SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Oktober 2010

BONUS: PENJELASAN PM

Utusan Malaysia
Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my
18/10/2010




KIRA-KIRA 14,000 warga pendidik dari seluruh negara menghadiri Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama pada majlis yang pertama kali diadakan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




KUALA LUMPUR 16 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar sebanyak RM3.1 bilion.
Beliau berkata, pembayaran sebanyak itu jika dilaksanakan akan menyebabkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan.
‘‘Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion.
‘‘Kalau ikut hati memang saya hendak bagi bonus, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri yang dihadiri 14,000 guru dari seluruh negara di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semalam, Najib mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.
Bantuan kewangan itu yang dibayar pada Disember ini akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemberian RM500 itu adalah langkah sehabis baik yang boleh beliau lakukan bagi meringankan beban penjawat awam.
‘‘Sekurang-kurangnya akhir tahun kita bagilah sedikit sumbangan hendak beli baju, kasut serta beg sekolah dan ini sangat-sangat berguna sekali.
‘‘Kerajaan juga bermurah hati untuk panjangkan sumbangan ini kepada pesara kerajaan walaupun barangkali mereka tidak ada anak-anak lagi (yang bersekolah),” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau sedang meneliti beberapa memorandum yang disampaikan oleh wakil guru yang mencadangkan supaya dilakukan penambahbaikan kepada skim perguruan.
‘‘Saya pohon masa sedikit untuk meneliti implikasi kewangannya sebab guru ini bilangannya 400,000 orang. Kalau kita darab apa-apa pun dengan bilangan ini, ia akan menjadi jumlah yang amat besar sekali.
‘‘Sebab itulah saya perlu meneliti bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Sekiranya kerajaan mampu, Tan Sri Muhyiddin boleh buat pengumuman bila sampai masanya,” jelasnya

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PENJELASAN SEORANG PENIPU..PENYANGAK...PERGI MAMPUS LAGI BAIK..IKUT TELUNJUK BINI...HIDUP TAK PERNAH MERASA SUSAH..DARI KECIL SAMPAI BESAR DIKELILINGI KEMEWAHAN....TAK PERNAH MENYELAMI KESUSAHAN PA KUMPULAN SOKONGAN...

Tanpa Nama berkata...

ya, kalau ikut hati, memang PM nak bagi bonus tapi apa boleh buat dia terpaksa ikut cakap bini dia.

Tanpa Nama berkata...

negara berpendapatan tinggi,,,??? nak bgi bonus pun payah,,,ade cite2 nk jd negara berpendapatan tinggi,,,cit porrrahhh,,,,

Tanpa Nama berkata...

hai.. takkan balik-balik guru je yang dilayan. lepas ni pakai mercedes/ bmw ke sekolah gamaknya..

Tanpa Nama berkata...

Dah la Najib oiii....., suka ati ko lah, duit mak bapak bini ko,,,lantak le...tapi aku tetap berdendam dan PRU ke 13 akan ku lunaskan semua dendam kesumatku...bila ko dah tertonggeng,, ko akan disiasat berkenaan altantuya dan kapal selam yg tak boleh menyelam

Tanpa Nama berkata...

mase najib umum rm500 tu laju je teksnye..selamba je muka..hehe..
kita tgk same x muka tu mase lepas PRU13 nanti :) memperlecehkan undi kitaorg Najib..hehe

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, nantilah............baru kau nak menyesal.
Menyesal pun tak berguna lagi.

Tanpa Nama berkata...

Nape GLC bley bagi bonus banyak kat staff depa? Kenapa kerajaan kita TAK MAMPU? Kerajaan BN gagal jadi majikan yang bertanggungjawab..apa kata kita minta akta baru dibuat? semua majikan2 di Malaysia xboleh bayar bonus pada staff mereka samada kerja kerajaan dan swasta / GLC..berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..semua bonus-bonus yang patut dibayar kpd pekerja mereka kita salurkan pada bangunan2 tinggi dan pembinaan infrastruktur kat Malaysia ni..PA xdpt bonus kerana utk bina negara..pekerja swasta pom xdpt bonus kerana nak bina negara kita yang tercinta..baru adil..kita tgk mcm mana haru biru negara akan berlaku..

Tanpa Nama berkata...

Semua GLC bagi bonus kat staff tinggi2 sampi 4 bulan gaji terutama petronas. PA ..hampehh tak dapat apa....hutung petronas sampai 80 bilion nak pakai 3.2 bilion pun kedekut macam haji bakhil..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya Najib....Sanggup kau tipu paea guru...mereka datang dari seluruh negara dengan harapan yang berkobar2..tapi kau babi bodoh memperbodohkan mereka dengan hanya membuat kenyataaan berkaitan sebab tiada bonus.Mereka warga pendidik sepatutnya berilah maklumat tentang perdidikan...babi kau najib...

Tanpa Nama berkata...

Tahun depan najib bagi bonus sebab nak beli jiwa PA sebab ada PRU...jangan lupa PA semua...bonus kita ambil...kerajaan kita tukar...
masa tu mampuih la kau najib..aku nak tengok muka dia masa tu..

Tanpa Nama berkata...

balik2 guru je...bukan semua guru tu bagus pun...kekadang lagi hampeh ada...bahasa pun kasar tak macam pendidik...murid yg bodoh dibiarkan bodoh...pilih bulu...jgn sampai nanti guru berkhidmat hanya kerana duit je...ada yg buat tuisyen kenakan bayaran suka hati..bukan nak buat kerja amal..

Tanpa Nama berkata...

tunggu pru 13...kau beri bonus pun tapi kami tetep akan ajar kamu...

Tanpa Nama berkata...

Woiiiii....apa nie bising2...tak dapat bonus ka...?..hehehehheee...cari la side income...jangan la dok harap gaji PA je..mana cukup...kalau setakat gred 41 ke bawah tu,memang kebulur le...apa bodoh ke semua PA...ada tulang empat kerat..guna le..kau orang bukannya cacat pun...heheheee..

Tanpa Nama berkata...

kepada semua PA buatlah part time macam menteri untuk tambah pendapatan....

Tanpa Nama berkata...

tanpa kami (kmpln sokongan) yg buat keje jgn harap la gred41 wat keje, gred41 pandai ngarah itu ini tp yg dpt nama n untung siapa??? gred41 jugak yg best naik itu ini kmpln sokongan jugek yg dpt tahie... blajar tinggi2 tapi akal letak kat kaki... pilihan raya thn depan kan? uhuhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Kuasa ada di tangan. Kalau anda macam mana ???

Tanpa Nama berkata...

PENJELASAN
dulu dulu aku terbaca
la nie aku 'search'
ini pasal apa orang kata pasal dia
nak tau buka lah sendiri
mungkin ada yang lebih mengetahui..

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&sid=ayGt6dnIb2So&refer=asia

http://asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2406&Itemid=178

http://mt.m2day.org/2008/content/view/14105/84/

PENJELASAN...