SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Oktober 2010

KOMITMEN UBAH NASIB PENDUDUK LUAR BANDAR

Utusan Malaysia
14/10/2010



>TIADA alasan, kerajaan perlu mengubah nasib penduduk luar bandar. Kebetulan ramai yang miskin, dan suasana tempat tinggal penduduk di sana masih banyak kekurangan.

Kawasan luar bandar yang berwajah mundur, tidak maju dan tidak mempunyai nilai kekayaan, patut ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa, disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri.

Ini tugas kerajaan yang dipilih rakyat. Tanggungjawab yang hendak dipikul ini cukup besar. Majoriti penduduk negara ini masih berada di luar bandar.

Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar dari aspek kesihatan, pendidikan, sikap dan cara hidup.

Komitmen ini telah diberi oleh Perdana Menteri. Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri ingin melihat kawasan luar bandar dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.

Untuk menjayakan PILB, tidak cukup bergantung harapan kepada kerajaan sahaja terutama agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah iaitu Mara, Kemas, Infra, Risda, Felcra, Kejora, Keda, Ketengah, Kesedar dan JHEOA.

Tugas besar ini perlu juga komitmen ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta JKKK Persekutuan dari seluruh negara.

Nasib penduduk luar bandar harus terus dibela. Mereka juga berhak merasai limpahan nikmat secara seimbang dan secara menyeluruh hasil pembangunan negara ini.

Syukur, agenda membasmi kemiskinan telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Buktinya penurunan jumlah kemiskinan tegar untuk tempoh hampir dua dekad telah berkurangan daripada 5.2 peratus pada 1990 kepada 1.4 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan juga berjaya mengurangkan jumlah golongan miskin daripada 58.7 peratus pada tahun 1970 kepada 3.8 peratus pada 2009.

Pun begitu kejayaan ini tidak patut melekakan penjawat awam dan pemimpin kerajaan yang diamanahkan. Ini kerana masih banyak laporan dari semasa ke semasa dipaparkan di dalam media massa mengenai golongan miskin yang amat daif dan memerlukan bantuan.

Rakyat kadang kala hairan bagaimana sekali-sekala golongan yang berada di luar bandar ini boleh terlepas pandang.

Jika ia didakwa kerana tidak termasuk dalam pangkalan data, maka kelemahan ini perlu diatasi. Setiap tahun melalui pembentangan bajet tahunan, peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi dengan tumpuan khusus antaranya usaha menghapuskan kemiskinan.

Peruntukan bajet itu juga akan digunakan bagi menyediakan projek infrastruktur termasuk membina jalan raya dan kemudahan asas.

Kita yakin kerajaan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. Dengan pendekatan ini juga ia dapat mengelakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar hingga melahirkan pula kemiskinan di bandar.

Dalam jangka masa panjang, kemiskinan di bandar, tidak akan selesai selagi penduduk-penduduk di luar bandar terus berhijrah ke bandar-bandar untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Jadi luar bandar perlu dimajukan.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peliknya membandingkan zaman 70-an ke zaman kini... memanglah nampak besar perubahan itu... tapi peratusannya wajar dikira dari tahun ke tahun supaya nampak sama ada kadar kemiskinan itu berubah secara "constain" atau semakin kurang usaha pihak kerajaan... ini zaman teknologi dan zaman di mana anak muda celik ilmu, memainkan fakta sebegitu hanya akan mengelirukan rakyat.. saya amat kecewa kerana kawasan pedalaman di sarawak masih tidak banyak berubah sejak 10 tahun lalu lagi..

Tanpa Nama berkata...

Pembentangan Budget hari mungkin akan mengukuhkan kedudukan kerajaan atau sebaliknya jika tuntutan P/A khususnya rakyat tidak di beri perhatian oleh kerajaan BN...sadaqqallahhulaziim..

Tanpa Nama berkata...

isu nak jadikan kawasan luar bandar jadi maju ni dah lama dah. kata orang..kecoh je lebih..hasil..nol..zero..maksudnya tak ada sangatlah perubahan pun..

macam2 istilah dah yg kita dengar..

contoh..membandarkan kawasan luar bandar, menjadikan kawasan luar bandar maju setaraf kawasan bandar dan sebagainya..

istilah memang sering ditukar2...

malah zaman tun ghafar pun ada pernah sebut pasal ini..saya ingat lagi kartun zunar atau kartun lat..ada melakarkan sebuah kawasan kampung di negeri sembilan yg bertukar jadi bandaraya (sekitar lukut) tapi sampai sekarang 'biasa' saja...

bab2 ni memang le letih kito mendengarnye...apa lagi time2 pilihanraya...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ramai yg menyangkakan penduduk diluar berada dalam kemiskinan dan kemunduran adalah kurang tepat kerana ianya bukan majoriti kalau dikaji mereka yg duduk disemenanjung, kerana ramai dikalangan mereka mempunyai tanah yg telah diusahakan spt tanaman sawit, getah atau koko, perolehan yg mereka dapat boleh menjamin serta adakalanya bagi pengusaha kebun sawit beroleh pendapatan purata hingga RM 5,000 bergantung keluasan kebun yg telah diusahakan dan ada yg lebih dari itu.

Sementera perbelanjaan mereka dibantu seperti tanaman kontan yg lain spt pisang lada, ubikayu, keledek, serai dan sebagainya sekiranya mereka duduk dibandar kena beli dgn kos yg agak tinggi juga dipasaran sekarang ni.

Justru k'jaan perlu menilai semula khasnya bagi penjawat awam yg bergantung hidup dgn pendapatan bulanan sementara semua yg perlu didapati kena beli sementara kos pendapatan adalah berkurangan dengan harga dipasaran yg meningkat naik lebih 70% dari pendapatan kasar penjawat awam.

Bagi mereka duduk dibandar kos sara hidup lebih tinggi dari didesa atau dikampung, semuanya perlu dibayar.

Sebab itulah kita lihat ramai dikalangan mereka penjawat awam yg duduk dibandar perlu mencari alternatif bagi menampung kos sara hidup ada juga yg gagal menanganinya hingga terlibat dgn salah guna kuasa dan rasuah, inilah reality kehidupan penjawat awam dalam mengahurungi kehidupan khasnya yg berpendapatan rendah.

Tanpa Nama berkata...

ni isu lama dah, jalan ke b'akelalan, lawas, sarawak sampai sekarang belum ada perubahan, peruntukan berjuta2 didengar hasil zero ha....... kalau tak percaya boleh pergi sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Orang Serawak inginkan pembangunan kenalah kekalkan kemenangan BN pada pilihanraya diakan datang kerana Serawak dalam proses unutk terus membangun

Tanpa Nama berkata...

proses membangun hingga 200 tahun akan datang..untuk anak cucu kita..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah kau lembutkan hati PokJIb agar kami dapat merasa bonus tahun ni dan juga kenaikan gaji dan lembutkan hati Big Mama juga agar jangan mencampuri urusan Negara.

ameen ya Rabal alameen.

Tanpa Nama berkata...

PNB nak dirikan menara 100 tingkat, kos RM 5 bilion,,, KLCC pun masih banyak yang kosong... PNB meh labur buat perumahan and bagi pinjaman dengan mudah,, lagi bagus and dapat memacu taraf hidup rakyat, bukan buat menara 100 tingkat ....

Tanpa Nama berkata...

RM500 sahaja untuk PA, alhamdullillah, boleh bayar sewa rumah setinggan di penang ni,,,,

Tanpa Nama berkata...

Bangang...RM500 kepala hotak dia!!!! Ketua kampung pun elaun naik dekat 50%!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa ni?? Semua saranan Cuepacs ditolak!!! Permata dapat 111 juta peruntukan...macam ni mintak maap laa.. NO MORE BN!!!

Tanpa Nama berkata...

Kami Penjawat Awam Malaysia nak lancarkan MOGOK...!!! Harap Cuepacs ketuai MOGOK kali ni... Kerajaan baru sekarang kurang ajar!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kami Penjawat Awam DIPAKSA berkampung di Galas, Kelantan untuk misi pilihanraya...kami ikrar akan sabotaj BN sehabis-habisnya... minta 2 bulan...RM500 saja yang dapat! Anak masuk skolah 3 orang tahun depan...BN TIDAK BERMORAL!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sabar... kira kerajaan dah bagi RM1000 la taun ni,, ok la dari takda. permata penting apa hehe 'PERMATA YANG HILANG'

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs perlu lawan! Tolak bayaran RM500 dan lancarkan mogok!!! Apa faedah yg PA dapat dlm Bajet 2011? Elaun rumah? Kenaikkan gaji? Haram... tolak pemerintahan Najib!

Tanpa Nama berkata...

seperti yg saya dah nyatakan sebelum ni...inilah hakikat kita penjawat awam di negara kita ni.

baguslah golongan pensyarah akan dimudahkan naik pangkat lagi ke taraf yg lebih tinggi.

imam masjid naik gaji dari RM450 ke RM750.

guru kafa naik gaji dari RM500 ke RM800. guru kafa mengajar 3 hari seminggu..sebulan 12 hari...best la..

yang masuk angin keluar asap ialah pekerja awam yg terhegeh2 menunggu naik gaji...

JKKK pun naik gaji sekitar 50%...steady la...

pemjawat awam???...kehkehkeh...hampeh...

itu la sokong sangat UMNO...sokong la pakatan rakyat...kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

bantuan sekolah RM500. nak beli curut pun tak lepas beb...

zaman 60-an boleh le bagi RM500 ni...

kalau BN kalah bererti satu kerajaan baru akan naik betul ke?

bila kerajaan baru naik...tentu kerajaan itu ada idea baru pasal kakitangan awam ini..betul ke??

macam beri gaji baru ke..apa ke..betul ke??

kalau gitu...apa macam kalau kita ramai2......cari kerajaan baru...heeeeeeeeeeeeeee......

Tanpa Nama berkata...

bajet kali ni najib jaga orang umno je...

naik gaji JKK dan guru KAFA...semua ni geng umno la...

inilah pembangunan kawasan luar bandar najib 2011...heeeee....bijak....bijak....

Tanpa Nama berkata...

kalau najib tak buat bangunan PNB 100 tingkat tu..kita dapat jimat RM5 ribu juta....5 billon..!!!

tapi perabih pada 'kawan-kawan' untuk buat bangunan 100 tingkat!!

KLCC pun tak penuh penuh lagi kedai di situ....

hai....cakap pun susah..tak ckap pun susah...

PELIK berkata...

ala ni la politik,,, 2009 najib bagi RM500, 2010 najib bagi RM1000... 2012 tak pecaya tengok la najib bagi sebulan or 2 bulan bonus,,, pasal....2013 Pilihanraya,,,,,,hatiku sudah terluka,,, najib bagi 3 bulan bonus pu aku taknak taun depan

Tanpa Nama berkata...

5 ribu juta tu banyak benda lain boleh dibuat beb...sayang ke duit...

entah2 kawan2 dia minta bagi projek tak?

hentam sajalah belalang....

Tanpa Nama berkata...

najib kata dia banyak baca komen dan sebagainya...tapi macam tak menjadi je bajet kali ini...

orang kata riuh je lebih..tapi tak best sangat la...

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Najib ni baca saranan kat blog dia tue ?? Teruk2 Pak Lah pun sekali je miss bagi bonus ..

Penjawat awam dah mcm peminta sedekah. Najib betu2 perlekehkan maruah penjawat awam