SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Disember 2011

ISU DZULKIFLI: KESATUAN FELDA SEDIH, MAHU TEMU PM

Malaysia Insider
December 14, 2011



KANGAR, 14 Dis – Kesatuan Pekerja-pekerja Felda (KPF) akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung isu cuti Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Setiausaha agungnya Dr Faudzuli Jaafar berkata, pihaknya sedih dengan arahan bercuti selama sembilan bulan itu kerana Dzulkifli mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman di sini, Faudzuli berkata kesatuan itu tidak pernah dimaklumkan mengenai arahan itu.

“Kami tidak tahu arahan cuti itu daripada siapa dan mengapa. Apa yang kami tahu bilik Pengarah Besar Felda kini dikosongkan,” katanya dipetik Bernama Online.

Sehubungan itu, KPF akan berjumpa Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda untuk mendapat gambaran jelas mengenai arahan itu.

Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Dzulkifli masih diperlukan oleh Felda.

“KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gaji tidak adil sesetengah kumpulan. Sebagai contoh gaji permulaan DG 41 RM 1900 kenaikan RM 300 berbanding ssm. Tapi gaji permulaan DG 44 RM 2985 naik hanya RM 3 sahaja berbanding SSM. ini menunjukkan kepala otak pegawai dekat JPA tu tak betul, ada masalah mental agaknya. Bagus Cuepacs bantah.

2bz4money berkata...

exit policy apa camni? ada tangan2 yg x nampak tu..

Tanpa Nama berkata...

isu dato zul kenapa PERKASA nak sibuk2 piket ari 2 kt balai FELDA klu untuk mmpertahankn Dato xpe gak..ini sbaliknye...klu xde kne mengena dgn FELDA jgn menyibuk la...apepuntakboleh...ntahapentah..