SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Oktober 2010

DEWAN RAKYAT: UMUR PERSARAAN WAJIB TAK DINAIKKAN KE 60 TAHUN

Bernama
11/10/2010


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.

"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.

"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Menjawab soalan sama ada langkah meningkatkan umur persaraan dapat mengelak tenaga muda yang kini bekerja di sektor awam daripada berhijrah ke sektor swasta, Mohamed Nazri berkata perkara itu dapat diatasi melalui semakan gaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa serta pelbagai kelebihan lain bagi memastikan gaji sektor awam terus kompetitif.

"Contohnya, gaji yang diterima pegawai berkelulusan ijazah pada masa ini lebih baik daripada gaji yang ditawarkan oleh sektor swasta. Kedua, kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti untuk golongan pendidik, dan ketiga, kenaikan pangkat ikut kepakaran seperti dilakukan kepada pensyarah, pegawai perubatan dan penyelidik," katanya.

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Menurutnya Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia yang umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Umur persaraan kakitangan kerajaan telah mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008.

-- BERNAMA

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia yang tahap gaji PA macam cipan.

Tanpa Nama berkata...

bagus la..

Tanpa Nama berkata...

naikkan gaji laaa...bukan naikkan umur persaraan...kesian la kat graduan yg menganggur.....naikkan gaji dan pencen untuk pesara pun akan naik....semua puas hati....kesian jugak kat pegawai kontrak yg kempunan nak jadi pegawai tetap....

Tanpa Nama berkata...

Had umur tak naik tapi gaji kami mahu ada kenaikkan!!! Sekurang-kurangnya 50%...Naik kan elaun perumahan kumpulan sokongan. RM180 tak relevan lagi...

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn keputusan menteri. sepatutnya fikir dulu baik buruk sebelum buat cadangan. minta pandangan pihak lain.

Jay berkata...

Jangan bandingkan usia rakyat yang berkerja di M'sia d negara jiran. Status sosial, cara hidup dan keperluan tenaga kerja yg mendesak menyebabkan tempoh bersara tinggi.Di M'sia ni cara pemakanan dan cara hidup banyak tak sihat.Takkan nak suruh orang yang dah tak mampu menjalankan tugas bekerja. Yang gaji besar sedapla.. kalau nak fikir 1.27 juta yg bekerja bagaimana yg masih belum bekerja..brape juta pula?

Jay berkata...

yang kerja sekarang pun banyak makan gaji buta, belum masa balik pun dah siap2 dengan beg nak balik 10min ok ni 30min dah standby nak balik.

Tanpa Nama berkata...

Siapalah punya idea yang nak naikkan umur persaraan hingga 60 tahun ni...sepatutnya sebelum cadangan ini dikemukakan buatlah dulu survey dan pendapat drp. PA berapa %kah yang nak idea ini dikemukakan....Bagi pendapat peribadi sya sendiri, cukupkan 56 tu,dulu 55 ni dah naik setahun...lantikan baru pula wajib ambil 56, yang veteren option 55 atau 56. Kalaulah bersara hingga 60 bukan tak boleh tapi kena decide pada umur 56...ni sebab kesihatan kita musim tu belum tahu macam mana...lagi satu...mana tau sebelum umur 60 tahun ni kita dah terkaya...buat apa lagi nak kerja bermatian-matian (kerja sampai mati) elok luangkan masa emas tu untuk enjoy yourself seperti makan angin ke luar negeri/negara sementara masih sihat...betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Bagi meringankan beban kerajaan gaji semua PA dipotong 20% dan umur bersara dikurangkan kpd 45 tahun atau berkhidmat dgn kerajaan 21 tahun diberi pencen wajib supaya kerajaan dpt menggunakan wang tersebut utk diberikan kpd rakyat yg tidak bekerja dan orang tua dan orang OKU.

Kepada pegawai kontrak ditamatkan perkhidmatan mereka serta merta kerana pekerjaan mereka itu tidak menguntungkan kpd rakyat dan dptlah menjimatkan beban kewangan kerajaan.

BUJANG LAPUK

Tanpa Nama berkata...

semua bengong takde otak keje je sampai mati nak naik gaji pun susah diorang ni sekolah je tinggi contoh tak nmpak ke elaun rumah PA sokongan 180 logik ke budak sekolah pun tahu bezakan elaun tu zaman bila punye tu..

Abdullah berkata...

Ada satu menteri yang kahwin dengan selebriti perempuan melayu ter cantik tu ada kata, kenapa tol tinggi harganya, dia bayar sendiri selepas pencen menteri, selama ni ada orang tolong bayarkan, maka dia tak tahu paritnya bayar tol tu, kalau dia duduk rumah sewa kat KL baru nak meloncat kot.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan bijak Kerajaan tidak menaikkan umur persaraan...Lagi bijak kalau kerajaan dapat menaikkan elaun2 yang sudah tidak releven.. Kepada Omar Osman harap perjuangkan elaun2 PA awam yang dah ketinggalan zaman..

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian rakyat M'sia memegang teori ekonomi bila gaji kakitangan awam naik maka barangan pengguna juga naik, adakah benar teori tersebut, dan bagaimana pula sekarang ni gaji tak naik harga barangan terus naik ?, Setahu saya teori ekonomi meletakan sekiranya permintaan meningkat maka akan meningkatkan harga atau penawaran yg berkurang juga akan meningkatkan harga.

Rakyat M'sia ini serta peminpin negara kita ini perlulsh beralih daripada teori lapok ini dan perlu menjurus kepada penjanaan ekonomi yg berinovatif serta peroduktif sekiranya M'sia ingin bersaing dgn negara maju yang lain.

Pekara utk melanjutkan umur pesaraan pada saya itu perkara kedua perkara pokoknya kerajaan perlu mengiktiraf sektor awam sebagai penjana ekonomi negara, justru kerajaan perlu menilai semula dalam berkira2 utk pemberian bonus dan kenaikan gaji.
Sumbangan sektor awam pada negara adalah sumbangan utama kerana ia merupakan sumbangan yang membantu kemajuan serta sebagai pemancu yang menjana ekonomi negara.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..tak jadi umo 60 tahun pencen..padan muka makcik2 dan pakcik2 yang dok berangan nak kejer sampai mampus (padahal dok ngular je)..

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs tolong mohon kenaikkan elaun PA. Cth: Elaun Perumahan. Dan tolong mohon supaya diberikan Pinjaman Perumahan Kali Kedua kepada semua PA mengikut gaji terkini dan diberi pinjaman PENUH bukannya baki dari Pinjaman Pertama! Hartanah di Malaysia sekarang terlalu mahal dan hanya bangsa asing saja yang mampu membeli rumah. Kenapa tidak diberi peluang kepada PA untuk mendapatkan rumah yang selesa selain menambah aset??

Tanpa Nama berkata...

Elaun kakitangan sokongan terutamanya perumahan dan perkhidmatan, RM180 amatlah tidak relavan di kawasan bandar yang terutamanya di Pulau Pinang, Sewa rumah setinggan pun RM400,nak beli rumah lagi tak mampu, nak kene beli rumah di kawasan butterworth, baru boleh beli rumah, tolonglah,, kaji semula elaun ni,,, kerja nak berstatus APEX,, tapi,,nak menjalani kehidupan di kawasan bandar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, amatlah membebankan, terpaksa menyewa di seberang,.. Minta elaun perumahan dinaikkan sekurang- kurang nya RM300 dan sedikit bagi elaun perkhidmatan, ataupun pelarasan gaji.

Tanpa Nama berkata...

Pekara umur tu satu perkara yang masih boleh diambil kira sekira ada keperluannya tapi pasal utama bonus hujung tahun ni setengah pihak ada menyatakan bahwa yg disebut bonus hnyalah bantuan kewangan spt bantuan menjelang hari raya jumlahnya sama saja iaitu sebanyak RM 500

Kerajaan katanya tak bercadang untuk meluluskan imbuhan sebulan atau dua bulan gaji kerana kecairan tersebut akan melibatkan kewangan yg banyak mencecah hampir 2 billion ringgit teteapi kecairan itu dianggap tidak mebawa pulangan kepada ekonomi negara, tetapi kerajaan akan memberi lebih banyak insiatif pada sektor swasta atau koprat termasuk GLC dalam masa yg sama kerajaan akan mengalualukan penyertaan pihak swasta dalam usaha memberi latihan industri bagi meningkatan kemahiran.

Usaha2 yg lebih bersifat inovatif dari kedua2 sektor ini adalah amat digalakkan disamping kerajaan akan meyediakan beberapa peruntukan bagi meningkatkan proses tersebut dijangkan penhasilannya bagi meningkatkan lagi produktif yang berdaya maju serta dapat meningkatkan lagi KDNK.

Justru diharap kakitangan awam akan meneruskan perkhidmatan yg lebih cermelang kerajaan juga telah bercadang meningkatankan gred skim perkhidmatan yg lebih tinggi terutama yg menjurus kepada produktiviti spt meningkatan lagi keupayaan di skim teknikal supaya dapat bersaing dengan usaha yg telah dibuat juga pada negara2 maju.

Rahman Nanyan berkata...

harga barang mana yang naik tu? ni mesti penyokong pembangkang. dah menteri kata x naik tu kena la terima, kita perlu setia dengan kerajaan. taraf hidup kita adalah jauh lebih baik dari Timor Leste, Haiti, Somalia, Uganda, Burundi, Bostwana, Zimbabwe, Laos, dan banyak lagi. Ini bukti jelas bahawa hanya Umno yang mampu mentadbir negara

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya banyak benda yg boleh kerajaan buat untuk kakitangan awam ni terutama yg bertaraf 'kuli' bawahan ni...

cuma nak atau tidak saja...

kerajaan kita memang dilihat jumud dan beku idea dlm menaikkan taraf kakitangan awam ini melainkan polis, tentera dan guru saja...ini saja bidang kerja yg kerajaan tak pernah hilang idea dan fokus untuk sentiasa upgrade nasib pekerja ketiga tiga jenis pekerjaan ini.

yg lain2 tu kerajaan macam tak tahu apa nak buat..

inilah realiti sektor awam kita..

Tanpa Nama berkata...

KIta org serawak sebagai penjawat awam masih menantikan bonus yg dijanjikan oleh cuepacs tuntut tu kalau tak dapat bererti KIta akan ?

Negara ini kan demokrasi sekiranya kita tak pas hati kita boleh buat pilihan yang lebih baik

Pasal umur tu kita tak ambil kira tapi pasal bonus dan gaji tu kenalah seimbang dengan kos sara hidup kini.

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanye Pak Omar tak dapatlah nak kerja sampai umur 60 tahun..tak tahulah kalau2 Pak Omar sorang dapat keistimewaan sampai kontrak sampai umur 60 tahun..

Tanpa Nama berkata...

Kalo asyik dok naikkan umur persaraan abis generasi muda-mudi yg berkelayakkan bila nak dapat keja??? cukup2 la dengan umur 56/58tu.. Utamakan isu kenaikkan gaji PA supaya balance dengan tsunami kenaikan harga barang2 keperluan yang mmg tak masuk akal harganya skang ni...

Tanpa Nama berkata...

umur mempengaruhi kuantiti penggangur di malaysia...andaian saya penggangur yang terdiri dari 3 juta rakyat malaysia tak semua akan merasa menjadi PA tetapi ianya melegakan penuntut IPT....taklah mereka akan dibebani hutang kelak.....setuju sangat kadar umur lanjut 60 tak dilaksanakan...sekurang-kurangnya kerajaan jimat hampir 30% pembayaran gaji tinggi orang nak bersara kepada kenaikan elaun rumah...atau kenaikan 10% gaji PA setiap 2 tahun sekali...baru JPA buat kerja sikit kena kira nilaian gaji PA setiap 2 tahun...tu pun 2 tahun sekali...satu lagi buat pa nak ikut contoh negara penduduk sikit macam Singapura tu...sebabnya mereka kurang penduduk dan juga hampir 25% penduduk SGP kakitangan awam....tu pun ada juga ura-ura nak rampas pemaustatin tetap Malaysia di SGP jadi rakyat mereka....satu lagi SGP nak kurangkan pesara...dengan harapan bila mereka mati...NO PENCEN...kerana persara tak sumbang apa-apapun kecuali menghabiskan boras di SGP....tak macam Malaysia...pesara masih menyumbang besar dengan bekerja sendiri dan mengerjakan pertanian...walaupun selepas besara.HEHEHEHE

Sayembara Kulim berkata...

aku cukup hangin dengan kenyataan kakitangan awam perlu diberhentikan untuk mengurangkan kos kerajaan...apalah kepala lutut kau fikir...sebenarnya dengan melantik kakitangan kontrak kerajaan menjimatkan perbelanjaan......ada pulak idea macam tu...sekurang-kurangnya fikir adilah sikit...kakitangan kontrak juga dilihat lebih rajin dan dedikasi kerana mereka risau boleh dibuang kerja walapun sikit silap aja....dalam 5 tahun PA kontark bekerja....ketakutan itu akan menajdi disiplin yang memantapkan sektor awam bila diserap ke tetap....ok...kalau guru jadi kontrakkk.apa harapan mereka...adakah mereka akan harap mereka diberhentikan atau diserap tetap....pemikiran BUJANG LAPUK tu meperlihatkan kedengkian dan kebusukkan hati seorang manusia yang melayari internet dengan niat ingin memusnahkan...tak ada idea anda boleh digunakan langsung...pasal guna lutut RUPANYA!!!!!!

Ketua Kerani N22 SMK Jelutong berkata...

ya...aku setuju dengan sayemabara kulim tu.....sebabnya di sekolah aku lihat punch card guru sandaran selalu lebih awal 10 minit dan juga lewat 5 minit berbanding guru tetap yang juga adakalanya lebih terlewat dari jam bertugas...ada noktahnya juga kakitangan kontrak tu ye....orang panggil pendisplinan kakitangan awam sebelum ke tetap sama seperti tetap menunggu disahkan dalam jawatan

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan...sebenarnya kerajaan tak pernah naik harga barang pun...yang naik harga barang adalah pemborong...peruncit jadi mangsa....politik BN dan UMNO memang stabil tetapi disebabkan oleh belasan YB DUN dan Parlimen BN yang agak sombong, tak perihatin dan agak berlagak...rakyat menilai BN adalah buruk....jangan salahkan BN rakanku....parti ini telah lama membina negara kita sama seperti Hongkong..tapi ada BELASAN ekor "babi" dalam BN...BN tak diterima rakyat kerana kekotoran yang tak dapat dibasuh dengan wuduk sahaja..seperti rasuah, salah guna kuasa,dan penipuan projek......mana ada orang suka dengan benda yang kotor kan rakan...saya penyokong BN ...tapi tak sokong YB kotor tu...harap BN boleh dibersihkan dari golongan yang sombong, angkuh dan paling penting sangat sikap tak mesra rakyat, janji palsu...kalau ada lucutkan jawatan YB tu

Tanpa Nama berkata...

Dah le To' Omar Osman, dah nak nyanyuk dah....bg ler org lain plak jadi presiden.