SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Disember 2011

BIAYA GRATUITI : KP JPA LARANG EJEN BANK HADIR SEMINAR PRAPERSARAN

Malaysia Insider
Oleh G. Manimaran
December 08, 2011





KUALA LUMPUR 8 Dis — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan segera semalam dengan mengeluarkan arahan agar tidak membenarkan mana-mana wakil atau ejen bank hadir sama majlis prapersaraan bagi mengelakkan gambaran bahawa agensi itu merestui tindakan menjadikan wang gratuiti sebagai cagaran mendapatkan pembiayaan insitusi kewangan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan Awam ekoran dakwaan bahawa ada bank yang menghadiri seminar prapersaraan yang diadakan di seluruh negar, sejak beberapa bulan lalu, turut dihadiri eje-ejen sebuah bank tempatan, untuk menarik bakal pesara mengambil pembiayaan bagi tempoh tertentu dengan menggunakan gratuiti sebagai cagaran.

Bank terbabit didakwa menyediakan Skim Gratuiti dengan pembiayaan antara RM10,000 hingga RM200,000 dengan kadar keuntungan adalah tetap, sepanjang tempoh pembiayaan, sebanyak 6.75 peratus setahun.

Sebagai contoh, jika seseorang mendapat pembiayaan RM10,000 dengan tempoh pembiayaan selama tiga tahun, anggaran jumlah yang perlu dibayar kepada bank terbabit adalah sebanyak RM12,025.

Di bawah skim berkenaan tiada bayaran bulanan perlu dibuat tetapi penyelesaian adalah secara “bullet payment” atau “lump sum payment” iaitu ditolak daripada jumlah gratuiti yang dikreditkan oleh JPA ke akaun simpanan bank berkenaan selepas bersara.

“Mereka biasanya ikut sama, saya sudah periksa perkara. Saya minta Bahagian Pasca Persaraan ambil tindakan memastikan tiada ejen bank atau bank ikut sama mana-mana majlis prapersaraan yang diadakan oleh JPA selepas ini,” kata beliau dalam arahan diberikan dengan serta-merta kepada pengarah bahagian tersebut, Datuk Yeow Chin Kiong semalam.

Terdahulu Abu Bakar diajukan soalan oleh The Malaysian Insider mengenai isu berkenaan ekoran aduan daripada pihak-pihak tertentu mengenai beberapa pembiayaan kepada bakal pesara termasuk skim pesara dengan kebimbangan bahawa ia akan membawa kepada masalah baru kepada bakal pesara dan pesara.

“Sepatutnya wang gratuiti digunakan untuk membantu seseorang kakitangan awam apabila bersara kelak, bukannya menambah beban kewangan.

“Saya saya risau apabila nama JPA digunakan,” kata seorang bekas pemimpin kanan Cuepacs yang menambah bahawa kakitangan awam yang akan bersara dalam tempoh satu hingga lima tahun menjadi sasaran bank.

Abu Bakar dan Yeow ditemui pada majlis pelancaran pekeliling sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Putrajaya semalam.

Abu Bakar menegaskan bahawa gratuiti dan pencen adalah satu pembayaran yang terus dibayar terus kepada seseorang kakitangan awam yang bersara dan tidak boleh “disentuh” oleh pihak lain kecuali dalam kes-kes tertentu.

Mengulas lanjut perkara itu, Yeow berkata, bahagian tersebut tidak boleh menghalang jika kakitangan awam yang bersara membuka akaun di mana-mana bank pilihan mereka.

“Ini termasuklah dalam kes ini di mana, bank berkenaan memberi pembiayaan dan bayaran gaji, gratuiti dan pencen masuk ke dalam bank berkenaan,” katanya.

Menurut Abu Bakar, seseorang kakitangan awam boleh menukar akaun bank mereka, yang digunakan untuk menyalurkan pembayaran, sebanyak mana pun jika mereka mahu.

“Kita tidak boleh menghalang kakitangan berkenaan daripada berbuat demikian. Itu hak mereka, dan mengubah nombor akaun bank, buka akaun baru dan serah kepada akauntan jabatan untuk urusan pembayaran,” kata Yeow.

Tambah Yeow, pihaknya juga selama ini tidak dapat menghalang kehadiran ejen-ejen bank pada majlis anjuran mereka.

“Mereka datang, kami tidak boleh halang. Tetapi dengan arahan Ketua Pengarah ini, kami akan mengambil tindakan tegas.

“Kemungkinan Bank Negara juga boleh mengambil tindakan jika pendekatan sebegini digunakan oleh bank-bank untuk memikat bakal pesara, sebab mereka terikat dengan peruntukan undang-undang Bafia... sepatutnya gratuiti adalah bayaran kepada kakitangan awam yang bersara, tidak harus (diusik)... oleh mana-mana pihak,” kata Yeow lagi.

Bekas setiausaha agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata pihaknya memang ada mendengar perkara itu.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama wujud, tak silap saya sudah tiga tahun.

“Tetapi tiada apa-apa tindakan, tidak dibawa ke Cuepacs, tidak dibincangkan... sepatutnya pesara tidak wajar dibebankan dengan pembiayaan-pembiayaan dengan menggunakan gratuiti sebagai cagaran,” katanya lagi.

7 ulasan:

2bz4money berkata...

PA yg bakal bersara sepatutnya sudah tahu apa yg nak dilakukan dgn gratuiti dan golden hand shake yg diterima. Seeloknya mereka dinasihatkan menyimpan dalam tabungan yg dijamin kerajaan spt Tabung Haji dan Bon Emas yg selamat..Janganlah habiskan simpanan hari tua utk perkara2 yg x perlu..Disarankan juga mereka mengikut kursus perancangan kewangan peribadi islam anjuran INTAN.

PA dah nak pencen berkata...

Duit gratuiti tu adalah duit PA dan akan dapat bila pencen, umor PA sekarang dah 53 dan nak pencen umor 58, kena tunggu 5 tahun lagi,tapi kalau umor 53 dah nampak satu projek (pelaburan yang berhemah)tapi duit tak ada, apa salahnya guna dulu pendahuluan yang di tawarkan oleh 'bank', dia bukan pinjam duit bank, dia guna duit dia sendiri, kalau 'gomen' boleh bagi 60% dulu tak payah dia nak pergi kat bank, ada 'gomen' berani nak bagi dulu duit PA tu dalam 60% supaya PA tu boleh buat pelaburan..? Pi mai pun duit tu duit dia, otak dia Allah bagi ilham untuk buat 'sesuatu' yang lebih baik demi masa depannya (kalau syaitan yang bagi ilham..wallahmuallam bissawab la..) Jadi yang dah banyak duit, yang dah kaya-kaya tu, tak payah lah nak halang PA-PA yang tak berduit ni nak minta 'pendahuluan' daripada bank tu.. Bank tu saja yang nak bagi.. kalau 'gomen' boleh bagi 60% pendahuluan kepada PA nak pencen, tunggu kucing bertanduk la.. apa nak risaukan duit tak ada bila pencen, masih ada lagi baki 40%....Apa bezanya daripada sekarang (umor 53)simpan 60% dalam Tabung Haji atau Bon Emas seperti yang 2bz4money syorkan dengan tunggu ( umor 58 ) dan keluarkan 100%. Bro, 60% kalau buat pelaburan dalam masa 5 tahun, lepas tu campur dengan baki 40% yang tak ambik lagi tu, jadi laghi banyak Bro, melebihi 100%.. lu fikir lah sendiri..

Tanpa Nama berkata...

bro semua..kite x payah pening2 kpala la fkir pasal SBPA..x kira la gaji korang akan sama dengan junior pun, bukan luak pun gaji korang,kan?rezeki masing2..baik korang bersyukur daripada kerajaan tarik balik SBPA, langsung semua x mrasa naik gaji..kuang2..

Tanpa Nama berkata...

dengan wang itu..mungkin pegawai terbabit boleh tambah pelaburan yang berpotensi..seumpama tabung haji atau membaiki rumah..untuk masa depannya.satu niat yang baik oleh pihak bank..soal untung ..adalah kebiasaan pihak bank ambil untung.

Bohong...🤣🤣🤣 berkata...

Wang tu bleh digunakan utk beli tanah sebab tak ada duit tunai ....so bagi saya tak salah..

Unknown berkata...

Sayyid Nuur berkata....
Bagi saya yang nak bersara ni, peluang kehidupan nak kena laksanakan sekarang. Kita tahu apa persiapan yang patut diusahakan sekarang. Tak payah nak tahan-tahan duit PA. Kita tahu apa nak buat duit kita. Dari sumber mana lagi kita nak laksanakan projek masa depan kalau bukan dari sumber gratuiti tu. Tak paya nak rancang masa depan PA yang bakal bersara. Bagilah kami keyakinan. Sementara masih ada peluang untuk mengembangkan punca pendapatan yang masih terbuka , itu lebih baik dari sekadar terpaku bisu semasa bersara.Jangan samakan kami dengan kedudukan tuan-tuan yang punya simpanan.Duit tuan-tuan , tuan-tuan pula yang mengurusnya. Kami tak masuk campur.

Adi Elok berkata...

Saya kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.

Nah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari ibu Susan Bowman, yang saya fikir adalah salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan cuba lagi ... Apa yang mengejutkan saya selepas mengikuti segala prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya yang saya pakai untuk pergi terus ke akaun bank saya tanpa kos tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya mereka yang memerlukan pinjaman juga terpakai dan mereka juga mendapat pinjaman ....

Anda boleh menghubungi ibu Susan Bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
Juga pada WhatsApp +18597771805
untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya

Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di e-mel ini jika anda takut: aelok36@gmail.com