SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Oktober 2010

KSN GESA PENJAWAT AWAM BUDAYAKAN KREATIF, INOVASI DALAM CARA BERFIKIR DAN BERTINDAK

Bernama
29/10/2010




PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Rabu meminta penjawat awam supaya membudayakan kreativiti dan inovasi dalam cara mereka berfikir serta bertindak, bagi mempercepatkan perubahan dan transformasi sosioekonomi negara.Beliau berkata pembangunan minda yang kreatif serta minat yang tinggi terhadap inovasi, perlu disemarakkan bagi menerokai kaedah terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan, di samping mengoptimumkan prinsip "berbaloi dengan nilai wang".

"Dalam era globalisasi yang begitu kompetitif, perhatian dan tumpuan perlu diberikan kepada kreativiti dan inovasi, bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya pada majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Ke-27 Tahun 2010 di sini Rabu malam.Teks ucapan beliau dibacakan ketua pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Datuk Mohamad Zabidi Zainal.Mohd Sidek berkata ilmu pengetahuan adalah penting bagi mencapai hasrat tersebut, justeru, penjawat awam perlu sentiasa menambahkan pengetahuan bukan sahaja dalam bidang tugas masing-masing, malah di luar bidang tugas mereka.

Katanya, penjawat awam juga seharusnya menanamkan sifat suka membaca bagi menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Semua penjawat awam, terutamanya di peringkat pegawai, turut digalakkan menghasilkan penulisan yang berbentuk atau bertemakan kreativiti dan inovasi untuk diterbitkan dalam buletin atau jurnal, dan seterusnya dapat dijadikan rujukan dan panduan, kata beliau.-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gaji rendah nak mampus nak suh jadi kreatif dan inovatif...lawak betul la

tapi budaya membaca tu ok la...tapi kalau gaji tak samapi tengah bulan dah abs mcm mane nak membaca..duit dah abs nak beli buku ilmiah..

Tanpa Nama berkata...

memang ada penjawat awam yg kreatif tapi kreatif mereka dimatikan oleh ketua mereka,kerana idea mereka tidak pernah dihargai,akhir zaman iniorang hanya orang yg pandai mengampu saja yg mendapat anugerah dan perhargaan,yang kreatif cuma dapat kesedihan dan menjadi bahan lawak.

KIK berkata...

Sy berpeluang menyaksikan KIK di Putrajaya baru2 nie,,begitu byk masalah masalah kerja PA telah di selesaikan oleh kumpulan KIK yg mewakili negeri2 yg bertanding( kebanyakan ahli2 adalah kumpulan sokongan)Banyak idea2 dan penambahbaikan melalui projek projek yang di persembahkan..byk proses kerja lama di pinda dan di percepatkan dgn proses kerja baru di jabatan masing2 begitu juga inovasi2 yg kreatif berkesan dalam menyelesaikan kerja harian berjaya di ketengahkan oleh PA..Ini menampakkan PA memang bersungguh sungguh utk berubah dan menyahut seruan dalam sistem penyampaian PA...tapi apa yg pihak kerajaan nampak?adakah ini tak semua tidak pertu di hargai?..lahabau punya kerajaan...puiiii

KIK berkata...

Rekaan batu bata dari kertas bg menjimatkan kos pembelajaran di sekolah (Perak),sistem iTell oleh Penjara Sg Buloh(Selangor),alat penggulung hose bomba oleh Bomba Melaka,alat penggera untuk penderma darah(Sabah),sistem ict untuk rekod2 kauliti bulanan(Pahang) dan belbagai lagi(sekadar beberapa contoh)..tetapi kenapa tidak di siarkan di tv?kenapa tidak di tunjukkan kpd rakyat dan swasta keupayaan PA dalam menyelesaikan masalah kerja kerja di jabatan masing2?

Tanpa Nama berkata...

betulx10 .kocet kosong macam mana nak kreatif? itu otak cuma fikir macam mana cari lobang lo atau cari lui untuk hidup

Tanpa Nama berkata...

PA di suruh berinovasi,di suruh menjimatkan kos operasi,,memberi kepuasan pelanggan ,,menjimatkan masa,,tetapi kerajaan duk asyik membazir dgn bangunan tinggi,penyelewengan,rasuah dan menyundal,,,sial punya kerajaan!!!!

Nurul berkata...

Ini satu artikel yang baik untuk dibincangkan. Betul tu mat sidik cakap, tapi dia ada tenguk ke apa yang ketua2 pengarah dia buat, kreatif dan berinovasi ke tidak.

KSN kena tahu juga berkenaan sejarah dan sifat manusia itu sendiri. Ada PA pernah cuba memberi idea, berinovasi serta kreativiti untuk membangunkan jabatan, tapi idea itu ditolak mentah2 malah PA tersebut ditukar bahagian. Setelah beberapa tahun baru idea itu digunakan dengan mengatakan beliau yang punya idea.

Buat KSN ingin saya mengingatkan satu kisah yang patut dijadikan teladan walaupun sudah berlaku ratusan tahun dahulu. Kisah singapura dilanggar todak. Betapa bodohnya menteri tua suruh rakyat halang serangan todak dengan menggunakan betis. Idea seorang budak kecil berjaya menghapuskan todak dengan batang pisang akhirnya apa yang budak itu dapat? Dimasukkan ke dalam karong diikat dan dibuang kelaut, sebab budak ini cerdik satu masa akan menjatuhkan mereka. Situasi masih berlaku pada masa ini. KSN tak sedar ke?.

Begitu juga dengan kisah hang tuah, telah dilucut jawatan malah dihukum bunuh, tapi masi dipanggil bertugas dan mendapat pangkat pula. Situasi ini masih berlaku pada hari ini di mana PA yang telah dibuang kerja tapi dapat semula berkhidmat malah dinaikkan pangkat berkali2. Ini kisah benar, apakah KSN tak tahu hal ini atau sengaja buat2 tak tahu atau bersekongkol dengan mereka.

Jadi macam mana nak suruh kakitangan berinovatif dan berkreatif dalam menyumbangkan idea. Inikan pula nak suruh kakitangan banyak membaca, yang banyak membaca sudah pasti jadi pandai, dari sokongan dah dapat ijazah, tapi yang naik pangkat adalah PA yang kurang membaca dan tak berkelulusan. KSN tau ke tidak.

Maka ubahkan dulu kepala2 di atas tersebut dan barulah diubah kepala sokongan ni. Sekian buat kali ini.

KIK berkata...

Budaya penyelesaian masalah melalui KIK memang baik jika projek projek yg di ketengahkan di gunapakai dan di seragamkan penggunaan ke semua jabatan(jika bersesuaian)..dan JUGA dapat di lihat jurang ketara bagi jabatan yg melakanakan elemen kualiti spt KIK,ISO,KPI,5s dsb dalam pentadbiran mereka..Ketua Jabatan adalah individu memainkan peranan dalam memastikan perkara ini dapat di lakanakan..malang sekali jika masih terdapat pihak pengurusan atasan masih mengamalkan ape yg Nurul katakan itu..harap tak de la ye

Nurul berkata...

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Semua tu adalah kisah benar, memang amat malang,