SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Oktober 2010

PERUNTUKAN BARU HANYA HADKAN BILANGAN ANAK

Berita harian
2010/10/16



PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.
“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. “Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya. Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan.

Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya. Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak. “Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

“Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari amatlah memuaskan hati segelintir ibu yang baru pertama kali mendengarnya..tapi jika d kaji semula dengan hanya 3 orang anak sahaja..amat memilukan hati..kerana kerajaan menghadkan PA wanita untuk menambah bilangan anak dalam keluarga sedangkan peruntukan hanya 300 hari dlm tempoh perkhidmatan.. Mengapa tidak ditingkatkan ke 450hari dalam tempoh perkhidmatan jadi boleh mendapat sehingga 5 orang anak..jika hanya 3 orang anak sahaja yang lahir dalam kerajaan..maka terpaksa PA wanita memohon cuti tanpa gaji untuk anak yang ke 4..sedih..pilu..

Tanpa Nama berkata...

ni sya cadang je..x aci marah tau..tu ramai P/A anak2 dara yang x kawin2 lagi..cepat2 la cari pasangan hidup..90 hari tau cuti bersalin..rugi x ambik.. peluang ni...kena bagi ramai umat...x kira la jadik 1st ke 2nd ke 3rd ke..asal bahagia..

Tanpa Nama berkata...

SATU CADANGAN YANG TIDAK BIJAK!
ANAK KERAJAAN LAYAK 3 ORANG JE TAU! BUKAN LIMA MACAM DULU.
KALAU JADI ISTERI KEDUA,KETIGA BIARLAH PUNYA ANAK RAMAI-RAMAI, KALAU SETAKAT 3, BAIK TAK PAYAH.

Tanpa Nama berkata...

hihi..ada orang respon la..xpe lah kawin dulu..biar dapat anak..kalu bleh anak2 yang soleh..berapa ramai x penting...sori ye..hanya buat hiburan..maklumlah ramai P/A2 tengah nak marah2,naik minyak.. pasal budget 2011..termasuk saya gak...human...