SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2010

YAYASAN CUEPACS AKAN DITUBUHKAN UNTUK PESARA DAN KAKITANGAN AWAM

Bernama
9/10/2010




KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menubuhkan Yayasan CUEPACS bagi menjaga hak kebajikan pesara dan kakitangan awam, sebelum akhir tahun ini.Presidennya Omar Osman berkata yayasan tersebut yang akan diketuai oleh bekas-bekas pengerusi Cuepacs, penting untuk membentuk satu dana bagi melindungi sejumlah 1.7 juta pesara dan kakitangan awam negara ini."Sekarang ini penjawat awam yang menghadapi risiko kebanyakannya tidak mendapat pampasan seperti kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan juga bagi kebajikan pendidikan," katanya pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 anjuran CUEPACS di sini.Katanya, yayasan tersebut dijangka dilancarkan semasa Persidangan CUEPACS pada Disember ini di Pahang yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada masa sama,

CUEPACS juga akan menubuhkan Konsortium Kesihatan CUEPACS di bawah yayasan tersebut yang diuruskan oleh Takaful Ikhlas.Beliau berkata penjawat awam akan disediakan dengan pakej-pakej tertentu di mana mereka perlu membuat pembayaran bulanan mengikut kemampuan.Selain itu, beliau menyeru kepada kerajaan untuk menyambung kontrak terhadap 50,000 penjawat awam yang akan menamatkan kontrak mereka pada akhir tahun ini.Mengulas mengenai peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Omar mengesa kerajaan untuk mengkaji semula format dan keberkesanannya kerana produktiviti peperiksaan itu tidak selaras.Sementara itu, beliau juga meminta kerajaan untuk meningkatkan elaun wilayah daripada lima peratus ke 15 peratus bagi penjawat awam di Sabah dan Sarawak, manakala imbuhan tetap perumahan ditingkatkan daripada RM180 ke RM300 untuk kesemua kakitangan gred satu sehingga 40 di seluruh negara.-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kakitangan dari SARAWAK sangat bersetuju atas permintaan cuepacs untuk menaikkan elaun wilayah dan perumahan kepada kaktangan sabah dan sarawak kerana sabah dan sarawak merupakan penyokong kuat BARISAN NATIONAL..
Harapan kami Kerajaan akan pertimbangkan permohonan CUEPACS.Saran kan CUEPACS supaya syarat 15 tahun di hapuskan atau dikurang 10 tahun sahaja.

PA Veteran berkata...

Buat apa nak di tubuhkan Yayasan Cuepacs, kan Socso ada, gunalah kemudahan yang telah ada.
Buat ape menyusahkan Cuepacs tentang perkara sebegini.