SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Disember 2011

PERBINCANGAN JPA-CUEPACS ISU SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BERHASIL

Utusan Malaysia
27/12/2011



PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

12 ulasan:

Kak Pah berkata...

Heeeee...markah exit polisi juga yang ditekan-tekan kan.
Utk makluman, majoriti penjawat awam tak heran la dgn exit polisi tu...yg lebih penting adalah hasil rundingan bersama antara ceupacs dan JPA berkaitan isu penempatan gaji dari ssm ke sbpa, itu yg lebih penting untuk diselaraskan semula bagi meletakkan sesuatu ditempatnya yang hak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bercakap tentang exit policy, nampaklah kejayaan ceupacs, tapi kalau bab gaji, JPA tak boleh terima maka ceupacs tak boleh nak cakap sebab mereka tak berjaya.

Tanpa Nama berkata...

PTD Cabuk berkata...

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat


2011/12/29
SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

===================================
Wooooo dahsyat wooooo.. Inilah kehebatan PTD di Malaysia. Bukan setakat songlap pangkat dan jawatan JUSA dan naik gaji ribu-ribu bab gaduh pun dorang hebat.. Gua kenal minah PTD ni. Minah PTD ni gred M48 kat Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran.. Mungkin Tuhan nak tunjuk ni lah akibatnya bila jawatan-jawatan kat Kementerian Pelajaran pun diorang sapu. Tu baru berkhidmat kat kementerian kalau berkhidmat kat sekolah lagi lah tekanan.. bukan setakat fail yang terbang periuk belanga kat umah tu pun terbang.. hahaha dlm blog ni ramai PTD yang kata diorang kuat mental.. ptui cakap x serupa bikin..

Khamis, Disember 29, 2011 5:20:00 PM

Tanpa Nama berkata...

IF U DONT KNOW THE EXACT DETAIL ABOUT OTHER PEOPLE'S PROBLEM, JUST DONT SAY ABOUT IT OK..

MIND UR OWN BUSINESS OK.. ;)

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama..kalau tak tau citer sebenar jangan banyak cakap aaarrr ....jd fitnah!tak payahla nak kutuk2 orang...jaga rumah tangga sendiri lagi baik ek!ingat, Allah kata fitnah itu lebih dasyat dari membunuh

Tanpa Nama berkata...

perbincangan jpa = cuapacs tak selesai juga , tak sentuh pun pasal gaji,sibuk sebut hal exit policy dan prestasi je.....bila nak bela golongan bawahan ni,,,dasar yang ada bela golongan atasan ....

Tanpa Nama berkata...

isu sbpa dikatakan berhasil dari segi apa?...tolong perjelaskan...

Tanpa Nama berkata...

sabar...sabar..satu per satu. telah di jelaskan, pkr tidak melibatkan kewangan di selesaikan dahulu.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
______________________________

saya menyokong 100%

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd

Tanpa Nama berkata...

Penempatan gaji dari ssm kepada sbpa tidak munasabah kenapa ini tidak dibincangkan oleh ceupacs.contoh bagi jawatan JA3-1 gred gaji ssm P2T25,P2T26,P3T23,P3T24 pada April 2012 akan berkongsi gred gaji SBPA T10.Peratus kenaikan memihak kepada gred lebih rendah dan ditambah lagi kekananan.bagi gred yang lebih tinggi kekananan hilang kenaikan pula lebih rendah.Apakah ceupacs tidak maklum perkara ini..........

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya berkenaan gaji perlu ada perbincangan semua pihak bukan satu pihak sahaja.Atau satu golongan yang mengambil kesempatan untuk periuk nasi sendiri sahaja..........