SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Disember 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN BATAL 'EXIT POLICY' SEKTOR AWAM

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 18, 2011





KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs mahu kerajaan membatalkan dasar pemisah atau ‘Exit Policy’, salah satu komponen di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan ia akan merugikan kaitangan awam.

Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam, juga mengesyaki ia salah satu usaha kerajaan mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam dalam jangka panjang.

“Cuepacs mahu dasar pemisah ini dimansuhkan, kami memutuskan tidak mahu terima dasar baru ini,” kata Presidennya Datuk Omar Osman pada sidang media sempena perhimpunan dan taklimat membantah SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya khuatir dasar itu akan digunakan untuk membuang mana-mana kakitangan awam dengan memberi markah kurang 70 peratus.

Ketika kerajaan hendak melaksanakan umur persaraan wajib 60 tahun, katanya, dasar pemisah itu tidak perlu dan tidak dialu-alukan untuk membuang atau menghentikan mana-mana kakitangan.

Malah menurut beliau, dasar pemisah boleh disalahgunakan untuk mengecilkan tenaga kerja.

Pelaksanaan SBPA juga telah memansuhkan sekitar 29,000 jawatan.

Ketika diminta mengesahkan sama ada pihaknya risau ia akan digunakan untuk mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, Omar berkata, “kita nampak begitu.”

Penolakan dasar pemisah merupakan antara lima perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam, kata beliau.

Perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pertemuan dengan Cuepacs pukul 11 pagi, Khamis ini.

Kata Omar, kerajaan masih boleh membuang atau menghentikan mana-mana kakitangan yang bermasalah menggunakan cara lain termasuk merujuk kepada lembaga disiplin.

“Kita ada kaedah-kaedah lain, akujanji, perintah am dan lembagai disiplin. Mengapa hendak gunakan dasar ‘exit policy’,” katanya lagi.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider 8 Disember lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata pelaksanaan dasar pemisah tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil.

Abu Bakar berkata, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan dibersarakan di bawah sistem SBPA, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.

Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan awam buat masa sekarang.

“Jadi, ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan,” kata beliau.

Dalam penjelasan itu, Abu Bakar berkata, berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan, semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131,196 orang penjawat awam atau 10 peratus, seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas, dan ia disusuli dengan 55.6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4.3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah.

“Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1.1 peratus,” katanya.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum, guru, polis dan Angkatan Tentera Malaysia sehari sebelum itu, Abu Bakar berkata, penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian.

Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah.

“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.

“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.

“Kita kena beri mereka peluang untuk memperbaiki keadaan, dan jika masih tiada perubahan, baru akan diminta berhenti kerja,” kata beliau lagi.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbakar kampung nampak hasap,terbakar hati nye sapa nan tahu...

MOHON SAMPAIKAN PADA PM,KAMI MASYARAKAI INDIA MAHU CUTI DEEPAVALI 2 HARI....

jangan hanya cakap 1 MALAYSAI,jari tunjuk atas tapi selepas 54 tahun merdeke kami nya masih lagi terpinngiran.

KAMI MAHI HAK KAMI,JANGAN SISIHKAN MASYARAKAT INDIA...PA melayu hanya fikir pasal duit saje...sebab tu tak terma SBPA...Kami mahukan kegembiraan hari raya,tak naik gajipun kami tak ada hal.

DI MLAYSIA,KALAU RAJIN KITA BOLEH KAYA,RAMAI NYA KITA MAHU MAKAN GAJI SAJA...

pening sign opsyen berkata...

Macam mana dari segi perundangan jika saya dah sign SBPA,tapi masa saya sign saya tak didedahkan dengan maklumat yang jelas kerana lampiran c tidak disertakan bersama surat opsyen.
ADAKAH SAH PSYEN SAYA,JIKA SAYA SIGN DALAM KEADAAN TAK MENDAPAT MAKLULAMAT LENGKAP,TERTEKAN DAN SAYA SYAK ADA MUSLIHAT SELEPAS SAYA SIGN.

SEASIAPA YANG YAHU UNDANG UNDANG SILA BAGITAU..

45 ringgit saje.... berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

JPA kencing kita

Tanpa Nama berkata...

tan sri abu bakar tak takut le pasal exit policy sebab dia yg akan bagi orang markah...cuba dia juga diberi markah oleh staf dia, mesti tak mahu punya dia nak laksanakan exit policy inikan?? kan?? kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

siapa le yg buat dasar gaji hampir merapu ni? menggelikan hati je...lintang pukang...

Tanpa Nama berkata...

siapa yg asyik komplen sbpa, nanti bila dilaksanakan akan nanti mereka akan dikenakan exit policy. AWAS...

Tanpa Nama berkata...

NASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:

1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.

2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!

3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?

4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.

Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa