SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Oktober 2010

JANGAN PISAHKAN PASANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
29/10/2010
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta agar tidak memisahkan tempat bekerja mana-mana penjawat awam yang sudah berkeluarga bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka.Beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan Rabu sependapat bahawa tindakan memisahkan pasangan yang sudah berkahwin, walaupun disebabkan kenaikan pangkat, bukan sahaja menyebabkan kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menimbulkan masalah sosial lain.Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang-Perbekalan 2011 (Bajet 2011), di Dewan Rakyat berpendapat penjawat awam yang sudah berkeluarga sepatutnya diberi keutamaan memilih lokasi di mana mereka mahu tinggal dan bekerja.

"Kita tidak boleh pisahkan mereka...ini akan sukarkan soal kasih sayang, penjagaan anak dan keselamatan mereka," katanya.Beliau menggesa kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan penjawat awam yang sudah berkeluarga, dan bertugas jauh daripada keluarga, untuk berpindah bagi membolehkan mereka bersama keluarga.Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Mohd Jidin itu berpendapat, faktor berjauhan daripada keluarga boleh menyumbang kepada kekurangan produktiviti penjawat awam, selain perlu menampung kos hidup yang lebih tinggi.

"Kalau suaminya di Sabah, si isteri di Johor Bharu, perbelanjaan mereka akan tinggi kerana terpaksa menanggung dua rumah dan sebagainya."Jadi, kalau ditempatkan berhampiran, mereka boleh duduk di sebuah rumah dan dengan itu, saya percaya produktiviti mereka akan meningkat," katanya.Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) pula bertanya sama ada penempatan yang berbeza itu menyumbang kepada masalah sosial, khususnya penceraian yang semakin meningkat pada masa ini.Mohd Jidin berkata faktor kejauhan mampu menjadi masalah besar kepada pasangan yang sudah berkahwin dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga.Beliau berkata adalah wajar kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan penjawat awam lebih berdaya maju.Persidangan dewan bersambung esok.-- BERNAMA

56 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

idea yg dilontarkan memang benar dan bertepatan dgnkehendak islam tetapi siapakah orang yg selalu suka menukarpenjawat awam.jpn,ppd dan guru besar yg selalu menukar guru2 dgn alasan guru itu tidak sehaluan dgn mereka tanpa menyiasat,ada guru2 ditukarkan berkali2,yg menyedihkan mereka ditukar jauh drp keluarga mereka.mereka tidak pernah peduli keluarga ini susahke,berceraike yg penting kroni mereka mesti dijaga

Tanpa Nama berkata...

syabas Dato Mohd Jidin b.Shafee..satu cadangan yang sangat baik untuk semua P/A..hmm..kalau lah saya dikawasan Dato..sudah pasti sya akan undi Dato..tp nampak nya saya terpaksa akur dengan semua rakan2 P/A yang lain yang berhasrat untuk menukar kerajaan yang ada ini kerana isue2 semasa yang melanda kami...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya ini telah d lakukan dari dulu laghi kepada pa yang telah berumah tangga.kenapa baru sekarang?

Tanpa Nama berkata...

saya harap sume terlaksana...dah lulus ptk tapi gaji x naik jugak...tertungak smpai 2 tahun...pastu naik pangkat kena campak jauh2 ,,berjauhan dgn isteri dan keluarga..tolong faham lah masalah orang...tension gua mcm ni..dah 2 kali asik pindah randah.isteri pun terpaksa bhnti kerja bila suami berpindah..mangkuk..bodoh....punye pegawai yang menyusun penempatan...BODOH..BODOH...BODOH

Latip Boriba berkata...

ni mesti ada pemimpin umno yg anaknya diletakkan jauh2 dan segera cadangkan mcm ni. biasa la, lagi x terkkena mereka x paham masalah rakyat. lahanat umno

Tanpa Nama berkata...

betul...ni mesti ada terkena pada btg hdg sndiri br nampak mslh.Aku dh 2 kali terpaksa berpindah randah.Gara2 husb naik pgkt dan kena tukar ke labuan aku berhenti keje swasta.Tp nasib buat rayuan dpt balik kg halaman kuantan.Pastu rezeki murah aku dpt keje kerajaan.Dh seronok keje hampir 6thn, sekali lg suami aku kena tukar krn naik pgkt.Tp kali ni bkn tmpt yg ok tp diceruk hutan.Puas jg husb merayu nak stay kat ktn kerana mslh ank2 yg sek n aku br pas dpt baby jd sudh psti perbelanjaan akn meningkat.Hampir 9bln br aku dpt tukar.Malang rsnya bla tercampak kat hutan ni dhla jauh dr tmpt keje...kos minyak, penat driv lg n setakat ni dh 2 kali kena baiki kete sbb jln nak ke tmpt keje memng teruk.Elaun cola dahla dpt makin sikit.Kenaikan pgkt suami pun gaji xlah banyak mana naik sbb dh tempuh tembok.Gaji x seberapa...gaji akupun kecik je...cukp2 bantu suami.Kalu keje swasta dl memg seronok.Bonus dh tetp 2 bln...kalu ada untung tambah lg.Huh seronoknya keje swasta dl...hampir 6thn jg.

Tanpa Nama berkata...

tahniah kpd Dato Mohd Jidin b. Shafee... membahaskan masalah tu..
aku penah kena dpt naik pangkat tapi kena posting kat tempat jauh drpd keluarga... berminggu-minggu dok pikir nak pegi ke tak.. pastu antar rayuan pun tak dilayan tidak dpt dipertimbangkan... last aku tolak tawaran tu.. rasa malang tul diri nie dpt peluang naik pangkat tapi serupa tak dpt peluang naik pangkat... aduhai

Tanpa Nama berkata...

Utamakan organisasi daripada hal hal peribadi..he he he..

Tanpa Nama berkata...

kalau serius terhadap isu ini,BUAT SESUATU jgn bercakap shj.memang dah bnyk family porak-peranda dan sampai cerai-berai pun.itu belum kita yg berhenti kerja atau pencen awal.aku pernah email isu ni kepada Dato Seri Sharizat dan kementerian beliau, tapi senyap jek! agaknya dia tak tahu betapa seriusnya isu ni berbanding isu cuti bersalin yg depa dok jaja.

Tanpa Nama berkata...

Selalunya orang peringkat atasan yang selalu tukar pegawai yang dia orang tak suka....ssebab mereka dengki tengok orang senang. Hati syaitan....

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes ini saya ingin membawa tuan puan kepada masa 5 atau 10 tahun akan datang, betapa ramai anak-anak kakitangan awam jadi penyangak kerana kehidupan mereka tanpa kasih sayang ibu dan ayah sepenuhnya. Saya bagi contoh jiran saya, si bapa kena tukar, isteri mohon pindah nak ikut suami tak dapat. Kesannya... pada awal bulan oktober 2010 anaknya yang sekolah menengah kena tangkap polis kerana kes curi.Awal bulan November pula anaknya yang sekolah rendah kena tangkap polis juga kes curi. Munculah seorang mahasiswa buat kajian tentang ini.Kementerian Pemb.Keluarga dan Masyarakat selalu melaungkan keluarga bahagia. Mcm mana nak bahagia....

Tanpa Nama berkata...

tolonglah kaji balik dan buat penempatan semula sebab dah 2 kali saya meminta tukar dekat dengan suami tapi tak dapat. sampai sekarang saya tak der anak sebab suami duduk berjauhan dan kos pula meningkat.
kawan saya sampai bercerai kerana duk berjauhan. saya pun tak paham kenapa nak pisahkan pasangan penjawat awam. banyak kesan negatif dari positif.

gadis unggu berkata...

saya bekerja di sabah dan suami saya berkerja di Penang.sdh 3 thn kami berkahwin dan sdh dikurniakan seorang anak..suami sy sdh memohon pindah sebanyak 3 kali.dan sdh hampir 3 thn..dikatakan alasan telah berkahwin bukan alasan yg kukuh..sy tdk dpt pindah ke penang kerana sy baru bpndah ke sini,lagipun ini tmpt asal kami banyak kos yg dpt kami jimatkan sekiranya tggl di sabah..saya sgt bencikan pihak yg terbabit yg tdk pnh ambil kisah masalah kakitangan awam.gaji x seberapa bagi tambang percuma mengunjungi wilayah asal 1 thn sekali. TIDAK TERFIKIR KE BERAPA BANYAK KOS YANG KAMI TERPAKSA TANGGUNG??? dgn 2 sewa rumah yg perlu di bayar,2 kereta,cuti 20 hari setahun..cukupkah???kadang kala saya risau ANAK saya tidak mengenali ayahnya. ADAKAH KAMI SUAMI ISTERI HANYA PERLU BERJUMPA 1THN SEKALI???perbelanjaan setiap kali kami berjumpa AMAT TINGGI..TOLONGLAH BERPERIKEMANUSIAAN.!!!!!! bayangkan seandainya diri anda di tempat kami... anda org atasan anda pengerak kjn.. TOLONGLAH AMBIL PERHATIAN PIHAK YG TERBABIT@!!!!!!!!!

Unknown berkata...

Saya pun tengah berpikir2... Cuma nk tahu, keputusan menolak tu.. sehingga skrg, berbaloi tak sebenarnya? Sebab saya pun mcm nk menolak

Unknown berkata...

salam. Minta tlg ketua pengarah jabatan jgn sesuka hati menukar staf. Tlg siasat ad ketua pengarah y menukar staf ke tmpt y jauh drpd anak bini. Alasanya adlh krn tlalu lama bkerja di tmpt itu. Bg kami, kami xkisah smada bru atau lama tp y pnting kerja y bmutu d bkualiti. Skrg semua dh ditukarkn tetapi kerja2 lgsung x bmutu krn semua y ditukarkn slalu cuti, d smgt kerja lgsung tiada

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama.dah 4 tahun terpisah dr isteri dan anak2.buta perut ka org kat atas sana tu.

Unknown berkata...

Berapa banyak Kementerian yang mengambilkira hal ini. KSN hanya buat ucapan berdasarkan teks tanpa memahami apa yang diucapkan. Sebab tu jadi "cakap x serupa bikin". Sebab orang-orang besar hanya baca teks ucapan. SIAPA PELAKSANANYA??Yang melaksanakan di semua Kementerian kebanyakannya PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD). Skim yang meneraju banyak Kementerian dan Pentadbiran Perkhidmatan Awam. Saya x kata semuanya tapi kebanyakannya. Sebabkan PTD adalah skim yang paling bijak dalam Perkhidmatan Awam, saya ingin cadangkan di sini, tolong jalankan UJIAN PSIKOLOGI ke atas semua penjawat awam terutamanya yang jauh dari keluarga dan pasangan masing-masing(PJJ-Perhubungan Jarak Jauh). Lihatlah hasilnya wahai PAK MENTERI,KSN, KPPA dan KSU-KSU KEMENTERIAN:). Merudumnya motivasi kerja dan sejauhmana terjejasnya institusi kekeluargaan serta impaknya terhadap minda dan tumbesaran ANAK-ANAK. Anak-anak akan menjalani hidup seolah-olah ibubapanya telah BERPISAH!!! Sekejap dengan AYAH, sekejap dengan IBU. Wajibkan ujian ini dan laksanakan secara tahunan. KEDUA, mohon laksanakan pertukaran secara adil kepada semua Penjawat Awam termasuk PTD kerana terdapat sesetengah PTD yang seolah-olah kebal sehingga menjadi TUKUN di sesebuah Kementerian. Penjawat Awam yang lain, tidak boleh lebih dari 5 tahun di sesebuah tempat sedangkan terdapat PTD yang berada di sesebuah Kementerian lebih dari 5 tahun. KETIGA, jalankan kajian tentang anak remaja yang bermasalah dan jangan terkejut kalau kebanyakannya dari kalangan anak-anak Penjawat Awam. AKHIR SEKALI, jalankan kajian tahap sokongan Penjawat Awam terhadap Kerajaan. Saya yakin sudah ada jawapannya :). Disebabkan terdapat banyak situasi "TERANIAYA" di dalam perkhidmatan awam, maka fenomena sedang berlaku di mana wujudnya lambakan "duri dalam daging", "gunting dalam lipatan" dan "musuh dalam selimut" di dalam perkhidmatan awam itu sendiri. Rasa macam nak tergelak besar pun ada. Kerajaan sibuk tubuhkan pelbagai badan dan agensi bagi mengenalpasti pelbagai permasalahan yang timbul tanpa menyedari bahawa ianya berpunca dari 'saka' atau sikap 'turun-temurun'. Transformasi hanya atas kertas. Hahahaa..

Hurein berkata...

Itu utk yg engkar arahan.. Kalau jujur melaksanakan tugas takkanla jadi isu

PenjejakBadai berkata...

kes saya pula adalah suami isteri bekerja dalam satu pejabat...jadi ketua pengarah menukarkan saya ke cawangan sandakan dan isteri di kk...bukan naik pangkat...jadi bayangkan la kos yang saya akan tanggung bila bersendirian di sandakan...dengan rasa rindu isteri dan anak yang masih kecil...untuk pengetahuan ketua pengarah adalah perempuan yang belum berkahwin.

Unknown berkata...

Nato.... No action Talk only....

Unknown berkata...

Well said bro...

Unknown berkata...

Setuju....

Unknown berkata...

Betul dan setuju sangat2....saya berjauhan dengan suami dah 10 tahun. Suami minta pindah tak dapat2 walaupun ada pengganti yang sedia nak tukar sama suka. Why ar?

Unknown berkata...

Saya berharap cuepac terus memperjuangkan undang2 ini..saya sebagai salah seorang penjawat awam yang jauh dari bini,anak,dll sangat2 banyak masalah,tekanan dan kos sara hidup yang berlipat ganda...saya di selangor l,keluarga saya pula d sarawak..

Unknown berkata...

Saya berharap cuepac terus memperjuangkan undang2 ini..saya sebagai salah seorang penjawat awam yang jauh dari bini,anak,dll sangat2 banyak masalah,tekanan dan kos sara hidup yang berlipat ganda...saya di selangor l,keluarga saya pula d sarawak..

Unknown berkata...

Keutamaan adalah keluarga dan anak2. Sebuah keluarga adalah institusi paling kecil dlm sesebuah negara. Jika institusi keluarga tidak harmoni,tidak selamat dan pincang , ini akan membawa padah buruk kepada negara. Isu ini perlu ditangani oleh pihak berwajib tanpa permohonan oleh pa terlibat. Elakkan daripada situasi ini berlaku dan jika hanya utk sementara jadikan prioriti sementara menunggu penyelesaian. Saya percaya dinegara kita sudah ramai pakar pengurusan HR

Unknown berkata...

Keutamaan adalah keluarga dan anak2. Sebuah keluarga adalah institusi paling kecil dlm sesebuah negara. Jika institusi keluarga tidak harmoni,tidak selamat dan pincang , ini akan membawa padah buruk kepada negara. Isu ini perlu ditangani oleh pihak berwajib tanpa permohonan oleh pa terlibat. Elakkan daripada situasi ini berlaku dan jika hanya utk sementara jadikan prioriti sementara menunggu penyelesaian. Saya percaya dinegara kita sudah ramai pakar pengurusan HR

Unknown berkata...

Keutamaan adalah keluarga dan anak2. Sebuah keluarga adalah institusi paling kecil dlm sesebuah negara. Jika institusi keluarga tidak harmoni,tidak selamat dan pincang , ini akan membawa padah buruk kepada negara. Isu ini perlu ditangani oleh pihak berwajib tanpa permohonan oleh pa terlibat. Elakkan daripada situasi ini berlaku dan jika hanya utk sementara jadikan prioriti sementara menunggu penyelesaian. Saya percaya dinegara kita sudah ramai pakar pengurusan HR

Cikguku Sayang.. berkata...

Sangat memedihkn pjj...

Cikguku Sayang.. berkata...

Sangat memedihkn pjj...

Todak berkata...

Sarawak dan Sabah dah tak mau Orang Malaya. Cik Cuepex masih sibuk cari publisiti. Bongok..

Todak berkata...

Sarawak dan Sabah dah tak mau Orang Malaya. Cik Cuepex masih sibuk cari publisiti. Bongok..

Unknown berkata...

Kpd semua penjawat2 awam boleh je baca kenyataan seperti itu tp jgn mengharap sgt nk jd reality...selagi org2 atas yg ada otak tp xdak akal berada di atas mmg diorg xkn lyn...yg penting diorg bahagia bersama keluarga masing2...pekerja2 bawahan yg dok berasingan???diorg peduli ape...

Unknown berkata...

Pisahkan je tapi jangan jauh je. Kalau satu ofis terlalu banyak masalah remeh temeh dan mengganggu kelancaran kerja.

Unknown berkata...

sudah terlambat....gara-gara ditukarkan jauh dar suami kini sya telah bercerai dgn suami..sewaktu brsama selama 8thn x pernah ada mslah besar...kesan yg paling terok kpd anak2.

Unknown berkata...

saya sokong..saya pon mengalami masalah...org rumah saya di kuala lumpur saya di melaka...minta tukar tp bos org gumah ckp klu gune alasan ikut suami itu alasan perbadi....tak layak untuk di tukarkan...sekarang org gumah terpakse pindah melake dan ulang alik untuk jd kan alasan kuat untuk dipindahkan...

Unknown berkata...

Isteri xdpt tukar pun lg....hidup berjauhan lg...ank da 3

Unknown berkata...

ye....saya brtugas d HOSPITAL Lawas...isteri d SK St Alphonsus Julau....slama 9 tahun brjauhan...dan skali stahun brjumpa...tiada pun pihak atasan yg mngambil berat apa yg kami hadapi wlaupun sudah bkali2 saya mohon pindaha kpd jkns sarawak....skrg nie....rsa down....9thun bkrja....tnpa pengiktirafan hatta APC sklipun sya x pernah trima...tekanan emosi?x pyah nak ckap....rasa nak tumbuk stiap planggan yg dtg brjumpa....skrg nie...slgi sya x pindah...sya mmg xda smngat nak bkerja....dtg ofis tnjuk muka je...mngkin mrka org d JKNS Sarawak mmbakul sampahkan prmohonan pindah sya slama nie...

Mohd Nazrul Bin Rosidi berkata...

saya bersetuju dengan cadangan ini berikutan, saya juga antara yang terlibat dengan perkara ini, dimana saya sebelum ini bertugas di Pulau pinang dan dan Isteri bertugas di kedah. Oleh itu, saya isteri telah memohon bertukar dari kedah ke Pulau Pinang dan berjaya. Setelah setahun duduk sebumbung saya pulak di tukar jauh ke ke Selatan Perak, iaitu lebih kurang 5 jam perjalanan, sebab saya ditukarkan tidak dimaklumkan dan secara tidak alngsung meningkatkan kos perbelanjaan saya keran terdapat kos pengangkutan berulang alik ke Pulau Pinang setiap minggu......saya berpendapat, perkara ini sepatutnya di pertimbangkan sebelum sebarang tindakan pertukaran tersebut

CheWan Fasnillah berkata...

Sy sokong & sgt setuju...bg penjwt awam yg naik pangkat masih lg ad pilihan samaada terima @ tolak...tp bgaimana pula bg pnjwt awam yg jwtn dijumudkan di sesebuah jbtn,pilihan yg ada terus bekerja tp tgglkn anak keluarga nun jauh dimata @ behenti bekerja. Bagaimana pula nk sara hidup dgn ekonomi skrg? Nak mohon bertukar mmg sgt ssh bg jwtn yg sgt terhad di setiap jbtn..rs mcm ditindas..luah mati mak telan mati bapak... Sgt bersyukur jika perkara ini dilaksanakan...

CheWan Fasnillah berkata...

Sy sokong & sgt setuju...bg penjwt awam yg naik pangkat masih lg ad pilihan samaada terima @ tolak...tp bgaimana pula bg pnjwt awam yg jwtn dijumudkan di sesebuah jbtn,pilihan yg ada terus bekerja tp tgglkn anak keluarga nun jauh dimata @ behenti bekerja. Bagaimana pula nk sara hidup dgn ekonomi skrg? Nak mohon bertukar mmg sgt ssh bg jwtn yg sgt terhad di setiap jbtn..rs mcm ditindas..luah mati mak telan mati bapak... Sgt bersyukur jika perkara ini dilaksanakan...

Abd Rahman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
van arobie jav lee berkata...

ingatlah sunnah ALLAH ...kita ni manusia saling memerlukan saling ada tanggungjawab terhadap diri dan keluarga ...jgn sebab perpisahan suami isteri kerana suatu pekerjaan itu kehidupan akherat ditinggal jauh ...belim lagi tanggung jawab pada ahli keluarga yg lain ... masalah social mungkin boleh berlaku contohnya makan luar anak jadi hilang kasih sayang hilang kepercayaan hilang timbang rasa dan timbang tara diri mudah mengikut arus budaya asing yang merosakkan ... dan banyak lagi ...fikir fikir kan lah ... wallaahua'lam bossowaab ...

Unknown berkata...

Saya pun terfikir , saya baru bertunang , tunang saya dah dapat interview kerajaan . saya kerja dengan orang tua saya , berniaga . Bila saya bagitahu dekat tunang saya pasal posting jauh-jauh ni macam mana ? dia suruh saya ikut dia , kerja saja apa pun . Masalah dia , saya sedang uruskan perniagaan keluarga saya . saya dah sedap dengan hasil gaji saya dapat , boleh bayar kereta , segalanya2 . Saya tak banyak pengalaman berkerja , kalau saya ikut isteris saya posting nanti . Saya nak kerja apa ? saya memang demand gaji sebab komitmen saya besar , nak bayar macam2 . Kalau lah awal-awal kahwin isteri saya kena posting , Ya Allah kesian kami . baru kahwin dah kena berpisah sebab kerja , memang berkorban tapi . Kalau saya ikut isteri saya , saya kerja yang gaji kecil macam mana saya nk sara keluarga ? Nak bagi mak ayah lagi , nak sara isteri lagi , bayar macam-macam . Saya dah biasa kerja sendiri dengan family saya .

Insan kecewa berkata...

Sembang je kencang habuk pun tak dakkk...x nak bagai itu ini last2 x dak apa-apa pun jugak.. sembang bagai langit nak runtuh last-last apa pun tak dak...senyap seribu bahasa bagi yg memberi cadangan mahupun yg menyokong hanya berkata kata sahaja... klu tiada apa-apa tindakan..lain kali x payah nak utarakan hal berkaitan berjauhan(pjj) ni buat menyemak perasaan je ...semua jabatan pun sama tiada ambil peduli dan tiada kebajikan untuk para pekerja klu setakat nak bg cadangan dan tiada perlaksanan baik x payah bg cadangan..

Fairul Kluang berkata...

Idea yg mantap dan bernas bro

Unknown berkata...

Ini ambil kira juga masalah pegawai bertukar dalam negeri.Dari stesen kestesen.Bukan saja sabah,sarawak dan malaya.Ini perlu disegerakan Bukan saja Cakap Macam Tin Kosong.SEGERAKAN....Saya Salah Satu Dari diatara rakan-rakan yg lain...Jangan Pisahkan yang sudah berkeluarga.....

Rhea berkata...

Masuk 9 tahun berkahwin sy tak pernah mintak posting ikut suami. Kami hidup pjj selama ni sbb sy sayangkan elaun pedalaman yg sy dpt lg pun elaun tu utk cover komitmen hidup . tapi tahun ni pertama kali sy mintak posting ikut suami sbb suami dh kena pindah ke sabah. Elaun pedalaman pun dah di tarik balik. Anak paling kecil pula perlukan rawatan pakar setiap bulan di ppum. Jarak mmg jauh dari tempat sy bertugas di pahang. Jadi memang sy berharap sgt2 permohonan sy di pertimbangkan. Sy stress sgt fikir banyak kos perbelanjaan setiap bulan sbb suami terpaksa balik guna tambang sendiri tiap bulan tiap kali anak ada rawatan. Belanja utk pegi hospital lagi. Terpaksa tanggung kos hidup 2 rumah lg tiap bulan.

Unknown berkata...

Saya dari angkatan tentera malaysia, dari tahun 2013 minta berpindah sampai kehari ini tidak dapat berpindah sudah menjelang 2018, yang mana saya tinggal berasingan dengan isteri atas sebab pegawai dan ketua kerani tempat saya bertugas tidak membenarkan dan menguasahakan supaya permohonan berpindah saya diluluskan, merana hidup saya selama ini tapi apa yang nak saya ibarat mentimun, yang atas ibarat durian, saya berharap agar doa saya dimakbulkan dan allah s. w. t mempermudahkan permohonan saya agar dapat saya berpindah ke tempat yang berdekatan dengan isteri dan anak saya yang sudah berumur 4 tahun (selama ini dijaga oleh orang tua).

Unknown berkata...

Saya sebagai anggota PDRM ingin bertanya adakah pertukaran penempatan kerana ingin membantu ibu/bapa yang sakit tidak dibenarkan. Untuk makluman ibu saya mengalami sakit kronik ( saraf tunjang ) dan kini sudah hampir 3 tahun lumpuh 100% dan perlu penjagaan yang khusus. Mengharapkan bapa yg akan mencecah usia 60 Tahun untuk mengangkat ibu yg tidak mampu bergerak amatlah menyedihkan. Bukanlah niat untuk kembali ke kampung halaman tapi cukup sekadar penempatan tugas di mengambil masa yang lama untuk sampai di rumah ibu/bapa kerana jika berlaku sebarang kesulitan mudah untuk merancang perjalanan

Unknown berkata...

Penempatan tugas tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di rumah ibu/bapa jika berlaku sebarang kesulitan

Pregnancy berkata...

DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

Unknown berkata...

Kalau isi hrmis..dia akan tanya adik beradik lain jugak

Unknown berkata...

Inilah situasi yg saya hadapi sekarang...

Tanpa Nama berkata...

Diminta cuepac dan seumpamanya yg mempunyai kuasa tolong lah serius mengenai isu ini. Jangan hanya hangat2 taik ayam. Sy berkhidmat di selangor. Isteri berkhidmat di perak. 3 tahun berjauhan hanya jumpa 2 minggu sekali. Genap 3 tahun permohonan saya ke perak diluluskan. Malangnya negeri perak sgt luas. Saya dihantar oleh ketua profession ke daerah yg jauh dari isteri. Isteri kerja di kampae. Sy dicampak ke gerik. Sehingga sekarang masih berjauhan dengan isteri. Sudah hampir 6 tahun menunggu. Rayuan dan permohonan tukar suka sama suka tidak dipedulikan oleh ketua yg tiada empati. Silaturrahim suami isteri diputuskan.

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah wujudkan satu garispanduan tukar suka sama suka yanh dikawal oleh unit sumber manusia. Bukan pertukaran atas budi bicara ketua profession. Jika ketua profession kepala otak tak betul. Tiada empati. Pentingkan kroni. Bagaimana? Ramai anggora sengaja dihantar jauh2 dari pasangan.. Naya kami. Prestasi kerja sy menurun. Kini sy kerja tiada lagi keikhlasan kerana sakit hati dan tertekan