SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2010

BONUS HANYA UNTUK PEKERJA CEMERLANG

Berita Harian
2010/10/28



BARU-BARU ini kerajaan meluluskan peruntukan RM500 sebagai Bantuan Kewangan Khas kepada penjawat awam bagi meringankan beban mereka terutama bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah. Bantuan kewangan itu diberikan kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Langkah ini dalam suasana ekonomi global yang belum stabil, menunjukkan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan pegawai dan kakitangannya.

Harapan CUEPACS bagi mendapatkan bonus untuk ahlinya tidak dapat ditunaikan, jika berbuat demikian kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM3 bilion. Walaupun ekonomi semakin stabil, ia turut bergantung kepada ekonomi dunia.
Tuntutan CUEPACS dan langkah kerajaan berhubung tuntutan itu masing-masing mempunyai alasan. Suara CUEPACS mewakili ahlinya, manakala kerajaan pula perlu mengimbangi kepentingan negara dan pegawainya. Dalam hal ini, saya berpendapat kita harus mencari langkah terbaik untuk mengelak keluh kesah yang setiap tahun kedengaran. Pada pendapat saya, bonus hanya boleh diberi kepada mereka yang layak kerana menunjukkan prestasi cemerlang. Prestasi diukur dari pelbagai aspek yang boleh dikira dan tidak membabitkan kecenderungan manusia dalam membuat keputusan.

Prestasi ini berasaskan statistik, bukan penilaian pegawai dalaman. Juri rawak di kalangan rakyat yang dipilih wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan negeri juga boleh menilai tahap perkhidmatan diberikan pegawai kerajaan. Dengan penilaian prestasi seperti ini, penjawat awam dapat dinilai secara saksama. Adil kepada rakyat, kerajaan, kakitangan dan pegawai kerajaan terbabit. Pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus, rajin, bekerja keras diberi penghargaan sewajarnya dan sebaliknya. Hanya mereka yang cemerlang, dedikasi, dihargai dan mereka inilah sepatutnya diberi bonus berganda. Bukan mereka yang sebilangan malas, tetapi dapat bonus juga. Sudah masanya, polisi perkhidmatan kerajaan diselaraskan antara negeri, bonus diberikan kepada mereka yang layak dan perkhidmatan dinilai melalui prestasi berasaskan statistik. Dengan ini, kita tahu di mana kita berada dan ke mana tujuannya.


LAYAK DIHARGAI,
Kuala Lumpur.

41 ulasan:

Mus berkata...

Idea ni lagi teruk.

Tanpa Nama berkata...

Bengong ke apa dia nie...kalau cemelang dah ada Anugerah Khidmat Cemerlang...yang kita bincangkan ada lah BONUS...B.O.N.U.S Apa penjawat Awam ni pengemis ke...asyik dengan perkataan BANTUAN....

Tanpa Nama berkata...

kejayaan sebuah jabatan bukan bergantung kepada kekuatan individu tetapi adalah hasil drp gabungan dan kreativiti satu kumpulan,contohnya kejayaan sebuah sekolah adalah hasil sumbangan semua guru2,bukan hasil kehebatan seorang individu,mana mungkin kejayaan sebuah sekolah mendapat bilangan pelajar yg banyak 5A adalah hasil sumbangan seorang dua guru,ia adalah hasil kerajinan dan tukus lumus semua guru dari tahun 1 hingga tahun 6,kerjasama dan gerakan satu pasukan semua gurulah baru kejayaan dikecapi oleh sekolah dan bukan hasil sumbangan satu dua orang kaki pengampu yg hanya bekerja apabila bossnya ada didepannya.kalau bonus hanya diberi kpd satu dua orang individu maka ini akan mematikan semangat dan kreativiti kakitangan yg lain seperti mana semasa SSB dilancarkan dulu apabila kaki2 pengampu dan pembodek diberi anjakan gaji secara menegak dan melintang dan akhirnya lahirlah golongan2 munafik yg banyak dijabatan2 kerajaan.jangan kerana seorang dua kakitangan yg malas semua kakitangan dihukum,

Tanpa Nama berkata...

idea untuk mengalakkan kaki pengampu dan pembodek ha.......idea yg paling tak masuk akan yang pernah saya dengar .

Tanpa Nama berkata...

Antara lain di Malaysia kini:

polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

idea yg bodoh..sedangkan pekerja cermerlang tu la byk bodek bos, ikut giliran..bukan ikut cara kita kerja..bodoh betul idea ni..

Tanpa Nama berkata...

yeah!!...budaya bodek kembali, yang tak reti bodek makan la duk la tahap yang sama sampai tua.

nukilan : kami!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah.....lawak lawak...ade ke JKKK nak nilai Penjawat Awam...geli hati aku...

Tanpa Nama berkata...

Jumaat, Oktober 29, 2010 8:24:00 AM:
bila la agaknya proton boleh berdiri dengan kaki sendiri tampa mencekik rakyat negara ni....

Tanpa Nama berkata...

Aku nak cari JKKK...nak belanja teh tarik ngan roti canai...tahun ni pasti aku dapat bonus...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Omar, nak jadi president, sekurang-kurangnya update lah kita dgn ape yg tuan tengah buat until kebaikan kita. Satu hari Satu ayat pun cukup. Susah sangat ke? Kita kat sini tinggu berita daripada tuan. Masa saya kat sekolah, jadi president kelab pun buat lagi banyak benda daripada tuan. Tuan tengah mengetuai union yang mempunyai 1.2 juta ahli. Bertanggungjawablah sikit!!!

Tanpa Nama berkata...

Tidak adil.. Bos mmg ade favourites yg kebanyakkan x pandai buat keja just pembodek dan pengampu.. Abisla org yg kerja kuat but x mengamalkan PR or budaya kiss a¤¤

Tanpa Nama berkata...

idea yg dikemukakan ini memang teruk ,mungkin penulis adalah jkkk umno yg dilantik bukan kerana wibawanya tetapi pembodek yg rapat dgn wakil rakyat.sebelum menulis fikir dulu dan lihat apa jadi dgn ssb,gagal,gagal dan melahirkan ramai pengampu dan penipu

Tanpa Nama berkata...

Begong punya idea.. pelik betul la org2 jenis nie..

Tanpa Nama berkata...

CEMERLANG APA KEJADAHNYA? ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG (APC) YANG DOK DIPRATIK LA NI PUN DAH TAK ADIL. TAMBAH LA NAK BAGI BONUS DKT KAKITANGAN YANG "CEMERLANG". KAKITANGAN YG SEPATUTNYA DAPAT APC, HARAM TAK DAPAT. TAPI BAGI APA YANG DOK PRATIKKAN DARI DULU, HARI INI DAN SELAMA2NYA, BAGI APC IKUT SENIORITI ATAU KRONI. ADILKAH MACAM TU? YANG SENIOR DAPAT APC KALAU BUAT KERJA BETUL2 CEMERLANG TAK PA LA JUGA. NI DAK, MAI KERJA DOK MENYEMBANG DARI PAGI SAMPAI KE PETANG. REHAT SEHARI 5 KALI MCM KURSUS DKT HOTEL. APA KEJADAH SEMUA NI?? NI ADA PULA "MANGKOK HAYUN" BG CADANGAN SUPAYA ORANG LUAR JADI PENILAI UNTUK PENJAWAT AWAM YANG DIKATAKAN CEMERLANG. "ORANG LUAR" NI APA YG DEPA TAU TENTANG PENTADBIRAN AWAM??? HENTAM & KUTUK LAGI ADA LA. MCM NI KA NAK JADI PENILAI.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punye idea..

Tanpa Nama berkata...

Siapa punya idea gila ni? PA ada ga yg bekerja tanpa berurusan ngan masyarakat. spt penyelidikan yg dok kat makmal saja. so macam mana masyarakat pula yg buat penilaian??? kompius @ ajaib..

Tanpa Nama berkata...

bila cukai kereta di hapuskan?nak juga merasa kereta murah..kat mekah kereta punya lah murah..minyak lagi la murah kat sana..PA arab mesti x kesah kalu kerajaan depa x bagi bonus...kan kan

Toyota Wish Recond jerr... berkata...

Harga Proton Perdana 2.0A around 110k. Honda Civic 1.8A 120k. Bandingkan kualiti mmg orang akan beli Honda Civic...kerana beza x jauh tapi kualiti mmg tip top. Jgn cakap pasal semangat nasionalisme.Sepatutnya harga Proton Perdana ialah 60 -70k aje...

Marketer berkata...

Honda Civic 1.8A sebenarnya tak sampai harga RM 120K. Harganya sengaja dinaikkan sampai melebihi Proton Perdana. Dengan itu, kita baru 'rasa' Proton Perdana lebih 'murah'.

Tektik marketing maaa...

Pembeli kereta terpaksa bayar mahal berkata...

Sepatutnya kaji bank charge dulu.Sedangkan toyota & honda boleh bagi 2% je interest, kalo beli proton dgn produa sampai 4%. Cth kalo beli kereta perodua viva RM 36000 campur dgn interest jadi 48k-50k..Bank tu yg jadi Along sebenarnya cekik darah. Harga utk proton dan perodua memang tak masuk akal, dahlah kualiti rendah. Lepas pakai 2-3 tahun trus nampak keburukannya..Kalo tak beli diorang cakap tak sokong barangan Malaysia..
Sapalah yang buat cadangan bengong,bodoh tahap tenuk sampai JKKK jadi penilai??Memang tak masuk dek akai langsung la..

samad ex-N11 berkata...

harap semua ahli Umno dilantik menilai kerja PA dan elaun khas RM400 dibayar kepada kami. Barulah PA x berani mengkhianati negara dengan menyokong pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Nak dapat Anugerah Cemerlang pun payah, ni nak bagi bagi kat pekerja cemerlang. Seronok la kepada yang mengampu.

Tak suka CUKAI berkata...

Pemilikan kereta oleh rakyat kerajaan dah balun duit rakyat dalam bentuk cukai ber K K..api,air,incometax,cukai jalan,insuran kereta,indahwater,cukai pintu..(semua ni yg wajib bayar)..rakyat tinggal suar dalam jer..padanlah cukai uar dalam di turun kan oleh bg mama..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

idea bengong ape ni...ni idea kepentingan sendiri..ni bkn satu malaysia tp nk bg porak perande malaysia.da kalu sume kerja demi kepentingan sendiri tuk dapat bonus mane nk bersatu hatinye.. lain kali pk dulu sblm keluarkan ape2 cadangan. ada la idea nk bg org porak perande keluar plak dlm surat khabar.

Tanpa Nama berkata...

ememang dia ni teruk dan bingung.Xfaham maksud sebenar bonus...bodoh punya orang.Akal pendek.Dah tak yah nak minta bonus2.Kalu kerajaan nak bagi memang xyah minta,mesti dibagi.Kalu kita meniaga ada untung sama2 lah rasa.Bukan segelintir aje...lu fikirlah sendiri!

Tanpa Nama berkata...

peerah!!! mabuk ke diaorang ni...ade ke jkkk disarankan menilai P/A !...

Tanpa Nama berkata...

mampus punya idea,penulis ni barangkali dah dapat anugarah cemerlang berkali-kali sebab tu dia bagi idea begini sebab dia kaki ampu

Rahman Nanyan berkata...

jgn pandang rendah JKKK, merekalah tunjang parti dan negara. mungkin cara ini terbaik utk kita, apartah lagi amat merugikan jika terbagi APC pada pnyokong pembangkang. rugi wang Umno sahaja

Untung rakyat batu sapi dan galas, berpeluang berjumpa dgn pemimpin Umno secara bersemuka, mereka amat BERTUAH!!! hanya Umno dan BN pembela negara

Tanpa Nama berkata...

jangan sokong rahman nanyan...dia ni orang kuat UMNO...sampah masyarakat aja rahman nanyan tu.....dia ingat dengan bagi bonus dengan nialaian prestasi tu adil sangat...macam Taikkkk...bodo...dalam dunia nih rahman nanyan tu kaki ampu...JKK pulak tu...adakah patut JKKK jadi penilai...buat pulak JKKK tu tak ngam sikit aja dengan PA tu aja terus kena tukar atau kena buang kerja kalau dia kontrak pasal berbeza pahaman politik atau pendapat....paling kurang JKKK tu adjust anak setan dia atau babi yang dia bela kat rumah punya work dalam jabatan/pejabat tu....dahlah nepotisme punya JKKK...tau dak....mana-mana premis kerajaan di sektor perkhidmatan sosial seperti perpustakaan , gerbang ICT, Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat AADK, Medan Infodesa diadjust kepada kroni BN dan JKKK...taik BN busujk macam taik dajal

Khusairi bin Uthman berkata...

aku dpt berita yg KSN sgt setuju dgn cadangan menjadikan JKKK penilai PA. di negeri bukan BN pula JKKKP akan mgambil alih. Sapa yg umnoi untung la camni, tiap2 thn APC

Tanpa Nama berkata...

orang yang paling bodoh je boleh bagi idea macam ini.. Bonus untuk semua la.. Untuk pekerja cemerlang ade hadiah lain la bodoh!!

Tanpa Nama berkata...

ape kejadahyer suruh org luar nilai PA...Diorg bukan tw pun kitaorg wat kejer camner..sampai nak terhempap komputer pun ader..tp ckap xder kjer... nmpak kalu kitaorg wat kjer kt luar.. sdap mulut ckap x der kjer.. jalan jer...padahal Hanya Allah Sahaja yg Tahu.. Fikir r sebelum wat cadangan...

Tanpa Nama berkata...

cadangan mcm budak tadika :)

Tanpa Nama berkata...

ape la bodoh bagi idea, bg je la sume, x bnyak bunyik. tak pon takyah bagi. tak pon takyah ad ceupac pn lg bagus, bukan PM nk bace kejadah haram pe tah.
kui3

Tanpa Nama berkata...

INI IDEA YG AGAK BODOH ...AKU RASA DIA NI BENCI DGN PENJAWAT AWAM...TAPI MACAM NAK TUNJUK BAIK KONON..KITA ORANG ADA OTAK TAU BOLEH BERFIKIR YG MANA ELOK DAN YG MANA TAK ELOK..APA INGAT RENDAH SANGAT KE PENJAWAT AWAM NI SAMPAI PRESTASI NAK BAGI BONUS PUN DINILAI OLEH ORANG LAIN ..CUBA ANDA DIPIHAK SEKTOR SWASTA PEMBERIAN BONUS ANDA DINILAI OLEH KAKITANGAN AWAM ADAKAH ANDA SETUJU...LUU PIKIRLAH SENDIRI....

Tanpa Nama berkata...

bodoh punyai idea...

Tanpa Nama berkata...

saya kerja dah 20 tahun . Kerja punyai lah rajin. Bangkai anugerah khidmat cemerlang pun tak pernah dapat. hamppeh...Nama saja orang terpelajar tapi bodoh...

Tanpa Nama berkata...

YB Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan untuk beri bonus

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

Unknown berkata...

BAGAIMANA kalau uols nak JADI AHLI SHAKLEE?
Ada 2 cara paling mudah untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian sebanyak 200 point UV (Unit Value), atau lebih kurang RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM75) dan juga CASH BONUS (bernilai RM20+).

Mudahkan jadi ahli shaklee.. Lebih mudah ajar anak ABC..hehehe..

Hanya daftar, guna produk, kumpul uv dan bila anda dapat kumpul uv yg cukup dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Syok tak? Makan sendiri  pun dah boleh dapat bonus...

Biasanya bonus tu yg anda dapat..berbaloi lah ngn vitamin yg anda beli..siapa nak bg kan..


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh beli produk Shaklee pada harga ahli. (20% less than retail price)

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%.

3) Dimasukkan ke GROUP TEAM untuk testimoni dan maklumat produk..

4) Hanya SPECIAL GROUP kami yang akan mendedahkan Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan Shaklee ini..pelbagai rahsia untuk berjaya..


Untuk keahlian layari :

www.jutawanshaklee.biz


Penghantaran 2-3 hari.seluruh penang, kedah, perlis n semenanjung malaysia shj.

Tempahan awal untuk elak kesulitan.


Sms/whatapp/tel:

0195180003

SHAZAN-KAYA berkata...

Jom kawan2 bersama etiqa takaful...
Simpanan plg rendah rm130+kad medik.

Promosi takaful rm130 monthly.....

Cover kematian rm70,000
Cover hosptal rm90
Cover kad medik (swasta) rm200,000
-- anggaran simpanan 20thn rm20,000.....

Berminat wasaap 0132748763