SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Disember 2011

TARIKH TERIMA OPSYEN SBPA DILANJUTKAN KE-15 JAN, OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN KEKAL 30 DISEMBER 2011

Bernama
23/12/2011



PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan.

Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.

"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.

"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.



-- BERNAMA

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah...:)

moga rezeki diberkatiNYA..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...ape yg kurang TAMBAH la..yg terlebeh2..KURANG kan la..:))

Tanpa Nama berkata...

LAMPIRAN C, utk gred sendiri dah tengok, dah sign... x puas hati, 0.01% aje harapan yg tinggal.

Bukan nak tahu alasan kenapa 7-13% x dilaksanakan, cuma nak tuntut apa yg telah dijanjikan...

Senior 54 SSM berkata...

Apa bezanya senior dan junior? Mananya Keadilan dan Logik akal?
(komen pada 22/12/2012 11.24am adalah berkaitan)
Kami pakar perubatan senior UD54. kami sepatutnya dah naik ke JUSA C tahun ni seperti senior 1-3 tahun pada kami yg dah dapat JUSA C 2-3 tahun lalu. tapi malang post tiada atau dibekukan. kami dah pergi macam- macam exaM kami dah  ambil. Lepas master yg melayakkan kami jadi pakar, lepas 4 tahun, ambil subkepakaran  4 tahun program dgn beberapa kali exam. sebelum pergi attachment klinikal di reputable centres oversea (UK, Australia, NZ or etc) selama setahun kami, ambil exam IETS test  (kena score all4 compoments 7 at least for each component). disamping tu kami dah pergi PTK4, 5, 6 untuk naik pangkat UD41 ke 48, dari 48 ke 52 dan dari 52 ke 54. ptk6 untuk naik JUSA tapi tak naik naik jugak. 

Junior kami yang baru 1 -2 tahun specilist terus naik ke UD54 tanpa perlu apa2 exam spt PTK2, tak perlu buat subkepakaran, tak perlu ambi IETS test. tak perlu apa-apa test pun.  bila masuk SBPA bukan grade saje sama tapi tangga gaji pun sama. Kami dari T8 ke T1 dan junior 10 tahun kami pun sama T1 skim sbpa. mana keadilannya. exam apa lagi kena ambil? 

sepatutnya gaji kami hampir sama dgn senior kami yg hanya beza 1-3 tahun dari kami dan bukannya sama dgn junior 7-10 tahun dari kami. ini tidak, gaji JUSA melambung jauh meninggalkan kami dan gaji kami diletakkan setara dgn junior kami yg masih dididik oleh kami.  bidang kerja kami lakukan adalah setara senior kami JUSA dan bukannya setara junior specilist. Sebelum kenaikan pangkat automatilk untuk junior specilist dan MEdical officer ke UD54 as was aaniuced by Najib in 2009, kami adalah pakar Perunding. selepas kenaikan automatik junior, kami turun pangkat kembali ketaraf mereka sebagai Pakar klinika biasa dan bukan lagi Pakar Perunding kerana kami semua dalam UD54. walaubagaimanapun kami tetap melakukan tugas sebagai Pakar Perunding termasuk melatih pakar pakar junior 54 dan merawat kes2 sukar dan melakukan pembedahan2 yg komplikated.

 Bila SBPA dilaksanakan,  Patutkah kami turun status kami buat kerja taraf junior atau junior yg baru setahun jagung pengalaman ni diupgradekan untuk buat kerja oleh senior sblm ni dlm SSM macam  buat komplikated surgery. nanti komplikasi siapa nak tanggung? apakah benefitnya buat subkepakaran di KKM bilamana kita perlu manage kes2 yang komplikated dan rumit tapi langsung tiada penghargaan, tapi jangkamasa kontrak dipanjangkan lagi.  Ingat jika ada satu kes mengalami komplilasi spt selepas pembedahan, saman kpd Pakar dan Hospital terlibat telah melambung hingga RM 1 juta - RM 3 juta bagi satu- satu kes. 

Bagi pihak KKM, lepas ni perlu outline apa kerja JUSA apa kerja UD54 (tanpa ambil kira UD54 junior atau senior samada ada subkepakaran atau tiada).  next year juga akan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai pakar-pakar kanan senior 54 SSM kesektor swasta. bila dah servis-servis di Hospital-hospital KKM collapsed baru nak mengelabah dan nak cuba  membetulkan keadaan, tapi yg akan untung tetaplah juga junior specialist bila senior dah keluar, tetapi yang ruginya adalah pesakit2 di hospital KKM kerana kehilangan pakar2 yg memiliki kepakaran tinggi dgn komitment yg tinggi untuk berkhidmat kpd pesakit2. jadi JPA dan KKM hendaklah melakukan sesuatu sebelum terlambat.......       

Tanpa Nama berkata...

ye ke semua isu dah selesai,dato'. Isu gaji yg tak selaras kenaikannya bila pindah dari ssm ke ke sbpa tu macam mana? Memang la akan diberi taklimat oleh kppa, tapi rasanya tak akan ada perubahan dlm perkara ni. Kami mengharapkan keadilan dalam pemberian kenaikan ni,dato. Terutama sekali kepada pa yg telah lulus ptk aras 4. Saya dah 3 kali dapat aras 4 dan sekarang di p3. Usaha saya bagai tak ada makna lagi sebab gaji dah sama dgn junior yg tak pernah dapat aras 4. Saya bukan nk naik gaji macam jusa. Cuma biarlah adil dan saksama peratusannya....

Tanpa Nama berkata...

Senior 54 SSM berkata...
Apa bezanya senior dan junior? Mananya Keadilan dan Logik akal?
(komen pada 22/12/2012 11.24am adalah berkaitan)
Kami pakar perubatan senior UD54. kami sepatutnya dah naik ke JUSA C tahun ni seperti senior 1-3 tahun pada kami yg dah dapat JUSA C 2-3 tahun lalu. tapi malang post tiada atau dibekukan. kami dah pergi macam- macam exaM kami dah ambil. Lepas master yg melayakkan kami jadi pakar, lepas 4 tahun, ambil subkepakaran 4 tahun program dgn beberapa kali exam. sebelum pergi attachment klinikal di reputable centres oversea (UK, Australia, NZ or etc) selama setahun kami, ambil exam IETS test (kena score all4 compoments 7 at least for each component). disamping tu kami dah pergi PTK4, 5, 6 untuk naik pangkat UD41 ke 48, dari 48 ke 52 dan dari 52 ke 54. ptk6 untuk naik JUSA tapi tak naik naik jugak.

Junior kami yang baru 1 -2 tahun specilist terus naik ke UD54 tanpa perlu apa2 exam spt PTK2, tak perlu buat subkepakaran, tak perlu ambi IETS test. tak perlu apa-apa test pun. bila masuk SBPA bukan grade saje sama tapi tangga gaji pun sama. Kami dari T8 ke T1 dan junior 10 tahun kami pun sama T1 skim sbpa. mana keadilannya. exam apa lagi kena ambil?

sepatutnya gaji kami hampir sama dgn senior kami yg hanya beza 1-3 tahun dari kami dan bukannya sama dgn junior 7-10 tahun dari kami. ini tidak, gaji JUSA melambung jauh meninggalkan kami dan gaji kami diletakkan setara dgn junior kami yg masih dididik oleh kami. bidang kerja kami lakukan adalah setara senior kami JUSA dan bukannya setara junior specilist. Sebelum kenaikan pangkat automatilk untuk junior specilist dan MEdical officer ke UD54 as was aaniuced by Najib in 2009, kami adalah pakar Perunding. selepas kenaikan automatik junior, kami turun pangkat kembali ketaraf mereka sebagai Pakar klinika biasa dan bukan lagi Pakar Perunding kerana kami semua dalam UD54. _________________________________

Rasa sedih bila baca ulasan ini.

Bukan sedih sebab gaji senior / junior atau tak adil skim SBPA ni, tapi sedih dengan sikap para2 doktor2 melayu muslim malaysia.

Selama ini saya berpandangan cukup tinggi dengan para doktor melayu muslim malaysia atas sebab2 saya selalu membaca blog para pelajar perubatan khususnya pelajar perubatan dari timur tengah, selalu terbaca "ambition: to be a great muslim doctor."

Saya harap tulisan ini bukan dari doktor2 lulusan dari timur tengah

Wahai para doktor, bidang tuan2 satu bidang yang sangat mulia, masyarakat memandang tinggi akan para2 doktor.

Janganlah dicemari dengan hanya sedikit habuan dunia apabila tuan2 tidak berpuashati.

Redho lah dan semoga ada keberkatan.

Tanpa Nama berkata...

ingatkan ada ape2 yang menarik, mulanya ingatlah ada perubahan, sekadar nak lanjutkan tempoh tak perlu heboh2 dato, menyusahkankan aje..sekadar sain borang sbpa bukannya lama sangat, lagipun semua pa dah d maklumkan, kita nak tggu ttg penyelarasan gaji ... apa apa hal tahniah, menjadikan pa dipandang oleh rakyat malaysia kerana masalah gaji, semua nak minta naik, haha... kena ingat pa sistem d malayasia ni upah dibayar mengikut kelulusan, mana ada dalam dunia gaji kelulusan yang rendah sama dengan tinggi, fikir-fikirkan dengan rasional. apapun semoga kenaikan gaji ikut gred setimpal, yang penting sbpa byk memberi kebaikan kepada pa...

Pertanian berkata...

Saya sokong Pembantu Pertanian dan Veterinar di atas...Apa beliau katakan adalah realiti dan saya juga memiliki Sijil Pertanian dari Institut Pertanian pada tahun 1993...dan sudah 18 tahun Sijil yg saya ada namun baru sekarang diiktiraf setaraf dgn STPM...kalau ini dilaksanakan dahulu saya semestinya dah duduk kat Gred G.32(GA3-2)...bukan sekarang hanya dapat GA3-1(G27)...
Ini amatlah mengecewakan malah bila ditambahbaik gred kami yg sudah G22 dan 26 pun masih digred G27(GA3-1)...TAK ADIL LANGSUNG!!!
Bagi jawatan yg diiktiraf STPM sebagai contao N, W dan KP terdahulu mereka telah pun KUP ke gred 32 @ N,W32...mengikut jangkamasa yg sama dengan kami perolehi atau menjawat jawatan 18 tahun yg lalu....ADIL KAH INI???
Kerajaan perlu betulkan kesilapan dan kekurangan masa terdahulu dgn kaedah yg betul pada masa kini iaitu dalam SBPA.

JPA, CUEPACS sila betulkan.

Tanpa Nama berkata...

Sokong... sokong dgn Pembantu Pertanian dan Pembantu Veterinar.Jika G17/22/26 dipindahkan ke satu gred sama (3-1).Tugas dan tanggungjawab jawatan kanan 22/26 siapa pula yang akan ambilalih ?
Semoga Cuepacs/JPA teliti perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan paling pelik kenapa topik perbincangan dianggap selesai sedangkan fokus tidak menjurus kpd isu habuan tersangat besar dinikmati kumpulan atasan pa (seolah2 perolehi gaji penuh selepas bersara kelak), tiada lampiran C dikemukakan utk diteliti anggota pa, tempoh terhad sedangkan maklumat tak lengkap, Exit Policy (risiko bagi usia 45 tahun ke atas sebab dah slow & biasanya byk penyakit), ketidakadilan dari aspek pelarasan gaji majoriti anggota pa bawahan. Jgn Dato ambil mudah perkara rumit ni dato sebab org top JPA sekarang ni dah tak mesra perbincangan lagi dah, tak macam dulu-dulu. Hati-hati sikit, takut nanti akhirnya janji kosong.

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gaji mesti adil, jgn jadi macam 2007 yg lalu ada yg naik 35%, 25% dan 15% sedangkan kita sama-sama penjawat awam.Kumpulan 35% kenapa senyap masa tu kalau keadilan yg dituntut?Adakah sbb saya untung maka saya senyap, kalau saya rugi baru saya bising.Di mana keikhlasan kita?

Tanpa Nama berkata...

gred 22, gred 26 anak tiri JPA LE BEB...itu yg problem tak naik gaji tu...

Tanpa Nama berkata...

Gred 22 dan 26 bersama dlm satu baris bagi gred Pertanian GA 3-1 apa ke benda mcm ni...Cuepac dan JPA tlg selesaikan...sbb kami barisan depan dkt dengan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

saya tidak puas hati bagi tangga gaji juruteknik (J17) lulusan politeknik yang telah mendapat KUP (J22).Tangga gaji mati dgn J17 lulusan SPM sama.Tiada guna saya lulus aras 4 dulu dan naik KUP.Tiada beza.Minta kaji semula tangga gaji kami.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs sudah 'jem' sebab mungkin dah dpt sesuatu dari JPA.

Tanpa Nama berkata...

tolong siasat kami yang gred G22 @ G26 SSM Pertanian kekananan hilang terus nanti siapa yang nak buat kerja untuk jawatan kanan... harap dapat selesaikan segera...

Tanpa Nama berkata...

Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred 17 bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli AUEGCAS (Kesatuan Perkeranian) sekarang berada digred N22 pohon Dato' presiden cuepacs beri pertimbangan utk naik gred ke yang lebih tinggi. Sebab gred ini perlu menyelia N22 (KUP).
Untuk menyelia KUP maka gred N22 (hakiki) perlu dinaikkan.kalau gred dah sama dengan KUP tiada hormat kepada N22 (Hakiki).
Perjuangan CUEPACS adalah perjuangan yang murni dan mendapat kebaikkan.

Sabtu, Disember 24, 2011 11:25:00 PM

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli AUEGCAS (Kesatuan Perkeranian) sekarang berada digred N22 pohon Dato' presiden cuepacs beri pertimbangan utk naik gred ke yang lebih tinggi. Sebab gred ini perlu menyelia N22 (KUP).
Untuk menyelia KUP maka gred N22 (hakiki) perlu dinaikkan.kalau gred dah sama dengan KUP tiada hormat kepada N22 (Hakiki).
Perjuangan CUEPACS adalah perjuangan yang murni dan mendapat kebaikkan.

Sabtu, Disember 24, 2011 11:25:00 PM

Tanpa Nama berkata...

pembantu kemahiran gred h 4-1 kenaikan lebih tinggi dari gred kanan h 4-3...gaji mati h 4-1.. ssm p3 rm 18++ , sbpa gaji mati rm 2805..bila tolak gaji mati ssm dengan sbpa...kenaikan rm 1000..
bagi yang kanan pula h 4-3 gaji mati ssm rm 2555.++ sbpa 3140..kenaikan rm 585...kami bukan tolak sbpa,tapi perkiraan gaji yang tak betul..itu kami bantah

Tanpa Nama berkata...

Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred 17 bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!

Tanpa Nama berkata...

mana ada lagi KUP hakiki beb...sama saja sekarang...orang baru masuk pun dah potong orang lama..orang baru duduk setapak saja di belakang orang lama..

Tanpa Nama berkata...

Sehari dua lepas CUEPACS bunyi macam dah palu gendang perang. Tiba-tiba senyap sunyi je...isu-isu yang dibangkitkan oleh PA dalm blog ini tak ada ke Cuepacs nak kaji dan bincangkan dgn JPA? Orang Melayu ni secara zahirnya x suka membantah dan menurut saja apa yang di'imposekan' kepada mereka tetapi kalau hati dah terluka sampai satu takat dalam diam mereka akan merajuk dan memprotes, takut lain jadinya dalam PRU yang akan datang. YAB PM tolong perhalusi rintihan PA dalam blog ini dan campur tangan sebelum nasi menjadi bubur ......

Tanpa Nama berkata...

jom layan ini lagu.....

http://www.youtube.com/watch?v=wAtMlOIP6ns

Turus Baik Hati berkata...

cupek adalah org pertama kena exit polucy pasal x faham apa yg diperjuangkan. harap pada bising n gegar saja bila bawa boncang n sesi penerangan mcm baru masuk kerja tulang angguk.

saya dah cakap pesan byk kali. saya ni turus besar lagi drp wakil jpa tuh. dua perkara saya tekanlan iaitu gaji n kenaiakan gaji termasuk isu senior.

kemudian isu kenaikan panglat secara time based utk semua gred n pangkat bagi lantilan pertama n kedua.

cupek kamu kenal n tahu le apa itu turus? turus besar drp jusa yg jadi ketua jabatan kamu. sebab itu kamu x pernah faham visi misi objektof wawasan 2 perkara berkenaan kerana kamu tiada leupayaan pandang ke hafapan. sebab itu jpa x bagi prg mcm saya jadi bos cupeks kerana pemikiran n lemampuan memahami n menganalisi saya jauh melampaui kemampuan jpa sendiri

Tanpa Nama berkata...

sbpa memang adil...cuba korang kira gaji purata setahun..setiap kakitangan yg senior akan melebihi junior..cuba kira..jgn nk kutuk jpa..kira start jan-dis 2012

Tanpa Nama berkata...

salam..perbincangan tsbt lbh menjurus kpd ketidakpuasan ati pemimpin cuepacs berhubung wakil didlm sbpa.soal gaji dan gred xharus t'tumpu pd gred 17je!tp keseluruhanya!gred B@2 adalah gred yg sll t'tindas!gred dinding boleh dikatakan.dimana kemajuan kerjaya gred ini?gred A Bole smpai jusa n dsb.gred c&kebwh bole smpai gred B.tp gred B?dari bidang tgs pula gred B dberikn tnggngjwb yg sama/hmpir sama dgn gred A,tapi dr segi gaji,elaun n kemajuan kerjaya pula?1 lg apa tujuan dbuat kateg0ri 2&3?adakah tangga gajinya b'beza?jika sama,mngapa harus diasingkan?taraf/level sijil&dipl0ma samake?kalo begitu knp x samakan dipl0ma n degree?bezanya sumernya 1thn pembelajaran!jika nak dibezakan biarlah dr gjinya!

Tanpa Nama berkata...

Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!

Tanpa Nama berkata...

semua komen disebabkan oleh benda ni http://www.youtube.com/watch?v=iB_OjXTx51A&feature=related

Tanpa Nama berkata...

SAYA YAKIN YANG MENYOKONG SBPA INI ADALAH MEREKA YANG TIBA-TIBA MENDAPAT DURIAN RUNTUH KENAIKAN GAJI YANG DIBUAT OELH JPA=JERAT PENJAWAT AWAM.

KITA BUKANNYA DENGKI KEPADA MEREKA YANG MENDAPAT KENAIKAN YANG TINGGI DAN BERBALOI. KITA BUKANNYA TIDAK BERSYUKUR. TETAPI CARA PERUBAHAN GAJI YANG TIDAK ADIL, TIDAK KONSISTEN KENAIKAN DALAM TANGGA GAJI ITU SENDIRI DAN BEBERAPA TERMA DAN SYARAT SBPA= SISTEM BODOHKAN PENJAWAT AWAM, ITU YANG MELAHIRKAN RASA TIDAK SELESA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM SEPERTI SAYA.

"Sekiranya tuan/puan TIDAK BERSETUJU menerima opsyen ini, tuan/puan akan terus kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi tuan/puan sebelum 1 Januari 2012 kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 93 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011."

ITU ADALAH SALAH SATU TERMA DAN SYARAT DALAM PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 2011. WALAUPUN SESEORANG PENJAWAT AWAM MENOLAK SBPA, NAMUN DIA TETAP TERIKAT DENGAN "perenggan 93". TIADA BEZANYA! SESEORANG PENJAWAT AWAM MASIH TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT SBPA SEKALIPUN DIA MENOLAK SBPA. MAHU ATAU TAK MAHU, TERPAKSA JUGA TANDATANGAN. TIADA PILIHAN.

HANYA ORANG YANG MENGALAMINYA SAHAJA YANG DAPAT MERASAKAN KETIDAKADILAN SBPA INI.

Tanpa Nama berkata...

sama-sama naik gaji...bersyukurlah tuan-tuan & puan-puan