SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Disember 2011

JPA: DASAR LANTIKAN LUAR DITERUSKAN, JAMIN PENILAIAN KETAT

Malaysia Insider
TERKINI @ 02:39:10 PM 07-12-2011
December 07, 2011


PUTRAJAYA, 7 Dis — Dasar membawa pihak luar untuk menyandang jawatan tertinggi perkhidmatan awam — Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus — yang menjadi kebimbangan sebahagian kakitangan kerajaan akan diteruskan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilaksanakan sempurna.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata kakitangan tidak wajar risau kerana proses itu akan dijalankan dengan prosedur penilaian yang ketat.

“Mengapa mereka perlu riusau. Untuk membawa orang luar masuk, individu yang terbabit akan dinilai oleh panel penilaian dengan mengambil kira banyak aspek prosedur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini melancarkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Abu Bakar berkata, kerajaan hanya akan mengambil orang luar jika keadaan betul-betul memerlukan dan tiada calon dalam perkhidmatan awam untuk mengisi mana-mana 36 jawatan tertinggi.

Jawatan-jawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-ketua Setiausaha kementerian, tiga ketua pengarah agensi pusat dan tujuh ketua perkhidmatan.

Abu Bakar menjelaskan bahawa orang luar yang dimaksudkan, yang dikhuatiri banyak pihak, termasuk pegawai-pegawai dari perkhidmatan lain seperti tentera, polis dan pendidikan.

Ketiga-tiga perkhidmatan itu ada suruhanjaya perkhidmatan masing-masing.

“Apa yang dimaksudkan dengan orang luar... misalnya katakan seorang ketua polis negara.

“Ataupun orang yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam, kemudian datang semula... apakah kita hendak anggap sebagai orang luar,” kata beliau sambil menambah bahawa “berkenaan dengan calon swasta, ia hanya akan diambil jika benar-benar tiada calon dari dalam perkhidmatan awam sendiri.”

“Ia akan digunakan jika keadaan betul-betul terdesak,” katanya lagi.

Abu Bakar menjelaskan akhirnya yang akan membuat keputusan adalah kerajaan selepas calon terbabit diputuskan oleh panel penilaian empat anggota.

“Kerajaan akan membuat keputusan akhir,” katanya lagi.

Dasar anjal ini adalah sebahagian daripada pendekatan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Abu Bakar juga menafikan andaian bahawa JUSA dan Turus akan diisi oleh orang yang kepentingan politik, malah akan menjejaskan moral kakitangan awam.

“Tidak, tidak. Kita kena lihat kepentingan negara dan kakitangan awam dalam jangka panjang,” katanya lagi.

Semalam, Pakatan Rakyat menggesa pentadbiran Najib dengan segera membatalkan dasar membuka JUSA dan Turus kepada orang luar, dijangka dilaksanakan tahun depan, kerana bimbang kemungkinan akan dijadikan pelantikan politik, selain boleh mecelarukan institusi perkhidmatan kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu membawa masuk orang luar untuk mengisi JUSA dan Turus sedikit sebanyak telah mendatangkan persoalan dan permasalahan kepada perkhidmatan awam secara keseluruhan.

“Apabila jawatan melibatkan JUSA dan Turus, khususnya merujuk kepada jawatan ketua setiausaha negara yang ada, ini menunjukkan bahawa jawatan nombor satu dalam pentadbiran kementerian, jabatan atau agensi boleh diisi oleh orang luar, sama ada dari sektor swasta mahupun lantikan politik,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Malah katanya, dasar itu juga telah mendapatkan kecaman Cuepacs.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu JUSA dan dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta.

Omar berkata, cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eloklah cuba2 cari talent dari luar...apalah sangat nak diharapkan dgn geng2 ptd ni,setakat kehulu kehilir dgn kot je la.. tapi tiap kali pembentangan laporan audit negara dah boleh agak kandungannya... 'creme de la creme' konon....

Tanpa Nama berkata...

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

2bz4money berkata...

Budaya complacency masih ujud. Buktinya laporan Audit Negara yg berulang2 dan program GTP yg bermula tahun 2010 masih lagi merangkak2, mungkin kerana masalah take charge..So, wajar diimpot CEO/CFO yg terbukti mempunyai sentuhan perubahan..

Wan Mohd Hazim berkata...

masalahnya penel penilai tu siapa? dan apa keriteria yg digunapakai? silap haribulan wujud elemen tikus baiki labu....sebab pos di JUSA jadi tempat org pencen politik cari makan