SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Oktober 2010

CUEPACS . NUTP SOKONG KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI AWAM KELUAR ISU PERKAUMAN

Bernama
2/10/2010



KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong pendirian kerajaan yang mahu mengenakan tindakan tegas terhadap penjawat awam yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.Presidennya Omar Osman berkata tindakan tegas yang berkesan perlu diambil jika seseorang penjawat awam itu terbukti membuat kenyataan terbuka yang berunsur perkauman."Penjawat awam sepatutnya perlu menjadi ejen untuk membentuk gagasan 1Malaysia dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh merosakkan gagasan itu," katanya kepada Bernama.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.Omar bagaimanapun berkata siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil terhadap seseorang penjawat awam itu.Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yang bersetuju dengan pendapat Omar berkata tindakan tegas perlu diambil supaya ia akan menjadi contoh dan panduan kepada orang lain supaya tidak mengulangi perkara itu.Pada masa sama, beliau menyeru penjawat awam supaya berhati-hati menggunakan sesuatu perkataan lebih-lebih lagi semasa urusan rasmi.-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah dengan menerangkan sejarah Tanah Melayu dianggap perkauman ?

Ali berkata...

Saya ada baca satu akhbar, nak mohon satu kerja swasta kena fasih berbahasa mandarin, orang melayu sah bungkus punya, mencarut dia orang tau lah sebab budak2 cina kat sekolah dulu memang kuat mencarut.

Tanpa Nama berkata...

orang melayu juga salah, bodoh sangat beri muka pada mereka,ambil ikhtibar daripada sejarah la oi, masa kemerdekaan dulu mereka tandatangan apa, perkara apa yang dipersetujui...tapi kini mereka sudah menjahanamkannya apa yang mereka setuju dulu..kita!! masih lagi lihat dan tidak kata apa2