SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Oktober 2010

PERKHIDMATAN AWAM TULANG BELAKANG PEMBANGUNAN NEGARA

Utusan Malaysia
24/10/2010



KUALA LUMPUR 22 Okt. - Rakyat perlu menghargai peranan sektor perkhidmatan awam kerana ia merupakan tulang belakang pembangunan negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihak yang suka menghentam sektor awam sebenarnya merupakan golongan yang hanya suka mencari kesalahan orang lain.

"Pihak berkenaan harus sedar akan kepentingan sektor awam. Mereka inilah yang membantu menjadi jentera kepada dasar negara agar mencapai segala pembangunan yang dikecapi sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi peringatan kepada pihak yang sesuka hati menuduh perkhidmatan awam tidak cekap.

Pihak tersebut katanya, kadangkala suka memperbesarkan benda-benda yang kecil dalam usaha menunjukkan perkhidmatan awam tidak cekap.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom pula meminta pihak berkenaan berhenti daripada terus mencemuh perkhidmatan awam.

"Saya harap pihak berkenaan tidak menjadi pengkhianat negara sehingga mengadakan tuduhan mengenai aset ketenteraan negara.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas mesti diambil kepada mereka ini. Janganlah mensia-siakan perjuangan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara ini," ujarnya.

Kata beliau, ini tidak bermakna perkhidmatan awam tidak boleh dikritik tetapi ia harus dilakukan sekiranya ia betul-betul berlaku dan bukannya berunsur fitnah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis, Shafie Bakri berkata, sektor perkhidmatan awam telah terbukti memainkan peranan penting dalam membangunkan negara.

"Sekiranya kakitangan awam yang menjadi kumpulan pelaksana tidak cekap, sudah tentu kita tidak menikmati kemajuan seperti sekarang.

"Kita akui terdapat segelintir penjawat awam yang tersasar daripada objektif dan ia telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk memburukkan perkhidmatan awam. Janganlah hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegasnya.

70 ulasan:

PENCEN DAH DEKAT.. berkata...

HARGAILAH PERKHIDMATAN AWAM DENGAN MENAIKKAN KADAR PERKIRAAN GANJARAN PENCEN DARI 7.5% KEPADA 10%. TAK PERLU BERSARA UMUR 60 TAHUN.

Pakar yang ingin lari ke luar negara berkata...

Golongan pensyarah, penyelidik, doktor, cikgu dan lain-lain yang bertaraf profesional tidak boleh disamakan dengan kakitangan perkhidmatan awam.

Gaji asas, ganjaran dan bonus tidak boleh disamaratakan.

Hargai pakar yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Hargailahnya kalau ia tulang belakang.

Tanpa Nama berkata...

ha.....cakap aja pandai najib ni.....semua orang nak merasa gak bonus...cuba ko belanja 1.7 bilion sahaja kat bonus kakitangan awam seluruh malaysia dengan kadar RM1500 seorang supaya mereka rasa dihargai....ku tahu banyak GLC berhutang dengan kerajaan sampai 40 bilion terutama GLC milik saudara mara Najib...dah tiga tahun bonus tak diberi...jangan buat semua PA lari pangkah pembangkang...rugi untuk Barisan nanti Najib ooi...jangan ikut cakap bini kau yang amal nasi kangkang tu...poyo betul

Tanpa Nama berkata...

SOKONG SOKONG SOKONG
Golongan pensyarah, penyelidik, doktor, cikgu dan lain-lain yang bertaraf profesional tidak boleh disamakan dengan kakitangan perkhidmatan awam.

Gaji asas, ganjaran dan bonus tidak boleh disamaratakan.

Hargai pakar yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Golongan pensyarah, penyelidik, doktor, cikgu,pekerja awam,tukang sapu sampah,tukang masak,driver,penghantar notis,dan semua yang bekerja dengan kerajaan adalah kakitangan perkhidmatan awam.

Gaji asas memang tidak boleh disamakan tapi ganjaran dan bonus boleh

Hargai semua pekerja yang ada,tak kira apa pon pangkat krn semuanya penting

Tanpa Nama berkata...

Hargai semua pekerja awam yang ada... jangan dibezakan... tak kiralah mereka pangkat apa... rendah atau tinggi... manusia biasa juga... yang memfitnah tu pun pernah buat kesilapan... dia ingat dia malaikat???... sedarlah diri tu sikit...

Tanpa Nama berkata...

PERKHIDMATAN AWAM TULANG BELAKANG 100% BETUL.
CUEPACS TULANG BELAKANG PERKHIDMATAN AWAM?
BANYAK LAGI HAL PENTING CUEPACS BOLEH KETENGAHKAN.
CONTOH :
SEGELINTIR PENJAWAT AWAM BEKERJA DI LUAR KAWASAN, MEMBELI RESIT DAN MENIPU, DILAPORKAN KE SPRM, DITANGKAP, DIBICARAKAN, BERSLAH, KENA BUANG KERJA.
HAL INI SUDAH BERPULUH TAHUN TETAPI APA YANG CUEPACS BUAT?
PENYELESAIAN?
MUNGKIN BOLEH MEMINTA KERAJAAN TERUS MEMBERI KELAYAKAN BAGI SETIAP PENJAWAT AWAM BERTUGAS DI LUAR LAYAK MENDAPAT RM150 SEHARI(CONTOH) SECARA AUTOMATIK. TANPA PERLU MENGEMUKAKAN SEBARANG RESIT.
BANYAK LAGI PERKARA PENTING YANG KADANG-KADANG MENJERUMUSKAN PENJAWAT AWAM MELAKUKAN 'DOSA'. MUNGKIN TERPAKSA DAN MUNGKIN JUGA TAMAK HALOBA.
TETAPI PERSOALANNYA SEKARANG, APA YANG CUEPACS BUAT?

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Cuepacs buat? Buat pandai. Pandai? Pandai minta bonus. Pandai minta bonus. Pandai minta bonus.

Tanpa Nama berkata...

Saya yg bekerja disektor awam berasa amat dukacita sekiranya kerajaan hanya mementingkan polis aja dalam pemberian macam2 elaun serta kenaikan gaji, bagaimanapula dgn tentera mereka juga jaga keselamatan negara, begitu juga dengan tenaga2 pakar yg perlu kerajaan beri pengiktirafannya.

Selaku penjawat awam kerja disektor awam ini adalah merupakan perjuangan kami sama2 untuk membangunkan negara atas kepakaran yg kami ada malangnya peminpin kita tak nampak mungkin apa mereka nampak keuntungan yg diraih oleh sebahagian pihak ???

Kembalilah kepada integeriti yg sebenar sebagai peminpin yg iklas dalam membangunkan negara

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai Penjawat Awam merasa tersangat terkilan dan keciwa apabila Kerajaan tidak memberi Bonus tahun ini. Sudah 3 tahun berturut-turut tidak di berikan bonus. GLC berbulan-bulan bonus mereka dapat, Penjawat Awam tidak diberikan bonus, hanya bantuan Kewangan sahaja di beri. PA yang pencen pun dapat jumlah yang sama. Penjawat Awam yang kini bekerja pun sama di beri Bantuan Kewangan. Yang pencen duduk rumah, PA yang ada terus bekerja siang dan malam.........adilkah ini.

Berilah Penjawat Awam ini Bonus 2 atau 1 bulan Bonus, barulah adil.

Mereka telah bertungkus lumus memakmurkan negara ini. Tanpa Penjawat Awam, ekonomi dan kemakmuran Malaysia tidak akan berkembang.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PA MENJADI TULUANG BELAKANG NEGARA TAPI............. APE YANG KAMI DAPAT TIDAK MENEPATI APE YANG KAMI MINTA..MACAM MANE LAH KAMI NAK BEKERJE DGN CEKAP JIKALAU PENDAPATAN KAMI KECIL..DAN BOLEH DIKETOGORIKAN MISKIN BANDAR..NAJIB OH NAJIB..KENAPA LAH KO BUAT MACAM NI DEKAT KAMI..TOLONG LA PIKIR KAKITANGAN SOKONGAN NI..KAMI NI GAJI DAH LA KECIK..SETAKAT CAKAP DALAM PAPER MCM2 HABUK PUN TAK DE..

Tanpa Nama berkata...

Ya....tulang belakang konon...kalau ku potong tulang belakang Najib apa akan jadi kat dia...lumpuh satu badan...ku rasa najib nih tak hidup lama lah...dahlah tak reti jaga anak...inikan nak jaga kerajaan...tahukah anda bahawa anak najib nih seorang clubbing dan kaki perempuan, suka minum arak.tapi semua tu dilakukan di luar negara...dasar bapa borek anak rintik...najib telah mengarahkan sebarang kenyataan buruk mengebai keluarganya dibuang dari Youtube dan laman sosial dengan memanjagkan perkara tersebut kepada SKMM...contohnya gambar anak kesayangan najib sedang poyo dengan pelacur dari seberang...dulu Najib tu pun macam tu...sekarang bila Rosmah dah sihir dengan nasi kangkang...i follow lah katanya....bodoh....cetek pengetahuan agama punya Najib

Tanpa Nama berkata...

berapa tulang belakang kami semua manusia ada? - satu saja.... SATU SAJJJJAAAAAAA !!! iaitu sebab wujud slogan SATU MALAYSIA mesti walk it's talk .

Tanpa Nama berkata...

pi makan sup gearbox lebih baik dari makan sup tulang belakang...mana sedap sup tulang belakang

Tanpa Nama berkata...

Dua2 sup tu sedap tapi kalu dah ada cap kris dgn cap dacing tak usahlah makan memang tak sedap dia bagi kuah sup aja dgn tulang, daging tarak dah kena kebas kat mamak yg jual sup, yg suka makan tulang tu jin aja ! ha ha haa haaaaaa

Tanpa Nama berkata...

la nih orang tak timbang guna "dacing" dah untuk jual daging ka, tulang ka pasai leh tipu kati.....guna timbang made in Vietnam lebih baik dari dacing....dacing la pun orang tak guna jugak timbang emas...depa kata banyak tipu baik lagi guna timbang digital Saltex

Tanpa Nama berkata...

Sedih saya dengar bila org kutuk PA ni...dalam sebuah organisasi saya yg 100+ staffnya adalah 1% yg ada masalah tapi kita sentiasa sentiasa membuat pemantauan dan laporan..Bila PA buat salah laku jangan cakap tak ada tindakan diambil..ada sebenarnya tindakan diambil tapi, tak akan kita hebahkan kpd org surat khabar ke..org kpg ke..kerana setiap tindakan ada prosudernya..biarpun 'dia' buat salah laku tapi privasinya kena jaga juga seperti mana dalam tongak 12 cakap...Harap2 org yg bercakap tu..tau apa yg dicakap..

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya sebagai seorg PA..kita kena sentiasa berpegang kepada dasar PA tu sendiri..di tempat saya ada PA yg bertugas lebih masa 50% elaun dipotong, tapi mereka tetap bertugas juga demi memikirkan perkhidmatan mereka diperlukan oleh pelanggan.. Tak juga saya dengar dia orang tu nak mogok ke atau pun buat hal... tapi mereka tetap memberi perkhidmatan yang terbaik sehingga ada pleanggan dari kawasan lain datang untuk mendapat perkhidmatan mereka... Dalam perkara macam ni..adakah org yg prihatin akan kesungguhan mereka..?? Bagi saya, kita jangan menilai buku dari kulitnya..

Tanpa Nama berkata...

SAYA PA JKR SABAH DAH TINGGAL 4 TAHUN BERKERJA GAJI DAH MATI 4 TAHUN LALU BARU2 NI LULUS PTK ARAS4 BILA TANYA BOS GAJI BOLEH HIDUPKAH APA JAWAPAN NYA KENA IKUT BTN LAGIIIIII ADUH LEPAS NI TAK TAHU APA LAGI TOLONG LAH TUAN NAJIB

Tanpa Nama berkata...

saya pekerja bergaji hari di jabatan pertanian tenom sabah terkilan pada kerajaan kerana nasip kami tidak pernah dibela. Pembentangan bajet baru-baru ini harap-harap ada kenaikan gaji seringgit dua ringgit namun hampa. Tolong lah wahai tunggak kerajaan bela lah nasip kami ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya geram gak..asyik bela cikgu ja..siap ada yayasan utk depa lagi..PA lain tak buat keja ka..gaji tak naik, cola tak naik, elaun rumah klu setakat RM180, BAIK DOK UMAH PONDOK JA..mmg tak puas hati

Tanpa Nama berkata...

SAYA MOHON............
NAIKKAN COLA.
NAIKKAN ELUAN RUMAH.
NAIKKAN GAJI TAHUNAN.
PERCEPATKAN KENAIKAN PANGKAT, TAK PERLU TUNGGU 15 TAHUN.
ADAKAN ELAUN UTK PA YG ADA KELULUSAN DIP/DEGREE TP BERJAWATAN RENDAH.
BONUS TAK ADA PUN TAK PA, JANJI ELAUN NAIK.
ADAKAN INSENTIF MCM CIKGU2 TU
JGN PILIH PROFESION TERTENTU JA, PA YG BERJAWATAN RENDAH PERLU DIBERI KEUTAMAAN...KESIAN DIORANG.
JGN PILIH KASIH, YG KAYA AKAN LEBIH KAYA, YG SUSAH AKAN LEBIH SUSAH..
SAYA CUMA MAKSUDKAN PA YG BERJAWATAN 27 KEBAWAH SAJA..KESIAN DIORANG...

Tanpa Nama berkata...

awak jgn nak petikai che gu krana mereka ibarat anak mas pada kerajaan krana majoriti guru ramai yg pegang jawatan dalam UMNO sebabtulah guru kini telah dibenarkan berpolitik.

Tapi guru sekarang orang selalu sebut guru kurang ajar kerana asyik berpolitik aja.Tapi bukan semua

PPM Kecewa N17 berkata...

kami semua warga PA sokongan memohon agar gaji dan elaun kami disamaratakan dengan gred 41.. ini adalah utk keadilan sosial, selain itu barulah perasaan berlagak akan dikurangkan sekiranya gaji permulaan semua skim adalah sama. Kita sama PA. tetapi org sokongan masih menerima gaji yg lebih rendah dr P&p, ini amatlah tidak adil kerana kamilah yang paling byk berjasa dan membuat kerja bkn sahaja utk parti, tetapi juga kpd agama, bangsa dan negara.

mcm di sekolah, guru gred 41 sedangkan PT dan PPM gred 17, ini amatlah tidak adil kerana PT lah tulang belakang sekolah. jika PT bermula dr 41, br lah kami ada sedikit kuasa mngarahkan gru membuat kerja

Tanpa Nama berkata...

Pengorbanan Guru

Pengorbanan Guru Dalam Politik Perlu dihargai dan di beri pengiktirafan dan pertimbangan yang sewajarnya

Sekiranya dibuat kajian Guru2 yang terlibat dgn kerja parti (UMNO) sumbangan mereka kepada bangsa dan negara amatlah besar maka pengorbanan mereka ini diharap dapat di ganjari serta mendapat pengiktirafan dari kementerian, justru adalah dicadangkan agar gred atau tahap tangga gaji mereka dinaikan ketahap seimbang dgn guru2 DG41 kerana taraf pengalaman mereka juga dijadikan kayu ukur sebagai prestasi untuk pegiktirafan kenaikan gred tersebut.

Cadangan tranformasi ini mungkin dianggap suatu yg agak radikal tetapi kalau dilihat perkembangan yg baik untuk kesejateraan semua ianya sesuatu yg dialu2kan.

Kita lihat bagaimana jawatan penghulu suatu masa dahulu pun begitu mereka banyak terlibat dengan kerja2 masyarakat dan politik walaupun diantara mereka ada yg berkelulusan SPM sahaja tetapi kerajaan telah bersetuju menaikan gred mereka ketahap yg lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM..

SAYA SEBAGAI SEORANG DARI PA SOKONGAN TEKNIKAL (JURUTEKNIK LULUSAN POLITEKNIK KLASIFIKASI J) AMAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN HASIL MESYUARAT DI JPA PADA 26/08/2010 YG. LALU, CADANGAN DI MANA SKIM PELUKIS PELAN DAN JURUTEKNIK DIGABUNG DIBAWAH SATU GRED YANG SAMA.

KEPADA MTSU, APA YANG KAMI PERJUANGKAN ADALAH KENAIKAN GRED YANG SETARAF DENGAN STPM SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM PEKELILING TAHUN 2002 DAN TAHUN 1983. APA ALASAN DALAM LAMAN WEB MTSU YANG MENYATAKAN GRED J27 TIDAK SESUAI DIGUNAPAKAI KERANA POLITEKNIK DINAIKTARAF DIPLOMA. LULUSAN DIPLOMA AKAN MEMEGANG JAWATAN 'PEMBANTU TEKNIK' BUKANNYA JURUTEKNIK. ADAKAH PIHAK MTSU ADA BUAT RUJUKAN DIMANA-MANA SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN DEMIKIAN?, ATAU SEMEMANGNYA PIHAK 'PENGURUSAN MTSU' LEBIH MEMIHAK PADA PELUKIS PELAN YANG MANA JURUTEKNIK TIDAK AKAN NAIK GRED MELAINKAN PELUKIS PELAN JUGA DINAIKKAN GRED YANG SAMA KERANA BERADA DI SKIM J17.

KEPADA JKR DAN KKR BAGAIMANA PERANAN DAN TINDAKAN ANDA DALAM ISU INI?

HARUS DINGAT PELUKIS PELAN TELAH MENGALAMI PERUBAHAN GRED DARI J9 KE J7 (SSB) DAN SETERUSNYA KEPADA J17 (SSM). MEMANGLAH LULUSAN POLITEKNIK DIBERI GAJI PERMULAAN P1T9 TAPI AKHIRNYA GAJI AKHIR SAMA DENGAN LULUSAN SPM.

DI HARAP KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN JURUTEKNIK (LULUSAN POLITEKNIK) SE MALAYSIA DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMBALAS BERKAITAN ISU INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

Sokongan N17 mana boleh sama dengan N41.Kalau macam tu apa gunanya belajar tinggi-tinggi? Saya setuju dengan kenaikan gaji dan elaun untuk kumpulan sokongan tetapi P&P pun nak kenaikan juga...macam la P&P tak buat kerja! Bagi saya sama saja...manusia ada yang rajin dan ada yang malas...tak kira sokongan atau P&P.

Tanpa Nama berkata...

tak payah cakap la najib...boring dah..tulang belakanglah..tulang ikanlah..tulang temulanglah..jemu beb..

hargai apa kalau gaji tak naik dan bonus tak dapat...elaun pun tak ada perubahan..susah beb orang melayu..

kta ni banyak cerita sangatlah..tindakan kurang sangat..

hargai...gaji tak ada, elalun tak ada, bonus tak ada...

aparaaaa...

heeeeeeeeeeeeeeeeee..........

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang juruteknik di JKR dan amat bersetuju supaya Pelukis Pelan dan Jruteknik disatukan pada Gred yg sama kerana mereka pun mempunyai skil yg tersendiri dan sebahagian mereka ada juga sudah memeiliki diploma, tak usahlah kita rasa tidak puashati dalam isu ini kerana setakat sijil atau diploma dari poli tu tak kemana tetapi apa yg saya difahamkan JPA telah mengambilkira skil serta pengalaman yang terdapat dari juruteknik dan pelukis pelan dengan skil yang lebih seimbang.
Harap cadangan itu dapat diteruskan semuga skim gred tersebut telah pun dijanjikan kenaikannya tidak menjadi sebarang halangan.

Tanpa Nama berkata...

Hilangkan rasa hasad sesama insan

Dalam isu kenaikan gaji atau gred janganlah kita ada sikap hasad kepada org lain sama-samalah kita nikmati rezki dari kurnia allah dan jangan kita buat kerosakan spt yg disebut dalam alquraan, yang penting kita dapat bekerja dgn tulus serta profesional dalam menjalankan tugas, insallah dengan sikap sedemikian allah akan meluaskan lagi akan rezki kita sekeluarga insallah.

Tanpa Nama berkata...

salam,

teman pun technician J gak, bukannye sebab dengki, bagi teman pada sape pelukih pelan yg naik ke gred technician ikut KPSL ke sambung belajor ke PTK ke dan dapat kalo jadi j27 nanti tu baguih ler. ni yg KPSL/sambung belajor/PTK nye idak tup-tup naik same tak adil le bagi keme. koje technician idak pulak deme nak buat tp gred same.. teman idak nafikan mmg ade pelukih plan yg baguih tp udah pekelilin kate lantikan sijil poli setarap stp. ngape pule pejabat tanah buleh tu yg teman heran. 1 lagi mike jangan hina kate sijil/diploma poli tu tak kemane, agaknye mike pelukih plan dpt naik technician tp udah lupe asalusul..

Tanpa Nama berkata...

salam,just utk cuepacs...truskan agenda anda jgn duk layan komen2 negatif.usaha anda amat murni umpama lilin membakar diri.
siapa berani bakar diri untuk kepentingan orang lain?

wahai org melayu lagi islam ingatlah rukun islam itu 5,rukun iman itu 6 dirangkumi dgn kalimah syahadah.jgn duk hentam ape yg korang x tau...blajar la dulu nanti kang terlanggar dgn rukun ape nk jadi ngan korang?

oleh yg demikian terlebih baik kita semua cari,cenderong,berusaha kpd mujahadah,ubudiah,istiqomah brulah nnti org melayu islam x byk ckp yg merapu2 termasuklah ngan PM.


Allah menguasai segalanye zahir & batin.wahai insan yg kerdil berdoalah mohon keadilan...........

amin.....................

Tanpa Nama berkata...

sekarang pm berkuasa anda semua pun ada kuasa juga.....jd gunalah kuasa anda dengan sepenuhnya...PRU13 menjadi saksi.

wahai kakitangan yang tidak puas hati.............

Tanpa Nama berkata...

Salam
Saya memang mengalualukan kenyataan Perkhdidmatan Awam Tulang Belakang Pembangungan Negara"

Saya dari profesion perguruan menyanjung tinggi cadangan meluluskan guru berpolitik kerana guru dari sudut sejarah telah banyak membuat pengorbanan selain mendidik anak bangsa serta membantu mengukukuhkan kekuatan nasinalisme Melayu dinegra ini.

Kita berharap agar kerajaan mempertimbangkan kepada guru2 yg terlibat dengan memegang jawatan sebagai jawatankuasa dalam UMNO atau MIC dan juga MCA sebagai semangat satu Malaysia agar diberi kenaikan gred dari DG32 ke DG 41 secara otomatik setelah berkhidmat melebihi 15 tahun perkhidmatan, pengiktirafan ini boleh dikira diatas sumbangan dan pengorbanan mereka tersebut.
Mungkin banyak pihak akan membantah usul atau cadangan ini tetapi disebabkan waktu ini BN sebagai parti Dominan yg berkuasa adalah menjadi kelebihan berupaya memberi pengiktirafan ini semuga mereka tersebut lebih komited dalam memperjuangkan negara dan membangunkan anak bangsa dibumi bertuah ini.

Tanpa Nama berkata...

Sokong Kearah Tranformasi (PTD)

Kita sebagai penjawat awam usahlah pertikaikan apa yg telah dirancangkan oleh JPA sebagai penyelaras bagi menyahut dasar kerajaan untuk membuat tranformasi dalam sektor awam ini.

Kenaikan gred adalah usaha yang telah disusun serta direncanakan oleh kerajaan bagi diselaraskan bagi mengoptimunkan kepada status yg lebih tinggi kepada beberapa skim ysng dirancang bagi menjayakan struktur perkhidmatan yg lebih baik dan produktif.

Kita lihat sebelum ini seperti jawatann Penghulu menggunakan sijil SPM tetapi telah diupgradekan kepada Diploma sementara itu usaha status ini tidak statik disana dimana dijangkankan akan diupgradekan pengambilannya pula dari lulusan ijazah.

Semuga yg diracangkan akan berjalan lancar agar sektor awam akan mencapai kepada tahap yg lebih baik bersesuaian dengan perkembangan pembangunan negara kearah Tranformasi kepada negara berpendapatan tinggi, dengan lain maksud tahap kecekapan dan kualiti perkhidmatan juga turut dijangka meningkat.

Tanpa Nama berkata...

pegi jahanam la dengan tulang belakang.......semua menteri BN 'HAMPEH'......

PTD Cerdik berkata...

kah kah kah
kesian bah aku tgk org sokongan ni
mnyalak2 nakkan bonus
haa, ms suh menabung x mahu, tahu nak berenjoy perhabis duit. org pakai kete besar, diurang pn nak pakai.

inda mahu berfikir, sesuailah dgn tahap kebodohan sekolah tak tinggi itu. bila aku offer nk belanja makan saja, waah bukan main lgi berebut nak ikut. kasihan sekali. masuk rehat, malas serupa itu juga. itu yang dikatakan sokongan amat layak menerima bonus? apakah itu yah?

kahkahkah

Blurrr berkata...

Yang paling best sekolah tak tinggi tapi selalu naik pangkat, hehehehe

Ibnu berkata...

asa saya sekolah dulu haiwan bertulang belakang ni digelar verterbrata, yang tak bertulang belakang disebut inverterbrata. Perh dah lama tu.

Tanpa Nama berkata...

Wahai PTD Cerdik...tak baik cakap begitu. Saya ni dari kump. P&P jugak dan cara anda bercakap tak menggambarkan anda sebagai seorang yang berpendidikan. Ada sokongan yang rajin dan malas...begitu juga dengan P&P...tak semua rajin dan tak semua malas. Lagipun sekarang ni ramai sokongan yang saya kenali memiliki degree cuma tak berpeluang untuk naik pangkat atau mendapatkan kerja sesuai dengan kelayakan akademik mereka.

Pasal pakai kereta besar atau kecil...kadang-kadang tu seseorang tu gajinya kecil tetapi mak bapak kaya...tak salah dia pakai kereta besar, kan?

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam Yang Komited Dengan Pembaharuan Yang Produktif di sektor awam

Saya sebagai penjawat awam menyokong penuh usaha2 yg sedang serta dirancangkan oleh kerajaan kearah tranformasi sektor awam.

Rata-rata sektor awam perlu diberi latihan dan kursus yg lebih baik bagi meningkatkan kecekapan serta produktiviti.

Sambutan hari Q telah digantikan dengan hari Inovasi ini satu peruahan yg baru serta baik untuk disambut semua warga disektor awam ini.

Kecekapan dan hasil yg lebih produktif dalam dalam sistem penyampaian yg benar2 dapat mebuktikan keberhasilan kepada rakyat dan negara.

Justru kerajaan akan menilai semula bagi penstrukturan tangga gaji yg lebih baik kepada semua skim perkhidmatan, inilah yang dinanti2kan oleh semua penjawat awam disektor awam ini.

Tanpa Nama berkata...

Nak kursus dan latihan lagi? hmm....

KURSUS + LATIHAN + MAKAN & MINUM + LAIN2 ELAUN = DUIT = STAF MANJANG JE XDE KAT OFIS SEBAB PERGI KURSUS DAH SUSAH NAK BERURUSAN...

BOLEH PRODUKTIF KE MACAM NI? hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Tak usahlah kita meperkecilkan orang lain dengan apa yg ada pada diri kita, kalau dinilai dengan apa yg kita ada ini pun taklah setinggi mana dengan kemampuan yg ada pada di sektor koprat, gaji dan bonus mereka pun tidak terkejar kita, ada yg gaji mereka sebagai ceo dah mencecah ratusan ribu ringgit.
Kita masih punya pangkat sikit dah mula nak tunjuk ego dan sombong.

Sungguhpun ada berpangkat kecil tapi dia mampu memiliki harta yg lebih dari kita itu kemampuan mereka, kerana ada diantara mereka punyai harta pembangunan yg tinggi tapi masih berminat untuk berkhidmat di sektor awam, ada kerja sebagai par tapi ada syarikat kontraktor atas nama isteri mungkin dirasakan dengan tugas sebagi par di sektor awam itu banyak membantu projek keluarga mereka agaknya.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..PTD cerdik..aku berani confirm la ko ni bermimpi nak jadi PTD kan? hahaha..kesian, menyamar pun jadi la..hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Wahai PTD Cerdik... ko ni guna nama cerdik tapi ko bercakap mcm otak ko dilutut... ko tahu yg kum sokongan tu gaji kecik tapi yg org atasan bagi kerja paling besar apasal... ko kalau tak ada org bawahan takkan ada org atasan ... apa yg ko dapat adalah dari usaha org bawahan ko... ko nimemang org atasan yang bagus kalau mati dilanggar lori najis... busuk hati sangat222... geram...geram... patutnya ko tolonglah org bawahan supaya dapat gaji tinggii tapi ko hina lagi jahanam punya org...

Tanpa Nama berkata...

Buat PTD cerdik minta maaf saya katakan pada awak

Sebagai pegawai atasan kita perlu ada kematangan dan kedewasaan berfikir setanding dengan
pangkat dan ilmu yg ada kepada kita kerana org boleh menilai akan diri kita.

Janganlah jadi spt ibarat anjing penjaga dirumah org kaya bila nampak orang lalu mula menyalak-nyalak.

Sepatutnya kita perlu berlaku ihsan dan berkebajikan untuk org lain sebagai sumbangan hidup yg mempunyai nilai nilai serta harga diri sekiranya tak mampu jgn kita sakiti mereka.

Tanpa Nama berkata...

http://beritasemasa.com/bongkar-laporan-ketua-audit-negara-dedah-hutang-malaysia-rm-362-bilion#more-13408

Tanpa Nama berkata...

wao! banyaknya dalam belanjawan tak disebut sebanyak tu patutlah tak dapat bonus,

Tanpa Nama berkata...

PTD 90% bangang tak reti buat kerja! Kalau takdak kump sokongan, mampus la terkial2!! Mmg bodoh...dpt PTD 70% bukan dari kebolehan sendiri, tapi dari ehsan cable mak/bapak sedara mara!! Patut la semua dasar Kerajaan tak boleh jalan...kepala hotak yg dungu disuruh buat dasar! Sedar laa...skang ni PTD org x respek mcm dulu2...taraf sama saja mcm kuli batak! Kat tempat aku, PTD masuk meeting hal pembahagian parking kenderaan kakitangan dgn 'penyewa'. Anda semua bayangkan la Kementerian sendiri 17 tingkat dan 'penyewa' cuma 4 tingkat, tapi lot parking dibahagi sama rata! wakakakaka bangang punya PTD. Nasib dia dh berambus ke Kementerian lain....

Tanpa Nama berkata...

Tolong laa Kerajaan, hentikan pengambilan jawatan PTD ni. Makin hari, makin bangang pegawai2 PTD yang diambil! Dah la bangang, sombong pulak tu...dah 2 tahun kerja format paperwork pun tak reti nak buat! Jangan la buang duit amik pecacai mcm PTD ni @ anjing kerajaan!!!

Tanpa Nama berkata...

cakap banyak pun dah tak guna. najib dah umum bajet dah. tahun depan pulak le kita bincang.

bincang sekarang pun najib dah tak sudi dengar. melainkan rosmah bini dia yg suruh naikkan gaji kita..baru dia naikkan.

heeeeeeeeeeeeee.....

baginilah nasib pekerja awam...

Tanpa Nama berkata...

Golongan pendidikan jangan terlalu mintak itu dan ini..zaman skrg smua kejar wang ringgit drpd pahala dan tanggjwb sbnr dlm mdidik...kat akhirat kna jwb klau sibuk nak kjr wang ringgit tp bkn utk menyampaikan ilmu..kpd najib harap smua golongan islam bykkan berdoa agar dberi petunjuk dan hidayah bkn mendoakan kehancuran dan kemusnahan nnti negara m'sia yg rugi...

Tanpa Nama berkata...

Bila Cuepacs nak jumpa PM laknat tu? Jangan bagi muka sangat...biar keras sikit. Baru puak2 tu tahu langit tu sentiasa cerah ke tidak! Kami PA dh bersedia tunggu arahan samada nk piket, boikot, buat demonstrasi, mogok...

Tanpa Nama berkata...

Untuk Pegawai2 PTD
Saya rasakan taklah semua pegawai PTD tu macam tu semua ada PTD yg bagus juga pandai menghormati orang dan punyai harga diri serta keterampilan yg baik seperti beberapa orang kawan saya kat JPA tu.

Untuk itu saya berharap pegawai 2 PTD perlu berhati2 keluar kenyataan jangan menyinggong mana2 pihak per;u sikap profesional dan kewibawaan terhormat dengan lain perkatan punyai budi bahasa yg tinggi sekiranya kita mau dihormati dan disegani ramai.

jaja berkata...

sy rasa kesian hj omar..dia dah bertungkus lumus utk kite semua..semoaga Allah taala memberkati hidup dia...sy rasa diala sorg2 yg memperjuangan kakitangan awmam

Nurul berkata...

Jangan lah kata PTD ni macam tu sekali. Nak memohon jawatan PTD ni saya rasakan susah juga sebab saya mungkin tidak dapat mengesan apa kah kriteria yang dikehendaki oleh JPA ni.

Mula2 mohon online SPA, lepastu kalau result baik akan dipanggil untuk peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam gred 41, kalau lulus lagi akan dipertimbangkan untuk menghadiri program assessment centre (PAC), kalau lulus lagi baru dipanggil untuk ditemuduga, kalau ada rezki dapat lah jawatan tu. Panjangnya proses nak jadi PTD. Dah dapat kerja kena kursus lama pulak, sampai ada yang mati ketika kursus.

Tapi apa yang saya tenguk PTD yang dihantar ke jabatan ni tak lah gah seperti sukarnya masa pengambilan dulu. Maka di sini mungkin terdapat ketirisannya dalam pengambilan jawatan PTD ni. Ada PTD yang tidak fluent dalam bahasa inggeris terutama dari negeri tertentu dinegara kita.

Punca PTD ni cerdik tapi menjadi tak cerdik ialah mungkin PTD ni baru masuk sesuatu jabatan yang mempunyai pelbagai peraturan kerja, maka terkebil kebil nak buat kerja. lepastu PTD ni senang naik pangkat pergi ke gred M44 pula, kalau nasib baik kekal di jabatan berkenaan, jika tidak akan dipindahkan ke lain2 jabatan, maka bermulalah episod terkebil2 tersebut dan dipermain2kan oleh staf gred N yang otai ni.

Tapi manusia suka tunjuk ego, maka mula guna kuasa dan mengeluarkan arahan yang mengarut saja, jadi gred N yang kecil2 terima saja arahan yang pandir2 ni.

Di kalangan PTD pun ada puak puak juga, manusia katakan. Inilah serba sedikit kisah PTD ni, tujuan untuk membuat pembaharuan dalam jabatan tapi banyak menimbulkan masalah. Sebabnya bila masuk PTD baru maka gred N lama ni kena buat penjelasan dari A to Z, begitulah bila masuk PTD baru yang seterusnya. Kadang2 tak ada apa2 pembaharuan pun, malah timbul haru biru dengan dasar pecah perintah warisan penjajah masih digunakan oleh PTD ni.

Sekian sedikit luahan rasa gred N.

julia berkata...

betul kata cik nurul, sy dah jumpa 3 manusia yg bergelar PTD...lagak je lebig sorg keturunan melayu, masuk dulu sbg kontrak, lulus exam n interview itupun atas insan boss dapat lah keje tetap...masuk keje thn 2005, tp dah byk tukar tempat keje, alasan tension keje..pastu diam tak diam dah naik pangkat 48...sekejep je kan????PTD tu lelaki n manja la plak..meluat btl....pastu 2 keturunan india...sama je..buat keje sikit..dah tension...pastu senang2 naik pangkat ke 48...bagi sy mereka2 ni lah yg abis duit kerjaan...baik bagi kat kami yg bergelar N yg boleh buat keje

Tanpa Nama berkata...

bagi saya..tak semua PTD itu teruk..ramai je PTD yang bagus..mcm kump sokongan & profesional jugak..tak ramai yang teruk dan berhati busuk..ramai je yang bagus dan rajin-rajin..oleh kerana dlm blog ni ramai staf sokongan yang masuk..maka yang byk komplen kita nmpk ttg kump PTD dan profesional..

tak perlu lah anda sekalian mengutuk kawan2 yang lain..hasad dengki dan tension tu hanya memburukkan diri sendiri sahaja..nanti tak pasal2 anda dpt penyakit kronik..

kita sebagai penjawat awam sepatutnya lebih bermoral..termasuk bagi siapa yang suka komen teruk2 tu..agaknya ada ketirisan jugak semasa pengambilan anda masuk ke jabatan kerajaan..tat's why terdapat staf yang berhati tidak mulia..

Blurrr berkata...

Memang ler, yang baik tetap baik, sedar diri asal orang susah di kampung, tapi yang macam jahanam tetap jahanam jugak, macam yang kena tangkap khalwat kat hotel dulu, itu kira golongan tak sedar diri.

Tanpa Nama berkata...

tarik nafas..istifar byk2...nanti kita di tuduh tidak bermoral lagi mintak bonus...

..aku tanak bonus..aku cuma harap elaun dinaikkan..dan cola sama rata sebab harga minyak petrol sama jek duduk bandar ke kampung ke...harga barang pun sama jek....sebab kebanyakan brg2 makanan tuh barang kawalan....

Tanpa Nama berkata...

najib oh najib..kate pendapatan tinggi la..tapi rakyat menderita..baik x payah buat pendapatan tinggi..kos hidup dah tentu meningkat dah..yg miskin akan lg miskin la jwabnya..rm100 dah macam seringgit jer dah..sekejap jer abis..tolongggggg la najib oiiiii..

Tanpa Nama berkata...

najib tak dengar dah..jangan menjerit laaa..

dia tak pernah ada pengalaman macam kita yg susah ini..celik2 mata duduk dlm mahligai..macam juga sepupu dia hisham tu..

mereka tidur atas duit beb..dari kecik..

bila besar dapat projek pula..dapat jadi menteri dan perdana menteri pulak..memang mereka tak tau apa pasal susah miskin ni..

jadi jangan menjerit2 le..

cuma mata pena kita je yg boleh buat orang atas tu menderita dan insaf sikit bila mengundi nanti..

alasan duit tak ada memang biasa..

kate orang kelantan, nak wat cam no..

Tanpa Nama berkata...

kita beri pandangan kat sini,
adakah dia orang dengar?
mana maklumbalas?
atau wakil dia orang?
macam ni ke kerajaan kita?

Tanpa Nama berkata...

lagi tak pilihanraya tak ada maklum balas le...pilihanraya esok baru ada maklum balas...

alah..maklum balas dia senang saja...kain batik sehelai, gula 2 kilo, duit RM50.00.

lepas itu kite balas balik dengan undi BN..lepas undi gigit jari..gaji tak naik, elaun tak naik, bonus tak dapat.

heeeeeeeeeeeeeee.........

Tanpa Nama berkata...

Mr President, you have been elected as our leader. Don't stop at merely 'requesting' for our bonuses, do something about it. Vent out our frustrations for us. Use the media. Use our power as the country's backbone. Be brave. Be smart. Use your resources well. We, the civil servants, are your resources. Together, we make a large number, and together, our voices will be heard. As a leader, you have the duty to lead. Even if all things fail, at least we have tried. Thank you.

Nik Zubaidah berkata...

kami seluruh pembantu tadbir persekutuan akan kekal setia dengan Umno biar bercerai nyawa dari badan

hidup Dato Seri Najib!!!

PT PERSEKUTUAN berkata...

SIAPA KATA SEMUA PEMB TADBIR PERSEKUTUAN AMPU / SOKONG NAJIB??? PIIRAAAHH..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...bengong,dah takde org dh nak sokong najib...tggu je la nasib korang/UMNO PRU akan datang...kasi kemas beg...balik pekan...tanam anggur ok..

kasi org yang betul2 boleh membela PA/rakyat yang memerintah plak...

wasalam

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia semua,

saya harap cuepacs dapat menilai semula syarat gaji permulaan untuk gred 17 .. terutama bagi yang ada kelayakan diploma tetapi berjawatan kerani gred 17, gaji permulaan adalah mengikut kelayakan SPM, tetapi bagi mereka yang mempunyai sijil, gaji permulaan berbeza.

harap bagi penjawat awam yang bekerja di peringkat gred 17 yang berkelayakan diploma di beri sama seperti KUP, mendapat gaji gred 22 tetapi membuat kerja gred17.

ini kerana bebanan untuk membayar balik pinjaman , gaji yang diterima tidak setimpal dgn kelayakan.

harap dapat perhatian pihak cuepacs untuk mempertimbangkan nasib pemegang diploma yang bekerja di gred 17.

terima kasih.