SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Disember 2011

CUEPACS MAHU TEMUI NAJIB ISNIN INI BERHUBUNG OPSYEN SBPA

Bernama
15/12/2011



KANGAR, 15 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.

Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.

Antara perkara yang akan dibangkit ialah pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini, memandangkan perkara itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa berbincang dengan Cuepacs, katanya.

Katanya Cuepacs berkeyakinan segala perkara berbangkit dapat diselesaikan menerusi pertemuan itu memandangkan Perdana Menteri prihatin dengan kebajikan penjawat awam.

Beliau juga menyifatkan tempoh dua minggu bermula hari ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk membuat pilihan sebagai terlalu pendek dan kurang adil.

BERNAMA



35 ulasan:

bomoh siam berkata...

PELAWOK...PELAWOK...PELAWOK...PELAWOK...PELAWOK...PELAWOK....

Tanpa Nama berkata...

rasa2nya 1.39 juta penjawat awam akan menandatangani opsyen ni tanpa menunggu cuepacs. risiko kt yg tanggung sendiri kalau nak tggu.

2bz4money berkata...

sudah terlewat CUEPACS..tunggu pula fasa PISA yg berikut utk semakan dan pelarasan gaji dlm tahun 2013..bahagian penyelidikan CUEPACS perlu mantap.

Tanpa Nama berkata...

Saya mau gaji minimum ditetapkan bukan semata2 pelarasan gaji atau kenaikan gaji tahunan.

Saya teruja ngan SBPA adalah semata-mata amaun gaji yang sesuai pada masa sekarang. Tapi rasa sebaliknya bila melihat jadual gaji sebaris.

Tanpa Nama berkata...

Adakah SKIM SBPA ini diluluskan tanpa pengetahuan PM? Apakah PM akan tidak maklum mengenai opsyen2 yang ditawarkan dalam skim ini? Apakah reaksi PM kepada CUEPACS kali ini?? Tunggu dan lihat..

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi Menteri ke Omar Osman utk PRU13?.mintak sekali gaji cam KSN terus....(sebenarnya die yg x puas hati kot sbb dah dpt title datuk tapi gaji ciput)...

Tanpa Nama berkata...

sebelum ni kenaikan gaji tahunan untuk W17 bagi SIJIL PENYIMPANAN KIRA lulusan POLITEKNIK adalah sama dengan gred W27...tapi kini yang mempunyai SIJIL PENYIMPANAN KIRA lulusan POLITEKNIK hanya mengikut kenaikan gaji SPM.harap pihak JPA tidak terlepas pandang...

Tanpa Nama berkata...

Sin Chew daily hari ini ada maklumat lengkap gaji dan lampiran C.

Akhbar Cina tempatan betul betul cekap dan BOLEH!!

Tanpa Nama berkata...

Tindakan pimpinan CUEPACS memang tepat.
CUEPACS telah memperjuangkan hak kakitangan awam dengan baik.
Masa susah semua orang bising kata Union tak tolong.
Sekarang CUEPACS mintak semua ahli bersabar dan jangan sign lagi.
Ikutlah mesyuarat.
Kalau macam ni pun tak boleh bantu baik jangan complen.
Ramai yang bekerja dan tidak bayar yuran CUEPACS LUPA bahawa tanpa Cuepacs dan Union, gaji di kakitangan awam tak akan naik selama ini.
Kenaikan bukan kerapa KSN dan JPA terlalu baik hati nak tengok gaji perkerja awam tinggi. KSN hanya pikir perut dia saja.
Tanpa Nama Jumaat, Disember 16, 2011 1:50:00 AM ni kakitangan awam ker?
Kalau bukan tak payah lah menyibuk.

Tanpa Nama berkata...

DATUK OMAR NI SENDIRI YANG TAK PUAS HATI SEBAB DIA SENDIRI TAK DAPAT KENAIKAN YANG TINGGI, KALAU DIA DAPAT TINGGI, DIA TAK KISAHKAN PUN ADIL ATAU TIDAK SEPRTI YANG BERLAKU ZAMAN PAK LAH. HINGGAKAN KENAIKAN DG32 LEBIH TINGGI DARI DG41. DIA LANGSUNG TAK KISAH, CEUPACS TIDAK PERJUANGKAN SEMUA PA.

KENAIKAN GAJI AKU PUN DAH SAMA DENGAN JUNIOR, TAPI TAK KISAH, BUKAN BANYAKPUN, DAH REZEKI DIA, EXIT POLICY, LANGSUNG AKU TAK KISAH, KITA BUAT KERJA KITA DENGAN IKHLAS, INSYALLAH TAK ADA APA2PUN. AKU BUKANNYA KAKI BODEK BOSS, TAK PERNAH PUN JUMPA BOSS UTK BAGI TAHU KERJA YG DIBUAT TAPI MARKAH TAK PERNAHPUN KURANG DARI 85%.
GAJI KSU DAN JUSA KENAIKAN MEMANG TINGGI, TAPI MEREKA MEMANG LAYAK. KITA MAMPU KE BUAT KERJA SEPRTI MEREKA, UNTUK SAMPAI KE TAHAP ITU, BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa harus mempersoalkan exit policy sekiranya kita bekerja secara jujur dan ikhlas, saya rasa ada yang tak betul dengan presiden kupek ni lah, apa dirisaukan dengan E.P. kalau kita menjalankan kerja dengan baik
bodoh lah Omar ni nak sokong orang yang suka ponting

Tanpa Nama berkata...

SETAHU SAYA..CUPEK LEBIH MEMENTINGKAN KENAIKAN GRED RENDAH..TGK 2007 GRED ATAS NAIK CIPUT TERUTAMANYA GRED 41....

Tanpa Nama berkata...

Saya kakitangan J29 lulusan Diploma sekarang ni tapi apabila tengok gaji baru SBPA memang macam tak logik sebab juruteknik 27/32/36/38 ada Manakala Diploma 29/36/38 gaji lebih RM100 saja .Bebanan kerja Kakitangan Diploma amat Tinggi kerja bos kena buat kerja Juruteknik kena buat. Sepatutnya apabila J17 ke 27 maka J29 bermula 32 dan seterusnya baru ada perbezaan.Ini sekarang semua nak jadi Juruteknik saja lebih baik sebab Mesyuarat tak payah pi kalau ada apa-pa silap semua tanggungjawab kategori B. Minta Cuepacs tolong tengak.Elaun Perkhidmatan Awam Golongan ini tak dinaikkan tapi Juruteknik dinaikkan sama dengan lulusan Diploma. KESIAN GOLONGAN INI

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju J29 disemak semula kerana ada J17 ke 27 lulusan SPM saja tapi gaji mati akan jadi RM5555 bila 36/38 manakala Diploma 29 mati RM4340. Kita bukannya marah dengan kenaikan J17 ke J27 tapi selaraskan semua kenaikan jangan kenaikan tidak selaras jadi sama rata macam mana.Bagaimana arahan tugas nak diberikan.

Tanpa Nama berkata...

Buka mata luas2. Mmg juruteknik naik ke J3-1 tp gaji mula sm mcm sedia ada dan gaji akhir sm ngan gred spm. Jgn sedap tgn je nak tulis.

Tanpa Nama berkata...

nape nk pertikai kenaikan juruteknik...... so skrg ni juruteknik xpernah buat kije bos & xpernah buat kije yg ada diploma la..... come on laaa, lau xpuas ati ngan gred kita jgn nk codem gred org lain plak

Tanpa Nama berkata...

SETAHU SAYA..CUPEK LEBIH MEMENTINGKAN KENAIKAN GRED RENDAH..TGK 2007 GRED ATAS NAIK CIPUT TERUTAMANYA GRED 41....

.......................................

Ya betul kami gred 41 memang tertindas akibat kenaikan gaji tahun 2007 ! Gaji gred 32 dan 38 melangkaui gaji kami ! Kami mahu keadilan kepada gred 41! Gaji kami mesti dinaikkan agar melebihi gred 32 dan 38 !

Rajendran berkata...

harap dato dapat juga membincangkan mengenai kelayakan cuti tahunan PA yang dilantik ke lantikan baru agar dapat membawa jumlah kelayakan cuti dalam perkhidmatan terdahulu ke skim lantikan baru yan ia dilantik.Saya dah kerja 20 tahun,dulu kelayakan cuti saya,35 hari...dapat naik pangkat(lantikan baru)cuti saya sekarang jadi 25 hari setahun.Mohon pertimbangan,pertimbangkan nasib kami yang segelintir ini.

Saya juga dari kaum india,mohon ditambah cuti Deepavali kepada 2 hari....kami kaum ke 3 terbesar,tapi cuti Deepavali hanya diberi satu hari....kamipun nak balik kg juga...bayangkan kalau saya kerja di Melaka,dan kg dekat Alor star,mana sempat nak balik raya kalau cuti hanya satu hari.

Sampaikan pada PM

Tanpa Nama berkata...

bagi saya bukan masanya CUEPACS untuk lawan benda ni sekarang.. silap2 kalau tangguh benda ni gigit jari la semua naik gaji bulan 1 ni.. terutama yang kenaikan gaji bulan januari.. impak lebih besar kalau pelarasan dilanjutkan ke bulan yang lain.. takut yang dikjar tak dapat, yang dikendong berciciran.. biar naik dulu.. lawan kemudian.. saya tau banyak persoalan dibangkitkan oleh PA pada roadshow cuepacs kerana saya sendiri ada dalam perjumpaan tu..

cadangan saya, biar jalan, kalau cuepacs jumpa sekarang dengan PM pun adakah maklumat yang CUEPACS perolehi mencukupi dan mewakili keseluruhan penjawat awam? kerana pada roadshow tersebut CUEPACS hanya bertemu dengan wakil2 jabatan sahaja..

tentang isu ketidakadilan bila pihak ketua jabatan bagi markah tu, kita kena ingat, jika kita sebagai orang Islam, percayalah bos yang buat mcm tu tak selamat dunia akhirat.. doa orang teraniaya makbul.. tanggungjawab telah diberikan oleh pihak JPA tetapi yang melaksanakan adalah bos itu sendiri.. jika dia menganiaya maknanya dia tidak jujur.. balasan tetap ada.. lagipun kita ada saluran untuk mempertahankan hak kita..

semua orang takkan puas hati walau apa pun dibuat.. tengoklah sebelum ni SSB tukar kepada SSM melalui ujian PTK naik pangkat.. ramai juga yang complaint sebab susah nak lulus exam.. skrg buat mcm ni complaint jugak kan.. masalah tetap akan ada.. saya setuju kalau CUEPACS nak fight tapi tak boleh buat dalam keadaan tergesa2.. tunggu dan lihat hasilnya..

[typhoon]

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat gaji gred 29 kena lah betul2 dikaji .Kami 29...kumpulan B selalu sangat tersepit..juruteknik tak ada..kami kena wat keja dia..bos tak ada kami kena gak buat keja mereka..kalau masuk mesyuarat jadi wakil bos..hai..malu rasanya kalau sebelum masuk bos tak inform apa-apa hal mesyuarat.Kalau juruteknik dan bos buat hal..kami gak yang kena jawab.

tapi apa boleh buat menurut perintah.untuk gred 32 dan 38...mereka memang layak gaji lebih dr 41..
kerana gred tu special..keja dah lama..pengalaman dah banyak..prestasi pun baik...yang 41 tu ...baru naik..syukur sikit.

1SUARA F/FT berkata...

Mohon kerjasama daripada Cuepacs/JPA agar skim F/FT ini dikaji semula didalam Skim baru SBPA sejajar dengan kepakaran dan kemahiran yang sedia ada. Ketelusan pihak JPA amat kami harapkan. Kami warga F/FT/Rakyat Malaysia sedia utk mendengar respon positif daripada pihak tuan.. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Adilkah kerajaan? Kalau berani silakan laksana SBPA.

Tanpa Nama berkata...

SETAHU SAYA..CUPEK LEBIH MEMENTINGKAN KENAIKAN GRED RENDAH..TGK 2007 GRED ATAS NAIK CIPUT TERUTAMANYA GRED 41....

.......................................

Ya betul kami gred 41 memang tertindas akibat kenaikan gaji tahun 2007 ! Gaji gred 32 dan 38 melangkaui gaji kami ! Kami mahu keadilan kepada gred 41! Gaji kami mesti dinaikkan agar melebihi gred 32 dan 38 !

..............

Saya sokong. Buat gelak pelajar2 kat sekolah tu je. Ada ke kenaikan ciput? Dah la kenaikan time base 8 tahun (bukan 5 tahun). Kedekut gila. Masih lagi guna stail tahun 80an. PTD tu semua wake up la.

kakitangan awam berkata...

KAMI KAKITANGAN AWAM ..MACAMANA NAK TANDATANGAN SBPA.. .SEBAB JPA TAK KELUARKAN LAMPIRAN C..DAH PUAS KAMI CARI LAMPIRAN C DI SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN MASING2..TETAPI TIADA..

KALAU JPA NAK SURUH SIGN..BIARLAH KAMI NI BARU BETUL PEKELILING DAN SIFIR GAJI LAMPIRAN C TU..

Tanpa Nama berkata...

opsyen SBPA adalah hak milik kita sendiri. Buat le keputusan dengan bijak. Tak perlu menunggu keputusan perbincangan Quepacs dengan PM. Rata2 kita semua menerima kenaikan gaji. BERSYUKUR DGN REZKI DARI ALLAH. Berikan komen yang membina.

Tanpa Nama berkata...

Laksanakan SBPA sebagaimana yang dirancang. Bahagia dan terharu melihat ada kenaikkan gaji setelah 7 tahun gaji di tahap maksima. Rezki anak untuk anak-anak yang masih menuntut. syabas JPA..teruskan usaha membantu meringankan beban kewangan penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

lu nie beb kaki pengampu dan penjilat..!! lidah sentiasa terjelir jea..!! kasi santau sama lu.. mampooss lu..!! lu ape nama.. ada berani ka..!!

Tanpa Nama berkata...

Teruknya bahasa. Ni ke bahasa PA yang nak banyak kenaikan gaji?

Tanpa Nama berkata...

saya ingat omar letak jawatan dan bertanding PRU13 atas tiket peliwat awam...

Tanpa Nama berkata...

ceupacs: berjuang utk kump sokongan saja. mereka tak payah masuk universiti dpt gaji lebih drpd org yg berijazah. sbb omar pun takde ijazah dia peduli apa dgn org yg ada ijazah. mari kita sama2 gugurkan dia atau kita kuar ramai2 drpd cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

nak temui PM pulak dia yg menetap hari tarikh dan masa (apa mengugut ke). ko ingat semuo k/tgn awam ikut telunjok ko oma.sudahlah kartun.

Skim F(teknikal) berkata...

JPA mungkin dah tak nampak di jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah2 tak ada bahagian Teknologi Maklumat. Tahun depan komputer2, bilik server,email,wireless, portal dan apa2 yang melibatkan IT mungkin dilupuskan oleh JPA. Ikut cari dulu2 pakai typewriter dan kertas memo buat calendar. Return back to seventies.

1Malaysia berkata...

Wahai warga PA semua,
SBPA bukan gelanggang untuk kita mencari kesalahan dipihak kerajaan ataupun pihak-pihak lain, tetapi sebarang ketidakpuasan hati perlulah dilontarkan dengan cara yang baik dan bertepatan dengan cara hidup ketimuran. Bagilah cadangan dengan baik dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Insya Allah, kita semua mendapat manfaat kebaikan daripada skim tersebut. Harus diingat bahawa kerajaan pun sedang berusaha untuk memberi kebaikan kepada semua rakyat tanpa mengira latarbelakang usia, bangsa dan agama. Kalau tidak masakan memberi ruang dan peluang kepada rakyat sebelum membentangkan bujet 2012 pada bulan oktober yang lepas. Fikirlah sebaiknya. TQ.

Tanpa Nama berkata...

trima kasih cuepacs sebab bantu kami...tapi saya tak bepuashati pasal gred serta pelarasan gaji sebab bagi saya U19 tahap sijil perbidanan tetapi gaji pada tahap spm saja..mcm-mana 2...kami kursus baru kerja bukan lepas spm terus kerja...tolong semak semula..kesian ....beban kerja yang di tanggung oleh orang bawahan ...seperti kami..

Tanpa Nama berkata...

Adakah pada masa sekarang belajar ke peringkat yang lebih tinggi tidak memberikan manfaat. lebih baik jadi guru setakat kelulusan diploma saja. sudah tu , sekarang selepas sbpa, tidak ada lagi junir dan senior semuanya sama. tidak tahu apa tu sebenarnya. guru-guru senior jadi setaraf dengan guru-guru junior, pada hal orang yang memegang jawatan di sekolah tanggungjawabnya besar. tapi kenaikannya teruk daripada orang yang junior. apakah maknyanya semua ini?????