SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Disember 2011

CPPS LAHIRKAN KEPERIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

Bernama
29/12/2011



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.

-- BERNAMA

50 ulasan:

Revolusi Baru berkata...

ini suara org che det dah bunyi nak backing najib.

ha yea la tuh amender yg ko kaji tuh. pigi daa sama jugak

tumbang menumbang adalah perkara wajib pru13

Tanpa Nama berkata...

Nak tumbangkan kerajaan masa pru13? Lupakanlah.... masa kump sokongan dpt kenaikan 35% dulu, undi merosot teruk, kenapa? Ini kerana prestasi kakitangan awam yg teruk. So, kali ni, tak perlu lagi naikkan gaji yg byk utk pelaksana. Yg penting rakyat puashati.

Lain pula dgn JUSA. Mereka boleh tolong kerajaan dlm membuat polisi (perbelanjaan kementerian, luluskan permit, buat MyKad, dan sebagainya....)

Tanpa Nama berkata...

gred R 22(ssm)skim sbpa H 4-3 amat sedikit kenaikan berbanding skim R 11(ssm) sbpa H4-3..cuepacs tolong lah gred kami..

9hb aku masuk jel berkata...

hehe dulu bn menang pasal masih ramai pa pangkah bn

kali nih hehe kurang 36 org sahaja drp 1,4 juta pa seluruh negara yg kecewa marah n bengang. ala aku kasi tambah 2-3ratus ptd yg pangkat besar yg happy gaji n pangkat naik cepat. x sampai seribu pun yg happy kat situ

jgn lupa fail fail kes mcm lembu nfc byk . ada byk lagi fail tender fail babi etc tuh hehe

ko par tunggu apa lagi . fotostat cepat la kes kes yg ada unsur skandal n leh kasi havoc

reformasi takbir yamseng

Tanpa Nama berkata...

Salam...kenaikan gaji mendadak J17 agak mengejutkan kami sebg juruteknik komputer FT17 sepatutnya kelayakan bagi jawatan juruteknik adalah setakat SPM dan selebihnya cuma sijil dari politeknik...saya rasa sama sahaja dengan jawatan juruteknik komputer tetapi kenapa terdapat perbezaan gaji antara jawatan juruteknik awam... dan juruteknik lain dibandingkan dgn juruteknik komputer. Apa yang kami tahu skop kerja semasa permohonan di SPA amat jelas menunjukkan jawatan juruteknik komputer mestilah mempunyai kemahiran dan skill yang tinggi dan kami kena sentiasa peka dengan perkhidmatan dan operasi sistem yang terkini dan canggih. Kami nak tahu juga apa keistimewaan jawatan juruteknik awam dan juruteknik lain dibandingkan dengan juruteknik komputer sehinggakan perbezaan gaji tahunan dan gaji maksimum mereka melangkau sehingga mencapai gaji maksimum seperti seorang yang mempunyai diploma sedangkan mereka setakat sijil sahaja....Saya rasa kalau diikutkan kerja sebagai juruteknik komputer lebih lagi mencabar sebabnya perlu yang terkini dibandingkan dengan juruteknik... Kalau nak dijumudkan jumudlah tapi fikirkan untuk jawatan2 gred 17 yang lain...ada yang dipinggirkan...kalau nak naik gaji sekali pun fikirkan skop dan kemahiran kerja dulu...sepatutnya jawatan gred 17 diberikan kenaikan gaji mengikut kemahiran....contohnya diberikan elaun mengikut kemahiran masing-masing.... sebg contoh skrg jawatan juruteknik J17 dan J29 pun tiada perbezaan ketara sedangkan kenaikan gaji tahunan adalah sama iaitu RM145 (peringkat gaji utk diploma) YANG BEGITU MENGHARAP DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS UNTUK JAWATAN GRED 17 YANG DIFIKIRKAN WAJAR UNTUK KENAIKAN GAJI.....

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Apa yang saya mahukan JPA dan CUEPACS fikirkan kenapa semua kenaikan gaji kebanyakkannya berpihak kepada JUSA sahaja...sedangkan sebelum ini kerajaan mahukan meningkatkan ekonomi hidup bagi golongan sederhana...cuba fikirkan...kenaikan gaji dan pelarasan gaji yang tinggi semuanya berpihak kepada JUSA sahaja...memang saya setuju kenaikan gaji tahunan RM320 diberikan kepada mereka...bagaimana pula dengan pelarasan gaji 7% dan 13% mereka juga yang dapat...siapakah yang menjadi pelaksana kenapa sehinggakan rata2 gred yang ke atas diutamakan...sedangkan gred di tengah2 dipinggirkan seperti gred 17...fikirkan mengikut skop kerja dan kemahiran sebab kebanyakan golongan gred 17 semuanya sekarang ada sijil dan diploma ....dan kenapa pula gred
J17 pula diutamakan sehingga mencapai gaji diploma...fikirkan nasib gred 17 yang lain dan kenapa seniority sekarang tidak juga menjadi keutamaan dalam kerja sekarang....YANG MENGHARAP PEMBELAAN YANG WAJAR

Tanpa Nama berkata...

SBPA telah berjaya menunjukkan pada umum jurang pendapatan yang melangit sektor awam terutama PA gred rendah@pelaksana dengan PA gred tinggi seperti P&P 48 ke atas,Guru,Askar,Polis,PTD dan Jusa
SBPA dilihat sebagai skim gaji untuk anak emas kumpulan ini didokong oleh pembuat dasar PTD rasanya telah disokong oleh para menteri secara gelap.PA pelaksana hanya dinilai sebelah mata berdasarkan kelayakan akademik.Oleh itu golongan ini tidak layak mendapat gaji yang tinggi,hanya cukup makan sahaja.
TQ-Penganalisis Berita.

aku pun muskil cikgu ni kenapa berkata...

salam....

Betul ke saya dapat info dalam SBPA ni, yang paling untung adalah polis,tentera dan guru.

Saya dapat info kenaikan gaji guru lebih dari jawatan lain..contohnya bagi gred 32 jika jawatan lain KGT 155 setahun guru dapat lebih lagi.

Saya pun macam syak dan berprasangka juga sebab dalam banyak banyak komen yang sama baca....hanya guru yang menyokong SBPA,JPA,KPPA ....mungkin betul kut kerana mereka dah dapat lebih...

Sesiapa ada info Sila jawab dengan sopan...tanpa emosi.

Tanpa Nama berkata...

Situasi semasa menunjukkan PRU 13 tidak mungkin diadakan pada suku pertama 2012.Wpun sebelum ini diwar-warkan PM Najib dan BN ada menyatakan PRU 13 boleh diadakan bila-bila masa.Tinjauan rambang mendapati populariti PM Najib tiba-tiba merudum...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas SBPA! sebagai tanda terima kasih,kami para guru akan memberi sokongan penuh pada BN pada PRU13 nanti!
===================================

HAH ....TENGOK TU,GURU JUGA YANG SOKONG ...AKU RASA DIA ORANG DAPAT LEBIH ...mungkin betulkata aku muskil tu

Tanpa Nama berkata...

Polis dan Askar gaji diaorang 20% lebih tinggi dari mana-mana penjawat awam.Para Guru pulak telah didokong penuh oleh menteri.Betul ler tu.

Tanpa Nama berkata...

Ada yg dapat durian runtuh, Ada yang teraniayai oleh SBPA. Dijanjikan kenaikan 7-13%, realitinya ada yang dapat hanya 5% kenaikan gaji dan ada yang dapat 35% kenaikan tanggagaji. Saya tergolong dalam golongan yang rasa teraniaya..berjawatan gred UD54 tanggagaji maksima. Amat kecewa bila mndapat tawaran T1 gaji baru SBPA kerana T1 memandangkan T1 tanggagaji baru adalah yg terhampir dengan gaji maksima sedia ada.

Bersyukur kerana SBPA memungkinkan saya mendapat pergerakan gaji yang sudah lama tak bergerak sbb dah capai syiling, tetapi amat terkilan kerana junior 10 tahun dari saya mendapat kenaikan gaji 35% dari gaji sedia ada (saya hanya dapat rm200+, sedangkan junior tersebut mendapat kenaikan rm1500) kerana kami semuanya di gred 54 ini ditawarkan tanggaji T1... Terasa sia-sia keringat selama 10 tahun, pengalaman yang ada tidak dihargai..seolah2 dinilai sama dengan mereka yang baru mencecah gred UD54.

CUEPACS !! Harap masaalah kami tidak dilepas pandang...Jangan nanti bila ramai senior2 kecewa, tinggal junior yang kurang pengalaman memberikan perkhidmatan bila senior yang kecewa meninggalkan perkhidmatan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Kat pejabat saya, junior buat kerja lebih baik dari senior (kerja pejabat).

MOGOK SBPA berkata...

kepada semua Kakitangan Perkhidmatan Awam. Kepada siapa yg tak setuju SBPA, mogok akan diadakan di Putra Jaya.

TARIKH : 15HB JAN 2012
JAM : 9.00PG
TEMPAT BERKUMPUL: sekitar TASIK D PUTRAJAYA

Tentatif program:
9.00 pg -Para pemogok berkumpul diperkarangan tasik,
9.30 pg -para pemogok beramai2 berenang ketengah tasik,
10.00 pg -pastikn semua lemas.

Kesimpulan: yg tak menyertai mogok, cepat pegi sain opsyen, ari ni last day....

Tanpa Nama berkata...

DIHARAP JPA KAJI SEMUA GRED 17 YANG KELAYAKAN MASUK SIJIL POLI/INSPEN DINAIK TARAFKAN KEPADA STPM/SIJIL..

DIBERIKAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN(KGT) SETARAF DENGAN J...

CUMA BEZAKAN DENGAN GAJI PERMULAAN ITU LEBIH BAIK..

Tanpa Nama berkata...

kepada semua Kakitangan Perkhidmatan Awam. Kepada siapa yg tak setuju SBPA, mogok akan diadakan di Putra Jaya.

TARIKH : 15HB JAN 2012
JAM : 9.00PG
TEMPAT BERKUMPUL: sekitar TASIK D PUTRAJAYA

Tentatif program:
9.00 pg -Para pemogok berkumpul diperkarangan tasik,
9.30 pg -para pemogok beramai2 berenang ketengah tasik,
10.00 pg -pastikn semua lemas.

Kesimpulan: yg tak menyertai mogok, cepat pegi sain opsyen, ari ni last day....

Tanpa Nama berkata...

UNTUNG SIKIT DAN UNTUNG BANYAK,
SENIOR YG UNTUNG SIKIT, JUNIOR YG UNTUNG BANYAK.
KALAU MCM INI JUNIOR YG KU BERI PLUANG JANI SENIOR, AKU JADI JUNIOR,..TAKPA...KALAU ADA KJA BERAT2, KU PAS DGN KAU WAHAI JUNIOR...

Tanpa Nama berkata...

maaf xsemua guru dpt kenaikan yg banyak..mcm saudara2 PA yg lain juga..ada kalangan guru yg junior sama gaji dgn senior selapas terima SBPA ni..kami pun terpaksa terima mcm saudara2 juga..kalau x lagi naya...

Tanpa Nama berkata...

aku naik RM0.60 sahaja..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah..naik jgk gji.. :)

Tanpa Nama berkata...

sèronöknya berkerjaya sbg ckgu.. :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Saya rasa SBPA ini bagus..tapi ada ketidakadilan didalamnya...SBPA ibarat durian runtuh hanya kepada golongan jusa ke atas..tetapi tidak kepada gred bawahan...kenapa terjadi begitu....saya mendapat tahu gaji gred jusa ke atas naik 100% lebih...bayangkan kalau gaji jusa C RM7000 menjadi RM14,000....wow...belum campur elaun lagi tu....kalau ini memang benar...minta pihak CEUPACS runding semula dgn JPA...macam mana boleh jadi begitu...CUEPACS pun dah minta orang luar tak boleh mengetuai mana-mana bahagia...so tak payahlah nak dinaikkan gaji sebegitu rupa....kalau ada pun orang luar nak masuk...bagi gaji yang lebih untuk dia sajala...kan senang begitu...sekarang ni golongan jusa sedang berdendang sayang....siapa dia dulu untuk berdendang sayang sekarang dengan diberi keistimewaan sebegitu rupa....berpada-pada la....

Tanpa Nama berkata...

Nak tumbangkan kerajaan masa pru13? Lupakanlah.... masa kump sokongan dpt kenaikan 35% dulu, undi merosot teruk, kenapa? Ini kerana prestasi kakitangan awam yg teruk. So, kali ni, tak perlu lagi naikkan gaji yg byk utk pelaksana. Yg penting rakyat puashati.

Lain pula dgn JUSA. Mereka boleh tolong kerajaan dlm membuat polisi (perbelanjaan kementerian, luluskan permit, buat MyKad, dan sebagainya....)

...................

Kau Jangan Bongkak Bodohhhhh
Macam Siallllllllllllll

Tanpa Nama berkata...

PTD Cabuk berkata...

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat


2011/12/29
SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

===================================
Wooooo dahsyat wooooo.. Inilah kehebatan PTD di Malaysia. Bukan setakat songlap pangkat dan jawatan JUSA dan naik gaji ribu-ribu bab gaduh pun dorang hebat.. Gua kenal minah PTD ni. Minah PTD ni gred M48 kat Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran.. Mungkin Tuhan nak tunjuk ni lah akibatnya bila jawatan-jawatan kat Kementerian Pelajaran pun diorang sapu. Tu baru berkhidmat kat kementerian kalau berkhidmat kat sekolah lagi lah tekanan.. bukan setakat fail yang terbang periuk belanga kat umah tu pun terbang.. hahaha dlm blog ni ramai PTD yang kata diorang kuat mental.. ptui cakap x serupa bikin..

Khamis, Disember 29, 2011 5:20:00 PM

Tanpa Nama berkata...

kami PA menyOKONG PENUH SBPA, KPPA DAN PTD

Tanpa Nama berkata...

macamana niihh KPPA boleh bagi diskaun dgn mudah jer ... 60%, 12 bulan ? 65 -75 ... mudah dan cepat...

keputusan semudah semacam dlm kedai kopitiam ...

ini musti ada sesuatu .... cecuba siasat !!!

Tanpa Nama berkata...

Gred 54 P1T8(maximum)naik RM 167. Jawatan JUSA dh tak pencen2 sambung dan sambung lagi. Naik pulak paling sikit RM5100.
Gred 54 baru, naik RM1100 pastu sama dengan senior yang ajar dia.Ada ke Dr(kerja 25 th jd Pakar 15 th) SAMA dgn Dr(kerja 9th jd Pakar 1bulan)
Kalau senior2 ni biarkan junior buat kerja tanpa supervision dan tunjuk ajar sebab level dh sama terbarai le perut2 PREMIER dan MENTERI kena godek.
Akai mana akai.

MOGOK SBPA! berkata...

Kepada semua penentang SBPA dlm Perkhidmatan Awam. Saya 'KASIM' selaku PA yg pertama membangkang SBPA mangajak tuan puan yg tak setuju SBPA, mogok jalanan akan diadakan di Putra Jaya.

TARIKH : 15HB JAN 2012
JAM : 9.00PG
TEMPAT BERKUMPUL: sekitar TASIK D PUTRAJAYA

Tentatif program:
9.00 pg -Para pemogok berkumpul diperkarangan tasik,
9.30 pg -para pemogok beramai2 berenang ketengah tasik,
10.00 pg -pastikn KASIM sorang jer lemas.
10.30 pp -pemogok yg lain balik opis utk sambung kerja

Kesimpulan: Hapuskan penzalim dan pengkhianat dalam Perkhidmatan Awam

Tanpa Nama berkata...

patutnya kaji dulu baru diumukan. taklah pa tak rasa tertipu. cukup memalukan kerana yang buat dasar adalah orang yang cerdik2 belaka. payah2 pangkah yang lain dari BN lah. memalukan.

Tanpa Nama berkata...

SAYA YAKIN YANG MENYOKONG SBPA INI ADALAH MEREKA YANG TIBA-TIBA MENDAPAT DURIAN RUNTUH KENAIKAN GAJI YANG DIBUAT OELH JPA=JERAT PENJAWAT AWAM.

KITA BUKANNYA DENGKI KEPADA MEREKA YANG MENDAPAT KENAIKAN YANG TINGGI DAN BERBALOI. KITA BUKANNYA TIDAK BERSYUKUR. TETAPI CARA PERUBAHAN GAJI YANG TIDAK ADIL, TIDAK KONSISTEN KENAIKAN DALAM TANGGA GAJI ITU SENDIRI DAN BEBERAPA TERMA DAN SYARAT SBPA= SISTEM BODOHKAN PENJAWAT AWAM, ITU YANG MELAHIRKAN RASA TIDAK SELESA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM SEPERTI SAYA.

"Sekiranya tuan/puan TIDAK BERSETUJU menerima opsyen ini, tuan/puan akan terus kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi tuan/puan sebelum 1 Januari 2012 kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 93 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011."

ITU ADALAH SALAH SATU TERMA DAN SYARAT DALAM PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 2011. WALAUPUN SESEORANG PENJAWAT AWAM MENOLAK SBPA, NAMUN DIA TETAP TERIKAT DENGAN "perenggan 93". TIADA BEZANYA! SESEORANG PENJAWAT AWAM MASIH TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT SBPA SEKALIPUN DIA MENOLAK SBPA. MAHU ATAU TAK MAHU, TERPAKSA JUGA TANDATANGAN. TIADA PILIHAN.

HANYA ORANG YANG MENGALAMINYA SAHAJA YANG DAPAT MERASAKAN KETIDAKADILAN SBPA INI.

Tanpa Nama berkata...

Gred 54 P1T8(maximum)naik RM 167. Jawatan JUSA dh tak pencen2 sambung dan sambung lagi. Naik pulak paling sikit RM5100.
Gred 54 baru, naik RM1100 pastu sama dengan senior yang ajar dia.Ada ke Dr(kerja 25 th jd Pakar 15 th) SAMA dgn Dr(kerja 9th jd Pakar 1bulan)
Kalau senior2 ni biarkan junior buat kerja tanpa supervision dan tunjuk ajar sebab level dh sama terbarai le perut2 PREMIER dan MENTERI kena godek.
Akai mana akai.

Khamis, Disember 29, 2011 6:49:00 PM

-----------------------------------

Dear Dr UD54P1T8
Pengiraan anda silap.
UD54 P1T8 = RM6643. Di beri kenaikan gaji (virtual) bersamaan satu KGT dalam SSM : RM6643 + RM230 = RM6873. Pada 1/1/2012 anda dipindah ke SBPA pada tangga gaji tertinggi yang terdekat iaitu T1 = RM7110. Kerana anda telah berada di tanggagaji maksimum di SSM, pergerakan gaji tahunan anda di ubah ke bulan Jan setiap tahun. Oleh itu pada 1/1/2012, anda terus diberi satu KGT di SBPA ke T2 = RM7430. (selepas meeting Lembaga pergerakan gaji) Jadi jumlah kenaikan pada 1/1/2012 adalah RM7430 (SBPA T2) - RM6843 (SSM P1T8) = RM587. Peratus kenaikan = 587/6843 = 8.58%. Pada 1/1/2013 anda gerak ke T3 dan seterusnya.

BUT...saya rasa Dr UD54T8 yang senior dah sampai masa untuk naik ke GRED Khas C. Look at the bright side, at least your annual increment is MOVING AGAIN while you fight for your promotion!

Overall SBPA is good for the future specialists....it is always your juniors that will benefit most from what you have been fighting for. Do not envy them but fight for your promotion.

Tanpa Nama berkata...

Teringat lagi semasa PM Najib mengumumkan di dalam Budget 2012 pelaksanaan SBPA.
Semua penjawat awam tertanya tanya dan membayangkan yang indah-indah akan kaedah gaji sebaris tersebut.
Rupa rupanya tak seindah yang dibayangkan.
Rupanya bukan sebaris yang betul betul lurus, tetapi penuh bengkang bengkok dan berliku liku.
Entahlah...nak bising2 pun benda dah dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Teringat lagi semasa PM Najib mengumumkan di dalam Budget 2012 pelaksanaan SBPA.
Semua penjawat awam tertanya tanya dan membayangkan yang indah-indah akan kaedah gaji sebaris tersebut.
Rupa rupanya tak seindah yang dibayangkan.
Rupanya bukan sebaris yang betul betul lurus, tetapi penuh bengkang bengkok dan berliku liku.
Entahlah...nak bising2 pun benda dah dilaksanakan.

penjawat awam 27 Sarawak berkata...

ni mcm kami yg ada diploma tapi dapat gaji sama dgn STPM apa cer??? Sijil Poli lebih laku dr Sijil Diploma kami.... at list bagi lah lebih 1 tangga gaji ooooohhhhaaaaa.... bukan senang nak dapat Diploma oooooiiiiii... kami juga tak puas hati sbb BIW diTAMBAT... ooooiiii.... hak kami MANA terutamanya dr Sarawak dan Sabah???? kami kerja seberang laut ooooiiiii.... CUEPACS kena tengok jugak perkara ni....

Tanpa Nama berkata...

OLEH KERANA PM TIDAK BERTINDAK KEATS GOLONGAN JUSA YANG NAIK GAJI MELAMPAU-LAMPAU, TINGGULAH PRU 13, MCM PAK LAH DAPAT

Tanpa Nama berkata...

Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA berkata: Tuan Usop Tayup lain kali tengok le berita sikit. Baru pukul 10-11 malam kejap ni saya dah jelaskan kat channel 502 BERNAMA kenapa kerajaan meluluskan gaji PNP supaya lebih tinggi. Sebenarnya patut dinaikkan pada tahun 2008/2009 lagi tetapi ditangguhkan. Akibatnya ramai lulusan ijazah yang cemerlang tak mahu memasuki PA kerana gaji kira-kira 30% lebih rendah daripada swasta. Jadi tak kan lah nak dibiarkan berterusan begini. Bila dapat PNP yang kurang bagus pun kita komplen juga.
23 hours ago · Like · 15

-----------------------------------

Minat Bola berkata; Setahu saya yang ramai lompat gi swasta daripada kalangan doktor, accountant, engineer dan lecterur.. JUSA-JUSA (sebahagian besarnya PTD )takde la pulak lompat gi swasta dan kalau ada pun jarang-jarang malah ramai PTD yang terus berkhidmat dengan kerajaan sbb bakal jadi JUSA .. Kalau lah benar kenyataan dato KPPA gaji pnp dinaikkan tinggi untuk mengelakkan mereka melompat gi swasta mengapa kenaikan gaji doktor, engineer atau lecturer yang selalu dipancing pihak swasta jauh lebih rendah berbanding dengan JUSA-JUSA yang menikmati kenaikan gaji sehingga 80%.Kalau kenyataan dato KPPA dijadikan asas sepatutnya gaji doktor, engineer, lecturer dan acountant lah yang selalu melompat ke sektor swasta perlu dinaikkan melebihi peratusan kenaikan gaji JUSA-JUSa..
11 minutes ago · Like

===================================
KPPA vs PA dipetik daripada facebook KPPA..

Pendapat PA jauh lebih bagus daripada pendapat KPPA.

Sabtu, Disember 31, 2011 12:32:00 AM

Tanpa Nama berkata...

huhh...sememangnya dari dulu lagi rasa permarkahan tidak adil...orang yang suka sayang atasan dapat markah skt tinggi sedangkan kerja tak seberapa...dah tuu selalu mengadu sakit sana sini..peliknya orang atas layan gak...semua orang nampak...tapi apa kan daya la katakan orang yang bawah2 ni tak berdaya...Tapi saya percaya Tuhan itu adil...hasil titik peluhnya tak berhasil...menghasilkan benih yang sama dengan pokoknya yang tak bernilai...

2bz4money berkata...

Matlamat negara membangun dan ekonomi berpendapatan tinggi; tapi tidak selaras dengan kaedah penilaian yg lemah..Gomen terpaksa menanggung kos memulihrawat dan mengekalkan pegawai yg berprestasi rendah; merencatkan lagi team Pelaksana dan P&P. Tahap zon selesa yg sedang dipohon oleh CUEPACS boleh memungkinkan muflis berlaku spt Greece..

Tanpa Nama berkata...

sifir gaji yang diterima pakai di semua kementerian / jabatan sekarang adalah sifir gaji yang belum diluluskan oleh parlimen.. sebab tu ada ditulis perkataan SULIT.. bila dh diluluskan oleh parlimen, sepatutnya sifir gaji tersebut bukanlah dalam status SULIT lagi.. ia sepatutnya didedahkan kepada umum sepertimana pekeliling SSM pada tahun 2002 dan pelarasan gaji pada tahun 2007.. yang menjadi tandatanya sekarang ni ialah di mana dia sifir gaji yang telah DILULUSKAN oleh parlimen..? mungkin sifir gaji yang telah diluluskan oleh parlimen tersebut ada pindaan.... nampaknya semua PA telah kena tipu oleh JPA.... kalau masih tak percaya, cuba rujuk ke bahagian pentadbiran masing2 dalam lihat isi kandungan sifir gaji tersebut....

kakitangan kerajaan berkata...

Salah satu Isu besar yang mesti diubahsuai dan tindakan cepat ialah kaedah pemindahan gaji yang tidak SEKATA DALAM GRED YANG SAMA. ADA YANG DAPAT LEBIH DAN ADA PULA YANG DAPAT KURANG. DAN, YANG DAPAT KURANG TU IALAH KAKITANGAN SENIOR MANAKALA YANG DAPAT TINGGI IALAH JUNIOR.

TIADA KEADILAN ...TIADA KESAMARATAAN..

MANA TONGGAK 12

Tanpa Nama berkata...

Salam, apa yang saya dapati sedikit sebanyak,perubahan-perubahan yang dibuat termasuk dalam SBPA telah menyebabkan perpecahan, irihati,tidak puas hati dikalangan penjawat awam di antara skim memperlihatkan satu suasana tidak sihat dikalangan semua PA di mata orang ramai, kumpulan DG dahulunya disanjung sekarang ditempelek, sudah hilangkah penghormatan kita kepada cikgu2, bukan salah mereka namun kita perlu melihat dimana salahnya sistem kita yang menjadikan begitu, kumpulan N,F, G, W,mengutuk kumpulan J kerana apa? hanya kerja perasaan tidak puas hati kerana kumpulan J mendapat sedikit habuan lebih dalam permulaan SBPA ini,begitu juga percangahan pendapat yang melibatkan gred lagi memperlihatkan bahawa penjawat awam kini telah berpecah belah, mungkin kita semua faham bahawa tekanan hidup sekarang yang menjadikan duit itu tuhan telah mengubah kehidupan sesorang,bak kata perpatah sekarang ini ramai yang membeli baju tapi tidak melihat badan sendiri, dan inilah yang berlaku. Untuk menjadi majikan yang terbaik, JPA sebagai penaung perlu melihat semula semua ini, perlu ada penyelidikan mendalam perundingan yang jitu sebelum sesuatu perubahan itu dilaksanakan. Bersama-sama ini disertakan bberapa lagi contoh sebagai rujuna pihak JPA yang belaku dalam arahan atau kempen yang dilaksanakan dahulu namun tidak diselaraskan. Contohnya: kita melihat sesuatu dasar itu dibuat tanpa perancangan jangka panjang, banyak pekeliling baru dibuat tanpa dilihat dasar kerajaan yang telah lama diadakan contohnya dahulu ada satu dasar kerajaan untuk menjadikan rakyat malaysia 70 juta,namun sehingga kini tidak banyak arahan kerajaan untuk membantu keluarga penjawat awan yang sekarang ini mempunyai keluarga besar. Begitu juga apabila pengenalan kepada SSM penwujudan PTK, sebagai salah satu bentuk ganjaran kepada staf yang mempunyai potensi untuk naik pangkat tetapi jawatan naik pangkat tersebut adalah terhad, namun apabila diperkenalkan SBPA gaji mereka yang berpotensi dan telah lulus PTK dahulunya seperti tidak dipandang, gaji dah kembali sama,(adakah kajian telah dibuat?)begitu juga % kenaikan gaji yang memeningkan semua pihak termasuk mereka yang diberikan arahan untuk pelaksanaan, apabila staf bertanya kenapa perbezaan si A dan si B dan macam-macam lagi pegawai pelaksana akan terpinga-pinga kerana hanya JPA sahaja yang mampu menjawabnya, memperlihatkan tidak wujud penyelidikan yang teliti dibuat oleh JPA.

Namun seperti yang saya katakan tadi mungkin kerana tekanan memandangkan musim pilihanraya telah semakin hampir, menyebabkan kekalutan tanpa mengira impak sebenar yang akan dihadapi, apa yang pasti kita sebagai penjawat awam sebenarnya perlu mengetepikan politik, kerana parti mana yang memerintah adalah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, kita sebagai penjawat awam yang diberikan rezeki dalam bentuk gaji perlu berkhidmat kepada sesiapa sahaja yang dipilih oleh rakyat. Saya memohon agar JPA, melihat semua ini dari segi positif.Masa hadapan negara banyak berada ditangan Penjawat awam. mohon perubahan...

Tanpa Nama berkata...

bagi la gaji yang lebih tinggi kepada pemegang diploma tetapi menjawat jawatan 17.. boleh la bayar ptptn..

Tanpa Nama berkata...

gaji baru sbpa kenaikan bagi gred 17 tak sama rata. tak adil!! yang baru bekerja naik banyak... yang lama naik sikit...

Tanpa Nama berkata...

dapat pergerakan gaji sama je walaupun dapat 80,75,85 dan keatas, dapat cukup makan pun kira ok juga dapat juga pergerakan gaji biasa tiada bezanya dengan yang dapat 75,80,85..nilai kenaikan sama juga ..hehehe. Lainla kalau dapat 85 ke atas dapat A- dapat kenaikan RM 20, 80 ke atas dapat RM 15,70-80 dapat RM 5 perbezaan.

Tanpa Nama berkata...

Apa bezanya senior dan junior? Mananya Keadilan dan Logik akal?
(komen pada 22/12/2012 11.24am adalah berkaitan)
Kami pakar perubatan senior UD54. kami sepatutnya dah naik ke JUSA C tahun ni seperti senior 1-3 tahun pada kami yg dah dapat JUSA C 2-3 tahun lalu. tapi malang post tiada atau dibekukan. kami dah pergi macam- macam exaM kami dah  ambil. Lepas master yg melayakkan kami jadi pakar, lepas 4 tahun, ambil subkepakaran  4 tahun program dgn beberapa kali exam. sebelum pergi attachment klinikal di reputable centres oversea (UK, Australia, NZ or etc) selama setahun kami, ambil exam IETS test  (kena score all4 compoments 7 at least for each component). disamping tu kami dah pergi PTK4, 5, 6 untuk naik pangkat UD41 ke 48, dari 48 ke 52 dan dari 52 ke 54. ptk6 untuk naik JUSA tapi tak naik naik jugak. Exam apa lagi yang kena ambik? PROSPEK 1,2,3,4,5,6??? 

Junior kami yang baru 1 -2 tahun specilist terus naik ke UD54 tanpa perlu apa2 exam spt PTK2, tak perlu buat subkepakaran, tak perlu ambi IETS test. tak perlu apa-apa test pun.  bila masuk SBPA bukan grade saje sama tapi tangga gaji pun sama. Kami dari T8 ke T1 dan junior 10 tahun kami pun sama T1 skim sbpa. Masuk ke T2 bulan January 2012 lebih cepat 10 bulan saje dari Junior yg dapat T2 SBPM pada bulan October 2012) ( Anak 10 tahun sama besar ke dgn anak 10 bulan?) Mana keadilannya.  

sepatutnya gaji kami hampir sama dgn senior kami yg hanya beza 1-3 tahun dari kami dan bukannya sama dgn junior 7-10 tahun dari kami. ini tidak, gaji JUSA melambung jauh meninggalkan kami dan gaji kami diletakkan setara dgn junior kami yg masih dididik oleh kami.  bidang kerja kami lakukan adalah setara senior kami JUSA dan bukannya setara junior specilist. Sebelum kenaikan pangkat automatilk untuk junior specilist dan MEdical officer ke UD54 as was aaniuced by Najib in 2009, kami adalah pakar Perunding. selepas kenaikan automatik junior, kami turun pangkat kembali ketaraf mereka sebagai Pakar klinika biasa dan bukan lagi Pakar Perunding kerana kami semua dalam UD54. walaubagaimanapun kami tetap melakukan tugas sebagai Pakar Perunding termasuk melatih pakar pakar junior 54 dan merawat kes2 sukar dan melakukan pembedahan2 yg komplikated.

 Bila SBPA dilaksanakan,  Patutkah kami turun status kami buat kerja taraf junior atau junior yg baru setahun jagung pengalaman ni diupgradekan untuk buat kerja oleh senior sblm ni dlm SSM macam  buat komplikated surgery. nanti komplikasi siapa nak tanggung? apakah benefitnya buat subkepakaran di KKM bilamana kita perlu manage kes2 yang komplikated dan rumit tapi langsung tiada penghargaan, tapi jangkamasa kontrak dipanjangkan lagi.  Ingat jika ada satu kes mengalami komplilasi spt selepas pembedahan, saman kpd Pakar dan Hospital terlibat telah melambung hingga RM 1 juta - RM 3 juta bagi satu- satu kes. 

Bagi pihak KKM, lepas ni perlu outline apa kerja JUSA apa kerja UD54 (tanpa ambil kira UD54 junior atau senior samada ada subkepakaran atau tiada).  next year juga akan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai pakar-pakar kanan senior 54 SSM kesektor swasta. bila dah servis-servis di Hospital-hospital KKM collapsed baru nak mengelabah dan nak cuba  membetulkan keadaan, tapi yg akan untung (naik pangkat) tetaplah juga junior specialist bila senior dah keluar, tetapi yang ruginya adalah pesakit2 di hospital KKM kerana kehilangan pakar2 yg memiliki kepakaran tinggi dgn komitment yg tinggi untuk berkhidmat kpd pesakit2. jadi JPA dan KKM hendaklah melakukan sesuatu sebelum terlambat....... Kenapa pihak JPA yang membuat polisi tidak fight untuk kami sedangkan mereka bertindak spt Majikan Penjawat Awam???  Tugas kami lebih kpd fight untuk kebajikan pesakit kami di KKM....

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd

PMR masih lagi relevan

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Siapa cakap PTD kuat mental, tapi cakap tak serupa bikin, arah orang bawah kerja, tapi tak tahu apa yang diarahnya.

Lagak dengan kot sahaja, tapi knowledge `Zero' beb. Sorry kutuk sikit je bro.

Bakal Phd. berkata...

Bakal Phd.
Kepada;
Salam kesemua Rakyat/PA Malaysia!
KPPA JPA/SPA dan CUEPACS, Minta fikir-fikir pendapat keseluruhan rakyat Malaysian daripada kepentingan diri dan jangan hancurkan keamanan negara yang telah di Merdeka kan oleh pemimpin terdahulu yang hanya memperjuangkan/nawaitu untuk membantu rakyat/negara untuk maju kehadapan dan bukannya seperti kepimpinan sekarang hanya untuk kepentingan diri sendiri/hancurkan negara yang aman ini seperti sekarang.[ Cuba contohi negara yang telah dihancurkan oleh kedegilan/kerakusan/diktatoran oleh pihak kepimpinan sendiri seperti Iraq, Syria, Mesir, Algeria, Nigeria, Greece, Somalia dan lain-lain ]
Wahai KPPA JPA dimana fikiran anda dan kumpulan (36) serta kumpulan JUSA ini berada monoriti @ majoriti?
Cuba fikir-fikirkan perasaan orang yang telah lama berkhidmat dan orang-orang yang mempunyai kelulusan ijazah/master yang tiada kabel-kabel dalam jabatan/menteri yg. berkenaan tetapi masih menjawat jawatan rendah daripada kelulusan sehingga 7 - 15 tahun masih tiada peluang diberikan kenaikan pangkat? Apakah yang difikirkan oleh pihak KPPA JPA/SPA/JPM/Menteri/Cuepacs dalam mengubah dasar pelantikan jawatan/kenaikan pangkat kepada PA yang mempunyai kelulusan - fikir-fikirkan diluar dunia otak anda jangan begitu selesa dengan Pangkat yang ada hanya indah di Dunia tetapi Azab di akhirat kerana tiada keadilan dengan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat - perlu perubahan drastik masa depan jangan ambil peluang diatas kesusahan orang lain! azab juga yang menimpa kelak ! Sekian jumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Minta semak semula gaji baru SBPA. Yg junior lebih untung dari senior. Keje 9 tahun boleh dapat gaji sama ngan yg keje 10 tahun. Contohnya gaji n27 p2t14 sama ngan p2t13. Kenaikan p2t13 rm171.00 tp p2t14 cuma rm102.00. lagi untung. kami yang rugi. dimanakah keadilan?????????? cuepacs, tolonglah bersuara bagi menghentikan ketidakadilan ini....

Tanpa Nama berkata...

nak buat gaji baru x nak bincang n kaji habis-habisan...bila dah buat, ada je yg x kena. agak-agaknya yg buat gaji sbpa ni x pass matematik masa upsr dulu kot, sebab tu x pandai nak kira. tapi berlagak pandai..boleh blah la...