SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Oktober 2010

ELAUAN PEMIMPIN MASYARAKAT DINAIKKAN KEPADA RM800 SEBULAM

Bernama
15/10/2010



KUALA LUMPUR: Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi memastikan elaun itu dinikmati oleh semua Ketua Kampung, ia akan turut diberi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan. Najib berkata elaun bulanan Imam akan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan, manakala imbuhan bulanan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini.

Ia akan berkuatkuasa Januari tahun depan, katanya.

Najib berkata sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi.

Beliau berkata ia termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli.
"Selaras dengan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli," katanya. - BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elaun Penjawat Awam dok macam itu jugak...

Tanpa Nama berkata...

ELAUN PEKERJA UMNO NAIK...ELAUN PEKERJA AWAM KANTOI!!!

MASA UNTUK BERUBAH....KE ARAH SISTEM PENGGAJIAN SEKTOR AWAM YG LEBIH DINAMIK...

GIMANA DONG MAU BERUBAHNYA???

TAK TAHU?? HEEEEE...

MASA NAK PANGKAH...HEEE...

FAHAM2 SAJA SUDAHLAH...

Tanpa Nama berkata...

TUKAR JANGAN TAK TUKAR!!!
MANA-MANA YG RASA ADE KEPENTINGAN DIRI SENDIRI TU YG TAKUT NAK TUKAR..

Tanpa Nama berkata...

MASA UNTUK BERUBAH...SAMA2LAH KITA FIKIR UNTUK MASA DEPAN KITA.KEPADA YANG DAPAT KENAIKAN TAHNIAH...
PENJAWAT AWAM MASIH DITAHAP YANG SAMA...PENJAWAT AWAM HANYA LAYAK RM500 SAHAJA.UTK 1 TAHUN KITA HANYA DAPAT RM1 RIBU.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam mengharapkan BONUS/ELAUN DINAIKKAN/GAJI DINAIKKAN hanya tinggal kenangan...Balik2 bantuan RM500.Apapun terima kasih PM kerana sedekah RM500.

Tanpa Nama berkata...

ha...ha...makin ramai lah PA yg sakit jiwa dan mati cepat...asyik memikir nk cr duit lebih bg menghadapi harga2 brg yg semakin meningkat.Sedihnye.......

Tanpa Nama berkata...

bajet Rosmah Mansor la katakan.... heheheheee...

Tanpa Nama berkata...

KAKITANGAN AWAM LANGSUNG TIDAK DIBELA PADA MASA NAJIB...MASA PAK LAH ADALAH SIKIT ITUPUN KENAIKAN YANG 22 TAHUN MASA MAHATHIR TAK PERNAH NAIK...OMAR OSMAN TAK TAHULAH MCM MANA DIA URUSKAN..DAH BERAPA TAHUN DAPAT RM500 SAJA.....BERILAH JAWATAN ITU PADA ORANG LAIN PULA.....FIKIRLAH TAK DAPAT APA DAH

Tanpa Nama berkata...

ni bukan salah pak omar.. pak omar dah mintak bonus 2 bulan gaji.. dah mintak semakan gaji.. tp najib yg xnak bg.. bg rm500 umpama bantuan "Bersamamu".. dia kata dah ambil kira pandangan rakyat di blog dia, tp macam x dibg perhatian kepada penjawat awam.. hapekejadahnye cukai sependa dan bra dikurangkan? bukan hari2 org beli.. menara rm5bilion buat masa skang ni pun xde gunanya.. 2 menara yg sedia ada tu pun dah lebih dari cukup.. 5bilion tu buat bg bonus kepada PA lebih bagus!!!

Tanpa Nama berkata...

Sabar wahai PA Semua...tak lama lagi akan diumumkan gaji baru selepas siap perbincangan penetapan gaji minima...mungkin yang jawatan paling rendahpun gaji pokoknya RM4500.00....sabat ye..tunggu je.