SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Disember 2011

SBPA SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
9/12/2011



2011/12/09 JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan penjawat awam yang berpengalaman dan cemerlang tetap diberi keutamaan bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam walaupun dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan 1 Januari depan turut membuka ruang kepada ‘orang luar’.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata pengambilan orang luar hanya dilakukan apabila keadaan sangat diperlukan tetapi masih tertakluk kepada penilaian dan saringan ketat. > Jaminan ini melegakan penjawat awam, termasuk Kongres Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS) yang sebelum ini bimbang orang luar akan diambil mengisi jawatan tertentu dan menganaktirikan penjawat awam berpengalaman serta cemerlang untuk mengisi jawatan gred utama. Menurut amalan sekarang, hanya penjawat awam yang benar-benar cemerlang serta mempunyai pengalaman luas diberikan kenaikan pangkat menerajui jawatan gred utama. Amalan ini wajar diteruskan kerana mereka memahami selok belok perundangan, prosedur dan peraturan sektor awam.

Penjawat awam optimis SBPA yang akan dilaksana tahun depan berupaya melakukan transformasi mengubah penjawat awam menjadi pekerja berminda kelas pertama untuk meningkatkan produktiviti setimpal pemberian kenaikan gaji.

Dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan kerajaan juga bersetuju memberi peluasan kemudahan cuti belajar bergaji penuh kepada pegawai kumpulan pelaksana mengikuti latihan kemahiran di bawah program ‘Skills Malaysia’.

SBPA ini turut membuat semakan dan unjuran tangga gaji sebaris berbanding tiga baris yang diperkenalkan sebelum ini dan pada masa sama, menyediakan laluan kerjaya lebih menarik kepada penjawat awam dengan tempoh kenaikan pangkat dipendekkan, tidak tertakluk kepada kekosongan.
Adalah menjadi harapan supaya dengan pelaksanaan SBPA ini kakitangan awam dapat meningkatkan produktiviti ke suatu tahap yang tinggi, berprestasi tinggi serta membudayakan cara bekerja baru.

YOSRI ABU MAHSIN,
Pegawai Perhubungan Awam KPWKM.

189 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato...

01. Sukacitanya mohon pihak JPA dan ceupacs membuat semakan semula bagi skim -skim lain yang mempunyai kelayakan sijil politeknik untuk diberikan kenaikan ke Gred 3-1 iaitu setarah dengan J17 ke J3-1=J27.

02. Kerjasama dan perhatian pihak kementerian dalam perkara ini amatlah dihargai.

sekian,terima kasih.



******SALAM 1 MALAYSIA******

syart ambil org luar berkata...

Pinilaian macama mana ketat tu.apa syatnya.
kalau buat syart macam ni ok jugak?
1-Mesti berkhidmat dgn kerajaan sekurang2nya 20 tahun.
2-telah mendapat anugerah pigat peringkat kementerian.
3-terhad 3 tahun sahaja.

Tanpa Nama berkata...

semak juga skim perkhidmatan pengawal keselamatan gred kp11 dan 14, statik dalam sbpa. gred 1-10 diupgredkan, ini menyukarkan tugas kawalan dan arahan keselamatan. apabila berlaku perlanggaran peraturan dikawasan pengawal ditempatkan, arahan tersebut sukar dipatuhui.level dah sama,paham2 jelah,

Tanpa Nama berkata...

aiya,,,,gred U17 sbgai pnguatkuasa kmntrian kshtan ni apa crita? blajar pra medical....wlupun sijil,tapi blajat di kolej kmntrian,,,sama juga sperti JURURAWAT MSYARAKAT,,,BLAJAT TEMPOH SAMA,TETAPI KELUAR GRED U19,,,DENGAN PMULAAN GAJI YANG TINGGI,,,kami ini dlm gred u17 dlm kkm mnjalankan tugas pnguatkuasaan,,pngawalan ,,,DEMAM DENGGI terutamanya...tapi masih di gred u17 wlupun keluar dari kolej kmntrian.dah le gaji pmulaan di P1T1...xmasuk akal,,bbeza dgn jururawat msyarakat gaji pmulaan tinggi,,,so,apa yg di harapkan, ,agar krajaan dapat mmbuat prubahan pada jawatan gredu17 dalam kmntrian kshtn msia ini,,,prubahan gred dan gaji pada SBPA yg akan dgunakan tidak lama lg... J17 PUN ADA KPAKARAN NYA,,,SBGI JURUTKNIK,,BGITU JUGA DGN U17 PMBNTU KSHTAN INI....ada kpakaran juga ,wlupun sama level dgn jurutknik gred u17 iaitu sijil...

Tanpa Nama berkata...

mati2 saya ingat gaji naik banyak. rupe2nya tak seindah mana. kira macam kena auta jugak lah.

Tanpa Nama berkata...

yang tak naik gaji kita......yang naik gaji banyak depa di atas tu!

Tanpa Nama berkata...

Salam pembaca budiman,
Sama-sama kita lihat nanti apa pula sepak terajang yg dibuat oleh geng-geng M atau PTD untuk orang2nya.

Sebelum ini banyak syarat yg dikenakan kepada perkhidmatan lain tidak termasuk geng-geng mereka. Mereka kebal dan tak makan saman. Dalam SSB, syarat2 yg termaktub dalam SSB tidak meliputi puak-puak mereka. Orang lain ada % tertentu, 5% yg perlu dapat melintang, menegak dan mendatar setiap tahun. Mengapa ada sekatan dlm bentuk peratus begitu? Kalau dah semua rajin maka semua kena dapat melintang/menegak tak kira bilangan ramai mana pun. Kalau dah semua malas maka 100% tak perlu dapat melintang atau menegak pada tahun itu semuanya! Tetapi yg berlaku, sebagai contoh ialah 3 orang dpt melintang, 8 orang menegak setiap tahun, tahun demi tahun, selama 10 tahun. Tak masuk akal mana ada logiknya bilangan yg berprestasi tinggi, kerja rajin boleh ada 3 orang dan 8 orang setahun . Yg logik kalau ada, maka ada. Kalau tak ada, maka tak ada. Bilangan mungkin lebih atau kurang daripada yg ditetapkan! Perkara sekatan % ini tidak pula meliputi puak policy maker/PTD yg memang otak geliga, masuk saku dulu itu.

Saya masih mengungkit sistem SSB kerana saya yakin sistem itu banyak sekali merosakkan sistem perkhidmatan awam kita. 10 tahun atau 50% kakitangan awam dapat nikmat SSB, yg boleh diwarisi sampai kepada anak cucu, walaupun sekali dpt menegak/melintang. Ini kerja bodoh puak PTD yg amat nyata.

Saya tabik PTD ni, tetapi jangan megambil peluang dengan menganiaya orang lain. My beloved PTD officer, please use yr head in making decision, not yr knee or yr buttock.

wankb

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...salam sejahtera..sy ucapkan untuk semua semoga gumbira...

persoalan saya...saya adalah driver...bulehkah saya mohon cuti Gaji Penuh@tanpa Gaji...andai lulus permohonan,1 tahun kemudian sy datang kerja balik???

sy cuti sebab mahu tumpukan ambil spm...

Pemandu R3

Tanpa Nama berkata...

baru nak g ambik spm...hahahah
hahahahah
hahahaha
hahahah...lucuhlah....gelak..gelak...

by N4-1

FT17/W17 berkata...

J17 kelayakan SPM akan dipertimbangkan naik gred dengan syarat tertentu untuk naik J3-1 (J27)

J17 kelayakan Sijil Politeknik terus naik J3-1 (J27)

W17 kelayakan SPM = kekal W4-1 (W17)***memang sesuai dan betul..takpa ini boleh terima***

W17 kelayakan Sijil Pliteknik masih kekal W4-1(W17)...sepatutnya naik W3-1 (W27)...macam skim J juga....ini yg tidak adil

begitu juga FT17 sijil politeknik masih kekal FT4-1(FT17) sepatutnya naik FT3-1 (FT27)....


ni jawapan utk korang.
mamat2 cuepacs 2 ekor ni tak buat kejer.
GRED KEWANGAN & SISTEM MAKLUMAT

NAIB PRESIDEN
Sdra. Ramli bin Kalil

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdra. Mohd Arpandi Said

Tanpa Nama berkata...

berita di bawah ini yg betul..kena kencing juga le..


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membuatkan jurang tangga gaji kakitangan antara pekerja atasan dan bawahan lebih luas.

Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, pihaknya kini sedang membuat kajian mengenai perkara itu dan akan membuat pendirian muktamad pada 14 Disember ini.

"Buat masa ini, kami berpendapat ia akan meluaskan jurang antara kakitangan apabila pengurusan tertinggi menerima kenaikan sehingga 40 peratus manakala sokongan pelaksanaan kenaikan itu bermula 10 peratus.

"Pengurusan profesional ini, gaji mereka sudahlah tinggi ditambah lagi dengan kenaikan yang banyak, jurang itu semakin ketara," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tanpa Nama berkata...

Saya N17,dah 32thn berkhidmat.APC 3 kali,tindakan tatatertib tak pernah.Gaji dah mati. Awal 2011,disuruh isi borang naik N22 KUP. Kawan2 dah dapat N22 KUP mulai 1.1.11. Ni dah akhir 2011,sepi je tadak khabar berita.Bila SBPA,laku lagi ke permohonan tu?.Tanya HR,memanjang nthahle!Nak tanya selalu,depa ni muda,N22 hakiki,naik sbb PTK,malu je kita yang tua ni.keja depa..????faham2 je. Kita juga jadi pakar rujuk.

Tanpa Nama berkata...

inilah dasar yg dilakukan oleh puak-puak PTD.. apa yang mereka buat ialah mengutamakan kepentingan mereka. Ketika pembentangan belanjawan, yang dihebohkan naik gaji ialah golongan guru.. tapi bila sbpa dah keluar puak-puak PTD ini yang dpt habuan kenaikan yang begitu besar.. jurang pendapatan kakitangan atasan dan bawahan semakin melebar..

Tanpa Nama berkata...

aku tgk orang atas dapat kenaikan % sampai 40%.. beso tu.. gaji dah beso. naik 40%.. besor la gamaknye..

cuba terbalikan. kasi kami yg gaji kecik ni 40%. depa2 tu kasi 10% pun dah naik 400-500.

tp tak per...orang atas dapat gaji beso sbb depa dah biasa blanje beso.

kita2 semua yg gaji kecik ni.. sabo je..tgk depa..

insyallah; anak aku nanti aku suruh depa jadi PTD :).. aku dah tua amik exam PTD..sah sah kantoi...

Tanpa Nama berkata...

HARAP SGT2 JPA DPT CEK SMULA FORMULA PERPINDAHAN MATAGAJI.Masa kita pindah dari SSB ke SSM dulu kita semua pindah pd matagaji yg sama jadi semua puashati. Bila SBPA ni ke matagaji yg terhampir jdi ada senior yg cuma naik rm107 junior naik rm330. Dan lebih sadis ada PA senior yg gajinya nti sama dgn PA freshie.....mgkin formula perpndahan itu bole di tmbahbaik sdikit kepada..kenaikan 1 tggji di SSM dan berpndah ke matagaji yg sama atau matagaji tertggi terhampir dlm SBPA dan KENAIKAN 1 LAGI MATA GAJI BG SETIAP 5 MATA GAJI DLM SSM.. At least klau mcm tu nmpakla JPA consider skit PA yg dah lama mnabur bkti ni,.; CUEPACS TOLONG LA BUAT KERJA...

gm berkata...

mmmm…d new remuneration looks chaos. d supposedly generous help to d civil servants financially has turned side ways. d carrot assuming appreciative for d bigger group of gov staff is short of expectation. Who made d bad promise earlier with overbearing word actually? His not d one to b named…ha.ha.duuuh...

yet.... PTD is conflicting d issue more - whether it is on ensuring d helping hand or abusing d call - i dunno...but finer details of d pay increase and how it will apply to each grade are not available yet. quite amusing isnt it 7

but none to be surprise bro, salary differential within Malaysian time after time is badly planed compared to other countries when in fact it should be a great deal of fairness....as that is d equity principles of the NEP....also said by u. but this new pay system is further increase d gap of inequality between d high to d medium n low income groups which is already worst. i mean d muscle n brain is yet to be compatible in Malaysia in term of pay. labour work in d other part of d world is rewarded flexibly to d brain salaried groups.

In Malaysia d higher scale civil servants are not omly given a big jump in salary but thay also the recipients of ample bonuses, allowances, numerous non-cash perks and lucrative privileges.

Wow...so what kind of treatment do u think d gov do to u?

What can I say is – u r given a piecemeal pay increases — while d other group d lavishing is to d fullest …..!

Tanpa Nama berkata...

ceupac jangan jadi bodoh, apsal ko redho dengan time base hanya untuk cikgu2 sahaja... wei bukan semua PA dapat promotion cepat macam ptd, ceupac mat omar aku cabar ko suarakan time based untuk semua PA

Tanpa Nama berkata...

apa yang jelas, budak2 baru masuk kerja gaji dah sama atau hampir sama atau potong terus gaji orang2 lama. inilah kebijaksanaan pihak JPA buat formula naik gaji. mereka ini sepatutnya diturunkan gred ni, tak pandai nak olah gaji bagi adil antara orang lama dan orang baru.

Tanpa Nama berkata...

indah kabor dari rupe. ape ke asyik kene kencing je ni.

Tanpa Nama berkata...

sokong lagi BN.

Tanpa Nama berkata...

tak ada apa bendalah sbpa ni. juruteknik oklah. bagi tekanan lagi pd PA adalah. exit policy hehee..

Tanpa Nama berkata...

untuk kumpulan ft kami juruteknik j17 lama sentiasa sokong tuan untuk j27.Kami berjuang dari tahun 80 lagi.Ketika itu jururawat yang sama gred dengan kita yang naik.Lepas itu penghulu naik.s.o tanah naik.kita hanya tinggal janji sahaja.Walaubagaimana Allah telah perkenan doa kami yang tertangguh lama.Ada j17 yang dah bersara tidak sempat merasa hasil perjuangan mereka.Apa pun nasihat saya teruskan berjuang melalui kesatuan.

ft17 berkata...

terima kasih atas nasihat tuan. sama2 laa kita juruteknik komputer berjuang utk mendapat taraf seperti kumpulan j17 ke j27.
kita kena bersatu.asas permintaan kita ada, sebab kita ada sijil poli...yg masalah sekarang sebab ada kawan juruteknik ft17 yg dpt masuk pakai spm..sebab syarat nie memang ada..tuela jpa dok main tarik kali tak kasik naik ke ft27. pastue satu lagi kelemahan org yg menjaga skim f tak bersungguh2 nak tolong ft17..ini laa hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Rupanya banyak benda disembunyikan oleh JPA demi kepentingan puak-puak PTD atasan ni. Patutlah tempoh opsyen pendek agar PA lain tak banyak komplen dan terima seadanya.

KPPA pun semasa menafikan kenaikan 5k semasa pelancaran tidak menyatakan berapa kenaikan JUSA.

Ternyata wujud personel interest yg keterlaluan dalam merangka SBPA.

Harap CUEPACS desak postpone opsyen kepada 2 bln agar lebih maklumat diterima.

Lampiran C tidak didedah bukti agenda tersirat.

Pemindahan gaji yg tidak adil perlu diperbetulkan.

lee jui meng kon san berkata...

regarding......


"baru nak g ambik spm...hahahah
hahahahah
hahahaha
hahahah...lucuhlah....gelak..gelak"..

by N4-1


PEMANDU NAK CUTI NAK AMBIL SPM

nasihat saya kepada pemandu, jangan pedulikan apa kata orang,orang nak gelak ke
,nak ejek ke tak ada sikit pun kita terjejas...buat apa yang kita rasa baik untuk masa depan kita.tempoh perkhidmatan PA kalau pencen 60 tahun adalah amat panjang.

Saya dulu, kerja buruh hospital(Skim perkhidmatan saya rahsiakan)....masa saya masuk kerja,usia saya 23 tahun...dah puas kerja kampung,kerja kilang,pernah jadi kelindan lori sebelum dapat kerja hospital.Kerja selalu rasa rendah diri sebab selalu kena komplen oleh pesakit yang tak sabar juga oleh pihak atasan dan rakan sekerja dari skim perkhidmatan lain.

Kawan saya ramai yang lepas kerja pakai kereta baru....kahwin awal,saya pakai kereta lepas 7 tahun kerja,..itupun kereta honda accord model 80 an,banyak masa saya dihabiskan dibengkel,sebab kereta rosak.Saya kahwin
lewat..32 tahun.
maklmlah saya tak hensem,...awek,awek yang pernah saya kenal sangka saya kedekut sebab pakai kereta buruk ,tak pergi bercuti spt pasangan lain,ada yang sangka saya mempermainkan perasaan orang kerana saya nak kahwin lambat...Ada yang tak sanggup nak tunggu....Saya kumpul duit untuk
sambung belajar,yuran 18 000 utk ijazah part time

lepas 10 tahun kerja lepas adik adik semua dah bekerja ,baru saya mampu sambung belajar.Kawan kawan kata saya bazirkan masa,...kerana saya ambil bidang ekonomi yang tak ada kena mengenapun dengan bidang hospital..saya jawab"saya nak buka kedai runcit".

Alhamdulillah,dari gred ... 3,sekarang saya dah 41 gred skim perkhidmatan lain.Umur saya sekarang 40,kalau bersara umur 60 tahun,saya masih ada 20 tahun lagi untuk berkhidmat.

Kawan kawan yang pernah gelakkan saya akan juga pencen pada umur 60 tahun,mungkin pada gred 5-3,tapi bagi saya mungkin paling busukpun pada gred 1-3(takkan 20 tahun tak boleh capai).

JADI KEPADA PEMANDU,TERUSKAN NIAT ANDA UTK AMBIL SPM,KALAU TIDAKPUN DALAM SBPA,ADA CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH UNTUK KUMPULAN PELAKSANA AMBIL KURSUS BERKAITAN DGN KEMAHIRAN.BIAR ORG YANG GELAKKKAN KITA TERUS GELAK,DAH UMUR 40 TAHUN HILANGLAH GELAK DIA SEBAB PADA MASA ITU SUDAH LEWAT UNTUK MENGUBAH MASA DEPAN...TUNGGU MASA UTK PENCEN UMUR 60 TAHUN.

ahli ummmmno berkata...

Betul ke jurang gaji pihak bawahan dan atasan makin luas?

Ini tidak adil..

tapi bila difikirkan balik,lepas bertenang dan mengketepikan amarah, ada juga logiknya kalau pihak atasan dapat gai tinggi kerana kelulusan mereka tinggi,tanggung jawab merekapun berat.Ini adalah normal.

Takkan kita nak tengok gaji bos kita dengan kita,bezanya cuma tak sampai seratus.tanggung jawab dia besar,tanggung jawab kita lebih kecil skopnya.(bukan Skop production).Cuba tanya bos kita,berapa hari dia boleh bercuti dalam setahun tanpa gangguan.Bos kita ada bos yang lagi besar,dia kena bertanggung jawab kepada pihak atasan.sedangkan kita,lepas kita melaksanakan kerja kita,(kita pelaksana) tugas kita selesai dan boleh pulang rumah tidur dengan lena.

JADI PERBEZAAN GAJI DENGAN JURANG YANG BESAR ADALAH LUMRAH,GAJI HARUS SETIMPAL DENGAN KELULUSAN DAN TANGGUNGJAWAB.SEKIRANYA GAJI KUMPULAN BAWAHAN NAIK ,GAJI KUMPULAN ATASAN YANG MEMBUAT DASAR JUGA AKAN NAIK.

KESIMPULANNYA SAYA DAH TAK SABAR TUNGGU GAJI NAIK.

TERIMA KASIH UMNO.SBPA BAGUS

Tanpa Nama berkata...

gaji CC bila nak naik. kerja dalam pejabat semua serah kat CC (kata orang cina dua kali mati). kalau ada keturunan aku, kalau boleh jangan pilih perkeranian sebab bila pelarasan yang atas akan naik gaji dan yang bawah akan naik gaji.yang tengah2 tu mati kebulur seperti kerani. mungkin ramai kut nak bagi. CC tak kan tak boleh bagi. Dalam SBPA, PAP (Pegawai Operasi) dah sama dengan gaji kerani. Lebih baik kerani buat kerja PAP dan PAP buat kerja kerani. Kalau gred 17 yang lain dilonjak ke gred 27 dengan macam2 alasan gred CC N22 apa cerita?

Tanpa Nama berkata...

geng2 ptd ni nampak mcm bodoh....tapi bila tengok mcm ni rupanya semakan skim gaji sbpa....memang confirm BODOH!

Tanpa Nama berkata...

SBPA... satu gerakan terancang kerajaan nak kecilkan saiz perkhidmatan awam. Beza BN dgn DAP, BN buat cara halus, DAP buat cara terang2!

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menarik perhatian Tan Sri berhubung peraturan SBPA mengenai Kaedah Pemindahan Gaji dari matagaji di SSM ke matagaji baru di Jadual Gaji Sebaris, SBPA. Saya juga ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri intipati ucapan YAB PM semasa Pembentangan Bajet 2012 yang lalu.

Petikan ucapan Bajet 2012

Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.

Petikan PP11/2011 - Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

Contoh: Gred Gaji N32 (SSM) – N3-2 (SBPA)

SKIM T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7
SSM 2413 2511 2609 2707 2806 2904 3002
SBPA 2710 2865 3020 3175 3330 3485 3640

Berdasarkan prinsip dan contoh di atas:

Pegawai A B C D
Gaji Asal 2413 2511 2609 2904
Gaji Baru 2710 2710 2710 3020
Kenaikan 297 199 101 116
% Kenaikan 12 8 4 4

Daripada contoh di atas, pegawai senior menerima kenaikan gaji kurang daripada pegawai junior. Malah kenaikan tersebut tidak sampai 7%, iaitu kenaikan minimum yang diumumkan oleh YAB PM semasa Pembentangan Bajet 2012. Bukankah prinsip pemindahan gaji tersebut akan demoralised pegawai-pegawai yang lebih senior? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah YAB PM telah tersalah analisa atau beliau telah diberikan info yang kuang tepat? Nampak gayanya YAB PM akan dituduh berbohong semasa menyampaikan ucapan bajet 2012. Sama ada sengaja atau tidak kesalahan tersebut boleh dirujuk untuk diambil tindakan di bawah peraturan 36(12) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen. Mungkin JPA akan berhujah bahawa kajian mengenai gaji telah diputuskan awal sebelum pembentangan Bajet oleh YAB PM. Masalahnya Pembentangan Bajet telah dibuat lebih awal daripada tarikh penyiaran Pekeliling SBPA dan rakyat marhain sudah tentu akan berpegang kepada ucapan YAB PM selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Malaysia. Saya bukan nak memalukan sesiapa cuma berharap supaya tindakan sewajarnya diambil untuk memelihara imej Kerajaan kerana YAB PM mewakili Kerajaan semasa Pembentangan Bajet tersebut yang telah disiarkan secara langsung di seluruh negara. Selaku jentera Kerajaan sudah tentu menjadi kewajipan penjawat awam untuk memelihara imej Kerajaan yang memerintah walaupun tindakan yang diambil bakal menjejaskan imej sesuatu organisasi atau individu. Saya percaya prinsip berani kerana benar adalah prinsip yang mulia dan tindakan yang paling berani adalah mengaku kelemahan/ kesilapan diri sendiri.

Y.Bhg. Tan Sri,

Selaras dengan intipati Ucapan Bajet oleh YAB PM, penjawat awam sepatutnya diberi kadar kenaikan yang sama (7%) di mata gaji ssm dan dipindahkan kepada mata gaji SBPA yang sama atau tertinggi yang terhampir. Sekiranya pelaksanaanya diputuskan sedemikian maka peratusan kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam paling minimum adalah sebanyak 7%. Selain itu, ia tidak akan memberi impak yang besar ke atas gangguan senioriti tangga gaji pegawai seperti yang akan berlaku dengan pelaksanaan prinsip pemindahan gaji yang dicadangkan oleh JPA. Saya dengan rendah diri berharap Y.Bhg. Tan Sri akan meneliti perkara yang saya bangkitkan dan saya berdoa agar Allah S.W.T memberi taufik dan hidayah kepada Y.Bhg. Tan Sri untuk mencari penyelesaian terbaik. Kesudian Y.Bhg. Tan Sri menyediakan medium laman sosial untuk berinteraksi dengan pegawai bawahan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

kpd kepimpinan cuepacs kalau nak jadi pemimpin jadilah pemimpin yg ada sedikit kebijaksanaan...kebijaksanaan cuma datang jika kita berilmu dan membuat penelitian yg teliti. cuba lihat sesuatu perkara secara keseluruhan dan bukan hanya sebahagian. tak guna kalau presiden sorang je yg seronok dgn sbpa ni tetapi di kalangan ahli riuh rendah melahirkan rasa ketidakpuasan hati...memang bukan senang jadi pemimpin yg dipilih!!!

Tanpa Nama berkata...

saya masih tidak faham! kenapa bodoh sgt ni? spm pun tak susah mcm ni. ke org yg buat sbpa ni terlebih cerdik taraf einstein. helo helo....tolong, saya tak faham!!!! ape mende alah ni sbpa ni weiiii.... tak jelas kabur dan mengelirukan.so baik tak sign ke? kalau tak sign kate kene jumud la ape la, nonsense crab!

kakitangan gred rendah berkata...

Wahai kakitangan awam gred rendah.sedarlah malaysia ini bukan kita punya tetapi gred atasan yg punya.Oleh itu kita tentukan semasa PRU13 kita yg punya.Selagi mereka menang mereka akan buli kita sampai bila..sedarlah wahai kawan2 kita dianggap sebagai pengemis.

Tanpa Nama berkata...

Bersedialah Penjawat Awam untuk bersama2 kita menyokong Barisan Pembangkang..Mana tau ada kelebihannya nnti.Kalau tak puas hati kita tukar la balik PRU14 nnti.Lagipun BN dah berkuasa terlalu lama..Tak banyak perubahan yg dibawa utk kita penjawat awam dan rakyat bergaji rendah ni.yg tambah kaya org atas je..

Tanpa Nama berkata...

APA DH BERLAKU NI CUEPACS....SPBA PEKEBENDANYA..TOLONG,TOLONG,TOLONGLAH SEMAK BALIK...

Tanpa Nama berkata...

SUNTIK SEMANGAT APA BENDA!!!!!!!!!!!

SKIM J DGN G SAJA NAIK APE HAL????
SKIM U,FT,W DAN LAIN2 MANA???????

1.4 JUTA KAKITANGAN PUAS HATI JANGAN NAK MEMBOHONG!!!! BILA MASA BUAT KAJIAN TU???? TAKDE PUN ORG DATANG TANYA KAT PEJABAT AKU


KALAU MACAM NI SORI LA, BARISAN NASIONAL, KO TUNGGU LA DALAM PILIHANRAYA. KAMI AKAN PASTIKAN SEDARA MARA, RAKAN-RAKAN SEMUA MENUMBANGKAN DACING TAK SEIMBANG NI

Tanpa Nama berkata...

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

Tanpa Nama berkata...

kepada gred ft dan gred w..anda berusaha lh utk dpt naik ke gred 27.bg j17 telah lama berjuang dan berusaha utk mendpt hak kami.bermcm perjumpaan telah diadakan.tp jawapan yg hampa kami dpt.tapi kali ini akhirnya doa dan usaha kami telah termakbul...jadi teruskan berusaha bg ft dan w

BENCI RETORIKA berkata...

BERKENAAN SURAT KEPADA TAN SRI...

BETUL KE JUNIOR NAIK LEBIH DARI SENIOR?BERDASARKAN PENJELASAN TU NAMPAK MCM BETUL.(lengkap dgn gred gaji sekali..)

PATUTLAH CAKAP PA BOLEH PERGI KERJA DILUAR LAH,BOLEH DATANG BALIK LAH,


wOI....MACAM MANA ORANG SENIOR NAIK GAJI KURANG DARI JUNIOR? TAK SAMPAI PUN NAIK 7%.
PATUTLAH JADUAL GAJI BELUM KELUAR...
CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
SIAPA YANG SEBENARNYA RETORIK?
NAMPAK MACAM NAK SURUH PA KELUAR JE...SIAPA YANG SEBENARNYA NAK KUANGKAN PA?
KAMI MEMANG TAK UAS HATI JIKA BENAR KENAIKAN TAK SAMPAI 7%.PATUTLAH SUSAH SANGAT NAK KELUARKAN LAMPIRAN C.
KAJI BALIK JIKA BENAR MALUMAT SURAT KEPADA TAN SRI....

Tanpa Nama berkata...

Cuti belajar bergaji penuh untuk program skill malaysia?any comment on this?harap dapat diperluaskan untuk program degree,master, phd.Rakan-rakan pelaksana, sy percaya dng eduacation kita boleh berubah.

FArizah kamhah berkata...

Tak pernah berlaku ....pekelilig dikeluarkan...tapi lampiran C yang paling penting tak dikeluarkan.

Kini telah berlaku...
Adakah anda tahu kenapa jadi begin....

inilah yang dikatakan TRANSFORMASI yang bertujuan agar PA terus BERHALUSINASI membayangkan gaji masing masing.

Inilah juga strategi PROVOKASI,yang menguji kesetiaan dan kesabaran PA,seperti PROVOKASI yang selalu kita tengok dalam berita dan akhbar harian setiap hari.

Saya harap PA jangan EMOSI.

JANGAN IKUT HATI....SABAR....

JIKA KITA FIKIR GAJI KITA NAIK SIKIT GAJI KITA AKAN NAIK SIKIT,
JIKA KITA FIKIR GAJI KITA NAIK BANYAK ,GAJI KITA AKAN NAIK BANYAK...

hampir bersara berkata...

Tak pernah berlaku ....pekelilig dikeluarkan...tapi lampiran C yang paling penting tak dikeluarkan.

Kini telah berlaku...
Adakah anda tahu kenapa jadi begini....

inilah yang dikatakan TRANSFORMASI yang bertujuan agar PA terus BERHALUSINASI membayangkan gaji masing masing.

......PEDIH DAN TAJAM KATA KATA KAU NI....SIAPA KAU SEBENARNYA?

Tanpa Nama berkata...

Pi mai pi mai tang tu jugak, kenaikan gaji tak pernah selaras dgn kadar inflasi. Yg paling menarik semua pinjaman kereta, rumah,persendirian dll dipanjangkan tempoh pembayaran balik. Akhirnya PA jugak yg malang, berhutang sampai mati....

syuhada berkata...

gaji CC bila nak naik. kerja dalam pejabat semua serah kat CC (kata orang cina dua kali mati). kalau ada keturunan aku, kalau boleh jangan pilih perkeranian sebab bila pelarasan yang atas akan naik gaji dan yang bawah akan naik gaji.yang tengah2 tu mati kebulur seperti kerani. mungkin ramai kut nak bagi. CC tak kan tak boleh bagi. Dalam SBPA, PAP (Pegawai Operasi) dah sama dengan gaji kerani. Lebih baik kerani buat kerja PAP dan PAP buat kerja kerani. Kalau gred 17 yang lain dilonjak ke gred 27 dengan macam2 alasan gred CC N22 apa cerita?

komen:

sokong 100000000000%. bagi CC (kenaikan Pangkat) kurangkan kerja sikit bebagi le kpd yg KUP tu. bukan dengki tapi kenyataan. apa-apa keadaan tanggungjawab kpd CC tapi bagi KUP buat kerja biasa saja. ada baiknya diberi sedikit perbezaan yg KUP dan CC. so sama-sama x bising. apa guna kenaikan pangkat jika sudah cukup masa (15 thn) boleh dpt gaji sama. nama je naik pangkat tapi bagi gred N22 (kena duduk lipat dan tunduk je bila kena arahan kerja) bagi gred W22 ( ni lagi teruk. kena kangkang dan nganga je kena marah coz ot, gaji, tnt, perbelanjaan jabatan kena kawal).. kesihan mereka tapi berdoalah sesama kita agar mereka diberi pertunjuk untuk menghargai golongan ini.

cadangan: kita tubuhkan persatuan CC meliputi semua kementerian dan perjuangkan hak-hak kami. Qpac pun x bleh nak tolong golongan minoriti ni.

Tanpa Nama berkata...

kalau macam ni gaji nampaknya tak naik besar...

tengoklah formulanya gaji PA hanya naik satu tangga gaji SSM = GAJIPOKOK--->satu kenaikan=kalau N17 hanya RM50

kemudian bila pegi Tangga gaji SBPA hanya pergi tangga yang berhampiran tetapi tidak kurang dari gaji SSM..dalam keadaan ini hanya naik RM10-15 bagi gred N17

so...siapa yang dapat kenaikan bulan JANUARI BESTLAH...DAPAT RASA AWAL Kenaikan GAji SBPA...yang lain tu diam-diam je lah...

SEPATUTNTA BILA MASUK GAJI SBPA..DIBERI SATU KENAIKAN DALAM TANGGA GAJI SBPA TANPA PERLU TUNGGU KENAIKAN GAJI TAHUNAN...

kenapalah dasar kenaikan gaji macam ni..slowlah...

Tanpa Nama berkata...

best lagi jawatan PTD..boleh bertugas dibawah org2 politik..jadi pegawai khas kepada menteri,setiausaha sulit kepada menteri...waaahh...mcm berkhidmat di atas kayangan...heheh

Tanpa Nama berkata...

best lagi jawatan PTD..boleh bertugas dibawah org2 politik..jadi pegawai khas kepada menteri,setiausaha sulit kepada menteri...waaahh...mcm berkhidmat di atas kayangan...heheh

Tanpa Nama berkata...

best lagi jawatan PTD..boleh bertugas dibawah org2 politik..jadi pegawai khas kepada menteri,setiausaha sulit kepada menteri...waaahh...mcm berkhidmat di atas kayangan...heheh

Tanpa Nama berkata...

geng2 ptd ni nampak mcm bodoh....tapi bila tengok mcm ni rupanya semakan skim gaji sbpa....memang confirm BODOH!
---------------------------------
aku cukup setuju dgn kenyataan di atas! nama pun semakan skim gaji PA tapi sifir gaji (lampiran C)x mau edarkan, lepas tu PA kena buat opsyen! apa ke bangang punya keputusan ni.....!

Tanpa Nama berkata...

masa korang naik 25-35% ko diam..bila gred atas naik skit ko bising...akai ada ka...pro and contra la bro...

mamut berkata...

macam ni sistem SBPA ....contoh sekarang gaji 2000 gaji naik pada 2012 ialah 2100 kemuadian 2100 itu rujuk kepada sistem SBPA yang mana terhampir bukan kurang tapi lebih contonya 2160...pada 1 jan kenaikan akan berlaku lagi pada tangga berikutnya tengok sebanyak mana kenaikan diumumkan contoh gred 41 akan naik 230 so 2160 + 230 = 2390 itulah gaji anda pada 2012...kiralah sendiri banyak mana naik...yg pasti lebih 200..apa-apahal baca dan lihat sendiri sebelm buat tohmahan yang tak begitu cerdik..x tahu kaedah sebenar...tembak meraban...

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan komen yg dicatatkan di blog ni ada yang tak baca pekeliling sebab tu tak nampak naik gaji ke tak naik. Gaji akan dinaikkan satu tangga dalam SSM dahulu kemudian diletakkan gaji yg sama atau terdekat dengan skim SBPA iaitu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa....kemudian dinaikkan ikut pergerakan gaji tahunan pada skim SBPA pada tahun 2012 ertinya ada kenaikan la tu....

Contoh:- Gred 41 T9(2728.35)..dinaikan satu mata gaji ke T10(2820.19) dalam SSM...kemudian dipindahkan ke Jadual Gaji Sebaris (SBPA) T5(2835)...lepas tu kenaikan gaji tahunan 2012 ke T6(3060)...semua skim pun sama cara pengiraannya...

Harap2 dapat membantu...info yg diberikan...

Tanpa Nama berkata...

klo juruteknik jd 27..TA 29?
dh tu sijil & dip sama taraf la? maksudnya JT kanan (32) leh arah TA 29? malang sungguh nasib TA yer..
camne klo jabatan tuh de TA 29 & JT 27..sape jd ketua?

bigshow berkata...

wahai ek mamut oi....
hang kate hang pandai....
hang kira macam mane....
lampiran C pun JPA tak kuar kan lagi....
hang dah dok kira2....
yang pasti....
kalu sistem nie tak memenuhi citarasa PA....
silap2 haribulan parlimen Putrajaya pun akan dikalahkan....
just look n see........

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan komen yg dicatatkan di blog ni ada yang tak baca pekeliling sebab tu tak nampak naik gaji ke tak naik. Gaji akan dinaikkan satu tangga dalam SSM dahulu kemudian diletakkan gaji yg sama atau terdekat dengan skim SBPA iaitu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa....kemudian dinaikkan ikut pergerakan gaji tahunan pada skim SBPA pada tahun 2012 ertinya ada kenaikan la tu....

Contoh:- Gred 41 T9(2728.35)..dinaikan satu mata gaji ke T10(2820.19) dalam SSM...kemudian dipindahkan ke Jadual Gaji Sebaris (SBPA) T5(2835)...lepas tu kenaikan gaji tahunan 2012 ke T6(3060)...semua skim pun sama cara pengiraannya...

Harap2 dapat membantu...info yg diberikan...
_______________________________

betul naik diberi satu tangga kedepan dalam ssm.. tapi kenaikan gaji ke sbpa 2012 adalah mengikut pegerakan gaji tahunan..kalau pergerakan gaji oktober..lambatlah rasa kenaikan dalam sbpa..

senang cerita yang menerima pergerakan gaji januari rasalah pergerakan sbpa..yang lambat tu..tunggu jelah

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan komen yg dicatatkan di blog ni ada yang tak baca pekeliling sebab tu tak nampak naik gaji ke tak naik. Gaji akan dinaikkan satu tangga dalam SSM dahulu kemudian diletakkan gaji yg sama atau terdekat dengan skim SBPA iaitu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa....kemudian dinaikkan ikut pergerakan gaji tahunan pada skim SBPA pada tahun 2012 ertinya ada kenaikan la tu....

Contoh:- Gred 41 T9(2728.35)..dinaikan satu mata gaji ke T10(2820.19) dalam SSM...kemudian dipindahkan ke Jadual Gaji Sebaris (SBPA) T5(2835)...lepas tu kenaikan gaji tahunan 2012 ke T6(3060)...semua skim pun sama cara pengiraannya...

Harap2 dapat membantu...info yg diberikan...

______________________________

betul tu.. cuma ada yg tak faham ingatkan takde kenaikan gaji langsung.. cuma kenaikan itu ikut pergerakan gaji tahunan macam biase.. contoh kalau bulan Julai barulah bergerak naik satu tangga ikut gaji sbpa yg baru.. beza jumlah kenaikan dr ssm dulu itu la dimaksudkan kenaikan 7-13 %..

Tanpa Nama berkata...

sepatunya

SSM dibagi satu anak jagi kedepan and bila masuk sbpa diberi lagi satu kenaikan gaji anak tangga dalam sbpa..tanpa perlu menunggu pergerakan gaji tahunan

Tanpa Nama berkata...

mungkin gred 29 xde power mcm dlu dh..convert jd teknisyen gayenye..
no bossy TA..sama2 kuli..persatuan TA x kuat.JT gak kuat.muahahahaha..x sabor tnggu teknisyen kanan gred 32 suh gred 29 wt keje..dunia spt roda..dlu 29 d atas..skrng 22 diatas..tnggu..

Tanpa Nama berkata...

J1-1

heheheheee..korang ni ade-ade je

Tanpa Nama berkata...

J1-1 (Gred 41) Engineer
J2-1 (Gred 29) Penolong Jurutera
J3-1 (Gred 27) Juruteknik

x adil teknisen sama level dgn Penolong Jurutera. Klo mcm ni, xyah study smpi diploma. Kuar ngan sijil level sama jer dengan teknisen.

Klo unit d ofis de 29 & 27..spe jd ketua ble dua2 sama level?

sy sbg Gred 29 x setuju bila Jeruteknik sama level dengan Penolong Jurutera. Sng2 jer naik gitu

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal kenaikan kecil ke besar, tapi pemindahan gaji yg tak betul, junior senior 5 tahun jadi sama gaji, mana keadilan. CUEPACS ni tunggul ke ?

Tanpa Nama berkata...

masa korang naik 25-35% ko diam..bila gred atas naik skit ko bising...akai ada ka...pro and contra la bro...

________________________________
Primat mana pulak ni !!!? Bandingkan % gaji besar dgn kecil Mesti primat PTD ni kan kan kan

Tanpa Nama berkata...

coupack tunggul kot..bkn gaji je x btol..gred EO, pemb teknik & lain2 jawatan dlm divisen B dah serupo juruteknik, pembantu veterinar, pembantu pertanian..lepas ni semua EO buat kerja macam divisen C la..sbb gaji dh sama..level setaraf..dh la divisen B ssh smbg degree..

Tanpa Nama berkata...

"SBPA SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN AWAM"

50% semangat sudah ilang. FT17 masih di takuk lama.

Apa Salahnya FT17 lulusan Sijil Poli dapat naik skit sekurang2 FT4-3.

Gara2 tiada penambahbaikan Skim ..FT jadi mangsa.

SBPA 2012... FT17 Sijil Poli sebaris dengan FT17 SPM..yang beza hanyalah pada T.


Harap2 Cuespacs Celik Mata la Skit.

Tanpa Nama berkata...

selagi lampiran C tak keluar, berbagi spekulasi dan fitnah timbul. JPA dan mereka yang merancang harus bertanggungjawab

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS perlu survey pandangan PA dulu berkaitan SBPA ni. Jgn nanti dipaksa rela terima SBPA ni dgn pelbagai isu yg mula ditimbulkan.

Tak pernah dlm sejarah JKK/SSB/SSM sistem dipertikai dgn begitu meluas.

Tanpa Nama berkata...

nasib f29 akan sama dengan Pembantu teknik j29 kalau ft17 dinaikkan ke ft27..
tidak adil jika diletakkan ft27 sama dengan f29..tanggungjawab f29 besar..kebiasaannya kerja f29 membuat analisis, merekabentuk, membangunkan sistem, maintain sistem, menyelia projek ict, pengurusan sebutharga.semua kena perah otak.kerja dah sama dengan f41.xkn ft27 just repair pc + network diletakkan sama level dgn f29 dengan gaji yang sama!!
kalau ft27 blh buat kerja yang sama dengan f29 x kesah la..
Diharap pihak berkenaan dapat mengkaji perkara ini. fikir2 la kerja gred 27 & 29 yang lain spt pembantu teknik, penolong pegawai..kerja macam 41.gred dan gaji sama dengan juruteknik..rasenye elok kalau 29 dinaikkan ke 41..

Tanpa Nama berkata...

YANG MASIH BERTIKAI LAGI TU CUBA TENGOK SURAT UNTUK TAN SRI KAT ATAS.BACA PETIKAN BAJET DAN BACA PEKELILING TU..FAHAMKAN BARU BAHAS..

Tanpa Nama berkata...

Wa sudah dapat DATUK, apa lu orang dapat, itu lu orang punya pasai looo !

Tanpa Nama berkata...

FT17 ..just repair pc + network !!!

harap maaf okay...bkn semua jabatan mcm tu.

Bila sampai memo...FT17 sila ambil tindakan. Tu aje keje FT29 and above buat.

Ingat FT17 Kuli Batak ke semua keje kena buat dalam sehari. Ke hulu - ke hilir buat keje. Tu baru dalam jabatan. Belum lagi kena wat tugas2 luar.Kadang2 lebih teruk dari Pembantu Am Pejabat.

Beza belajar Sijil Poli ngan Dip setahun atau stahun lebih je.

Beza SPM ngan Sijil Poli..2 Tahun.

Duku-Sr berkata...

Yup ..betul tu.

FT17 Sijil Poli - Kejuruteraan Elektronik & teknologi komputer.

2 Aspek tu kitaorg belajar.

1. Kejuruteraan Elektronik - Silibus Elektrik pun ada.

2. Teknologi Komputer - programming pun kitaorg belajar.


yg nie pun boleh sebaris dengan spm.

menghampakan.

Tanpa Nama berkata...

Dato

Bagimana sistem gaji baru untuk juruteknik J17 (sijil Poli) yang di naikan ke JA3-1 yang sama dengan gred 27, sekiranya mereka mempunyai Diploma. adakah berdeza tangga gaji nya..

Contoh kita lihat pengambilan untuk gred 27 dahulu.

Syarat Lantikan:


* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T1 RM1204.55]; atau
* Diploma dalam bidang Seni Lukis, Seni Reka, Seni Halus, Seni Bina, Sains, Permuziuman atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5 RM1470.75]; dan
* lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ada perbezaan tangga gaji di antara lulusan STPM dengan Diploma.
Jadi di harapkan ada perbezaan di antara tangga gaji ini.

Sekian

Pertanyaan dari Juruteknik
Elektrik JA3-1
Diploma elektrik kuasa
Sijil Elektrik Kuasa
Sijil kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik Dari suruhanjaya Tenaga (PE)
Sijil Wireman Pw-4
Sijil Chargeman A4

Tanpa Nama berkata...

x semua f29 keatas gitu.tau minit ke ft17 jer.bese f29 wt kje lg berat..mcm2 kne wt.devlope,maintain,backup, sebutharga/tender, analisis, planning.kje mcm f41 dh.mana2 jabatan gitu.kalah f41 yg baru masok.x adil kalo ft17 & f29 disama level kn..beza dip ke degree 2 tahun jer..aku de degree.tp ssh dpt f41..klo f29 % ft17 nk disamakan..biar dua2 group wt benda yang sama.main sistem.baru adil..

Tanpa Nama berkata...

Saya Juruteknik elektrik juga

Tetapi saya masuk dengan sijil kolej komuniti dan ada juga rakan saya masuk dengan sijil IKM.

Kami masuk dulu gred J17 (Gaji P1T9)

Adakah kami juga tersenarai dalam Gred JA3-1

Tanpa Nama berkata...

aku pun ade sijil , ade dip dan ade degree...ssh dpt...guna sijil aje.

buat la mcm nie..pun cukup :-

SPM FT -1
SIJIL FT4-3
DIP FT2-1

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan Untuk menaik taraf Juruteknik ini perjuangan LAMA.

malah ada yang juruteknik nya sudah pun pencen dan tidak sempat merasai nikmat perjuangan mereka.

Sejak dari tahun 1984 lagi, perjuangan ini, tetapi yang naik ialah jururawat pada masa itu.

Kalau siapa nak tahu kronologi perjuangan ini sila baca blog MTSU (Kesatuan perkhidmatan Teknik Semenajung)

atau boleh google http://mtsutrg.blogspot.com/2011/03/skim-juruteknik-j17-dan-skim-penolong.html

Tanpa Nama berkata...

APA LAINNYE KEJA PENOLONG JURUTERA DENGAN JURUTEKNIK KALAU DUA-DUA SAMA PANGKAT DAN DARJAT? ADAKAH ADA ORANG SANGGUP UNTUK "DITURUNKAN TARAF" DALAM PEKERJAAN? (BILA J17 JADI J27, J29 SEOLAH-OLAH DITURUN TARAF)
MOHON SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA. JANGAN BERGADUH HANYA SEBAB PERKARA-PERKARA BEGINI

Tanpa Nama berkata...

pap dan penghantar notis tak mungkin dpt memandu secekap abg2 driver yg berpengalaman luas ..mereka adalah bekas pemandu bas ..pemandu peribadi bos2...jadi apa relevan nye suruh kami memandu pulak...kami adalh bekas 2 mat peon di syarikat swasta...nanti outstation camner...kami biasa bermotor je...contohi la syarikat swasta yg meletakkan tugas berdasarkan kebolehan dan kecekapan...bukan semua penyanyi boleh jadi pelakon...dan bukan semua ptd buleh menyanyi...contohla..ptd buleh jadi pemandu jarak jauh??? memandu melibatkan skill dan pengalaman ...setakat ada lesen...mak cik cleaner pun ada lesen...gred R3 pekerja awam kena jadi peyelamat??skim perkhidmatan tak jelas...kenapa satukan gred yg berlainan bidang....akan datang ptd akan satukan gred kami ngan tukang kebun dan makcik cleaner pulak...kesian...

Tanpa Nama berkata...

ramai yang cemburu dan ramai bersifat hasad dengki dan iri hati, bila saya melihat komen di sini.

Untuk yang tak puas hati dengan ceupacs sila isi borang masuk ahli dan bersuara ikut saluran.

Jangan menyalak tak tentu hala.

Untuk menuntut apa-apa yng kita tidak puas hati sila berpesatuan. Dan berhujah dengan bukti yang kukuh untuk menuntut hak-hak kita.

Bersuara sorang-sorang tidak memberi apa-apa kesan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan berbalah..mungkin kita boleh cari jalan penyelesaian..memang semua orang nak diambil perhatian. memang semua orang nak dinaikkan gred ke peringkat lebih tinggi. Cuma pada pandangan saya, mari kita beri pandangan untuk menambahbaik keadaan sedia ada..

Tanpa Nama berkata...

J27 tidak akan sama dengan J29..begitu juga kalau ade FT27..tidak akan sama dengan F29.. J29 dan F29 still BOSSSS....

2bz4money berkata...

Dengan adanya SBPA, kita perlu mengambil ruang untuk membuat transformasi diri dengan menjadi PA yang komited, berpengetahuan dan cemerlang.

Bagi PA yang di peringkat Pelaksana, mereka boleh berusaha menambah pengetahuan dengan mengambil kursus Diploma/Ijazah secara CBGP/sandaran. Apabila berjaya memperolehi Ijazah, PA ini boleh memohon jawatan di peringkat P&P yang mempunyai gaji asas dan insentif yang lebih tinggi.

Bagi PA golongan P&P pula haruslah berusaha untuk mencapai gred 48. Gred ini membuka dua peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi hingga ke tahap JUSA/Premier iaitu Fast Track (berkebolehan amat tinggi ) dan sebagai Subject Matter Expert (SME). Bagi mencapai taraf SME, P&P Gred 48 perlu memiliki kepakaran yang tinggi dengan memiliki kelayakan PostGrad iaitu Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD); melalui CBGP/Sandaran/Brain15.

So, inilah peluang untuk kehadapan menjana income lebih tinggi.

p/s: Hasil kiraan saya, mmg ada peningkatan 7-13% kepada mereka yg bergaji dinding yg mendpt 2 kenaikan iaitu 1 kenaikan SSM dan 1 kenaikan SBPA atas sebab KGT dilaraskan pada 1/1/2012.

Tanpa Nama berkata...

Minta pencerahan bang..camna kiraan kau.please support dng fact from pekeliling dan contoh tangga gaji

Tanpa Nama berkata...

Btl tu..yg berada d gred rendah jgn putus asa...ambik peluang utk upgrade diri n keja...amik spm...pas tu amik dip then amik degree..dlm dunia ne x mustahil cita2 utk bjaya jd mcm mereka2 yg skrg ne mjdi boss kita..yg penting usaha dan kesungguhan...Sy pun sdg bjuang utk upgrade kan diri n kejaya...Insyallah satu hri nt mereka yg memandang rendah tu akn realize kesungguhan sy...60thn tu lama lg..teda benda yg mustahil...

Tanpa Nama berkata...

peningkatan gaji memang wujud, tapi senioriti juga perlulah diambil kira.
Harapan kepada CUEPACS untuk kaji semula isu pemindahan gaji ini agar dapat kurangkan rasa terkilan PA senior.

Tanpa Nama berkata...

p/s: Hasil kiraan saya, mmg ada peningkatan 7-13% kepada mereka yg bergaji dinding yg mendpt 2 kenaikan iaitu 1 kenaikan SSM dan 1 kenaikan SBPA atas sebab KGT dilaraskan pada 1/1/2012.

_________________________________
Ada staf baru bln 10 lepas sampai dinding, untungnya dia, Inilah
satu contoh pengiraan yg tak betul. Patutnya hanya kepada mereka yg lebih setahun sja dapat

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS NI TAKDE LAMA WEB RASMI KE?
TAKKAN PAKAI BLOGSPOT JE KUTTTT..
MALU LA SKET...
NI LA PADAHNYA CUEPACS TAKDE PAKAR IT. AMBIK JE JURUTEKNIK KOMPUTER JADI PRESIDEN ATAU TIMBALAN PRESIDEN BARU LA MAJU. DRG NI BUKAN DARI SEGI HARDWARE JE TERER TAPI PROGRAMMING BUAT WEBSITE PUN PAKAR

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih diatas usaha pihak ceupacs dan pihak kerajaan yang sentiasa memberikan penambahbaiakan dalam sistem perkhidmatan awam malaysia.Tahniah.
Di sini saya ingin menarik perhatian pihak pimpinan ceupacs supaya memberi perhatian kepada golongan yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda tetapi masih berkhidmat dalam jawatan kumpulan sokongan/pelaksana dalam perkhidmatan awam. (Tumpuan kepada golongan yang menyambungkan pelajaran semasa dalam perkhidmatan di mana pegawai ini terikat dengan pinjaman PTptn dan lain-lain).

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pasti komen ini dapat membantu pencerahan dalam menilai ada sedikit kepincangan dalam pergerakan gaji tahunan dalam SPBA.

Contoh yang akan diberi ialah dalam bidang tugas pendidikan (sample ialah yang sedang memegang Gred DG44).

Jadual Gaji SSM (Gaji Lama)
P1T3 - RM 3283.55
P1T4 - RM 3433.83
P1T5 - RM 3584.11
P1T6 - RM 3734.39

Jadual Gaji SBPA (Gaji Baru) seperti terdapat dalam Lampiran C
P1T3 - RM 3485
P1T4 - RM 3735
P1T5 - RM 3985
P1T6 - RM 4235

Syarat menerima gaji SBPA ialah :
1- Gaji asal pada gred SSM dianjak satu anjakan
2- Tentukan gaji di atas paling dekat atau sama dengan gaji SBPA
3- Kemudian buat satu anjakan lagi pada gaji SBPA

Saya ambil 2 orang guru sebagai contoh :
Guru X - pada tangga P1T3 (RM 3283.55)
Guru Y - pada tangga P1T5 (RM 3584.11)

Patuhi syarat (1) akan jadi :
Guru X - P1T4 (RM 3433.83)
Guru Y - P1T6 (RM 3734.39)

Patuhi syarat (2) akan jadi :
Guru X - P1T3 (RM 3485)
Guru Y - P1T4 (RM 3735)

Patuhi syarat (3) akan jadi :
Guru X - P1T4 (RM 3735)
Guru Y - P1T5 (RM 3985)dan inilah gaji terkini untuk tahun 2012 dalam SBPA

Perkiraan semula :
Guru X : RM 3735 - RM 3283.55
iaitu kenaikan sebanyak = RM 451.45
dan sekarang berada pada P1T4

Guru Y : RM 3985 - RM 3584.11
iaitu kenaikan sebanyak - RM 400.89
dan sekarang berada pada P1T5 sahaja.

Tuan/puan sendiri buat kesimpulan siapa yang lebih untung. Senior atau junior ?

Terima kasih kerana membaca.

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan prinsip dan contoh di atas:

Pegawai A B C D
Gaji Asal 2413 2511 2609 2904
Gaji Baru 2710 2710 2710 3020
Kenaikan 297 199 101 116
% Kenaikan 12 8 4 4

Bukankah prinsip pemindahan gaji seperti yg di terangkan adalah tidak kurang dari satu kenaikan gaji?? C dan D akan ke 3020?

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pasti komen ini dapat membantu pencerahan dalam menilai ada sedikit kepincangan dalam pergerakan gaji tahunan dalam SPBA.

Contoh yang akan diberi ialah dalam bidang tugas pendidikan (sample ialah yang sedang memegang Gred DG44).

Jadual Gaji SSM (Gaji Lama)
P1T3 - RM 3283.55
P1T4 - RM 3433.83
P1T5 - RM 3584.11
P1T6 - RM 3734.39

Jadual Gaji SBPA (Gaji Baru) seperti terdapat dalam Lampiran C
P1T3 - RM 3485
P1T4 - RM 3735
P1T5 - RM 3985
P1T6 - RM 4235

Syarat menerima gaji SBPA ialah :
1- Gaji asal pada gred SSM dianjak satu anjakan
2- Tentukan gaji di atas paling dekat atau sama dengan gaji SBPA
3- Kemudian buat satu anjakan lagi pada gaji SBPA

Saya ambil 3 orang guru sebagai contoh :
Guru X - pada tangga P1T3 (RM 3283.55)
GURU Z - PADA TANGGA P1T4 (RM3433.83)
Guru Y - pada tangga P1T5 (RM 3584.11)

Patuhi syarat (1) akan jadi :
Guru X - P1T4 (RM 3433.83)
GURU Z - P1T5 (RM 3584.11)
Guru Y - P1T6 (RM 3734.39)

Patuhi syarat (2) akan jadi :
Guru X - P1T3 (RM 3485)
GURU Z - P1T4 (RM 3735)
Guru Y - P1T4 (RM 3735)

Patuhi syarat (3) akan jadi :
Guru X - P1T4 (RM 3735)
GURU Z - P1T5 (RM 3985)
Guru Y - P1T5 (RM 3985)dan inilah gaji terkini untuk tahun 2012 dalam SBPA

Perkiraan semula :
Guru X : RM 3735 - RM 3283.55
iaitu kenaikan sebanyak = RM 451.45
dan sekarang berada pada P1T4

Guru Z : RM 3985 - RM 3433.83
iaitu kenaikan sebanyak - RM 551.17
dan sekarang berada pada P1T5

Guru Y : RM 3985 - RM 3584.11
iaitu kenaikan sebanyak - RM 400.89
dan sekarang berada pada P1T5 sahaja.

Tuan/puan sendiri buat kesimpulan siapa yang lebih untung. Senior atau junior ?

PERSOALAN SAYA
BETUL KE KIRAAN SY TU?KLU BETUL MAKNANYA GAJJI CIKGU Z AKAN KEJAR CIKGU Y...JUNIOR SAMA NGAN SENIOR?

Terima kasih kerana membaca.

Sabtu, Disember 10, 2011 10:49:00 PM

-----------------------------------
COPY, PASTE & EDIT

Tanpa Nama berkata...

so, nak sign ke tak if i DG41 as of 2007, skang dah 5 years berkhidmat? P1T7 ke 8 la kot? kalu SBPA i kat mane/dpt berape? help help...Jasamu dikenang :)

p/s elaun2 masih kekal kan? or tadek lgsung? huhu...

Tanpa Nama berkata...

so, nak sign ke tak if i DG41 as of 2007, skang dah 5 years berkhidmat? P1T7 ke 8 la kot? kalu SBPA i kat mane/dpt berape? help help...Jasamu dikenang :)

p/s elaun2 masih kekal kan? or tadek lgsung? huhu...

--------------------------------

terpulang pd u nak sign ke x..
klu skrg p1t7..2012 sbpa 2600

klu skrg p1t8..2012 sbpa 2825

elaun smua kekal..tp elaun bisp(klu u dpt) ditambat pada gaji skrg disember 2011..

maksudnya klu gaji u skrg p1t7 2238..bisp u 5% x 2238..

hrp faham..sbpa bagus utk long term..time based 25 tahun dah dg54

Tanpa Nama berkata...

bukti nyata pemindahan gaji ada masalah. Mungkin ada kes yang lebih ekstrem dari contoh2 di atas. Tak sign salah, nak sign salah, segalanya jadi serba salah.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya masa merancang SBPA ni, JUSA2 dan primier2 ni dok sibuk pikir apa hang dapat, berapa aku dapat. Satu hak kau satu hak aku,
Lupa lah pulak nak teliti betul2 orang bawah punya gaji

Nasib koranglah, aku dapat naik 5k

IT@Guru berkata...

bagi yang musykil pasal gaji boleh ke blog saya untuk sifir gaji DG dan N.
it-tech-mania.blogspot.com

IT@Guru berkata...

bagi yang musykil pasal gaji boleh ke blog saya untuk sifir gaji DG dan N. Memang betul junior lebih untung daripada senior.
it-tech-mania.blogspot.com

IT@Guru berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IT@Guru berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

so, nak sign ke tak if i DG41 as of 2007, skang dah 5 years berkhidmat? P1T7 ke 8 la kot? kalu SBPA i kat mane/dpt berape? help help...Jasamu dikenang :)

p/s elaun2 masih kekal kan? or tadek lgsung? huhu...

--------------------------------

terpulang pd u nak sign ke x..
klu skrg p1t7..2012 sbpa 2600

klu skrg p1t8..2012 sbpa 2825

elaun smua kekal..tp elaun bisp(klu u dpt) ditambat pada gaji skrg disember 2011..

maksudnya klu gaji u skrg p1t7 2238..bisp u 5% x 2238..

hrp faham..sbpa bagus utk long term..time based 25 tahun dah dg54

-----------------------------------
ok, i fhm. now i re-check kat slip, i dh p1t8 rupenye... u r smart!
tq smart;)
i can sleep soundly.

p/s mcm tau2 je i got bisp. even 5% tp i bersyukur tau. so, i will sign.
-n-

Tanpa Nama berkata...

NIE DIA YG KORANG TUNGGU!!!!SLIDE SHOW JPA BERKENAAN KENAIKKAN DAN TANGGA GAJI BARU!!SELAMAT MENGIRA GAJII!!!!

http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru

Tanpa Nama berkata...

Dah ada ke lampiran C utk guru?Kat mana? Penting ni....

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2006

Bln Okt ->Gred F32 gaji = P1T1 RM2171.22.

Bln Nov ->Naik pangkat F41 = P1T9 RM2290.19.
-----------------------------------
Tahun 2007 Julai(Kenaikkan gaji SSM)

Bln Julai -> Gred F32 gaji = P1T1 RM2714.03

Bln Julai -> Gred F41 gaji = P1T9 RM2633.73

Kenaikkan tahunan F32 - RM 98.31
Kenaikkan tahunan F41 - RM 91.44

*naik pangkat tapi gaji lagi sikit pulak... kenaikkan tahunan F32 lagi tinggi dari F41..... boleh SABAR lagi.........

---------------------------
Tahun 2011

Gred F32 = P1T7 RM 3303.89

Gred F41 = P1T14 RM 3092.93

*Kengkawan yang masih lagi di gred F32 lebih tinggi dari saya yang dah naik F41.......... boleh SABAR lagi.................

----------------------------

Tahun 2012

Selepas SBPA

Gred F32 = P1T6 RM3510
Gred F41 = P1T7 RM3285
Beza RM225

* kalau macam ni dah TAK BOLEH SABAR...............

kalau macam nie lebih baik x payah naik pangkat.......belajar susah susah... pulak tu nak naik pangkat bukan senang.. interview beberapa kali baru dapat... dah dapat naik pangkat tapi gaji makin ciput... ape kesss nieeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

betul naik diberi satu tangga kedepan dalam ssm.. tapi kenaikan gaji ke sbpa 2012 adalah mengikut pegerakan gaji tahunan..kalau pergerakan gaji oktober..lambatlah rasa kenaikan dalam sbpa..

senang cerita yang menerima pergerakan gaji januari rasalah pergerakan sbpa..yang lambat tu..tunggu jelah
-----------------------------

oktober 2011 kan baru je naik gaji.. mmg lambat lagi..

mamut berkata...

wahai big show...sy tulis berdasarkan fakta yg ada di tangan saya...tu la kita menulis biar ada betul baru kita boleh buat penilaian...sesetengah org dah dapat slide JPA tu..mungkin ada org dedahkannya...carilah. lambat laun jabatan tuan akan memberi taklimat kpd tuan..jika tuan tidak bersetuju dgn SBPA . tanda tangan tidak menerima opsyen. jgn dengar cerita orang baca. renung. dan nilai sendiri...ok.

mamut berkata...

Upahan yang dibayar hendaklah mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan.
Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin bertambah upahan yang diterima.

Tanpa Nama berkata...

memang ada naik gaji..tapi sikit je...tengok pada heboh tu macam naik 2,3 ribu ringgit. kalau setakat naik 50, 60 puluh baik diam je...kene kencing lagi..

Tanpa Nama berkata...

gila ko nak naik 2,3 ribu....mana ada boleh buat macam tu...kat indon bolehlah naik ribu2...ko tukar ngan rupiah la...

Tanpa Nama berkata...

bodo...

Tanpa Nama berkata...

Penolong Jurutera sama level dengan Juruteknik? apa kess!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada Penolong Jurutera.
Anda jangan keliru ,kamu tetap menyelia Juruteknik t.biasa hingga t.tertinggi.Ini adalah kerana pada tahun 2012 gred yang digunapakai adalah J1-....,J2-.... dan J3-....
Gred 41,29,27,17 dah tak ada.
J1-1 (Gred 41) Engineer
J2-1 (Gred 29) Penolong Jurutera
J3-1 (Gred 27) Juruteknik

Tanpa Nama berkata...

FT17 ada kelulusan sijil kej elektronik komputer & DiPloma Kej Elektronik Komp. Politeknik. Masih dlam jawatan FT17. Mohon F29 belum dapat, mungkin 3 thn lagi tunggu penyusunan semula oleh jpa

Tanpa Nama berkata...

Cuba renungkan pengiraan untuk dua orang guru ini. Kedua-dua adalah di DG41

Guru A
Ditangga P1T22 gajinya RM3894.45 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Guru B
Ditangga P1T23 gajinya RM4044.73 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Gaji guru A dan B sudah sama selepas penyelarasan gaji dibawah SBPA - mana ada logiknya.

IT@Guru berkata...

kepada

Tanpa Nama berkata...

so, nak sign ke tak if i DG41 as of 2007, skang dah 5 years berkhidmat? P1T7 ke 8 la kot? kalu SBPA i kat mane/dpt berape? help help...Jasamu dikenang :)

p/s elaun2 masih kekal kan? or tadek lgsung? huhu...


-----------------------------------
cara mengira gaji SBPA anda seperti berikut

anda sekarang
DG41 P1T8 RM2329 so naik 1 tangga lama P1T9 RM2419

kemudian naik ke gaji SBPA terdekat DG 1-1 T4 RM2600

Seterusnya jika pergerakan gaji tahunan anda Januari so pada
1 januari 2012 gaji naik lagi ke DG 1-1 T5 RM2805.

bagi yang PGT April maka April 2012 baru dapat T5.

elaun semua sama
BISP tak pasti tapi Guru BI rasanya confirm ada BISP. Math & Sains mungkin dah xde.

blog saya
it-tech-mania.blogspot.com

IT@Guru berkata...

kepada

Tanpa Nama berkata...

so, nak sign ke tak if i DG41 as of 2007, skang dah 5 years berkhidmat? P1T7 ke 8 la kot? kalu SBPA i kat mane/dpt berape? help help...Jasamu dikenang :)

p/s elaun2 masih kekal kan? or tadek lgsung? huhu...


-----------------------------------
cara mengira gaji SBPA anda seperti berikut

anda sekarang
DG41 P1T8 RM2329 so naik 1 tangga lama P1T9 RM2419

kemudian naik ke gaji SBPA terdekat DG 1-1 T4 RM2600

Seterusnya jika pergerakan gaji tahunan anda Januari so pada
1 januari 2012 gaji naik lagi ke DG 1-1 T5 RM2805.

bagi yang PGT April maka April 2012 baru dapat T5.

elaun semua sama
BISP tak pasti tapi Guru BI rasanya confirm ada BISP. Math & Sains mungkin dah xde.

blog saya
it-tech-mania.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

macam-macam skim, dari SSB hingga terbaru SBPA, ramai PA dah berijazah hingga master 6-7 tahun masih di takuk lama, tak dpt diselesaikan, ape cite beb..!! PRU-13 penentunya..

Tanpa Nama berkata...

semalam sy ada buka laman cuepacs. teruk orang ptd dan kerajaan kena hentam.Bahkan ada yg nak tukar kerajaan. itu dah teruk sgt la... saya ingin bagi cadangan penetapan gaji. di jgs. kenapa tak dipindahkan sj tangga gaji jgm contotnya t6 di jgm ke t6 di jgs. bagi yg berada di P2 @ P3 letakkan di gaji berhampiran di tangga jgm P1 , kemudian tentukan tangga gaji yang sama di jgs. Baru la peg. awam tak marah kerana tak munasabah langsung orang yg berada di tangga gaji berbeza d jgm tapi jadi tangga gaji yg sama di jgs.Ini menafikan hak pegawai senior. sudahlah pegawai baru cepat naik pangkat contohnya hanya 8 thn d dg41 dan 8 thn di 44. mereka yg berkhidmat lebih 16 thn tak dapat lagi naik dg48 dan gaji pula akan sama dengan orang yg di bwah setangga dari mereka. itu tak adil namanya.. Cuba fikir...

Tanpa Nama berkata...

KEPADA IT@GURU

DG1-1 T5 2825...BUKAN 2805

BISP UTK GURU MATH,SC & BI DITERUSKAN SEHINGGA PROSES PNP MASIH DLM DWI BAHASA..HARAP MAKLUM

DAN KEMUNGKINAN GURU BM JUGA AKAN DPT BISP..BLUM PASTI

Tanpa Nama berkata...

KAMI WARGA J TELAH LAMA MEMPERJUANGKAN KENAIKKAN!!BEBERAPA MESYUARAT DAN PERJUMPAAN DILAKUKAN DAN TIAP KALI IANYA GAGAL!!ALHAMDULLILAH AKHIRNYA KALI INI PERJUANGAN KAMI DIMAKBULKAN!!JADI KEPADA YANG LAIN BERUSAHA LA DULU!! JGN PANDAI MELALAK XTENTU PASAL!!MINTA DGN CARA BETUL DAN IKUT PROSEDUR DAN JGN LA DENGKI ATAS PERHATIAN KEPADA WARGA J DAN G YANG TELAH LAMA PERJUANGKAN MELALUI PERSATUAN KAMI!! TERIMA KASIH TAN SRI!!

Tanpa Nama berkata...

Persatuan gred 29 x sekuat gred 17..mungkin gred 29 berasa selesa dengan gred 29, 32, 36, 38..korang tunggu gred 17 yang dh dinaikkan gred 27 akan naik ke gred 36..kau orang2 29 akan bekerja dengan bekas 'anak buah' sendiri..(dulunya gred 22..skrng 32)..apa kata korang belajar tinggi2.smpi master.mntk 41.

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat FT17 je mempertikaikan...W17 ada sijil politeknik pun pertikai juga..sama je kelayakan sijil poli..apasal tak naik W3-1

Tanpa Nama berkata...

Salam...!

Gaji nak besar... Hendak buat sifir gaji sendiri... tak percaya pada mereka yang merangka gaji kita???

Fikir secara logik dan rasional {semasa sekolah dan belajar dahulu}
a.apakah yang kita sudah buat? Kita belajar bersungguh-sungguh atau bersantai-santai?

Fikir secara logik dan rasional {semasa bercakap dengan anak-anak}
Adakah kita akan berkata:
a. Anak ayah... anak mama, belajar betul-betul, esok boleh kerja pangkat besar... gaji besar ... hidup senang, atau
b. Anak ayah... anak mama, belajar main-main ya, nanti boleh dapat kerja pangkat rendah tapi gaji besar... hidup senang.

Fikir secara logik dan rasional:-
{Hendak buat sifir gaji sendiri}
Cuba berhenti daripada PA dan berniaga. Tapi jangan jadi PA tapi sibuk berniaga.

Fikir secara logik dan rasional:-
Adakah kita udah terantuk baru hendak terngadah?

Fikir secara logik dan rasional:-
Adakah wajar dicontohi si pemandu kereta yang ingin memajukan akademik, hidup dan kerjaya?

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

kalau tulis tu biarlah bagi org mudah faham...kalau nak bermadah, bergurindam tolong masuk blog lain....di sini bukan tempatnya. ADA FAHAM!!

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM, KALAU ANDA BERCITA-CITA TINGGI MELANGIT MAHU JADI JUUTAWAN KAEDAHNYA... MAKA, JANGAN MAKAN GAJI. SILA MENJADI USAHAWAN.
~~HENDAK SERIBU DAYA...MALAS KERJA NAK GAJI BESAR SAJA, JGN MIMPI. NI GAJI BESAR2 NAK BUAT LOAN JE TAHU..HIDUP LA MENGIKUT KEMAMPUAN.

KEPADA YANG RASA TERANIAYA, APABILA KITA MUHASABAH DIRI, ADAKAH TERLALU DAHSYAT KEKURANGAN INI? KALAU SGT TIDAK WAJAR, MOHON DIBAIKI. ITU SAHAJA. SEKIAN & SELAMAT BERJASA.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres


2011/12/11
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.
"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini, hari ini.

Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

"Tidak perlu tergopoh-gapah untuk segera tandatangan borang opsyen terima skim baru itu sebelum mendengar dengan teliti apa yang terkandung dalam skim itu," katanya.

Omar berkata, terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Disember ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.
Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.

Omar berkata, kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam.

"Jumlah penjawat awam di Malaysia ini besar dan perlu ada wakil sebagai senator di Dewan Negara," katanya.

Beliau turut meminta penjawat awam membuat keputusan rasional pada pilihan raya umum akan datang dan memilih parti yang benar-benar mampu memperjuangkan hak mereka.

Katanya, kerajaan kini banyak berjasa kepada mereka dan banyak kehendak penjawat awam sudah dipenuhi.

"Kita tidak memaksa mereka untuk memilih siapa yang mereka mahu tetapi perlu kebijaksanaan untuk membuat keputusan terbaik," katanya. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

"Jumlah penjawat awam di Malaysia ini besar dan perlu ada wakil sebagai senator di Dewan Negara," katanya.

-------

Kenyataan di atas macam ada yang tersirat wahai Ybhg Dato Omar.

Tanpa Nama berkata...

mmg la naik sampai 35% dulu.. tapi kalo spba naik 40% pada mereka yang sudah gaji besar dan 'konon' lagi besar jawatan lagi besar tanggungjawab.. mestilah orang nak bercakap.. eh betul ker orang yang berjawatan besar tu buat lebih tanggungjawab??? berjawab ler besokkk.. kerja orang dikatakan kerja dia... jawabbb dengan allah jer lah

Tanpa Nama berkata...

confirm ke kalau jadi usahawan akan jadi jutawan?.....dah pernah mencuba atau agak2 je... Ambil rasuah pun kadang2 boleh jadi jutawan juga....

mamut berkata...

Cuba renungkan pengiraan untuk dua orang guru ini. Kedua-dua adalah di DG41

Guru A
Ditangga P1T22 gajinya RM3894.45 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Guru B
Ditangga P1T23 gajinya RM4044.73 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Gaji guru A dan B sudah sama selepas penyelarasan gaji dibawah SBPA - mana ada logiknya.


tuan.....
berlaku kesilapan dalam peniraan tuan..
1. Tun tidak mengikut prosedur pemindahan gaji dlam skim SBPA
2. Tidak ada nilai gji RM4225 dalam SPBA.
3. Ada perbezaan antara dua guru tersebut..guru A pada 2012 gajinya ialah RM4400 mankala gj guru B ialah RM 4625..tq

mamut berkata...

Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaj...i yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak.

2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan.

3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai.

4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan dibawah SSM.

5. Dibawah SSM syarat lantikan minimum skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred F17, 22, 26 adalah SPM manakala calon lulusan Sijil Politeknik diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Dibawah SBPA Juruteknik Komputer diletakkan dibawah kelompok berkelayakan SPM dengan gred FT4-1, 4-2, 4-3. Manakala calon yang berkelulusan Sijil Politeknik menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu T4. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan Juruteknik Komputer diperingkat SPM masih lagi relevan. Semakan dengan SPA mendapati calon yang dilantik antara tahun 2008-2010 dibawah skim ini adalah:
Tahun SPM Sijil Politeknik
2008 705 743
2009 988 997
2010 279 292

6. Prinsip ini samalah juga turut digunapakai bagi skim-skim perkhidmatan lain seperti PT(Kew), Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Akauntan dan lain-lain.

7. Berbeza dengan skim perkhidmatan Juruteknik gred J17, 22, 26 dimana syarat lantikannya adalah Sijil Politeknik. Ini adalah anamoli yang dimaksudkan. Oleh itu dibawah SBPA anamoli ini diperbetulkan dan perkhidmatan Juruteknik digredkan semula sebagai J3-1, 3-2, 3-3 dengan syarat lantikan minimum Sijil Politeknik dan penetapan gaji permulaan T1.

8. Berhubung dengan PA yang memasuki perkhidmatan dengan kelayakan minimum SPM, Sijil Politeknik, STPM dan Diploma yang kini memiliki ijazah dan memohon untuk ditukarlantik sebagai P&P kajian terperinci sedang dijalankan kerana jawatan P&P sedia ada amatlah terhad. Kaedah seperti pencatuman dan peningkatan bidang tugas jawatan yang syarat lantikannya Diploma/STPM adalah diantara langkah untuk menambah bilangan jawatan P&P bagi membolehkan mereka yang berkenaan ditukarlantik.

Saya berharap Penjawat Awam yang terlibat memahami prinsip-prinsip perkhidmatan yang saya nyatakan ini.

Selamat majujaya untuk masadepan kerjaya PA.

dipetik drp FB KPPA.

Tanpa Nama berkata...

sbpa menurunkan semangat bekerja penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Ooohoooooooo.....
Omar gila senator pulak dahhhhhh hahahhahahahahahahahahahahhaha
pencen la omar oiiiiii

kalau ada pun wakil jadi senator, org itu semestinya bukan kau hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

dah la...jgn bertekak, tak nak, jgn la sign.mm...tadi tgk berita tgk footnote tulis cuepacs suruh tunggu. tunggu ape uncle cuepac? tak paham, so due date bile?

Tanpa Nama berkata...

tunggu Hj Omar naik senator...dah2 la tu..berehat ngan anak cucu jer lah..

Tanpa Nama berkata...

Cuba renungkan pengiraan untuk dua orang guru ini. Kedua-dua adalah di DG41

Guru A
Ditangga P1T22 gajinya RM3894.45 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Guru B
Ditangga P1T23 gajinya RM4044.73 (skim SSM) ke RM4225 (SBPA)

Gaji guru A dan B sudah sama selepas penyelarasan gaji dibawah SBPA - mana ada logiknya.

______________________________
salam, walaupun yg di atas tak berapa logik tapi saye simpulkan juga untuk menghilangkan rasa x puas hati guru lama kepada guru baru..
ikut pekeliling..
69. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG PPP kecuali dalam keadaan berikut:
69.1 PPP yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
69.2 PPP yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG PPP ditetapkan kepada TPG baru.

2012 kan ada kenaikan gaji tahunan. dlm pekeliling dah bagi tahu..tgk item 69.2. untuk yang naik terlalu banyak terutama yg junior. TPG akan ditetapkan pada satu tarikh yang baru.. mungkin dilewatkan la TPG dia. sebab dah naik banyak sangat.. baca la pekeliling betul2..i rasa ni dah adil dah ni..

Tanpa Nama berkata...

makin lama makin jelas tentang sbpa ni..

hasil perbincangan n feedback dr rakan2 sedikit sebanyak merungkaikan satu demi satu persoalan..

dr kaedah pemindahan gaji kepada persoalan gaji junior = senior semakin jelas..

terima kasih..apa2pun untuk lebih jelas sila dengar taklimat dr jabatan masing2..

untuk yg belum bernasib baik..teruskan pejuangan anda menuntuk hak masing2..

Tanpa Nama berkata...

MI-3,PR-3,PRU-13,PJ-3

Tanpa Nama berkata...

Pak Omar dok sibuk lobi senator. Lupa lah pulok pasal PA ni

Tanpa Nama berkata...

Ramai tak puashati, Pekeliling kabur tak lengkap, PA berserabut. Jika SBPA ini diterima akan melemahkan PA keseluruhannya. Ramai PA akan revenge tak puas hati. Rasuah akan meningkat nak tampong gaji yg sama junior.

SBPA tiada roh keikhlasan, Tiada kebajikan akan wujud penindasan. Sistem kuaota akan kembali. Awas kamu PA. Pengalaman SSB jadikan pengajaran. Janji demi janji diberikan namun segelintir yg pandai kipas terus-terusan maju kehadapan.

Tanpa Nama berkata...

beginilah manusia kalau tidak pandai bersyukur..ada saja yang tak puasnye...lagi2 skrg ni ramai puak pmbangkang dlm PA...ada saja yg dibangkang....tak pyhla nak tengok gaji org lain..tngok je la gaji sndiri..naik atau tidak...kalau tak setuju jgk...tak pyh sain la..

TEKONG DARAT berkata...

Sbpa ni utk buang PA...cuba baca pekeliling...baca tujuan sbpa...mana pergi kenaikan 80-320 utk mereka yg tak nak ambik opsyen sbpa?

Tanpa Nama berkata...

Isu yang saya rasa menjadi sangat busuk dan jijik ialah golongan PTD telah menggunakan kuasa dan peluang/kelebihan yang ada pada mereka untuk memastikan hanya kebajikan mereka sahaja yang terjaga dan dibela.

Cuba perhatikan Jabatan atau Kementerian mana yang PTD tidak berada dalam jawatan-jawatan utama. Semua peluang yang ada dimanipulasi secara gelojoh dan tidak patut sama sekali bagi membuka seluas-luas jawatan kenaikan pangkat kepada PTD. Adakah kerana nak masuk PTD kena melalui tapisan yang ketat dan sofistikated kononnya, maka mereka boleh bebas merompak jawatan-jawatan penting di semua Jabatan atau agensi kerajaan?

Barangkali kalau boleh dibuat kajian di kalangan penjawat awam mengenai persepsi terhadap PTD, saya yakin dan percaya dalam diam mereka sangat benci, meluat dan menyampah terhadap perkhidmatan PTD, atas kecekapan mereka yang menjajah jawatan-jawatan utama dalam skim perkhidmatan lain.

Sebagai contoh yang mudah, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, semua dibolot oleh PTD. siapa yang melantik dan meletak PTD di jabatan tersebut? PTD jugak kan? Sepatutnya jawatan tersebut patut diberi kepada golongan agama kerana nama pun Jabatan Agama, biar mereka buktikan kemampuan mereka. Begitu juga dengan beberapa kementerian/jabatan seperti kesihatan, pendidikan dan kerja raya. PTD jadi bos kepada doktor, bos kepada guru dan bos kepada jurutera. Sampai sekarangpun golongan berkenaan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Akhirnya ketidakpuasan hati golongan ini dibawa ke mana? Tentu kita dapat fikir dengan mudah sebab ianya semudah matematik dua campur dua sahaja. Saya rasa mereka tu bukan mengejar jawatanpun tapi peranan dan perkhidmatan mereka perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dengan melantik mereka menerajui Jabatan-jabatan tersebut dan bukannya PTD.

Saya tidak nafikan peranan dan sumbangan PTD, tetapi sangat tidak adil meletakkan semua PTD menguasai jawatan utama kerajaan dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan pihak lain selain PTD.

Tanpa Nama berkata...

Barangkali kalau boleh dibuat kajian di kalangan penjawat awam mengenai persepsi terhadap PTD, saya yakin dan percaya dalam diam mereka sangat benci, meluat dan menyampah terhadap perkhidmatan PTD, atas kecekapan mereka yang menjajah jawatan-jawatan utama dalam skim perkhidmatan lain.
-----------------------------------
x dinafikan kecekapan pegawai2 PTD ni....tetapi khusus dalam 'merompak dan menjajah' jawatan2 penting di kementerian serta memastikan skim M akan mendapat habuan yg paling besar dalam sebarang pelarasan dan semakan gaji serta proses kenaikan pangkat....takat tu saja!!

azzim berkata...

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.” (Riwayat At-Tirmizi)

mamut berkata...

kita kena kembali kepada ketentuan Allah terhadap kita..jika sebanyak itu rezeki..kita redha lah...kalau nak lebih kita kenalah berusaha lebih...bila terikut dengan nafsu nescaya kehancuran menanti kita...kalau asyik mengeluarkan tohmahan yang satu perkara kita tak tahu lagi itu adalah fitnah..tunggu , lihat, bermuzakarah lebih baik...itulah sebabnya...sabar itu sebahagian daripada iman....

Tanpa Nama berkata...

Siapakah pencetus tohmahan, bukankah JPA dan pegawai2 nya yg merancang SBPA. Dgn hebahan yg tak lengkap dan penuh dgn ketiodakpastian.

Komen2 yg diberi adalah sbg maklumbalas kpd pihak berkaitan agar lebih berhati-hati dlm merancang bila libatkan manusia, jgn dok pikir perut sendiri. Kezaliman perlu ditentang.

Berdiam maknanya kita setuju dgn ketiadak adilan dan pihak yg berkuas terus menjarah selagi boleh.

Fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

gaji TA 2-1 x jauh beza JT 3-1
adilkah kami dibayar gaji lebih kurang J3-1 tapi kerja dan tanggungjawab macam J1-1?
kerja TA berbeza dengan JT. TA lebih besar tanggungjawab berbanding JT. dah la kemahiran TA lama xdpt digunapakai untuk kenaikan ke J1-1. dicadangkan agar J2-1 dijumudkan di serap ke J1-1..J1-1 sedia ada diberi J1-2..baru kerja efisen sebab J1-1 yang ada berpengalaman berbanding yang baru yg tau dok ofis dan minit ke J2-1..

Tanpa Nama berkata...

SBPA akan menjejaskan keharmonian hubungan antara PA khususnya golongan senior dan junior

Tanpa Nama berkata...

komen sebelum ini "lepas ni semua EO buat kerja macam divisen C la..sbb gaji dh sama..level setaraf..dh la divisen B ssh smbg degree.. "

Bersyukurlah wahai E.O..kelayakan masuk STPM. gaji sama dengan diploma..beruntunglah..

Tanpa Nama berkata...

aku tak phm la PA tu apa EO tu apa? ni gelaran kerani pejabat ke driver? nape? nanti gj diorg beribu2 lemon ke sbb skang ciput??? ok. tanyeje, jgn maree.. mcm ni, bertmbh rajens lah mereka..yahooo

Tanpa Nama berkata...

Bkn nk kata la,tp xsume,EO setakat amik diploma entadbiran awam,bknnya susah mana pun,jgnla berlagak sgt,bising bila diletakkan sekali group stpm&sijil poli,napa tinggi sgt ke level diploma pentadbiran awam,setahu sy asas utk course civil ni add mate,fizik dlm pentadbiran awam belajar tak?even cert tp tough juga,kalo bkn dr sains stream ms spm,sakit gak la..bersyukur apa yg kita terima hari ni.ramai lg org kt luar sana ada degree holder,master phd tp keje xikut kelayakan pun

Tanpa Nama berkata...

gaji TA 2-1 x jauh beza JT 3-1
adilkah kami dibayar gaji lebih kurang J3-1 tapi kerja dan tanggungjawab macam J1-1?
kerja TA berbeza dengan JT. TA lebih besar tanggungjawab berbanding JT. dah la kemahiran TA lama xdpt digunapakai untuk kenaikan ke J1-1. dicadangkan agar J2-1 dijumudkan di serap ke J1-1..J1-1 sedia ada diberi J1-2..baru kerja efisen sebab J1-1 yang ada berpengalaman berbanding yang baru yg tau dok ofis dan minit ke J2-1..

-----------------------------
aku JT 17 ni duk site aku la driver,akula par,aku jt,aku la cc,akula ta,akula engineer,aku la segala2nya relaks jer..br jd ta dh berlagak..aparaa..dh tu rezeki jt,tu pun dh tggu hampir 26thn yg dh arwah pn ada xsempat rasai nikmat penggredan ni,belajar la kenal2 erti bersyukur,ta sekurang2nya ada peluang naik lg gaji mati TA kanan..SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140..byk sgt dh tu..bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

kepala otak kau..!! kaki temberang kau..!! kaki ampu..!! boleh blah kau..!

Tanpa Nama berkata...

begini kisahnya nasib diriku...tak henti dilanda derita..

Tanpa Nama berkata...

sapa yg kaki ampu ni?sabo2..

Tanpa Nama berkata...

bro semua...x payah la nk pening2 kepala fikir tntg SBPA ni..x kira la gaji korang sama dengan junior pun, bukan luak gaji korang 2..rezeki masing2 bro..so, xde istilah x adil..klu pandai sangat, bikin sistem gaji sendiri la kat pasar malam

Tanpa Nama berkata...

memang haram jadah JPA ni, ada ke patut dia paksa sain lepas tu kalau x sain berhenti, PRU ni aku memang nk pangkah dacing sebab JPA cancel, haram jadah yang buat SBPA ni yang untung pasti jusa jusa

Tanpa Nama berkata...

aslkum semua.....
saya ingin menarik perhatian jpa mengenai nasib gred pt n17....
bila jawatan n11 dijumudkan ke gred n17 ...pt po lama n17 still x dapat apa2 kenaikan...
tapi bila keluar opsyen sbpa still pt p/o n17 yang lama x dapat apa2....
perkataan kekananan pun dah hilang dari kamus pekeliling walaupun diwujudkan elemen bracketting....
walaupun dapat p.gaji awal tapi still dalam tahun yang sama junior dapat potong senior....
saya bagi contoh sekarang gaji saya P1T4...bila nak convert ke SBPA kita kena gerakkan satu pergerakan di sifir gaji lama dan akan menjadi P1T5 iaitu rm 1020...
BILA masuk dekat jgs dalam SBPA gaji yang terhampir ialah rm 1050....dan saya kononnya akan mendapat manfaat dalam elemen bracketting ini bila p.gaji saya akan berubah dari bulan julai ke bulan januari....
maknanya gaji saya akan menjadi rm 1145.....
tetapi member saya yang berda di P1T4 dalam SSM akan memyamai gaji saya di JGS SBPA pada bulan APRIL....
tidakkah ini adalah elemen flip flop....
selepas itu setiausaha dinaikkakn ke gred n27 apabila pegawai itu mempunyai diploma....kenapa perkara ini tidak diluaskan kepada pembantu tadbir P/o N17....
RENUNG2KANLAH...

Tanpa Nama berkata...

nampaknya EO kena berjuang sendiri...aku rasa susah jugak aku belajar Diploma Pengurusan harta...dari universiti yang kena bersaing dengan cina pula tu...tp susah nak cakap apa...banyak orang rasa adil EO diturun taraf berbanding mereka yang tak dinaikkan taraf...fuh..berjuang sendiri lah EO

Tanpa Nama berkata...

Premier I,KSN = RM50,000
Premier II,KPPA,KSP Turus 1 setara = RM45,000
Premier III KPN,PAT setara Turus 2 = RM40,000

Gaji JUSA x msk elaun =

Jusa A = Tahun max +-23,000
Jusa B = Tahun max +-21,000
Jusa C = P1t1 RM12,000 - Tahun max +-17,500
-----------------------------------
dalam keadaan laporan audit negara menunjukkan berbagai kelemahan dan salah laku dalam urusan pentadbiran kementerian mereka ini diberikan habuan yg lebih tinggi....Tahniah, Malaysia bakal mengikut jejak langkah Greece!!!

Tanpa Nama berkata...

tak payah la nak bising... kalau nak sign...sign je la... tak nak x pyh sign... kalau dok fikir mmg kita takkan puas hati.... dulu minta kerja beria-ia... semua sanggup... janji dapat kerje... rasa tak sanggup sbpa dah ada exit policy... senior tak puas hati dengan junior gaji sama banyak.... SABO je la dulu... moga2 ada pelarasan lebih baik utk senior.. BILA? tak tahu... kita doa jela... yang penting kita cuba buat kerja dengan terbaik sbb nak bagi anak bini makan.. Orang lain naik gaji byak kita sikit!!!!!! Dah tu rezeki kita syukur.... daripada tak de...

Tanpa Nama berkata...

nasib baik J2-1 tak sama taraf dengan J3-2..boleh J2-1 buat kerja sbg Penolong Jurutera + Jurutera dgn baik.kerja J2-1 dan J1-1 x jauh beza pon.gaji dan gred shj berbeza.penat J2-1 blajar Diploma + Degree di universiti dulu..kepada EO N3-1..belajarlah ke peringkat master..mntk N1-1..ramai lagi lepasan sekolah mntk N3-1..beri peluang pada dorang. guna kemudahan cuti belajar utk memajukan kerjaya

Tanpa Nama berkata...

aku JT 17 ni duk site aku la driver,akula par,aku jt,aku la cc,akula ta,akula engineer,aku la segala2nya relaks jer..br jd ta dh berlagak..aparaa..dh tu rezeki jt,tu pun dh tggu hampir 26thn yg dh arwah pn ada xsempat rasai nikmat penggredan ni,belajar la kenal2 erti bersyukur,ta sekurang2nya ada peluang naik lg gaji mati TA kanan..SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140..byk sgt dh tu..bersyukur.

-------------------------

TA J2-5 berapa kerat sgt dlm malaysia..belajar Diploma Universiti susah2.mahal pulak tuh.patot J2-1 yang dah 15 tahun keja boleh dinaikkan ke J1-1 secara automatik..bukan ke J2-4 je.kalau tidak boleh dinaikkan secara automatik, beri J2-1 kemudahan belajar ke peringkat ijazah. kemudian berikan peluang kenaikan ke J1-1 secara automatik..kerja gred 2-1 ke 2-5kebanyakan skim mmg dah hampir sama dengan 1-1

Tanpa Nama berkata...

untuk memuaskan hati semua pihak bukannya sesuatu yang senang. tahap profesionalisme dan kemantangan semua pihak hendaklah tinggi untuk mewujudakan situasi menang-menang

Tanpa Nama berkata...

susah nk memuaskn hati semua org ni,belajar2 la bersyukur,...


patot J2-1 yang dah 15 tahun keja boleh dinaikkan ke J1-1 secara automatik..bukan ke J2-4 je.kalau tidak boleh dinaikkan secara automatik, beri J2-1 kemudahan belajar ke peringkat ijazah. kemudian berikan peluang kenaikan ke J1-1 secara automatik..kerja gred 2-1 ke 2-5kebanyakan skim mmg dah hampir sama dengan 1-1

..abis yg grade degree holder Engineering tu nk campak ke mana kalo x isi post J1-1..pk la dgn akal yg waras jgn pk utk kepuasan hati kita saja,n ramai lg yg dh bertahun2 grade degree masih di post yg xsepatutnya..kalo rs nk naik,buat la parttime space utm ke,fulltime ke,nk seribu daya xnak mmg mcm2 alasan n permintaan yg pelik2..pk utk skim lain n rezeki org lain gak..

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gaji ssm (JGM) ke spba (JGS) PT N17 yg berkerja 3thn sebanyak RM79 manakala lantikan baru tahun 2011 naik sebanyak RM134. Adilkah macam ni....?

ramli sam sam berkata...

bab gaji ni saya yang tanpa paksa rela memohon berkhidmat dalam kerajaan pun tak puas hati.dalam paper tulis 7- 13 peratus.tapi dalam diam ada yang dapat double triple peratus kan.

tapi sapa la kita nak tak puas hati dengan rezeki Allah. setiap sen (nikmat) akan ditanya kemana pergi. Kalau sakit hati kat PTD ,mintak masuk PTD, kalau sakit hati kat cikgu, mintak masuk cikgu, jeles kat Doktor p blajar lagi sampai jadi doktor. Gaji petronas sampai 20 ribu sebulan, aku pun sakit hati tapi dah rezeki dia dapat keje petronas. padahal minyak tu milik semua.

kalau sikit, tak puas hati,dengan gaya bahasa yang tak macam orang bekerja untuk perkhidmatan awam, jangan sain.mudah2an tuhan mudahkan rezeki dapat kerja kat shell ke kat petronas ke, celcom ke 7 eleven ker... amin.

Tanpa Nama berkata...

bersyukur la wahai penjawat awam sekalian..kalu dah belajar tahap pmr, dapat gaji mcm spm, bersyukur la..sama la jgk, ade spm tp dapat gaji mcm sijil/diploma...nasib baik kerajaan ambik korang bekerja di sektor awam..korang ingat sektor swasta nak ke ambik yg takat ade pmr,spm je????

bersyukur la...

Tanpa Nama berkata...

Tak nak cakap banyak sebab dah tunggu sangat lama. asyik tengok rakan2 ja dipandang..harapan permintaan Cuepecs untuk menaik taraf gred N117 yang ada kelulusan Stpm ke gred N27 akan diluluskan! tersangat lah hairan kalau JPA tak luluskan. STPM tu pun setaraf dgn Diploma juga. kenapa sijil politeknik (J17) blh dinaik taraf sedangkan dorg pun guna 'SIJIL' juga. semoga anda yg bijak pandai di atas sana A D I L. kami PT di negara ni menunggu berita gembira dari presiden cuepecs!

Tanpa Nama berkata...

patot J2-1 yang dah 15 tahun keja boleh dinaikkan ke J1-1 secara automatik..bukan ke J2-4 je.kalau tidak boleh dinaikkan secara automatik, beri J2-1 kemudahan belajar ke peringkat ijazah. kemudian berikan peluang kenaikan ke J1-1 secara automatik..kerja gred 2-1 ke 2-5kebanyakan skim mmg dah hampir sama dengan 1-1

..abis yg grade degree holder Engineering tu nk campak ke mana kalo x isi post J1-1..pk la dgn akal yg waras jgn pk utk kepuasan hati kita saja,n ramai lg yg dh bertahun2 grade degree masih di post yg xsepatutnya..kalo rs nk naik,buat la parttime space utm ke,fulltime ke,nk seribu daya xnak mmg mcm2 alasan n permintaan yg pelik2..pk utk skim lain n rezeki org lain gak..

---------------------------

kn dah kata..naik pangkat after 15 tahun kerja..2-1 yang ada pengalaman lebih 15 tahun mempunyai pengetahuan luas dan cekap membuat kerja sebab kalau dah lebih 10 tahun buat benda lebih kurang sama 1-1..mau x terer..takat ijazah bkn ssh sgt pon..ada 2-1 ijazah dah pon..yg lain maybe tengah sambung..yg x smbg lg tu sebab tiada peluang jer..ada Diploma Universiti..SPM cemerlang baru leh masuk..cuma after diploma x berpeluang ke ijazah..tp pengalaman luas..kesian kami..dah la gaji sama dgn 3-1 walaupun kami penyelia kpd 3-1 hingga 3-5..kalau tahu begini..baik dulu xyah masuk U..wt SPTM pastu mntk EO..gaji sama dgn Diploma..

Tanpa Nama berkata...

JADUAL GAJI SEBARIS SBPA NI SEBENARNYA MENGUNTUNGKAN ORANG ATAS SAHAJA....
CUBA TUAN2 BAYANGKAN BILA KITA NAK BELI BARANG KEPERLUAN KAT KEDAI DIEORANG TAK TANYA PUN KITA GRED APA?.....BRAPA GAJI...SEMUA BARANG SAMA HARGA...BETUL TAK...
SO...BILA ORANG GRED 41 DAN KE ATAS NAIK GAJI TERLALU BANYAK ......BARANG PUN NAIK TERLALU BANYAK....DAPAT KE MENAMPUNG KENAIKAN GRED N17 YANG SKIT NI.....KAMI DI KUMPULAN PELAKSANA PUN TAHU NAK BELANJA IKUT KEMAMPUAN LA...TAPI KALAU KENAIKAN BARANG MELAMPAU APA YANG NAK JIMATNYA.......
MACAM OPSYEN SSM TAHUN 2002 DULU...KALAU SESEORANG PA TU BERADA DI TANGGA GAJI P1T10 DI SSB BILA SIGN JE OPSYEN SSM TETAP P1T10.....
ITULAH SEPATUTNYA DILAKUKAN DALAM SBPA NI....
KITA IKTIRAF KELAYAKAN DAN KEPAKARAN ORANG ATAS NI...TAPI KAMI YANG BERDA DI GRED BAWAH JUGA ADA KEPAKARAN DAN KEMAHIRAN....
BERSAMALAH KITA LENGKAP MELENGKAPI.....
CUBA BAYANGKAN BILA BERADA DI GRED ATAS...DAH LA GAJI BESAR...ELAUN PUN BANYAK.....DAPAT LAGI BANTUAN SARA HIDUP...LOGIK KER......
TOLONGLA PERTIMBANGKAN KEMBALI OPSYEN SBPA UNTUK KUMPULAN PELAKSANA DAN OPERASI NI......
KITA HANYA MANUSIA.....HANYA KITAB AL QURAN SAHAJA YANG PALING SEMPURNA......

Tanpa Nama berkata...

kn dah kata..naik pangkat after 15 tahun kerja..2-1 yang ada pengalaman lebih 15 tahun mempunyai pengetahuan luas dan cekap membuat kerja sebab kalau dah lebih 10 tahun buat benda lebih kurang sama 1-1..mau x terer..takat ijazah bkn ssh sgt pon..ada 2-1 ijazah dah pon..yg lain maybe tengah sambung..yg x smbg lg tu sebab tiada peluang jer..ada Diploma Universiti..SPM cemerlang baru leh masuk..cuma after diploma x berpeluang ke ijazah..tp pengalaman luas..kesian kami..dah la gaji sama dgn 3-1 walaupun kami penyelia kpd 3-1 hingga 3-5..kalau tahu begini..baik dulu xyah masuk U..wt SPTM pastu mntk EO..gaji sama dgn Diploma..

KALAU TAHU BEGINI..BAIK DULU XYAH MASUK U..WT STPM PASTU MINTAK EO..GAJI SAMA DGN DIPLOMA...

Ni ke mentaliti org yg cemerlang SPM???Org yg nk naik JA1-1..mtk maaf ckp la sekali bc komen tu dh blh agak sedikit sbyk pemikiran tu,jpa buat 15thn naik pgkat utk KUP bkn utk naik jadi jurutera,xkan tu pun xfhm..dh mmg sah2 dh JPA dh highlight yg nk masuk skim JA1-1degree holder,smbung jerla amik degree,ckp pun sng jer kan nk dptkan degree bknnya susah,tp bg sy degree kejuruteraan ni kalo fokus btl2 insyallah blh lepas,tp bknnya belajar main2 blh lepas,kalo lepas pn pointer nk kena jaga gak,kena ingat dlm goverment yg mnjd keutamaan adalah akademik bknnya pengalaman,pengalaman byk mana pn setakat ada spm,sijil,diploma mmg setakat level pelaksana jerla,kalo rs naik duk level jurutera amik degree,tu jer.goment dh but syarat ikut jer,kalo u mtk nk naik jd JA1-1 skim lain pn comfirm bising nk naik gak,dh tertutup peluang yg pemegang degree n org yg sah2 masuk guna degree comfirm bising..pk la dgn fikiran yg tenang dn waras benda ni mudah,jgn pk nk puaskn ati kita saja,manusia ni xkan puas walau diberi segunung emas,belajarla bersyukur anda akan puas..salam

Tanpa Nama berkata...

Pemegang diploma universiti yang menjawat jawatan 2-1 mmg terasa tidak berapa adil sebab gaji pemegang sijil/SPTM sama saja..walhal kerja lebih berat dari 3-1..agaknya mungkin dulu jpa nk jumud 2-1 tapi kalau dijumudkan, mana nk letak semua 2-1 nih..dicadangkan mungkin jpa boleh cari penyelesaian agar skim 1-1, 2-1 dan 3-1 dapat diselaras bidang tugas dan gaji agar sama2 berasa puas ati..ada sebahagian 2-1 dah berjaya habis degree tapi memandangkan jawatan 1-1 terhad, terpaksa still pada 2-1..

Bagi PT N4-1, disarankan agar pergi sambung belajar peringkat sijil (2 tahun) di mana2 institusi..majukan kerjaya anda.sekarang banyak IPT tawar kursus sijil..kalau x mampu pergi buat STPM..jimat + murah..duit utk belanja sekolah jer..

Tanpa Nama berkata...

sebab tu kena belajar2 erti bersyukur,susah la kalo sume perkara nk menang kita jer..lgpun SBPA ni br jer start..peringkat permulaan..br gear 1,akan ada penambah baikkan utk skim ni nanti..xkan la dlm 1 ms tu semua nk dipenuhi..belajar bersyukur..

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul sepatutnya bermula sbgi PA adalh SPM jdikn 4 pringkat je iaitu SPM,stpm/mana2 sijil,diploma Dan ijazah tu le yg sepatutnya
__________________________________

SAYA SOKONG KENYATAAN DIATAS...KERANA PMR BUKAN SIJIL,TAPI PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH.......JADI GRED 11 BERMULA LA DENGAN SPM,GRED 17 STPM/DIPLOMA ,GRED 27 IJAZAH DAN GRED 41 MASTER/PHD......BARU LA PENGANGGURAN BAGI GRADUAN DIPLOMA DAN IJAZAH BERKURANGAN.DAN PENJAWAT AWAM MEMPUNYAI PENDIDIKAN ,LGPUN IPT SEMAKIN BANYAK.

-------------------------------

saya sokong kenyataan diatas..swasta dah lama buat gitu..kalau difikir logik, mana mungkin fresh degree yang baru masuk kerja gred 1-x terus cekap buat kerja dan buat keputusan terhadap satu2 perkara..agaknya sebab itu ramai gred 1-x tak cekap berbanding 2-x, 3-x dan 4-x..dicadangkan fresh degree kena kerja dulu sebagai Gred 2-x..dah lama kerja baru ke 1-x..dengan itu keputusan yang diambil lebih baik dan matang..

Catatan ini hanya cadangan..difikir-fikirkan dan selamat berbonus..

Tanpa Nama berkata...

setakat bg cadangan blh..tp kena pk sedalm2nya implikasinya bkn setakat melibatkan 1.4juta PA yg sedang berkhidmat..malah pelajar2 yg bakal grad dr pelbagai ipt di dlm n diluar negara..

Tanpa Nama berkata...

Implikasinya:

Pengangguran kurang sebab lepasan Diploma & Ijazah senang dapat kerja

Gred 1-1 yang akan membuat keputusan mengenai halatuju ofis dapat buat pertimbangan dengan baik tanpa merepek sebab belajar master dan ada pengalaman kerja

Kakitangan awam berpelajaran tinggi dan ramai yang educated walaupun berada dalam peringkat pelaksana (2-1) sebab grad degree

Tingkatan 5 tidak dianggap tahun terakhir bersekolah..Sekurang-kurangnya mesti sambung Tingkatan 6

Lepasan SPM yang resultnya tak berapa baik lebih bersemangat Wira & Waja untuk sambung sijil kemahiran

Gred 4-1 sedia ada lebih bermotivasi sambung belajar ke peringkat sijil atau STPM

Tanpa Nama berkata...

Perpindahan gaji JUSA A,B,C SSM ke JUSA A,B,C SBPA adalah mengikut tanggagaji tahun ke tahun.Jika pegawai Jusa C SSM berada di T5 @ RM9480.90 akan ke T5 SBPA @ RM14,885 pada 1.1.2012. Kenaikan gaji sebanyak RM5404.10(itu baru jusa C yg atas lg bnyk)...Bagi kakitangan gred 54 ke bawah perpindahan gaji adalah diberi 1 kenaikan gaji SSM dan dipilih yg = atau lebih tinggi yg terdekat di tanggagaji SBPA...Cth gred SSM N27 P1T9 @ RM1736.95 akan diberi satu pergerakan gaji ke SSM P1T10 @ RM1803.50..GAJI SBPA yg terdekat yg lebih tinggi dari RM1803.50 ialah N3-1(SSM N27) T4 @ RM1845.00...jadi GAJI BARU SBPA pada 1.1.2012 yg diterima ialah RM1845.00(T4SBPA).Kenaikan gaji ialah sebanyak RM1845.00(SBPA) - RM1736.95(SSM) = RM108.05..Misalan klu N27 P1T9 SSM lompat mcm kaedah gaji JUSA maka akan pegi ke gaji SBPA N3-1 T9 @ RM2570(tapi kaedah ini tidak digunakan untuk gred 54 ke bawah.Hanya JUSA C keatas saja ada keistimewaan perpindahan gaji ini untuk mengkayakan lagi org yg sudah kaya)

Nota : Banyak cantik korang punya peraturan yang JUSA ke atas yg gaji dah besar blh pula korang terus lompat gaji SBPA pegi tahun yg sama dengan SSM sedangkan yg bawah gaji ciput kau bagi cara perpindahan gaji satu kenaikan gaji SSM yg terdekat dengan SBPA..igt kami yg gred 54 ke bwh ni lembu ke tak blh pikir.klu nak wat pekeliling pun biar la logik....ni nmpk sgt ..jgn benda ini smpai jadi isu politik pula nanti.. pilihanraya dah nak dekat ni...huhu

Kesimpulan : yg naik gaji ni bukan setakat penjawat awam malah menteri-menteri juga..sb tu mereka luluskan usul ini(undang2 perbekalan)jd yg makin tinggi rankingnya makin tinggi naik gaji.Sedangkan KSN pun gaji dah 50,000 x masuk elaun takkanlah menteri-menteri & bos menteri gaji lagi rendah kot..u pikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

Pengangguran kurang sebab lepasan Diploma & Ijazah senang dapat kerja

Gred 1-1 yang akan membuat keputusan mengenai halatuju ofis dapat buat pertimbangan dengan baik tanpa merepek sebab belajar master dan ada pengalaman kerja

Kakitangan awam berpelajaran tinggi dan ramai yang educated walaupun berada dalam peringkat pelaksana (2-1) sebab grad degree

Tingkatan 5 tidak dianggap tahun terakhir bersekolah..Sekurang-kurangnya mesti sambung Tingkatan 6

Lepasan SPM yang resultnya tak berapa baik lebih bersemangat Wira & Waja untuk sambung sijil kemahiran

Gred 4-1 sedia ada lebih bermotivasi sambung belajar ke peringkat sijil atau STPM
------------------------
ckp mmg senang apa saja blh buat atas kertas JPA dh buat mcm2 sistem..SSB/SSM yg terbaru SBPA still nmpak ketidakpuashatian PA..sbb apa??setiap org nk lebih dr yg spttnya,if benda tu mmg hak kita perjuangkanlah no hal.xder mslh..dn kena ingat yg ramai bising2 tu adalah golongan yg bekerja bkn setaraf dgn kelulusan,cthnya N17 tp pemegang ijazah,mana mgkin akan dpt kenaikkan ke gred lebih tinggi,kalo rs nk jaw 41 apply la post lain,sama juga dgn kes yg kelulusan diploma tp atas tiket pengalaman nk senang2 naik 41,mana blh mcmtu,sistem penggredan jpa buat dh cukup elok,just follow,tp mmg la kena senantiasa ada penambahbaikan..kalo diri hebat xkan la duduk di gred pelaksana..mtk maaf ckp la sapa2 yg terasa..of coz akan duduk di gred p&p,belajar la bersyukur,rs nk lebih smbur belajar apply jaw yg lebih tinggi,sbb ada org ckp degree sng jer..

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua orang asyik pertikaikan mengenai gaji. lebih besar pendapatan maka lebih banyak tanggungjawab. lagipun kita yang minta kerja dengan kerajaan ni. masa interview macam-macam janji. semua kerja boleh buat, gaji ok, ada pencen, dapat perubatan percuma lah dan macam-macam lagi.. kata nak kerja untuk sama-sama majukan negara.. rasanya banyak benda lain lagi yang perlu diperjuangkan macam kemudahan latihan, peluang sambung pelajaran dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

kenapa semua orang asyik pertikaikan mengenai gaji. lebih besar pendapatan maka lebih banyak tanggungjawab. lagipun kita yang minta kerja dengan kerajaan ni. masa interview macam-macam janji. semua kerja boleh buat, gaji ok, ada pencen, dapat perubatan percuma lah dan macam-macam lagi.. kata nak kerja untuk sama-sama majukan negara.. rasanya banyak benda lain lagi yang perlu diperjuangkan macam kemudahan latihan, peluang sambung pelajaran dan lain-lain.

--------------------------------
btl tu setuju sgt2..belajarla bersyukur dgn apa yg kita ada arini,ramai org kt lua sana kempunan nk masuk kerajaan xdpt.myb xder rezeki dlm sektor awam ni,bg yg dh menjawat jaw tu bekerjala dgn bersungguh2 demi utk rakyat..

amir0307 berkata...

saya ingin bertanyakan gaji sbpa bagi gred f29 pada P1T2 : RM1611.41 untuk tahun 2011

Unknown berkata...

Harapan dari pemegang Sijil Politeknik supaya skim FT,W,C Q dan yang berkaitan mengharapkan diberi taraf seperti skim J kerana kepentingan didalam satu jabatan adalah sama bergantung diantara satu sama lain. Kelulusan juga adalah sama dari Politeknik yang diiktiraf oleh JPA. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kami dari Kumpulan FT17 kenapa gred spm jer? gred J17 naik kan ke gred 27 Kami juruteknik komputer pun dalam bidang teknikal Belajar Sijil kejuruteraan Elektronik tapi sama level spm adilkah...belajar sama 2 tahun
Komputer,Semester belajar pendawaian (elektrik) Sem 2 telekomunikasi dan sem3 belajar baik pulih komputer...So bukan kah teknikal dari segi kerja pula Membaikpulih komputer,networking,risko terkena renjatan elektrik,kerja standby sampai malam maintenance server,networking,virus bukankah ini dalm bentuk teknikal.Bagi saya sudah 8 tahun bekerja sebagai juruteknik tapi keje saya diletakan dibawah unit web dan Aplikasi tugas saya sebagai pereka grafik,membangunkan laman web,backup server,maintenance server...so lagi la lari bidang Ft17 skg sy lebih kepada F29 suh JPA semak Balik Gred FT17 apa yang diorang belajar semasa dipoli dan kerja yang dibuat dengan jawatan sekarang Dari Hamba Allah yang ingin penjelasan...

Tanpa Nama berkata...

Saya Berharap Gaji Penjawat awam yang Bergred Rendah Seperti Pemandu Dan PRA di Bela Sepenuhnya yg di saran oleh cuspecs.Seperti Skim Baru SBPA ini Tolong lah saya Yg bergaji rendah Kerana Tampong berbelanja sekeluarga dan bekerja seorg saja

Tanpa Nama berkata...

supaya kami dihargai sebagai jawatan pemandu,tlg lah kami dalam keadaan ekonomi tk menentu dan kos barang makanan begitu tggi mcm kami begaji rendah gred R3 kehidupan yg sukar tmbh kehidupan di kuala lumpur

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Penolong Pegawai Tadbir N27 kelayakan Diploma diletakkan di bawah kelayakan STPM dalam SBPA dengan gred 3-1

Tanpa Nama berkata...

Salam Satu 1Malaysia.
SBPA Ganti SSM saya sokong sebab saya JUSA,N54/N52/N56/JUsa A-B-C,ini yang kami minta dengan Cuepacs tolong lawan Gaji hak kami. Skim Lain tu biar lah tidak berapa penting sangat cuma pegawai sokongan(Pelaksana sahaja)tukang buat kerja mengikut arahan kami,Jusa yang fikir dasar,fikir untuk semua bagi kemajuan satu 1malaysia.Gaji kami mesti naik dulu,golongan pelaksana duduk diam-diam lah buat kerja mengikut arahan orang atasan sahaja,gaji tidak penting yang penting kerja mengikut arahan Bos.

SBPA,

Golongan Pelaksana mesti kena hantar opsyen awal sebelum 15/1/2012,sebab gaji jusa,gred tinggi akan naik sehingga 100%,golongan pelaksana tidak payah naik gaji sebab bolih meniaga pasar malam,bawa texi,jual kain,cukup banyak cari duit luar banyak masa lagi.kami tiada masa sebab sibuk kerja hingga larut malam meting.

Dato Omar tolong cakap kepada JPA tolong jangan naik gaji Pelaksana sebab sudah ok dengan gaji sekarang.

sekian TK.

Tanpa Nama berkata...

salam, saya ft17 lulusan spm, saya cadangkan ft17 dinaikkan gred ft27 mengikut markah prestasi tahunan bukannya sijil poli shj, ini kerana dgn adanya sijil poli belum tentu ft17 cekap melaksanakan tugas. Jadi agak tidak adil bila kenaikkan gred semata2 kerana sijil poli.