SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 Oktober 2010

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG PEMBERIAN BONUS

Bernama
7/10/2010



ALOR GAJAH, 7 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menaruh harapan tinggi agar kerajaan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada tahun ini.Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu kerana ia akan menggembirakan penjawat awam yang tidak menerima bonus pada tahun lepas."Kita mohon kerajaan beri bonus dua bulan gaji dan kita serahkan untuk dipertimbangkan mengikut kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia cawangan Alor Gajah di sini.Omar berkata permohonan rasmi kepada kerajaan telah dibuat beberapa bulan lalu dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi memohon bonus dua bulan gaji.Namun setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang belanjawan setiap tahun, dan tahun ini ia dijadualkan pada 15 Oktober ini.Sementara itu, Cuepacs meminta semua agensi di kementerian yang mempunyai pekerja kontrak supaya tidak menamatkan perkhidmatan mereka, sebaliknya menyambung semula kontrak itu berdasarkan rasa simpati dan perikemanusiaan.Omar berkata tindakan itu akan membantu pekerja meneruskan kehidupan di samping meringankan beban mereka, terutama yang sudah lama berkhidmat.Beliau berkata kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap perkara itu kerana sudah ada agensi di kementerian tertentu telah menamatkan kontrak penjawat awam mereka dengan alasan bajet tidak mencukupi."Cuepacs berharap perkara ini akan diambil kira dalam bajet 2011 yang akan dibentangkan tidak lama lagi," katanya.-- BERNAMA

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya cuepac jgn mintak bonus sepanjang tahun, mintak lah naik gaji, bonus buat apa, sekali terima habis. Fikir cara panjang.

Tanpa Nama berkata...

kita ni dah mcm peminta sedekah ja tp najib tak respond apa pun... jgn dok syok sendiri sudah la...

Tanpa Nama berkata...

Najib akan mencipta sejarah malaysia menjadi PM yang tak pernah memberi bonus kepada PKA dan menjaga kebajikan PKA.....

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu yakin dgn k'jaan yg ada telah membuktikan kecekapan dan kemajuan dalam pentadbiran sehingga membawa negera kita setanding dgn negara2 maju

Kita didedahkan setiap hari TV dan surat khabar menyatakan iklim pelaburan yg terbaik di Malaysia ini, serta pelabur2 mula masuk spt di wilayah2 pembangunan ekonomi spt di Iskandar aja dilaporkan lebih 40 bilion pelabur arab akan melabur dan pasaran saham dilaporkan sentisa cergas serta bersentimen yg menyakinkan, Keluaran negara kasar serta eksport juga meningkat termasuk pelaburan M'sia atau GLC didalam negara dan diluar negara dilaporkan menunjukan pertambahannya serta kemajuannya.Petronas juga melaporkan peningkatan keuntongannya

Dengan prestasi2 yg telah laporkan media dan pakar komentar ekonomi memaparkan ekonomi kita terus memuncak dengan unjuran2 tertentu yg dijana bagi menjamin pasaran yg terus memberangsangkan dan sebagai mebuktikannya saya rasa insallah kerajaan akan memberi penjawat awam sekurang2nya 2 bulan bonus sebagai penghargaan kepada disektor awam ini.

Sektor awam adalah juga merupakan sebagai pemancu ekonomi negara dengan program2 yg telah dirancangkan dan dilaksanakan.

Dengan iklim terbaik yg telah digambarkan itu dijangka satu pelarasan gaji baru turut juga akan memberi khabar baik kepada penjawat awam tanda keperihatin kerajaan kepada sektor awam.

Sama-samalah kita nantikan kabar baik tersebut yg akan dibentangkan dalam bajet 2011 nanti insallah.Malaysia Negaraku Gemilang

Tanpa Nama berkata...

hmmm....yang sepatutnya dilakukan adalah memohon kenaikan gaji....bonus tu memang sepatutnya ada sbb dah setahun bekerja,pasti mengharapkan sesuatu sebagai penghargaan kepada kakitangan.....naikkan gaji tu yang sepatutnya,ini setahun naik rm49.99 je....tak sampai pun rm50....ini dengar susu pun nak naik....barang asyik naik harga,gaji ntah bila nak dinaikkan lagi.....gaji minimum seharusnya di atas 1k....

Tanpa Nama berkata...

Pak omar asyik dok cerita dah hantar surat mintak bonus beberapa bulan yang lain..tiap kali keluar statement dah hantar surat mintak bonus beberapa bulan yang lalu...sepatutnya dibuat beberapa surat susulan mintak bonus bukan cerita benda yang dah lepas..silap2 surat mintak bonus beberapa bulan lepas dah di re-cycle
oleh jabatan berkenaan ataupun dah dibakul sampahkan ataupun telah dimasukkan ke dalam mesin penghancur kertas. Maklumlah benda dah lama...dah beberapa bulan lepas...

PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA berkata...

KAMI PENJAWAT AWAM KUMPULAN SOKONGAN I DAN II YANG BERADA DI SELURUH MALAYSIA BERHARAP SEMOGA PAK OMAR KITA BERJAYA MEMPERJUANGKAN HAK-HAK KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM MALAYSIA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA DALAM PEMBENTANGAN 'BAJET 2010' 15 OKTOBER INI OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI KITA YANG BERKAITAN DENGAN ISU-ISU UNTUK MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN BONUS, KENAIKAN GAJI DAN ELAUN PERUMAHAN SERTA PELARASAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM MALAYSIA DEMI UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT SELARAS DENGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" TERIMA KASIH!... PAK OMAR.... dan JUTAAN TERIMA KASIH!... KAMI UCAPKAN KEPADA PERDANA MENTERI 1MALAYSIA KITA SERTA KERAJAAN MALAYSIA... HIDUP!... 1MALAYSIA!... MALAYSIA BOLEH!...3X

PA Veteran berkata...

Pemebrian Bonus ini adalah acara tahunan, janganlah kita sebagai penjawat awam menjadi peminta sedekah setiap hujung tahun. Kepada Pihak kerajaan bagi ajer lah Bonus kalau ekonomi mengizinkan , tak perlulah Cuepacs melutut macam peminta sedekah lagi.
Cukup Setahun Kerajaan Bagi Bonus.

Kita Penjawat Awam juga ada maruah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs Sentiasa Optimis Dalam Isu Bonus Dan Kenaikan Gaji Baru

Cuepacs telah pun menghantar rayuan permohonan bonus bagi tahun ini sebanyak 2 bulan gaji untuk kesemua penjawat awam dan kita berkeyakinan kerajaan akan menyambut baik dalam isu tersebut kerana penjawat awam semenjak pemerintahan PM yang baru ini kita telah meletakan harapan yang besar serta cukop tinggi kepada beliau agar penghargaan kepada 1.2 juta penjawat awam ini dapat dilangsungkan pada sessi bajet yang akan debentangkan pada bulan Oktober ini.

Tanpa Nama berkata...

PM Malaysia,
1. Jangan naikkan gaji penjawat awam Malaysia.
2. Jangan bagi Bonus.
3. Jangan Bagi Muka.

Penjawat Awam kebanyakan pemalas tidak semua tapi 90 peratus. Cuba renung-renungkan.

Tanpa Nama berkata...

vYg asyik jgn2 tu...sememangnya busuk hati...hati dah terlalu gelap dan suka memburukkan orang tanpa usul periksa.

Tanpa Nama berkata...

jangan ade perasaan hasad dengki pada penjawat awam.Anda x tau ape yang penjawat awam da buat untuk membantu kerajaan.Anda adalah perosak dalam suatu komuniti. sebab nila setitik rosak susu sebelanga.di sebabkan sesetengah penjawat awam yang mcm 2 kami yang lain dapat balasannye.... adekah anda cukup sempurna semasa menjalankan tugas....tepuk dada tanya selera..tiada manusia yang sempurna disisi allah....pikirkan...

Tanpa Nama berkata...

napelah nk busuk hati sangat. ingat skit hidup ni seperti roda. bila kite dalam kesusahan barulah kite nk ingat orang lain.... kalu ni hasut orang lain buat kebaikan kita adalah tergolong dalam golongan ape? pikirkanla...... ye

Fariz Mahmood berkata...

sila tetapkan pegawai kontrak dan guru kontrak GSTT, kerana kerajaan mesti prihatin kepada kami. jika bajet nnt masih tiada cadangan menetapkan kami, sukalah kami mencadangkan agar semua Bonus dibeku sebagai tanda keadilan dan menjimatkan wang negara. Jika pergi mana2 pejabat, nescaya terpaparlah kenyataan bahawa yang benar2 ikhlas dan rajin membuat kerja ialah pegawai dan guru kontrak ini.

Tanpa Nama berkata...

Apa bah kamurang sibuk-sibuk kutuk-mengutuk ni....releklah, tunggulah saja 15 aribulan ni...kalau kita punya pm kasi bonus kaa...kenaikan gaji kaaa...bersyukurlah bah...kalau tiada tia pa lah...pikirlah bah jalan lain utk. tambah pendapatan...macam saya, tanam padi besar-besaran..saya jual hasil dia...lebih dari dapat bonus...lagi saya ternak ayam kampung...jual,senang-senang dapat duit...lagi ada kolam ikan belakang rumah..uina,ok. bah. Tapi kalau kerajaan kasi lagi naik gaji dan bonus lagi bagus, saya kasi beli bata ama simen dan pasir batu....saya kasi bikin rumah sewa,Yang lebihan tu...saya kasi tambah beli barang untuk kedai runcit di bawah rumah saya, berusaha sendiri bah bos,jangan arap sangat ama kerajaan ni,nanti kena cop tiada maruah plak...Tapi bos..saya takut juga bila saya ada lebih sikit duit tekawin pula lagi satu,maklumlah sekarang ni banyak parampuan dari laki-laki, kesian juga yang tiada punya...jadi saya ingat ngam-ngam lah sekarang ni. Tidak kena bagi bonuspun tia pa...tatap one malaysia aramai tiiii. Jan mare...

Tanpa Nama berkata...

waka ka ka geli hati saya baga ceta bah, nanti terlebih kena tambah satu lg bah,
Walaubagaimana pun sayadiserawak ini harap2 dapatkan bonus juga kalau tidah ?

Tanpa Nama berkata...

mane bule tak bg bonus..gov wajib mberi bonus utk semua PA.dapat sebulan dah cukup bgs dah..takkan gov dah jatuh miskin kot.hari2 dengar kat berita ekonomi semakin kukuh la..so bg la bonus.bru la PA2kat msia hepi..bila hepi undi kat gov pun ok la.kalu tak hepi mcm mna?mcm2 bule jadi...

jamin berkata...

Bil utiliti SRJKC ditanggung kerajaan mulai 2011, kata Soi Lek. sedangkan Di SK, ada arahan supaya sekolah mencari dana sendiri untuk membayar bil utiliti atas dasar berjimat kerajaan dan KPM. nilah BN dan UMNO gampang! hati Cina diutamakan, hati melayu diberuk-berukkan

Tanpa Nama berkata...

Bukan aku nak kata la...1Malaysia ini memang akan menjahanamkan negara kita dan rakyat melayu.Nampaknya si najib memang bodoh..si cina celaka makin minta yang bukan-bukan.Najib memang takut dengan cina...inilah satunya contoh melayu mudah lupa...zaman mahathir dulu dia tak beri peluang kepada cina..tapi bermula zaman dolah disambung dengan najib...hancurlah bangsa ku MELAYU...

Tanpa Nama berkata...

Banner kat atas tu tulis "tuntut bonus dua bulan"...apa hilang akai ka bapak presiden...?..dua bulan tu bermakna menguntungkan PA gred atasan je..minta la sama rata..RM2000 untuk semua PA..cola sama rata untuk semua PA...kita makan beras yang sama..beras jasmin gambar jalaluddin juga...makan gula yang sama...gula kasar perlis juga....ada faham ka ?...........

Tanpa Nama berkata...

Janganlah mare sedara oiii...oklah 2 bulan tu...kalau 3 bulan lagi ok. Tapi mesti ada minimum juga sepatutnya begini " dua bulan bonus atau minima RM3000.00 bagi yang gaji pokok dibawah RM3000.00"...kan OK dan adil.

o'bomb berkata...

Bagi bonus cara yg telus. Antaranya Rujuk pada penilaian prestasi pekerja.

(i) mereka yg betul2 berkhidmat
(ii) mereka yg hanya tunggu gaji saja.

Semua tu kena ambil kira. Nanti ada yg tak puas hati. Renungkanlah...

Tanpa Nama berkata...

BONUS DAN KENAIKAN GAJI PERLU DIPERTIMBANGKAN. HAL INI KERANA, UNTUK KEPENTINGAN KAKITANGAN JUGA. SELAIN ITU, DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA DAN PRESTASI DALAM PEKERJAAN.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 terpikir inilah nasib penjawat awam yg bergantung pada gaji bulanan, barangan sekarang dah melepasi kadar lebih 75% dari index gaji semasa penjawat awam atau dengan lain maksud kuasa beli dari gaji penjawat awam ini telah menurun sebanyak 75% sebab tulah belum cukop bulan gaji dah habis.

Yang membuat dasar tak nampak masaalah ini munGkin mereka lebih mementing isu yg lebih besar lagi.

Dgr cerita pilihanraya sudah hampir kalau tak dpt alamat ?

Penjawat Awam yg dah nak pencen berkata...

Alhamdulillah kalau ada bonus.. kalau tak ada pun alhamdulillah. Kewangan K'jaan pun kena ambil kira. Tapi klau K'jaan nak bagi bonus, bagi ikut mengikut kategori:- Gred 1 - 22 ( 2 bln gaji), gred 22 keatas - 44 ( 1 buln gaji) Gred 44 keatas - 54 ( 1/4 bulan gaji ) JUSA tak payah lah kut pasal gaji JUSA pun dah 5 - 6 kali ganda gaji PA kump. sokongan. Bonus PA 1- 22, ( 2 bulan)sekitar RM 3,000.00 - RM 5,000.00. Bonus PA 26 - 44, ( 1 bulan) pun sekitar 3 - 5 ribu juga kira OK lah tu. Pengurusan tertinggi dapat bonus (1/4 bulan) dari gaji Rm 6 - 7 ribu dalam Rm 3 - 5 ribu juga, kira O.K lah tu. Kalau nak lebih murni dan harmoni lagi, pihak 'Pengurusan Tertinggi' tak payahlah ambik bonus. Kalau nak juga ambiklah sikit. Yang nak dapat bonus tu anak-anak buah kita. 1/4 gaji 'big-big' boss pun dah bersamaan 3 - 4 bulan gaji PA kump. sokongan. Bersyukurlah dan 'geng pengurusan' (Pengurusan Tertinggi) tak payah la terlalu 'tamak', gaji dah besar, anak-anak buah tuntut 2 bulan biarkan lah dan kalau nak lebih 'afdal' lagi bonus yang K'jaan nak bagi kat boss, boss-boss sedekahkan lah kepada PA-PA kump. sokongan (anak-anak buah) untuk di agih-agihkan. Jangan lah terlalu 'ego' kerana 'boss-boss' graduet, apa yg anak buah dapat, boss pun nak juga. Berapa ringgit sangatlah bonus (setahun sekali) yang anak buah nak dapat kalau nak bandingkan dengan gaji yang boss-boss dapat. Ingatlah 'boss-boss' bukanlah terlalu pandai kerana keluar daripada universiti, tetapi cuma bernasib baik menjadi siswa/siswi yang di terima menjadi PA semasa temuduga. Pada hemat saya PM memang nak bagi bonus 2 bulan kepada 'PA-PA' kumpulan sokongan, kerana berapa RM sangatlah kewangan yang akan terlibat, tetapi yang jadi masalah bila ada 'geng pengurusan' yang tamak, haloba dan ego yang gaji dah RM 5 - 6 ribu pun nak juga bonus 2 bulan, hello 'boss' tak cukup ke RM 6 - 7 ribu tu.. CEUPACS pun kena kaji balik lah kaedah ini. Marilah kita semua sama-sama menjadi PA-PA yang harmoni yang akan gigih berusaha mempertingkatkan produktiviti negara, 'boss-boss' hendaklah bersyukur dengan gaji yang dah besar, biarlah anak-anak buah kita gumbira setahun sekali ada duit bonus. Kalau K'jaan ikut kaedah ini, saya percaya budget yang akan terlibat tidak TERLALU besar, PM dan K'jaan akan gumbira dan PA-PA khasnya kump. sokongan akan gumbira juga. Budget untuk bagi bonus dah dapat di 'save'kan dan semua pihak akan dan hendaklah gumbira dengan keputusan K'jaan. PM dan K'jaan pun tak perlu mengeluh dan bagi alasan kewangan negara tidak mengizinkan...