Bernama
20/10/2010
KUALA LUMPUR: Celoteh dan gelagat lucu wakil Pahang di samping menggunakan dialek negeri yang pekat menghiburkan 799 perwakilan Wanita pada Perhimpunan Agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Ketika perwakilan kelihatan mengantuk pada sesi petang perhimpunan, kemunculan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Temerloh, Hamiah Khatib Awang, di rostrum untuk menyokong usul ekonomi yang dibentangkan oleh Bendahari Wanita UMNO Perlis, Dr Soraya Azmi, kembali menyegarkan suasana.
20/10/2010
KUALA LUMPUR: Celoteh dan gelagat lucu wakil Pahang di samping menggunakan dialek negeri yang pekat menghiburkan 799 perwakilan Wanita pada Perhimpunan Agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Ketika perwakilan kelihatan mengantuk pada sesi petang perhimpunan, kemunculan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Temerloh, Hamiah Khatib Awang, di rostrum untuk menyokong usul ekonomi yang dibentangkan oleh Bendahari Wanita UMNO Perlis, Dr Soraya Azmi, kembali menyegarkan suasana.
"Kenapalah bagi saya usul ekonomi, bagilah saya topik politik tetapi tidak mengapalah, saya akan berucap dan bawakan masalah-masalah yang dihadapi orang kampung," katanya berseloroh diikuti dengan ketawa perwakilan. Beliau juga berseloroh dengan mengatakan bahawa orang kampung tidak hirau mengenai Model Baru Ekonomi (MBE) dan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang dirancang kerajaan kerana mereka lebih mementingkan kebajikan dan faedah yang bakal dinikmati mereka. Sambil menyatakan kekaguman dengan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, Hamiah sempat "menyelitkan" permintaan dengan mengatakan keperluan untuk lebih banyak insentif dan bantuan diberikan kepada penduduk luar bandar. "Ini penting sebab orang luar bandarlah yang banyak memenangkan kita (dalam pilihan raya)," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan gemuruh perwakilan. Beliau juga mempersoalkan pemberian kenaikan elaun kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), tetapi tiada kenaikan elaun untuk setiausaha, bendahari dan anggota jawatankuasa.
"Pengerusi dapat RM800, pengerusi pergi haji percuma, beli tanah dapat subsidi, (tetapi) setiausaha? bendahari? ahli jawatankuasa apa hal? Tak ada pun. "Apa salahnya setiausaha dapat setengah daripada elaun pengerusi kerana setiausahalah tulang belakang JKKK, setiausaha dibayar RM80 untuk buat fotostat dan bancuh air kopi je, dahlah dalam UMNO tiada gaji," katanya yang mengundang gelak ketawa perwakilan. Perkara yang sama juga turut dipersoalkan mengenai imam yang menerima kenaikan elaun bulanan tetapi tidak pula bagi bilal dan siak. "Kalau macam tu bila bilal sakit tekak, suruh saja imam yang azankan, sebab bilal tiada kenaikan elaun, memanglah itu (amalan) hal akhirat, tetapi dunia juga kena pentingkan juga, kita mohonlah elaun itu diubah," katanya. Walaupun masa dihadkan selama 15 minit sahaja untuk pencadang, sambil ditegur oleh Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed, kerana melebihi masa, Hamiah tetap meneruskan ucapannya sambil disokong oleh perwakilan yang mahukan beliau terus berucap. "Banyak lagi masalah orang kampung ni, Pahang negeri besar, tetapi masa diberi 15 minit, mana cukup," katanya disambut gelak tawa perwakilan.
Hamiah turut meminta ahli Wanita supaya tidak melayan cadangan CUEPACS yang mahukan penjawat awam bersara pada umur 60 tahun. "Jangan layan CUEPACS nak kerja sampai 60 tahun, saya tak lama lagi dah nak pencen, saya sendiri tak ada mood nak kerja sampai 60 tahun, ramai lagi orang-orang baru yang cari kerja," katanya. - BERNAMA
33 ulasan:
Sarawak paling besar negerinya. Berapa masa diberikan? Asik bagi orang Malaya sahaja.
laa..nenek ni banyak mulut sungguh..bukan P/A pun dia ni..
xda kaitan pun dgn pa...hnya omong2 kosong
Saya tenguk pun banyak imam yang dah tua kat masjid tu, patut lantik imam2 muda yang berkelulusan jurusan keagamaan dan perluaskan peranan imam bersama institusi masjid tu. Bukan nak manafikan ilmu imam2 tua, tapi nak beri peluang pekerjaan kepada generasi muda. Rakan saya lulusan universiti al azhar dah berumur 33tahun baru dapat jadi guru kat sekolah, kan rugi tu.
Bila ramai orang tua kat masjid tu, nak kawal sistem audio pun jadi masalah, sistem baru tapi kejap2 bermasalah, bila ditanya pada ahli masjid diakata juruteknik suruh lai , lain di buatnya, itu yang jadi masalah tu. satu lagi masalah orang tua ni susah nak dengar nasihat orang muda. Biasalah tu kan.
Sepatutnya Imam mesti berijazah, bilal dan siak pula ada diploma. noja pula ada spm/stpm, baru gah institusi masjid. Tapi siapa berminat dengan institusi agama ni. Perwakilan pun banyak yang berambut karat.
Habih camano....toruihkan lah jang ooii.
Hai penulis Blog Cuepacs
Tak Payahlah kamu masukan tek perbahsan UMNO disini hanya buat penjawat awam marah saja, ini bukan blog politik, tapi blog buat tuntutan gaji, bonus kenaikan gred, jgn lah dipengaruhi dakyah perwakilan UMNO yg kaya raya tu semuanya pandai berlakon aja dia himpunkan ramai2 kat putra jaya nak tunjuk gah tapi sekarang ni sokongan mereka dah meleset pergi ja kat mesyuarat cawangan2 dah tak ada org dah terutama org2 muda dah tak sokong UMNO lagi, sudahlah jgn buat lagi
Tak dak kena-mengena dgn PA pun... Buat org menyampah lg ada la...
Pertunjukan perhimpunan kat TV tu hanya mereka syok sendiri sebenarnya kosong aja sokongan pada mereka sekerang dah merosot khasnya golongan muda, yang tinggal sokongan mereka org yg mengejar projek dgn org2 tua2 yg tak berapa fafam ikut faham lama mereka, itu aja. jgn berlakun nak tolong Melayu, hampir majoriti penjawat awam melayu kenapa tak tolong mereka yg berhadapan kos sara hidup yg tinggi pendapatan pula ditakuk tu cam mane?
Cakap orang politik ni langsung tak boleh dipercayai. cakap satu, seribu tak boleh percaya. org politik juga tak boleh dibuat kawan, dalam masa sekelip mata boleh makan kawan
MINTA CEUPACS MOHON KEPADA KERAJAAN UNTUK NAIKKAN KADAR PERATUS PERKIRAAN GANJARAN DARIPADA 7.5% KEPADA 10%. TAK PAYAH PENCEN SAMPAI 60 TAHUN.
amende nie dalam suratkhabar penuh citer Umno..sape nak baca hah??
SATU MALAYA DAH HEBOH PASAL ROSMAH MELANCARKAN ISLAMICFASHION SHOW YG MENGHINA UMAT ISLAM SEDUNIA.
ROSMAH AKAN MENGANCURKAN KEWIBAWAAN NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI.
KITA TUNGGU !!
tak sokong ceupac!
negara maju makin maju
kita terbalikkot
kecewa betul dengan umno
tak sokong ceupac!
negara maju makin maju
tapi pemimpin ni terbalikkot
kecewa betul dengan umno
dah2..cukup2..no political issues kat sini..kita bawak crita2 lain plak..hal2 justifikasi perlukan kenaikan gaji,pengredan semula,perbezaan antara hakiki dan kup,gred sama tp tanggungjawab x sama atau apa saja untuk P/A..khusus untuk kmp.sokongan..plse..
nasib pekerja awam ni memang teruk juga. lebih2 lagi nasib pekerja lama.
bagai dianaktirikan saja.
pekerja2 awam tua nampaknya akan bertuankan pekerja2 awam yg baru masuk kerja 5, 6 tahun.
inilah Malaysia....
jadi...kata orang..tukar..tukar..
tukar apa?
tukar kerajaan..
kerajaan apa?
dari kerajaan BN kepada kerajaan PR (PAKATAN RAKYAT)..
jangan termakan ucapan skima tahun demi tahun pemimpin UMNO di PWTC itu.
motto kita,.."rakyat tak sebodoh dulu, keadilan untuk semua'.
UMNO DAH MELAMPAU.. SAMPAI SEMBAHYANG JUMAAT PUN DIPOLITIKKAN. BUAT KAT PWTC TAK DI MASJID..
Penjawat Awam bekerja keras siang malam untuk UMNO, tapi elaun Pengerusi JKKK yg naik, elaun penjawat tak naik, Pengerusi JKKK buat kerja apa??? borak kosong aje kerr...penduduk kampung masih tetap miskin & menagih simpati daripada bantuan Kerajaan....sampai penjawat awam juga yg kena turun untuk membantu dan berusaha memajukan penduduk luar bandar dgn memberikan latihan keusahawanan, kemahiran, pekerjaan, dan lain-lain lagi....akhirnya pengerusi JKKK yg dpt kenaikan elaun.....hampeh tul...
apa Umno buat semata2 membela PA. jgnlah kita membantahnya. sokonglah Umno, nescaya anda selamat.
jika kita lihat dengan bantuan RM500 yg diberi, amat berguna pada kita. apatah lagi dgn pengumuman penurunan harga barangan pakaian dll, kita amat bertuah sekali. sebab itulah kita jgn percaya kononnya harga barang naik kerana ianya fitnah pembangkang semata2.
Sepatutnya PA diwajibkan meonton perhimpunan agung kerana ianya amat bermanfaat dan menarik sekali
Sini Sabah kan elaun JKKK pengerusi saja yang kena kasi bah...itu Timbalan sama yang laen-laen punya jawatan mana ada kena kasi apa-apa ooo....taik gigi jak..elaun Pengerusi JKKK pun RM220 jak. Kalau yang tinggal di Luar Bandar sekali turun bandar pigi jumpa itu Jabatan-Jabatan Kerajaan tambang pulang balikpun sudah RM40.00 makan lagi...sekali berurusan boleh abis RM100. Jadi apa macam "tiada lah makan...." Kalau turun naik berurusan dibuat 3 kali jak sebulan sudah berapa...mau kasi bikin meetinglah mesti mau kasi minum-minum kopi sama roti...jangan cakap aramai tii.. Siapa yang mau kasi keluar belanja kalau bukan PJKKK.Lepas itu banyak pula gia penduduk kampung tia puas ati sama si kawan ni...bilang diaurang berat sebelah,asyik kasi kemudahan ama dia punya saudara mara saja. Jadinya banyak PJKKK tia mau karaja baek-baek.Tia mau kasi mesyuarat sebab takut kasi keluar belanja tekurang pula itu RM220 nanti tiada bikin beli ikan masin bah. Jadi PJKKKpun diam-diam jak tiada mesyuarat maka penduduk kampungpun bising-bising tia puas ati, tapi PJKKKpun diam-diam aja nanti panggil mesyuaratpun lain kali batang idung dia punya staff alias Jawatan kuasa tia datang alasan sibuk pigi sawah sama putung getah...banyak lagi dapat kalu pigi putung getah diaurang bilang....Nah Kotoh sya bilang. Baru tau...kenapa Pengerusi jak yang ada elaun itu pun RM220 jak tapi kawan di seberang sana dapat RM800.00...Ini adil kaa ni bosku??? dimana Keadilan ???,,,bukan parti keadilan ar...torima kasih daun keladi, kalau ada tambah lagi...bah sana dulu arr...
kalau ditengok kat perhmpunan UMNO tu macam sarkas, betullah apa dicakap oleh watak S Samsudin dalam filem bujuang lapok menyebut Alif Min Nun tendang wau (UMNO)"sarkis !", tak da apa yg realistiknya,
Mereka berhujah tu cuma syok sendiri kosong aja, cuba gunakan kaedah2 reverse Psikologi, sudahlah wayang aja lebih.
Aku tengok sukan jer kat Tv sure x tipu..meluat,menyampah tul tengok Perhimpunan Umno Lancau tu..kalah pelakon holywood... duk menipu rakyat..Lebih2 lg TV3..pengampu dan kuat mengisap Umngok..puiii
Mari kita menyokong Anti menara 100,,bagi undi anda
bila mesyuarat umno sampai...habislah angan2 kita nak perjuang naik gaji...
melayu mudah lupa..
Family aku berlima..bini aku 4 sure ikut aku undi PR..saje aku tanya ank2 aku yg da cukup umo nk ngundi..akak adik nti nak undi ape..ape jawapan diaorg kalu korang nak tau?..dgn selambe si adik jawab adik da vote anti menara 100..rupa2 yg sulong pon sama jgok da vote anti menara 100..maklum la bebudak sekarang wpon balik bercuti facebook tak lupa..nak ajak kuo jalan2 pantai pon tak nak..huhuhu..aku da mewakili 4 undi utk PR..ayuh
CUKAI SELUAR DALAM TAK TURUNPUN TAK APA.. AKU TAK PAKAI SELUO DALAM..DR ISMAIL THAMBY KATA ELOK TAK PAKAI SELUO DALAM..
orang umnoni kalau bercakap memang hebat,mereka kata tanah orang melayu pulau pinang kritikal sangat ,dah masuk icu kerana tinggal 24%je,akibat dasar pemerentahan pakatan,tetapi depa lupa yg memerentah selama 51 tahun sebelumni adalah BN orang melayu dihalau secara belas kasihan,begitu juga nasib orang2 melayu di KL,mereka dihalau dan tanah2 yg mereka teroka dijual kpd tokeh cina dan koperat2.depa betul2 mata buta dan mudah lupa
pompuan macam ni patut digantikan aja.
ramai yg muda boleh ganti tempat dia.
ada ke suruh jangan layan ceupacs sebab dia nak pencen awal
Salam semua,
Semua kakitangan awam perlu sedar!
Kerana UMNO kamu semua masih berjawatan dalam Kerajaan.
Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.
Jika tiada UMNO, usahkan bonus RM500 tidak dapat, hendak kerja pun tidak boleh!
Rasa gaji murah berhenti! Nak kerja lama sampai umor 90 tahun?? minta jadi pengawal keselamatan kat syarikat swasta!
Kerajaan Malaysia adalah hak rakyat Malaysia, mereka semua yg membangunkan Malaysia kepada pembangunan ekonomi dgn membayar cukai dan hidup buat perniagaan serta hasil di bumi tanah Malaysia.
Sektor awam adalah selaku pengerak pembangunan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat malaysia tak kira apa bangsa.
Sektor awam ini bukan cawangan UMNO dan tiada hubungan lagsung dgn UMNO kami sebagai penjawat awam berugas dibawah urusan seri paduka baginda spt yg tertulis di Kulit Sampul2 surat urusan kerajaan, itulah tunggaknya, parti politik tu boleh dtg dan pergi dalam sebuah negara demokrasi.
Pokoknya kenapa tak hargai jasa penjawat awam dengan pemberian bonus walaupunsebulan gaji, kenapa sanggup pula nak bina banguan 100 tkt belanja sebanyak 5 billion tu untungkan siapa?.
Usah nak berlakun krana rakyat dah tau tembelang UMNO, masing2 nak buncitkan perut sendiri dan kroni sudahlah rakyat dah muak
ouspermkasihan lah pada kakitangan awam gaji dah 4 tahun mati keja tingal 41/2 tahun baru lulus ptk bila gaji nak hidupkan kembali suruh lagi ikut kursus BTN apa ni?
PENDAPAT HJ MUZAKAR SANGAT-SANGAT TAK BETUL. UMNO FANATIK..
Hamiah turut meminta ahli Wanita supaya tidak melayan cadangan CUEPACS yang mahukan penjawat awam bersara pada umur 60 tahun. "Jangan layan CUEPACS nak kerja sampai 60 tahun, saya tak lama lagi dah nak pencen, saya sendiri tak ada mood nak kerja sampai 60 tahun, ramai lagi orang-orang baru yang cari kerja," katanya.
korang agak2 berapa ramai menteri kita yang dah berumur 60 ke atas? awat diorang x pencen lagi ek?
lagi satu makcik yang membebel ni kalau dah tau nak pencen awat hingaq sangat? duk kat umah buat amal ibadat lagi bagus..kan?
sementara you berkuasa ni kate lah apa pun hj muzakar..PRU 13 nanti you tau le sape nak bagi keje kat sape..
byeeeeeeeeeeeeeeeeee.......
Catat Ulasan