SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Oktober 2010

PM: TIADA BONUS KERANA IMPLIKASI KEWANGAN BESAR

Malaysiakini
Okt 16, 10 2:29pm



Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam."Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara."Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya padaPerhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.
RM500 wajar
Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun."RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.
"Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya.Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar."Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya.

58 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya merayu PM bubarkan parlimen & DUN segera...

Tanpa Nama berkata...

so... x payah la tuan presiden CEUPECS susah-susah hantar surat rayuan isnin ni. dah fed-up...

Tanpa Nama berkata...

implikasi taik lu najib...lu boros sangat buat menara tu pasal pa...5bilion tu...cubalah ko fikir sikit...bagi fix RM1500 untuk semua kakitangan awam pun baru 1.6 bilion aja...semua dari Gred 1-Jusa A bagi RM1500...semua dapat merasa...kalau kau tak dapat buat macam tu...bagi aku jadi PM hanya dua hari sebabnya aku leh dapat 13 bilion balik dalam masa 2 hari sahaja...ada hutang dari GLC ynag ko tak ambik pasai ianya kroni kau

Tanpa Nama berkata...

xsetuju...

Tanpa Nama berkata...

Saya sebenarnya tak kesah tentang bonus-bonus nih... dah namanya bonus... kalau bagi...adalah.. kalau tak bagi..apa boleh buat kan..kita paham laaa...
tapi yang buat saya benar-benar kecewa ialah mengenai soal gaji kakitangan awam...tak da langsung..
saya rasakan PM nih tak pernah turun ke kedai.. buat sendiri kajian... beberapa bulan lalu subsidi dikurangkan.. harga minyak naik..
yang dia pi umum cuti bersalin tu,... knapa??!! makin banyak anak makin tambah belanja..
hei...PM nih... ye lah.. dulu anak PM.. sekarang jadi PM.. tentulah tak pernah rasa susah..

tawakkal pada Tuhan berkata...

dalam berita harian online ada ruangan komen utk berita bonus x ada.. tapi komennya semua setuju dan memuji2 kerajaan.. betul ke kebanyakan PA setuju tiada bonus? musykil ni.

Tanpa Nama berkata...

saya nak komen skit ttg ulasan serta nasihat presiden cuepacs ttg 500 petang tadi..untuk kakitangan awam.

"Jangan kerana bantuan yang sedikit maka prestasi kerja menurun"

Saya sudah katakan, saya tak kesah sangat ttg bonus-bonus nih, dah memang namanya bonus tapi pasal gaji la saya aaaamat kecewa.
Untuk saya, bila gaji tiada disentuh maka ia akan mempengaruhi cara kerja saya.
Kita dituntut macam-macam..jadi modal insan laa, inovasi laa, prestasi laa tapi kalau tidak ada motivasi cthnya:- kenaikan gaji, tak jalan juga.

Tanpa Nama berkata...

Saya terlalu kecewa kerana hanya profesion perguruan yang dimartabatkan tetapi kami juga pekerja, penjawat awam di IPTA, agensi kerajaan lain dan kementerian2 lain. Kami pun buat keja, insentif apa pun tak ada...mmg kecewa...nak naik pangkat pun susah...guru senang ja, mengadap budak2 ja...kami ni mengadap semua lapisan masyarakat kt opis, apa pun tak dapat...saya tak kisah pasal bonus atau bantuan khas. Saya hanya kisahkan ttg COLA, elaun perumahan dan kenaikan gaji tahunan utk penjawat awam yg berpendapatan rendah....tolongla beri perhatian.....JGN HANYA MEMANDANG GOLONGAN TERTENTU SAHAJA

Tanpa Nama berkata...

saya dah tekad, saya akan gunakan kata2 pm kita ni "Berubah atau Ditinggalkan".

Memang saya akan pegang kata2 pm kita ni sampai PRU13, tapi saya akan ubah kepada "Berubah dan Tinggalkan Najib"

Tanpa Nama berkata...

5 bilion buat menara 100 tingkat tu kecik ke datuk seri,,,

Tanpa Nama berkata...

markup tender project kroni BN.....duit kopi...jual tender ...last jadi 5 bilion gak sedangkan bangunan cam tu 1 bilion leh buat...SPRM siasat Najib...dia nih pemusnah negara

Tanpa Nama berkata...

Naikan pinjaman perumahan ke RM450000? Siok didengar tapi cuba kira berapa yang kena dibayar setiap bulan? Tanpa kira faedah pun kena sekitar RM2000 sebulan.

Berapakah penjawat awam yang sanggup bayar? Siapa berani pinjam? Yang gred 48 ke bawah dengan gaji RM3000 berani pinjam ke?

Yang tua tua bergred kanan pula sudah ada rumah sudah tentu tidak akan pinjam lagi.

Jadi untuk apa 'insentif' ini diberikan?

Tanpa Nama berkata...

ini 'trick' saja...najib tahu dah sape le kakitangan awam yg layak atau mampu nak beli rumah begitu mahal harganya tu...fikir?

penjawat awam gred 1-gred 17?? mesti tak mampu punya..gred 22 - gred 27?? sama je..tak mampu punya...gred 41 - gred 48?? boleh ke...paling2 gred 52 - jusa...ok le...

atau ahli parlimen...hai...inilah politik tak pandai dimainkan oleh najib...kebanyakan kakitangan awam terdiri dari golongan gred 1 - gred 27 je...bukan besar mana pun gaji...

ayat skima seterusnya ialah......'kerajaan memberi jaminan bahawa kadar tol di semua lebuhraya tidak akan dinaikkan lagi selama 5 tahun akan datang..'. ingat ke dia nak kata begini..'memandangkan kerajaan tak menaikkan gaji dan memberi bonus tahun ini, kerajaan memutuskan untuk menurunkan kadar tol sebanyak 50% dan berkuatkuasa serta merta..'

kehkehkehkeh....

zaman rakyat cerdik ni masih lagi ada PM yg tak segan silu bermain dengan kata2...hai....entahlah...

kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

PIKIR-PIKIR BALIK, DR MAHADAY LAGI BAGUS. MASA DIA DULU TIAP-TIAP TAHUN DAPAT BONUS.

Tanpa Nama berkata...

kalau PM guna alasan tak bagi bonus sbb implikasi kewangan besar susah nak terima sbb bangunan 100 tgkat lagi melibat wang yg banyak. tapi kalau PM bagi alasan ekonomi masih belum pulih, itu boleh terima sbb ia menunjukkan BN perlu berundur sbb tak mampu menangani kegawatan ekonomi. Persoalannya skrg adakah ekonomi kita dah betul2 pulih atau selama ini kita ditipu dgn kata2 manis?

Tanpa Nama berkata...

bonus yang dipohon ialah 'bonus tertunggak' kerana k/tangan awam prihatin akan kaedaan ekonomi dunia yang mengalami kegawatan 2009 dulu.bila ekonomi m'sia pulih(dunia am nya)pada 2010 pekerja memohon pertimbangan bonus.

hairan sayer bila lihat baget 2011 sangat besar untuk projek mega. sayer ingat swasta yang pinjam duit dari institusi luar untuk projek mega ruper-rupernya k'jaan yang akan bayar untuk projek mega ini-BENGANG-ini sama dengan zaman mathair dulu bina p'jaya!!!!GRENTI TAK JALAN PUNYA

spatutnya pihak swasta buat semua projek mega TANPA apa-apa bayaran dari kerajaan.ini baru betui betui bisnes.

duit yang banyak dikutip k'jaan bolehlah beri kpd rakyat

dalam pilihan raya kecil yang akan datang nanti yang tak puas hati bolehlah fikir panjang siapa nak undi

Tanpa Nama berkata...

Kesian rakyat bila bonus sudah 2 tahun dipinggirkan. Di mana slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Pemberian bonus sebenarnya akan membantu bukan 1.2 PA tetapi rakyat sebenarnya. 1.2 juta X 6 ahli keluarga x 1.2 juta peniaga.. maka semua rakyat dapat menikmatinya...

Tanpa Nama berkata...

PM paling ceti sekali dalam dunia... minyak naaik, barang naik, dan semuanya naik.. Tunggu PRU 13

Tanpa Nama berkata...

Semenjak jadi PM Najib tidak pernah selami hati Penjawat Awam. Najib hanya mampu memikirkan yang terbaik untuk diberikan pada Rosmah.. Tak apalah Najib hari ini kau berkuasa besok tidak semestinya kau kekal berkuasa

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya dah nak dekat dah... so kita balas balik hasil "keperihatinan" Kerajaan kepada PA... Rasanya korang pun dah tau apa yg patut dibuat...

Tanpa Nama berkata...

sian kat PA satu Malaysia, tunggu conggok depan TV dgn penuh harapan membara kot2 ada berita gumbira.

last-last hampehhhh.....pak cik makcik penoreh, nelayan ngan FELDA tersenyum melihat taraf PA semua hanya layak dapat BANTUAN KHAS JEEE...sama taraf ngan diaorang.ini baru lah dinamakan rakyat di dahulukan.

lagipun najib membentang baget malaysia, bukan baget kakitangan kerajaan.

pada tuan presiden kupeq, Tuan Haji tak payah lah dok merayu meminta2 bonus. kami kakitangan kerajaan ada MARUAH. dah berapa kali dah dok merayu, orang tak layan punnn....ada PM kisah????

Tanpa Nama berkata...

IMPLIKASI KEWANGAN BESAR ..
betul tu. Negaraku Malaysia.
I Malaysia.
Haprak.. hampeh ..
Tunggu ... PRU13.

Tanpa Nama berkata...

cikgu, polis jer yg asyik dok naik gaji...PA yg lain tu tak memberi sumbangan ke?
Macam skim juruteknik yg dah lamaaaaaaaaa minta upgrade tak apat2 sampai skrg....

Tanpa Nama berkata...

Kita telah melalui zaman kegawatan ekonomi yang teruk di zaman Dr. M dan Pak Lah tetapi mereka ini mempertimbangkan juga pemberian bonus kerana kesiankan PA.. Apb berada di Zaman Najib lain pula jadinya. Tiada belas kasihan langsung terhadap rakyat... Rakyat pula yang terpaksa menanggung bajet kerajaan dengan kenaikan harga minyak dan barangan lain termasuk saman ekor. Inilah Kerajaan Najib Rakyat didahulukan untuk menjana pendapatan negara.. Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

kita PA hanya mengharapkan bonus untuk bawa anak2 makan angin. Nak harapkan gaji hanya cukup untuk bayar hutang. Kesiannyaa..hua3.hua3

Tanpa Nama berkata...

MAS rugi 12 bilion, perwaja hilang berbilion, menara baru 5 bilion. Nak bagi bonus 1 bulan 3.1 bilion tarak duit. Cantik 1malaysia.Pangkah lg Najib...ye ye

Tanpa Nama berkata...

RM 500 tu pun dah dikira ok. Jangan dok minta lebih2 nanti harga minyak naik lagi. Kita juga yang susah. Kita orang pun hairan duit kerajaan tu duit sapa?

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Najib bukannya kerajaaan bonus. jangan dok minta apa2. Kalu nak minta juga merayulah pada Rosmah.. Harap pahammmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Implikasi kepala hotak kau..bukan bonus je yang beri implikasi..semua yang berkaitan wang ada implikasinya...elaun guru kafa,elaun imam,elaun jkkk,permata,bangunan pencakar langit,projek engkasawan kedua...itu semua apa..?..hahhhh..?tak da implikasi ka..?..takat hantar p bulan balik dok ronda satu malaysia tak da apa pun..buang duit rakyat saja.Apasal elaun kakitangan lain kau boleh bagi..????..kami PA kau tak boleh bagi..?..hina sangat ka kami ni..?

Tanpa Nama berkata...

jgn tertipu..kami cikgu biasa x dpt per2..klu dpt pn Gred 41 ke atas@pengetua,sek.yg grand2..umum kt rakyat mcm la cikgu dpt untung sgt tp haprak,hampeh, kn tipu lg ada la.Tlg jgn la dengki ngan cikgu..kami pn keje teruk, cuti kn keje,petang kn dtg kelas tamb. yg x bergaji dan buat sistem failing yg menyusahkan.keje dgn org tua lain,paham bahasa, kena layan bebudak lg giler..tambah skrg budak manja, x blh sentuh silap2 sabit kes..lg naya.

Tanpa Nama berkata...

knp buang duit bt bangunan 2..sape nk guna..kami duk jauh nk g putrajaya,klcc,menara petronas pn x berani.pikir 100x.Dlm bangunan 2air secawan sampai 7,8 ringgit, belum makan. anak2 ramai nk bw berjln tengok semua tu pn x berani..sebulan gaji pn x cukup..tlg la timbang naik gaji.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang nie..tak da bezanya...semua PA dah kena tipu...kecuali yang gred 41 ke atas..elaun dah berlambak..gaji dah tinggi...tak payah cakap banyak la..kita tukar je kerajaan..Pak Omar...kalau berani...kita anjurkan satu mogok seluruh negara...kita tengok sapa berani...?

Tanpa Nama berkata...

Ayuh PA semua...kita mogok satu negara....pedulikan kalau orang nak kata kita tak bermoral ke atau apa2 saja...ini hak kita...kita kena buktikan kita juga ada maruah dan kuasa...

samad ex-N11 berkata...

sabagai tanda kita bermoral mari kita menadah tangan bersyukur pepada PM yg amat pemurah sangguup memberi rm500, jika ikutkan sepatutnya x boleh bagi lagi sebab ramai PA masih belum jadi ahi Umno lagi

Tanpa Nama berkata...

KALI PERTAMA NI LA AKU DENGAR SELUAR DALAM TAK KENA TAX.NAJIB SAKAI BUAT LAWAK. HAHAHAHAHAHA. RAKYAT DI PERKOTAK KATIKKAN.

Tanpa Nama berkata...

Tajuk Berita:Bonus memberi implikasi besar terhadap keputusan pilihanraya di Galas dan Batu Sapi. Ok,rakan2 PA tak perlu tunggu PRU13,dtglah beramai-ramai pada hari mengundi dan faham2lah siapa yg perlu dipangkah.

Tanpa Nama berkata...

semakin lama Najib semakin bongkak kan? terutamanya Penasihat PM, Rosmah.

Tanpa Nama berkata...

Tak yah bagi bonus...nanti bangunan 100 tingkat takde peruntukan....kontraktor/kroni tarak duit masyuk...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin selalu keluar negara ada duit. bawa pulak katak-katak lagi ada duit. nak selaras COLA dan ITP dah pokai...

Tanpa Nama berkata...

kami nak pelarasan gaji..bukan menara 100 tingkat harga 5 billion..

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kita semua buat protes depan parlimen... kalau 1.2 juta PA buat prote... apa reaksi PM kita yg tersayang ni...

Sokong bawa rebah berkata...

xpyah merayu lagi tuan haji omar..kami PA ada maruah.cukup2 la kita diperkotakkatikkan selama nih..Najib menunjukkkan kuasa yg ada pada dia skrg..apakata kita sbgi PA pula tunjukkan kuasa kita kepada beliau? 1.2 juta bkn kecil bilangan kita!

Tanpa Nama berkata...

"PM: TIADA BONUS KERANA IMPLIKASI KEWANGAN BESAR"

walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam

LAWAK PALING CELAKA TAHUN 2010..TIADA LAGI SOKONGAN AKU & KAUM KERABAT KU UNTUK MU NAJIS DALAM PRU13

Tanpa Nama berkata...

rindukan zaman Dr M.. legend! leh je wat menara petronas, putrajaya, etc..etc.. bonus still jalan!

Tanpa Nama berkata...

bantuan rm 500 utk ank sorang blh la....abis yg ank 2-3-4 mana la ckp....yuran dgn buku...skolah tadika pn rm2++.00....harapan 1.2 juta PENJAWAT AWAM hancur.....polis,tentera,guru, smua dpt kenaikan elaun....tp kami PA lain hampeh 1sen pn tkder...apa kami semua nie tk penting ke...untuk meneruskan agenda kerajaan sekarang...mcmn kerajaan BN nk menang PRU 13 tnpa sokongan 1.2juta PA....

Tanpa Nama berkata...

Saya terlalu kecewa kerana hanya profesion perguruan yang dimartabatkan tetapi kami juga pekerja, penjawat awam di IPTA, agensi kerajaan lain dan kementerian2 lain. Kami pun buat keja, insentif apa pun tak ada...mmg kecewa...nak naik pangkat pun susah...guru senang ja, mengadap budak2 ja...kami ni mengadap semua lapisan masyarakat kt opis, apa pun tak dapat...saya tak kisah pasal bonus atau bantuan khas. Saya hanya kisahkan ttg COLA, elaun perumahan dan kenaikan gaji tahunan utk penjawat awam yg berpendapatan rendah....tolongla beri perhatian.....JGN HANYA MEMANDANG GOLONGAN TERTENTU SAHAJA

"Inilah pernyataan yg bodoh Malaysia. Ni ko ingat guru nie senang ker kerja nya...ko pegi dulu sekolah baru ko paham, nak didik anak ko yg sampai pandai bukan senang.kadang2 anak ko nanti buat hal, bila nasihat anak ko tak makan saman, bagi kaunseling anak ko melenting, hantor ke guru disiplin anok ko terkencing sampai tak cukup lampin, bagi guru besau ko plak yg jadi tak sabau. Bagi aku semua kerja byk mencabar dan ada deskripsinya. Ko jgn main hentam jer, cikgu yg diddik anak ko mesti terkilan dengor komen bodoh ko nie..."

Tanpa Nama berkata...

merayu PM bubarkan parlimen dan dun sekarang..

Tanpa Nama berkata...

masalah bonus ni hanya akan selesai jika kerajaan bagi gaji 13 bulan kepada semua penjawat awam..Gaji 13 bulan ni dah banyak negara praktikkan...

Tanpa Nama berkata...

KONONNYA BUDGET 2011 NI MENGAMBIL KIRA SEMUA PANDANGAN RAKYAT..KONONNYA..RUPA2NYA MENGAMBILKIRA PANDANGAN ISTERI...HAHAHAHA..TERTIPU KITA SEMUA RUPANYA..HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Dulu bapa PM - hari-hari makan free, ke sekolah kena hantar, semua free.
sekarang jadi PM - makan free, tidur free, driver free, naik flight free semuanya free. Itulah sebabnya tak merasa susah PA dan rakyat. Alaa.. setakat nak bagi peruntukkan untuk bagi pembaikkan flat..sekadar main wayang je...

Tanpa Nama berkata...

Buat banguna 5 bilion tak besrkan implikasi kewangannya. Saya minta Tun Dr Mahathir jadi POM semula kerana beliau seorang jujur dan perihatin dengan semua masalah rakyat waktu gawat Tun bagi bonus kat kakitangan kerajaan.Tak pernah Tun Mahathir bagi alasan ekonomi jatuh bila nak bagi bonus. Wahai PM contohilah Tun Mahathir kongsilah kekayaan bersama-sama dengan rakyat. Kalau tak ada rakyat dan PA PM siapa....

Tanpa Nama berkata...

Kita percaya dalam pilihanraya akan datang semua bandar besar di Sarawak akan diambil alih oleh pembakang... percayalah. Bagi kami bumiputera Sarawak , tak ada bezanya samada parti BN atau pembakang, kami tetap diperbodohkan kerana kami kebanyakkan kakitangan kerajaan.Masih ramai orang bumiputera sarawak yang miskin tegar....

Tanpa Nama berkata...

Aku harap Datuk Lim Guang Eng bagi 2 bulan bonus kat kakitan kerajaan negeri Pulan Pinag. kot-kot Najib nanti boleh bagi juag 2 bulan gaji. Macam hari raya lepas......heee

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT DIDAHULU KAN ertinya rakyat kena berkorban dahulu dengan membayar lebih seperti kenaikkan harga makanan , minyak , pakaian , harga rumah , cukai dll supaya YB2 dapat keuntungan dahulu. Dia orang kan dah tua.
PERCAPAIAN DIUTAMAKAN ertinya YB2 akan mendapat keuntungan dahulu sebelum rakyat.

Slogan lanun...heeee

Tanpa Nama berkata...

Pada presiden cuepac kami sebagai kakitangan awam merayu kepada Pak Omar supaya JANGAN MERAYU LAGI KEPADA PM UNTUK PEMBERIAN BONUS kami ada maruah. Lebih baik kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dihindari daripada golongan2 yang munafik berkenaan. Baik kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya dimasukkan di dalam Syurga...amin. jika . Kita adalah golongan yang terniaya nascaya Allah swt akan menerima doa kita.

Tanpa Nama berkata...

WOW! 65 juta renovate rumah PM..bonus kedekut pulak!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

KUALA LUMPUR : Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.

"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.-/YB Anuar Sudin

HARAM JADAH KAU NAJIB

HARAM JADAH

Tanpa Nama berkata...

tak tau lah ape nk jadi nasib org2 bawahan yang susah lagi susah...yang senang lagi bersenag lenang kan...........kita ni rupa minta sedekah plak kt die (najib).....ingat lah ini semua dunia2...... najib...kepada cuepacs jgn mudah mengalah...teruskan perjuangan mu...

Tanpa Nama berkata...

tahun depan ekonomi dijangka merosot....kita kena tukar duit kepada emas dengan secepat mungkin...takut nilai RM jatuh...semua janib punya pasal...aku la dah start boikot Petronas