Bernama
15/10/2010
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat perlu keluar daripada belenggu pemikiran dan cara bekerja yang biasa bagi menjayakan program mentransformasikan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan," kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011 bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi". Katanya, demi mencapai status negara maju yang diaspirasikan, rakyat Malaysia tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Najib berkata, kerajaan mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap orang mampu mencipta kebahagiaan.
"Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras," katanya dalam ucapannya selama satu jam 40 minit itu.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek.
Katanya, kerajaan tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.
"Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, walau apapun cabaran yang mendatang, kerajaan tidak akan sekali-kali berundur dari misi mulia itu, atas keyakinan bahawa "kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang".
"Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata.
"Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorban yang tinggi," katanya.
Sambil menegaskan Bajet 2011 mengambil kira keperluan semua rakyat, Najib berkata pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini.
"Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelusuk dan ceruk negara.
"Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun," katanya.
Najib memberi contoh bagaimana Malaysia ditransfomasi dari sebuah negara
pertanian berpendatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
Katanya, Bajet 2011 mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara manakala Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) menjadi peta panduan.
Enam NKRA dan Model Baru Ekonomi dengan terasnya pula membentuk kerangka kerja kepada arah tuju itu.
Dalam merangka Bajet itu, Najib berkata kerajaan merundingi dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak daripada sektor awam, sektor swasta, kumpulan sasar, sumbangan media massa, cadangan blog 1Malaysia serta sesi makmal.
"Inilah kekuatan 1Malaysia, inilah berkat gabungan percambahan idea dan gandingan usaha gigih yang telah dicurahkan.
"Bersama-sama kita pasti mampu keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana serta melonjak ke tahap pembangunan yang jauh lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

20 ulasan:
Ubah Kerajaan atau Penjawat Awam tertindas!
HUH...!!! NAJIB TUN RAZAK BAGINDA.. TIADA KENAIKAN GAJI... MAKNANYA ENGKAU LAAA BUAT TU KEJE... KAMI BUAT KEJE SEDIA ADA JAAA... JANGAN MEMANDAI-MANDAI NAK TAMBAH..
pompuan puaka tu jugak yg dilayan
ENGKAU JA BERUBAH NAJIB... ENGKAU JA DENGAN SAUDARA MARA ENGKAU..
ucapan belanjawan bersifat retorik saja kot..sedap mendengar ungkapan2..tapi nol..
hal2 keUMNOan banyak la..contoh..
1. bangunan PNB 100 tingkt - kroni dapat agaknya projek ni
2. JKK naik gaji - pemimpin umno kampung
3. KAFA naik gaji - penyokong kuat umno
4. permata - rosmah punya
5. MRT - kroi punya apa...
penjawat awam...heeeeeeeeeeee..nehe..nehe...nehe..kahkahkahkah...
trus terang gue cakap.. najib bagi bonus atau tak.., bagi gue..tak mengapa... tapi bab gaji nih... gue hampah...betul-betul hampa.. perhatian lebih banyak untuk guru serta perniagaan/swasta..
ye laaaa kan.. najib tu bukan nya pekerja tapi lebih kepada perniagaan..
Omar Osman pun letih nak bodek najib nak bagi dapat bonus dan kenaikan gaji..tapi GAGAL....kesian pak omar..
itulah pak omar..boleh percaya ke umno tu...saya ingat pak anwar lagi bagus le...
KENA LAGI PENJAWAT AWAM.....
GAJI TAK ADA....HUHUHHUHUHUHU...KALAU NAK MENANGIS JANGAN LAMA-LAMA SANGAT....
TAJUK BERITA NI YG MOLEKNYA DITUKAR KEPADA "BERUBAH DAN TINGGALKAN NAJIB"...
Memang kerajaan menganaktiriterbuangkan penjawat awam,tiada penghargaan langsung,penjawat awam lah tempat orang awam memaki hamun...
FIKIRLAH MASAK2 JIKA PERLU TUKAR KERAJAAN UNDILAH PARTI YANG BETUL...PENGURUSAN CUPACS JUGA RASANYA DAH SAMPAI MASA PERLU DIGANTI PADA YANG BETUL2 BERWIBAWA...PENJAWAT AWAM JELAS TIDAK DIBELA
Cukai bra/cukai seluar dalam turun ? Pabenda nie ?
kena la turun supaya penjualan bra dan seluar dalam mampu melonjakkan ekonomi ke tahap dunia
BN dah terbukti selama 53 tahun tak dapat menjaga kepentingan rakyat. Bagi la peluang Pakatan Rakyat memerintah, kita tgk mana yang lebih baik. Setakat ini, Selangor mmg byk perubahan yang menguntungkan rakyat...Malaysia bila lagi?
Nahkan sudah ku cakapkan....tetap tiada kenaikan gaji kan? Untuk kasi ringan sikit masalah PA dia kasi bantuan saja ....RM500nasip baik dia tak sentuh pasal PA tak bermoral...memangpun dia tau PA memang susah,tapi saja tidak mau layan PA...sebabnya tak bagipun tak ada apa-apa....sedap dengar keluhan dari PA je...Kesianlah PA ni harap pengumuman bonus dan kenaikan gaji setiap kali ada pembentangan belanjawan tiap tahun...tak pe kita tunggu belanjawan tahun depan je lah...
dah sampai masa kita semua perlu tukar kerajaan yg ada untuk satu sistem pemerintahan yg lebih baik dan memuaskan.
kata orang, kalau nak kepada satu kejayaan, kita kena buat perubahan. berhijrah ke arah yg lebih baik.
semua cerita je... KEARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN MEMASTIKAN KAKITANGAN KERAJAAN MENGGIGIT JARI.... hahahahaha... mampus kita penjawat awam... Najib dah lebihkan SWASTA berbanding kita... kita ni sape.... HAMBA KERAJAAN.... hancus... hancus... terkilan, sedih, pasrah dan .....
berpendapatan tinggi ?? 1 bulan bonus pun tak nak kasih ,macam mana saya dapat punya motivasi lagi?? lu olang atas sana memang cakap senang, boleh berubah,anytime...tengah malam pun boleh ubah jadi supermen,superwoman. we olang bawah sini terutama sokong group macam mana berubah tanpa bonus or vitamin M ??
Berubah dan Tinggalkan Najib
lepas ni turun kerja punch card jam 8 lepas tu balik tukar baju jadi jurujual kereta proton dapat komisen. petang masuk pejabat jam 4 balik jam 5 punch balik...ok tak...kerja kerajaan juga tu...kahkahkah...
Catat Ulasan