SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Oktober 2010

TIDAK MUSUHI SESIAPA

Harian Metro
1/10/2010



BUKIT MERTAJAM: “Selepas asid mengenai tubuh, pakaian saya cair seperti plastik terbakar manakala kulit bertukar kemerah-merahan sebelum menjadi keputih-putihan.

SARUDIN...harap polis teruskan siasatan. Dalam keadaan sakit teramat sangat, saya memandu ke pejabat kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum meminta bantuan rakan.”

Demikian kata pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sarudin Mansor, 37, mengimbas kejadian dia disimbah asid pada Julai lalu sehingga mengakibatkan kecederaan parah di muka, kaki dan badan.

Dalam pertemuan kali pertama bersama media selepas kejadian 5 Julai itu, Sarudin berkata dia hanya terfikir menyelamatkan diri selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, dia yang memandu kereta melalui sebuah kedai di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, didatangi seorang lelaki bermotosikal mengetuk cermin tingkap keretanya sebelum menyimbah asid ke arahnya.

Dalam keadaan kelam-kabut itu dia terus memandu kereta sambil berdoa agar terselamat daripada perkara buruk.
Saya bersyukur kerana asid dicampakkan itu tidak mengenai mata, jika tidak mata kanan saya mungkin buta,” katanya yang ditemui di rumahnya semalam, selepas menerima kunjungan rombongan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) diketuai Presidennya, Omar Osman.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri.
Sarudin berkata, ketika kejadian dia baru 11 bulan bertugas di Unit Kompaun, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Wilayah Utara selepas dipinjamkan daripada JPJ Kedah.

“Sepanjang bertugas sama ada di LPKP atau JPJ, saya tiada musuh, malah tidak menerima sebarang ugutan. Sehingga hari ini, saya tak tahu mengapa menjadi sasaran,” katanya yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah, selama 51 hari.

Sehingga kini Sarudin masih mendapatkan rawatan susulan tiga hari sekali di Hospital Seberang Jaya dan sekali seminggu di HSB.

Disebabkan kejadian itu, isterinya, Junainah Abdul Kadir, 36, yang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama tiga bulan menguruskan diri dan anak.

Bapa kepada empat anak berusia antara satu hingga sembilan tahun itu berkata, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk menjalankan tugas, malah tidak sabar kembali bertugas di pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya selepas permohonan pertukarannya diterima.

“Pada 4 Oktober ini saya akan melaporkan dirinya, namun tidak tahu bila boleh mula bekerja sehingga diberitahu doktor,” katanya yang berharap polis meneruskan siasatan kes itu.

Sementara itu, Omar berharap kerajaan dapat menyediakan insurans khas kepada penjawat awam khususnya yang terbabit dalam penguat kuasaan undang-undang bagi menjamin kebajikan mereka apabila terbabit dalam kejadian tidak diingini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniahlah Pak Omar Osman segera menziarahi Penjawat Awam yg di timpa bencana, itulah tugas sebagi Presiden Cuepacs ni macam YB juga tapi jgn lupa cadangkan kpd k'jaan agar dibuat pelarasan gaji baru dan struktur gaji mengikut skim dan bersesuaian dengankos sara hidup masa kini

Fariz Mahmood berkata...

jgn lupa tetapkan kami pegawai kontrak. lg 1 jgn sesekali turunkan kami ke jawatan sokongan, kerana kami ni bknlah buduh sgt utk jawatan2 rendah, etc

Tanpa Nama berkata...

Cantik muka FARIZ MAHMOOD. U ingat kumpulan sokongan tu 'buduh' ke...lebih baik la kalau kontrak orang yg sombong bongkak tidak di sambung

Tanpa Nama berkata...

statement paling bangang penah aku tgk...nak jawatan tinggi pigi swsasta la...nie la panggil bodo marah dipanggil bangang senyum pulak...

Tanpa Nama berkata...

Hai saudara Fariz kau ingat sesuka hati anda mahu ubah jawatan kamu sudah tahu jawatan tu kontrak habis kontrak tamatlah perkhidmatan kamu. Kalau anda masih lagi berminat kerja dgn kerajaan mohonlah jawatan tetap spt yg diiklan atau isilah permohonan kamu melalui pengambilan ditetapkan oleh SPA, kami PA sokongan ni pun mohon juga seperti anda utk dilantikan ke jawatan gred 41 bagi kami yg ada ijazah masih dlm sokongan walaupun kami tidak merungut bukan kita saja perlu dibela kerajaan oleh itu Fariz terimalah kenyataan ini anda kontrak harus bersaing juga dgn PA lain dan org generasi yg baru mohon dlm jawat kerajaan.
Jangan bersikap bodoh Fariz

Tanpa Nama berkata...

ni pasal skandal dgn bini orang lah ni...dah kena pembalasan dah..(sumber dari unit risikan JPJ sendiri)

Sam. berkata...

Itulah, kerja tu baik2, jaga mulut dan tutur bahasa, jaga tingkahlaku, jangan menyinggung orang lain, di dunia dah dapat balasan, sabar sajalah, satu pengajaran tu.