SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Oktober 2010

CUEPACS BERHASRAT TEMUI KSN RAYU NASIB 314 PENGHUNI KUARTERS JALAN COCHRANE

Bernama
3/10/2010



KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhasrat menemui Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi mengemukakan rayuan mewakili penghuni kuarters kerajaan kawasan Cochrane di sini, ekoran arahan supaya mereka berpindah ke kuarters lain di Putrajaya pada 15 Dis ini.Presidennya Omar Osman berkata arahan berpindah melalui notis bertarikh 4 Mei lepas oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri kepada 314 kakitangan kerajaan daripada pelbagai jabatan itu wajar dikaji semula termasuk diberi penangguhan sehingga penempatan baru termasuk pembayaran saguhati diselesaikan.

"Cuepacs berharap masalah ini dapat dirunding semula dan ditangguh ke akhir tahun hadapan."Kerajaan perlu mengambil berat mengenai semua aspek seperti kos perpindahan, pertukaran sekolah anak-anak kakitangan dan pelbagai masalah lain," katanya kepada pemberita selepas menemui penghuni kuarters itu, yang kebanyakannya berkhidmat dalam kumpulan sokongan di sini Ahad.Pada perjumpaan itu, Omar turut menerima memorandum daripada Anggota Jawatankuasa Bertindak penghuni terbabit untuk diserah kepada Mohd Sidek pada tarikh pertemuan yang akan ditetapkan kelak.Omar berkata Cuepacs juga akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat kongres di Pejabat Cuepacs, di sini 8 Okt ini.Beliau berkata Cuepacs tiada hasrat untuk membantah keputusan kerajaan berhubung arahan berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan di kawasan itu tetapi sewajarnya perancangan rapi dibuat tanpa menjejaskan kebajikan penghuni yang kebanyakannya telah berkhidmat selama puluhan tahun dengan jabatan kerajaan.Omar berkata antara cadangan Cuepacs ialah kerajaan memberi saguhati perpindahan sebanyak RM5,000 untuk setiap keluarga bagi menampung kos pindah yang tinggi selain mereka diberi keutamaan untuk dipindahkan ke kuarters lain yang lebih dekat dengan tempat kerja.

"Saya dimaklumkan terdapat penghuni OKU (Orang Kelainan Upaya) yang tinggal bersama keluarga masing-masing dan keperluan mereka perlu diutamakan," katanya.Sementara itu, penghuni OKU yang ditemui, Khusaini Saimon, 54, berharap kerajaan dapat membuat keputusan terbaik berhubung perkara itu."Saya telah menetap di kuarters ini sejak 22 tahun lepas dan arahan berpindah akhir tahun ini amat membebankan."Walaupun dapat tawaran kuarters Putrajaya, tetapi kuarters baru terlalu jauh dari tempat kerja, dan bakal menyusahkan saya untuk bergerak termasuk masalah pengangkutan awam," katanya yang buta dan bekerja sebagai Pembantu Setiausaha di Lembaga Peperiksaan di Jalan Duta, di sini.-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya Sokong cadangan CUEPACS tu...
Sepatutnya Kerajaan buat perancangan utk, sediakan Rumah Kuarters Baru dan lepas tu baru robohkan Kuarters sedia ada bukan sebaliknya.....

Tanpa Nama berkata...

berterima kasihlah pada kerajaan kerana telah membenarkan anda merasa tinggal di kuaters kerajaan..tak semua PA berpeluang baik macam anda..ramai PA yang bergaji rendah yang masih menyewa rumah di luar sana..yang xpernah merasa kelebihan tersebut..jadi saya rasa, tak perlu lah anda rasa marah atau kecewa..pihak BPH bukannya bagi notis sebulan utk pindah..bersyukurlah..

Tanpa Nama berkata...

TAK KENA PADA BATANG HIDUNG AWAK ,BOLEHLAH AWAK BERKATA DEMIKIAN. KAMI TAK MENOLAK PEMBANGUNAN, TAPI CARA MENGUSIR KAMI BIARLAH KENA DGN CARANYA. BUKAN AMBIL CARA MUDAH. MUNGKIN AWAK HIDUP SENANG TAPI TIDAK BAGI KAMI YG BERPENDAPATAN RENDAH. SEDANGKAN ORANG YG MENDIAMI RUMAH SETIINGGAN PUN DILAYAN BAIK. JADI AWAK YG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL LEBIH BAIK DIAM ITU LEBIH BAIK. DOAKAN PERJUANGAN KAMI ITU YG LEBIH BAIK.