SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Disember 2011

MINDA PENGARANG: SKIM SBPA TIDAK MENEKAN KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
2011/12/24



KEPUTUSAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Januari pastinya melegakan kira-kira 1.4 juta kakitangan awam. Kelewatan pelaksanaan SBPA sehingga 15 Januari 2012 itu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh JPA untuk memperbaiki dan memperhalusi kelemahan atau kecacatan terhadap lima isu dibangkitkan CUEPACS, khasnya membabitkan dasar pemisah atau ‘exit policy.’

Ini penting bagi memperlihatkan skim itu tidak menekan kakitangan awam yang menjadi tulang belakang kepada keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam. Kita percaya penjawat awam dapat memahami pelaksanaan dasar mendepani kemelut kelemahan prestasi dalam kalangan mereka sehingga mendorong JPA mewujudkan dasar itu. Pada hakikatnya, tidak begitu mudah bagi JPA dan kerajaan hendak membuat keputusan membuang kakitangan awam kerana ia biasanya perlu mengikut prosedur rumit serta memerlukan bukti kukuh sebelum keputusan itu dilakukan. Dari sudut lain, pendirian JPA itu juga selari dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dimahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengambil kira kebajikan dan masa depan kakitangan awam. Kesediaan CUEPACS menerima skim SBPA seharusnya dapat menamatkan sebarang bantahan dalam kalangan penjawat awam terhadap skim itu. Apa juga polemik dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan penjawat awam berhubung opsyen yang ditawarkan dalam SBPA seharusnya tidak timbul lagi selepas ini kerana mereka mempunyai masa yang panjang untuk menilai skim baru itu dan faedah di dalamnya. Kita percaya dakwaan kononnya penjawat awam dipaksa menandatangani untuk menerima opsyen SBPA dan jika enggan, akan dibersarakan lebih awal tidak timbul lagi selepas ini. Begitu juga dengan isu kenaikan gaji dari 7 hingga 13 peratus seharusnya tidak dibangkitkan lagi kerana CUEPACS sudah menyatakan pendiriannya tidak menolak SBPA.

Kekaburan penjawat awam terhadap faedah dinikmati apabila menandatangani SBPA juga perlu diperjelaskan CUEPACS dan JPA supaya ia tidak menjejaskan prestasi kerja dan perkhidmatan awam. Apa yang pasti, penjawat awam selepas ini, mahu atau tidak, mereka perlu memilih untuk menerima opsyen bersara 60 tahun jika mahu mendapat pelbagai ganjaran dan imbuhan apabila pencen kelak. Apa yang penting, pelaksanaan SBPA itu nanti diharap dapat membantu kerajaan melaksanakan pelbagai agenda transformasi negara seperti yang diharapkan

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA PUN NAK MEMBERI KOMEN JUGA..
APABILA DATO OMAR BERJUMPA DENGAN PM..OK PM KATA JUMPA JPA DAN BERBINCANG..PERLU DIINGAT SBPA TELAH DIBENTANGKAN KEPADA PM DAN SETUJUUUU...
SEKARANG PM KATA JUMPA JPA..(MAKSUDNYA PM TAK MAU UBAH DAH DASAR TU, LAIN PERKATAAN PM DAH SETUJU DASAR YG TELAH BENTANGKAN, CUMA NAK JAGA HATI PA...MAKA SILA JUMPA JPA DOK DAN BINCANG).PERSOALANNYA JPA SIAPA? TENTU GOMEN BAWAH PM..SIAPA YG KENA BUAT KEPUTUSAN.TAK KAN LAH PM DAH SETUJU TIBA2 JPA PANDAI2 NAK UBAH PULA DASAR NI..PM KAN MERANGKAP MENTERI KEWANGAN JADI JPA HANYA MEMPERBAIKI BAHAGIAN TAK BERSANGKUTAN DGN WANG SAJA....

Yang paling utama kita bersyukur ada kenaikan..biasala cupek minta bonus dua bulan dapat sebulan( campur bantuan hari raya) sekarang minta naik gaji dah dapat pun walau pun sedikit campur dgn KGT kira okla la...bersyukur dengan apa yg ada... kalau nak kaya bisnesla sendiri... baru cepat kaya...kerja dgn gomen orang lain pun tau makan gaji.. mana boleh kaya tapi susah pun tidak kaya pun tidak (selesa) cuma kita sendiri yg buat bagi jadi tak selesa.. Contohnya ukur baju di badan sendiri bukan ukur baju badan orang lain...renung2 kanlah...........

KESIMPULAN SBPA ADALAH LEBIH BAIK DRPD SSM...MANA KERAJAAN NAK TINDAS DAN ANIAYA PA TETAPI PA SENDIRI YG ANIAYA DIRI SENDIRI....

Tanpa Nama berkata...

250,000 dari 1.4 juta .

Tanpa Nama berkata...

Saaudara Masuk ke masa JPA bentangankan Skim Sbpa Kepada PM???

Tanpa Nama berkata...

tahniah PTD di JPA kerana berjaya jinakkan omar kupeks

Tanpa Nama berkata...

Mari2 PA kta pakat2 t/tgn borng...PRU13 ktaa ramai2 pangkh pmbnkang..

NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK berkata...

SESUATU DASAR KALAU TAK DIPRATIKKAN BELUM TENTU NAMPAK KESANNYA. JADI, PENAMBAHBAIKAN PERLU BAGI MEMASTIKAN SESUATU DASAR YANG DIJALANKAN MEMBERI IMPAK YANG POSITIF. MUNGKIN DIRASAKAN PA NI TAKUT SESUATU DASAR ITU AKAN MEMBERI KESAN YANG NEGATIF KEPADA MEREKA. JPA SELAKU PENERAJU KEPADA PERKHIDMATAN AWAM SUDAH TENTU AMBIL MAKLUM TENTANG PERKARA INI. KERAJAAN MEMERLUKAN SESUATU PRODUK YANG BERKUALITI SUPAYA NAMA BAIK PENJAWAT AWAM SERTA KERAJAAN ITU SENDIRI TERPELIHARA. KITA TAK PERLU TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG KITA SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Pemindahan Gaji JUSA C

>>>>SSM>>>>>>SBPA>>>>Kenaikan
T1 6595.99 12000.00 5404.01(81%)

T2 7236.46 12645.00 5408.54(75%)

T3 7939.12 13345.00 5405.88(68%)

T4 8710.01 14115.00 5404.99(62%)

T5 9480.90 14885.00 5404.10(60%)

Ini adalah sifir pemindahan gaji SSM ke SBPA bagi JUSA C. Kenaikan gaji mereka antara 60% - 81%. Sumber daripada rakan saya di bahagian gaji. PA yang lain apa komen anda.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama Ahad, Disember 25, 2011 11:49:00 AM, komen saya adalah jpa tidak adil dan membuat dasar untuk mengenyangkan perut pegawai atasan, tak cukup dengan itu siap penuhkan karung untuk puaskan ketamakan mereka.

kasim.

Tanpa Nama berkata...

tahun 2014 bila ada semakkan gaji gaji jusa naik lagi.. bahagianya

Tanpa Nama berkata...

Patutlah Jusa C ari tu beria-ia nak suruh kakitangan t/t SBPA, rupa2nya kenaikan gaji Jusa C sangat tinggi, termasuk Ketua Pengarah JPA! yg bawah2 ni setakat 7-13% je, itupun belum confirm lagi! Maknanya yg senang makin senang yg susah makin susah! Aku tetap undi PR PRU13!!!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas mklumat ttg kenaikan gaji jusa tu. Biar PA buka mata. Nk kata pa, inilah Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... '. Kebanyakan PA kumpulan pelaksana naik tak sampai pun 10%. Saya sendiri pun dapat la 3%..jgn tak merasa...ye tak. Nampak sgt pihak atasan ni membuat sesuatu utk kepentingan sendiri. Kenapa PM tak nampak semua ni sedangkan kita semua nampak kepincangan sbpa ni? Jgn salahkan rakyat kalau kerajaan bn tumbang pru ni. Dah muak dgn segala pembohongan dan lakonan. Semoga Allah tunjukkan kebenaran dan memberi balasan kepada pemimpin dan golongan yg zalim...amin.

Tanpa Nama berkata...

Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!

Tanpa Nama berkata...

KPD DATO,OMAR OSMAN(OO)TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KPD DATO,OO DIATAS PERJUANGAN CUEPACS UNTUK SBPA 2012,DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT BAWAHAN KAKITANGAN PELAKSANA 1&2,DISERATA PELUSUK MALAYSIA SEMUA JABATAN KERAJAAN SEMALAYSIA.

ISU-ISU YANG DIBELA MESTILAH ISU YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN GOLONGAN PELAKSANA,KEBANYAKAN GAJI KAMI SANGAT LAH RENDAH JIKA HENDAK DIKIRA DENGAN TARAF HIDUP DIKAWASAN BANDAR BESAR SEPERTI KL,PULAU PINANG,JOHOR,IPOH,SABAH,SERAWAK,SEWA RUMAH MAHAL,BAYAR TOL,MINYAK MAHAL,KAWASAN MAJU SANGAT MAHAL BARANGAN DAPUR,DATO O O,MESTI LAWAN TENTANG GAJI KAMI MESTI DINAIKAN SEBANYAK 70% BARU OK,DARI GAJI
RM 1300 KE RM 2300 SANGAT SESUAI DENGAN TARAF HIDUP KAWASAN MAJU BANDAR BESAR.

SBPA PADA KAMI DISOKONG GANTI SSM TETAPI DATO OMAR MESTI LAWAN GAJI GOLONGAN PELAKSANA MESTI DI NAIKKAN BUKAN NYA TERBALIK DIBERI KEPADA JUSA PULA YANG BANYAK GAJINYA,ATAU JPA YANG BUAT TERBALIK SIFIR GAJI KAMI, DATO SERI PM MESTI SOKONG KAKITANGAN PELAKSANA YANG AKAN MENYOKONG PRU KE 13 NANTI HIDUP PM,KAMI SOKONG PM DATO SERI NAJIB,TETAPI PM MESTI SOKONG KENAIKAN GAJI KAMI SEBANYAK 70% MESTI DI BERI DALAM KADAR YANG DI MINTA.


DATO OMAR INGAT KITA KAKITANGAN AWAM MESTI SOKONG KERAJAAN SEKARANG,CUBA-CUBA LAH MINTA APA YANG KURANG UNTUK KEBAIKAN RAKYAT TERKEBAWAH,RAKYAT DIUTAMAKAN.


SEKIAN WASSALAM.

pt po kecewa sangat berkata...

cakap pun tak guna lagi...
cuepacs pun tak boleh bela nasib kita..
kekananan dah takda lagi...
tengok je la barang naik tahun depan...
kita makan nasir ngan telur je la.....beli ayam dh tak mampu....
golongan 41 ke atas je la boleh...
ikat perut sambung degree pun bukan boleh naik pangkat automatik macam cikgu...tak pa la...
tu la malaysia..dah nak sama macam negara india ada kasta2.....
yang gred 41 ke atas kasta kaya ...yang bawah ni papa kedana...
sain aje la...walaupun gaji mati naik 300 saja.........
bersyukur memang la bersyukur...tapi sbpa ni manusia yang buat tak lari dari rasa tamak penggubalnya....betul tak..
yang kata pangkat atas tanggungjawab berat....pernah ka kita dengar gred depa ni kena surcaj atau penjara?
based on audit negara punya report banyak orang atas sepatutnya kena...
tapi ada yang kena ka...diam sahaja....ingat lagi ka anda semua...
tapi kalau kita pembantu tadbir p/o kat jabatan...
silap skit nak kena surcaj padahal final check and approve adalah responbility gred 41 dan ke atas....tapi dieorang selalu lepas...
ye la kan kita mentimun depa durian....
lagi satu dalam sbpa ni..pembantu operasi yang kelulusannya pmr pun gaji dah nak sama dengan kami....macammana ni...
hari tu pembantu tadbir rendah(PTR),TUKANG MASAK,PENGAWAL KESELAMATAN dan OMPD DIJUMUDKAN JAWATAN DARI GRED ASAL DINAIKKAN KE GRED N17....PT PO N17 YANG ASAL DAPAT APA?TERNGANGA SAJA....PADAHAL YANG MENGURUSKAN SEMUANYA DI JABATAN ADALAH PT PO...
BUKAN NAK BERLAGAK TAPI KAMI NI BOLEH KATA KAMI NI BACK BONE SESUATU JABATAN ATAU AGENSI...

KAMI TAHU GRED 41 KE ATAS PENTING TAPI KAMI PUN PENTING JUGAK...
KAMI PUN ADA KELULUSAN YANG SAMA CUMA REZEKI TAKDA LAGI... PM PUN KATA NAK TENGOK GOLONGAN PELAKSANA BERPRESTASI TINGGI...
KALAU TAKDA KAMI GOLONGAN PELAKSANA YANG ADA DIPLOMA ATAU DEGREE HOLDER NI...SAPA NAK BUAT SLAID OR PAPERWORK BOS2..DIEORANG TAU SAIN DAN MERASMIKAM MAJLIS SAJA....
kasihanila kami gred pembantu tadbir gred n17 perkeranian dan operasi NI...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PM berjaya menjinakkan Omar Osman. Yang pasti 6% - 10% kakitangan Awam (yg Pasti Kumpulan JUSA akan mengundi BN selebihnya kakitangan rakyat (DIDAHULUKAN) akan beralih arah pada PRU13 tungguuu rakayat mendahului kuasa ANDA.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya majoriti kumpulan pelaksana tidak berpuashati dengan kadar penyelarasan gaji..Kalau nak kira patut memang tak patut la..kenaikan gaji peringkat atasan terlampau banyak sangat kalau nak bandingkan dengan kumpulan pelaksana. Masa bentang bujet dulu kata siapa yang pilih pencen 60 tahun akan dapat penyelarasan 7 hingga 13 peratus.tapi setelah dapat tawaran gaji hanya naik lbih kurang 3 peratus sahaja untuk kumpulan pelaksana..yang gaji besar dapat banyak pula..saya harap PM bersedia untuk buat kajian semula tentang penyelarasan gaji yang nampak tidak adil.lagi pula kami tidak faham stuktur gaji SBPA yang ada sekarang..sistem matematik apa yang digunapakai..JEBATAKDURHAKA.

Aku Suka Menekan berkata...

SETAKAT INI TIDAK TERDAPAT SEBARANG PAKSAAN ATAU TEKANAN DARI MANA-MANA PIHAK UNTUK MEMILIH SBPA ATAU INGIN KEKAL DENGAN SISTEM LAMA. YANG CUEPACS DUK KECOH-KECOH TU KENAPA. KALAU DUK PERHATI BETUL-BETUL CUEPACS SEKARANG NI DAH PANDAI BERMAIN POLITIK. BUAT ISU SIKIT LEPAS TU JUMPA PM. PM KATA JPA DENGAN CUEPACS KENA BERUNDING. NAMPAKNYA PM JUGAK YANG BAGUS KERANA MENDENGAR KELUHAN CUEPACS. KALAU MACAM TU LEPAS NI CUEPACS KENA BANYAKKAN ISU DAN JUMPA PM LAGI. NESCAYA PM AKAN DENGAR RINTIHAN CUEPACS. KALAU TENGOK SENARIO NI CUEPACS SEBENARNYA TAK BAGUS (BANYAK MASALAH) PM JER YANG BAGUS. OO DAH DAPAT DATUK, BILA PENCEN NANTI BOLEHLAH JADI CALON BN KAT MANA-MANA BANYAK SOKONGAN.

Tanpa Nama berkata...

kepada semua penjawat awam tak kira di negeri mana anda berkhidmat...

jom kita "ACU UBAH SKALI LAGI" PRU13 akan dtg..

apa kata anda semua?

Tanpa Nama berkata...

Tak apalah PA-PA kelas pelaksana, kalau kita dah di buat begini...kita ada perasaan dan hak mutlak kita ada pada PRU 13 nanti. Gunakan kuasa kita disana...

Tanpa Nama berkata...

Saya antara yang tertekan dgn SBPA yg di umumkan sehingga kan sy rasa bosan bekerja dan berjumpa dgn kwn2,,, puncanya.... bkn x bersyukur dgn kenaikan gaji tp keadilan tu x de... sy dh berbelas thn kerja compare tu ada yg baru 6-7 thn kerja... because of sistem saya pada gred gaji yg sama... tp sy ok lagi sbb dia org berada 1 tangga gaji di bawah sy utk ssm dan saya lak kenaikan gaji bln jan.. tup2 SBPA diumumkan... gaji saya dh sama dgn diaorg... dan saya cuma naik beberapa ringgit sedangkan mereka naik beratus ringgit..dan saya yang dh setahun x naik gaji jadi sama dgn beberapa staf lain yg naik gaji bln 10 iaitu baru 2 bln naik gaji,.,....dpt kenaikan bln 1 jugak. perjuangkan lah nasib org yg dibakul yg rugi serta sblm ni kenaikan gaji bln Januari.... tolonglah...sebenarnya ramai yg stress... cuepacs... do somethinglah... pls...

Tanpa Nama berkata...

kasian bebeno lah kumpulan aku ni...macam inti sandwich je....tekanan dari atas & bawah...kerja & t/jawab separuh nyawa....orang atas juga yang dapat segalanya...nasib akulah...dah lah bos macam pelesit...pilih kasih....makan bodek...aku tak larat nah bodek....berserah pada nasib je lah....

R2 Kecewa - Sarawak

Tanpa Nama berkata...

memang tidak menekan tapi ianya tertekan kerana sbpa tidak adil. Kami PA tidak redha dan halalkan ketidakadilan JPA oleh PTd dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

macam mana la nak atasi jurang kemiskinan bandar mcm ne kerja dah 20 th gaji tak cecah 2 ribu lagi beras dan barang harian harganya sama jusa beli dgn harga 25 10 kilo beras org miskin kakitangan kerjaan pun sama gak tapi gaji puak puak jusa yg naik tinggi cam mana ne memang la kita tak ada kelayakan tapi kalau jauh nya kenaikan gaji tu kira dah tak kena la bayang kan kalau gaji puak puak itu sampai 20 ribu kita 2000 berapa kali ganda jauhnya mcm langit dgn bumi jadi fikir fikir kan la nasib org bawahan ne bila pilihan raya suruh la jusa je yg pangkah bn org bawahan ne pangkah je pembangkang abis cerita

Tanpa Nama berkata...

kenaikan satu tangga gaji dapat rm150..kemudian pergi ketangga gaji yang terhampir hanya dapat 0.61 sen...mana dia penyelarasan 7 hingga 13 peratus..tak adil lansung...

Tanpa Nama berkata...

kenaikan satu tangga gaji dapat rm150..kemudian pergi ketangga gaji yang terhampir hanya dapat 0.61 sen...mana dia penyelarasan 7 hingga 13 peratus..tak adil lansung...

Tanpa Nama berkata...

kalu nak gaji tinggi belajar lah tinggi tinggi. ni asyik kumpulan pelaksana dapat naik banyak. lama-lama tiada beza gaji kumpulan pelaksana dan tertinggi! macamana nak kompetitif?