SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 Oktober 2010

SPR MULA KESAN STAF KERAJAAN BELUM JADI PENGUNDI, SASAR 100 PERATUS DAFTAR

The Malaysia Insider
G.manimaran
6/10/2010



PUTRAJAYA, 6 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan pendekatan baru — mendampingi setiap jabatan kerajaan — untuk mengesan kakitangan awam yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dalam usaha mencapai sasaran kesemua 1.4 juta anggota sektor awam menjadi pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.

SPR sudah pun memulakan gerakan menghubungi setiap agensi kerajaan bagi mendapatkan nama kakitangan untuk menyenaraikan mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi lalu didaftar sebagai pengundi yang sah.

Langkah itu dimulakan 1 Ogos lalu.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan sekitar satu pertiga kakitangan awam masih belum mendaftar sebagai pengundi.

“Dengan ini, kami yakin boleh mendaftar setiap kakitangan perkhidmatan awam sebagai pengundi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said kepada The Malaysian Insider.

Zainal Abidin berkata, di bawah pendekatan baru itu SPR akan menghubungi agensi-agensi awam di seluruh negara untuk mendapatkan senarai kakitangan masing-masing dan ia akan dipadankan dengan sistem daftar pemilih yang sedia ada untuk mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.

“Ia boleh dilakukan, kita boleh lakukan padanan untuk mengenal pasti mereka,” kata Zainal Abidin.

Ia merupakan antara beberapa pendekatan tambahan sedang diusahakan oleh suruhanjaya ini bagi mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

SPR juga mempunyai penolong pendaftar pemilih kalangan agensi-agensi awam.

Jika ada kakitangan yang masih belum mendaftar, kata beliau, SPR akan menyediakan kemudahan untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih yang sah.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyediakan peratusan kakitangan awam yang belum mendaftar sebagai pemilih lagi.

“Mungkin dalam beberapa bulan ini, kita boleh mengenal pasti jumlah kakitangan awam yang belum mendaftar sebagai pemilih... dan kemudian daftar mereka,” katanya lagi.

Kini ada kira-kira 1.2 juta tenaga kerja dalam perkhidmatan awam persekutuan dan bagi sekitar 200,000 di peringkat negeri.

Kakitangan peringkat negeri terletak di bawah penyeliaan perkhidmatan negeri.

Sehingga Jun lalu, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi daripada 4.3 juta orang kepada 4.2 juta orang.

Jumlah pengundi berdaftar di seluruh negara meningkat kepada 11,381,193 orang dengan pewartaan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku kedua tahun ini yang mengandungi 191,970 pemilih.

Zainal Abidin yakin SPR dapat mendaftar keseluruhan kakitangan awam sebagai pemilih dalam enam bulan akan datang.

“Saya yakin kita boleh mendaftarkan mereka dalam masa kira-kira enam bulan, saya rasa boleh dilakukan,” kata beliau.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Moh Zin walaupun menganggap pendekatan SPR ini sebagai langkah baik tetapi agak terlewat bagi suruhanjaya itu melaksanakannya.

“Cuepcas merasakan pendekatan ini sepatutnya telah dilaksanakan 10 tahun lalu... SPR nampaknya sudah terlewat dalam mengambil cara ini,” kata Ahmad Shah ketika dihubungi.

Ahmad Shah menjangkakan sekurang-kurangnya satu pertiga kakitangan masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Sehubungan itu kata beliau, isu kakitangan awam tidak mendaftar sebagai pengundi tidak harus wujud kerana mereka sewajarnya telah “diwajibkan” berbuat demikian sejak peringkat awal apabila menyertai perkhidmatan awam.

“Misalnya semasa seseorang kakitangan awam hendak disahkan dalam perkhidmatan awam, mereka seharusnya telah diminta mendaftar sebagai pengundi dan dijadikan antara syarat pengesahan dalam jawatan.

“Perkara ini boleh dilakukan antara tahun pertama dan tahun ketiga selepas seseorang menyertai perkhidmatan awam,” kata beliau sambil menambah, pada masa sekarang kira-kira 80 peratus kakitangan kerajaan menyertai sektor awam ketika berusia 21 tahun.

“Jadi masalah 1.4 juta kakitangan awam tidak menjadi pengundi tidak patut wujud sekarang,” kata beliau.

12 ulasan:

Rahman Nanyan berkata...

baguslah usaha SPR ini, diharap kita bersama menggembleng tenaga memantapkan lagi Umno dan BN bersama2. tidak wajar kita tidak mengundi orang yang menyuap kita dengan makanan

Tanpa Nama berkata...

Tegakkan keadilan, cegah kemungkaran. Tolak mereka yg tamak haloba, mengumpul harta demi kepentingan diri dan kroni.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu !
Jgn kita gigit pada tangan yg menyuap harap2 dpt bonus kali ini 2 bulan gaji sebagai bukti pentadbiran negara bertambah baik dan maju, pilihan raya dah hampir jgn pula bulan pula terbit dari timur

Tanpa Nama berkata...

Tarak naik gaji, tarak bonus, tarak UNDI. Cuba pula kat sebelah nun. Hati mau berani

Tanpa Nama berkata...

Mari kita gigit tangan yg menyuap nafkah dari sumber2 haram dan syubhah. Lagi baik potong aja tangan-tangan yg hanya menyuap sisa-sisa makanan ke mulut rakyat.

Talib berkata...

BN sentiasa memastikan premis judi tidak dibuka, tetapi pembangkanglah yang sebenarnya suka judi seperti ahli DAP, yang enggan mengimarahkan masjid sebaliknya sukakan konsert

Tanpa Nama berkata...

Anda cakap wang haram dari judi bagaimana dgn wang 4D toto, magnum, damacai siapa yg punya lesen dan tax kerajaan (GST 10%) tu masuk dlm dana kerajaan dan wang tersebut tu diberikan kpd anda sama utk pembangunan dan gaji anda itu pun haram anda pun makan.

Begitu juga dgn cukai minuman keras dan rokok haram juga dan anda tidak rasa wang tersebut utk apa kerajaan kutip wang haram tersebut sepatutnya barang tersebut tidak perlu dicukai dan larang saja ianya dijual kerana hasilnya haram utk dimakan. Oleh itu jangan anda cakap tidak berfikir dahulu kesan apa yg anda sebutkan, kami cina tak suka dengar perkara tersebut disebut dlm ruangan ini.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sebut pasal haram-maram di sini...kalau kita selidiki semua punca pendapatan kerajaan....darimana malu nak sebut... sebut sikit sudah lah...tu tax untuk jual 4 ekor...berapa banyak, tax perjudian, tax perniagaan yang tak halal... lepas tu, duit tu gi mana....salah satu g gaji kita, jadinya jangan cakap pasa benda tu halal kee haram kee....yang penting kita buat kerja halal, maka upah yang kita terima tu pun halal....Bab undi mengundi ni...kan dah tau kewajipan kita semua, tapi biasalah sikap manusia daripada 1000 yang layak mendaftar mungkin 900 yang mendaftar, daripada 900 yang mendaftar, mungkin 700 yang gi mengundi..biasa lah brother, gi mengundipun pakai fulus( Tambang,belanja makan...beli rokok...) lagi musim hujan, beli payung, lagi penat dari pagi ke tengah hari berbaris...lagi kena tengking oleh pegawai-pegawai ditempat mengundi (ada buat sikit silap)...lagi kena bayar tol...semuanya tanggung sendiri.. yang lagi satu calon-calon yang dipilih bertanding ni dulu semuanya sombong-sombong,jumpa dimana-mana muka masam aje (walaupun kenal), bila time mengundi...barulah siapa-siapa pun dia kenal. Lepas menang,siap mau kenal lu...1 sen tak guna....lagi 700 orang yang keluar gi mengundi...600 saja yang betul-betul gi pangkah...yang lain tu keluar ngan gf/bf gi ronda-ronda...lagi baik kata diaorang. Jadi akhirnya...hak mengundi tu di tangan kita orang juga...yang menang tu orang yang kita undi...lepas tu apa yang kita individu secara peribadi dapat...
Balik pada masa yang dulu YB kenal siapa....belanja segelas kopipun tarak....abukpun tarak...

Talib berkata...

BN tidak menggunakan wang yang haram kerana sudah berzakat dengan byk membantu rakyat seperti bg pencen, sediakan hospital dan mcm2 lg. jadi tuduhan pembangkang kononnya BN pernah meluluskan judi dan arak adalah tidak berasas.

En. Rahman mmg bagus, harap jugak usaha SPR ni memantapkan lagi UMNO. aku kesal dengan pulau pinang, mgapa masih ada pasar babi? bukankah babi itu haram? DAP sengaja ingin menjamu kita dgn daging babi. PERKASA sila bertindak!!

Tanpa Nama berkata...

pasar tu utk non-muslim jer..yg rase haram tu tak payah le nak tercongok2 kat sane.abis

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH SUSAH PAYAH SPR OIII...
TAK PERLU PAKSA ORG JADI PENGUNDI LAGI...
PR LALU SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM UNDI UMNO.. BAJET 2011..!! APA JADIK...??!! JANGAN SUSAHKAN KAMI LAGI UNTUK PERGI MENGUNDI... TOLONGLAH..

GAJI TAK NAIK...TAK PERLU LAAA..

benci nak komen berkata...

lepas ni ramailah KAKITANGAN AWAM yang tawar hati nak mengundi...
xda naik gaji,xda bonus
jadi xda undi....
muak !!