebelum dicetak...ada berani ka paper siar benda buruk pasal Najib tu

Tanpa Nama berkata...

ekonomi konon...bapak borek anak rintik....hal ehwal agama dua tahun ni tak dgr pun...tu pun guru kafa an tok imam aja rasa...mak nadok tunggu punya lama nak dapat kenaikan gaji pun....1Malaysia ...1Agama kot najib nih....ko sokong Islam masuk kuil....Hindu mauk masjid....hehehe...tak taulah 1Israel tuu.....samalah Pas Untuk Semua

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa PTD cerdik tu bukan PTD..becos percakapan dia tu macam budak tak pernah pergi sekolah..takpa..nnt saya cuba panjangkan dia pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia..atau ISA untuk dia? kerana dengan sengaja menyebabkan perpecahan?