SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Disember 2011

CUEPACS BANTAH DASAR PEMISAH BUANG KAKITANGAN PRESTASI RENDAH

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 08, 2011




KUALA LUMPUR, 8 Dis – Cuepacs membantah pelaksanaan dasar pemisah yang membolehkan kakitangan awam yang berprestasi rendah disarakan atas alasan ia boleh membuka laluan kepada elemen penganiayaan meskipun adanya jaminan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, setakat ini badan induk kesatuan sekerja awam itu tidak bersetuju dengan dasar baru yang diperkenalkan selaras dengan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Bagaimanapun kata beliau, Cuepacs akan membuat pendirian rasmi mengenai dasar itu pada mesyuarat majlis kongres am 14 Disember ini.

“Setakat ini kami memang tidak bersetuju. Pendirian rasmi akan dibuat oleh mesyuarat majlis kongres minggu depan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Azih berkata pihaknya khuatir komponen dan kriteria yang digunakan untuk menilai seseorang kakitangan akan digunakan untuk membuang atau menukar seseorang penjawat.

“Cuepacs juga merasakan markah 70, 69 dan ke bawah sebagai satu paras yang terlalu tinggi untuk melaksanakan dasar pemisah ini, untuk menghentikan seseorang kakitangan awam,” kata beliau dengan membuat perbandingan dengan ukuran dalam peperiksaan sekolah.

“Dalam peperiksaan SPM pun, 70 peratus bermakna lulus B, tetapi di perkhidmatan awam, dengan dasar pemisah ini akan membawa kepada tindakan menghentikan seseorang pekerja.

“Itu sebab kami merasakan paras markah ini terlalu tinggi selain kemungkinan boleh wujud elemen penganiayaan,” kata beliau lagi.

Terdahulu dalam satu penjelasan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, pelaksanaan dasar itu tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil.

Tambah beliau, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan disarakan di bawah sistem SBPA, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.

Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan awam buat masa sekarang.

“Jadi, ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Abu Bakar berkata, berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan, semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131,196 orang penjawat awam atau 10 peratus, seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas, dan ia disusuli dengan 55.6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4.3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah.

“Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1.1 peratus,” katanya lagi yang semalam menyifatkan angka kakitangan awam berada dalam kategori itu sangat minimal.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum, guru, polis dan Angkatan Tentera Malaysia semalam, Abu Bakar berkata, penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian.

Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah.

“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.

“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.

Azih menambah, pihaknya seebnarnya telah berharap kerajaan dan JPA sewajarnya telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs sebelum memperkenalkan dasar baru ini.

“Sepatutnya JPA telah berbincang dengan Cuepacs sebelum melaksanakan,” kata Azih.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kat tempat aku ada sorang PAR complete package dia punya masalah..tahap gaban,kaki berdengung...nak masukan staf baru tak boleh sebab secara hakiki dia memang dia staf tempat aku, nak tukar jabatan lain.., jabatan lain pun taknak sebab tau performance dia...Ini le masalahnya kalau staf prestasi rendah tak boleh buang, yg untung staf tu dapat makan gaji buta...yang lain makan hati terpaksa cover kerja dia.

CUEPACS kalau nak defence kena tengok keadaan.Biasanya yang kena tatatertip sebab memang lansung tak datang atau lari tugas. Mamat ni kerja 8 hari sebulan, 22 hari cuti....

Tanpa Nama berkata...

kat tempat aku ada sorang PAR complete package dia punya masalah..tahap gaban,kaki berdengung...nak masukan staf baru tak boleh sebab secara hakiki dia memang dia staf tempat aku, nak tukar jabatan lain.., jabatan lain pun taknak sebab tau performance dia...Ini le masalahnya kalau staf prestasi rendah tak boleh buang, yg untung staf tu dapat makan gaji buta...yang lain makan hati terpaksa cover kerja dia.

CUEPACS kalau nak defence kena tengok keadaan.Biasanya yang kena tatatertip sebab memang lansung tak datang atau lari tugas. Mamat ni kerja 8 hari sebulan, 22 hari cuti....

Tanpa Nama berkata...

masalahnya bukan kakitangan, tapi bos. macammana kalau kerja setengah mati bos tak suka dia bagi skt rendah? takut nanti polisi ni dijadikan senjata bos2 yang tak suka kakitangan bukan kerana prestasi rendah untuk buang kakitangan

madi berkata...

asyik asyik bg alasan boss aniaya bg markah rendah untuk kakitangan yang rajin. cuba bg statistik dan contoh kat mana boss buat camtu.. masa penilaian skt kebanyakan pegawai bg markah tinggi kat staff bawah agar mereka boleh naik gaji tahun walau keje cam hampeh.. dengan masalah disiplin.. ini semua sebab kesian. kalau cuepacs nak suruh kerajaan simpan staff bermasalah ni.. minta cuepacs
buat jabatan sendiri guna peruntukan sendiri.. jangan guna duit rakyat...

Tanpa Nama berkata...

beri peluang untuk berubah. Wajar diberhentikan kerja bagi penjawat makan gaji buta. orang lain kena tanggung kerjanya dan pandai komplen je buat kerja tak tau...

Tanpa Nama berkata...

beri peluang untuk berubah. Wajar diberhentikan kerja bagi penjawat makan gaji buta. orang lain kena tanggung kerjanya dan pandai komplen je buat kerja tak tau...
--------------------------------
betul. tapi orang yang makan gaji buta, pandai komplen dan tak tau buat kerja ni lah yang selalu dapat skt tinggi sebab pandai bodek bos. saya berpendapat SBPA tidak dapat mengatasi masalah ni.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dasar buang kakitangan ni. cuma aku harap ia digunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan pulak ade yang terinanya.

tempat aku ade gak staff yg malas. tukar jabatan lain dah banyak kali... sama jugak; memula kene tuko baik la.. buat keje.. lelama mengulor balik..asik hilang je..hik hik hik..

guru siswazah lama berkata...

Isu disini ialah markah LNPT mempengaruhi Kenaikan Gaji Tahunan kakitangan awam. Masalahnya ialah apabila Ketua Jabatan yang tidak proaktif/bias/membenci seorang kakitangan lain/minda tidak terbuka maka mana-mana kakitangan yg termasuk dalam mindanya maka akan mendapat markah rendah walau pun buat kerja baik/cemerlang. ke 2, jika Ketua Jabatan tu menerima bulat-bulat komen-komen dari beberapa kakitangan lain yg mungkin tidak sebuluh dengan kakitangan yg dinilai juga dapat markah rendah

Pendek cerita Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan markah LNPT sangat bahaya dan boleh mengundang risiko yg sangat tinggi kepada jabatan dan kakitangan awam.

Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan LNPT boleh dibuat tapi dengan syarat PPP adalah terdiri dari beberapa orang dalam satu-satu jabatan atau sekolah meliputi penilaian semua peringkat dimana kakitangan yang dinilai tersebut terlibat. Ini bermakna penilai bermula dari peringkat bawah dan ke atas sesuai dengan saranan penilaian 360 darjah.

Dimohon supaya penilai PPP1 dan PPP2 dimansuhkan dan digantikan dengan PPP1,2,3........seterusnya Ketua Jabatan dan diputuskan dalam Mesyuarat Khas LNPT.

Tanpa Nama berkata...

penganiayaan boleh berlaku. sekiranya staf itu tahun pertama tak naik gaji (statik) lebih baik dia minta tukar ke jabatan lain atau minta bersara. sekiranya tak dapat tukar atau terlalu muda untuk bersara maka terpaksa tunggu untuk dua tahun lagi statik supaya dibuang kerja. dalam perkhidmatan awam tidak kurang prestasi yang diberi ikut emosi. fitnah, bodek, adu-domba, menunjuk-nunjuk, hasad, dengki, kianat, busuk hati masih ada. tambah-tambahan orang kita. saya telah berkerja 34 tahun dan banyak jabatan telah saya ditempatkan. itulah realitinya. kalau benar staf itu tak bekerja ambil tindakkan tatatertib dan buang kerja.

MAT PRESTASI berkata...

SOKONG PA YANG BERMASALAH DIBUANG KERJA,AGAR TIDAK MENJADI PARASIT DALAM JABATAN...BILA DAH JADI PARASIT TANPA DIAMBIL TINDAKAN,LAMA LAMA JADI KEBAL DAN NAIK TOCENG.
SOKONG MUDAHKAH PROSESEXIT PA YANG BERMASALAH...
CUMA TAKRIF PRESTASI RENDAH PERLU DI BEZAKAN DENGAN KAKITANGAN BERMASALAH.
YANG BERMASALAH PERLU EXIT...YANG PRESTASI RENDAH kita kena fikir kenapa prestasi rendah,macam mana kalau pekerja itu lurus bendul,kerja rajin,datang awal,tak membantah bila disuruh,tapi PRESTASI RENDAH.....
macam mana pula kalau sorang lagi,suka menjawab,sukar melaksana arahan bila disuruh,rasa diri hebat,datang lambat,pandai cakap ,kaki bodek tapi PRESTASI TINGGI.

Tanpa Nama berkata...

apalaa susah... kalau SKT rendah buat siasatan sblm dibuang.. kenapa rendah... kena ada bukti2, kalau dah siasat, mmg terbukti bersalah, bagi peluang untuk berubah dlm tempoh 2 tahun paling lama.. kalau masih lembab tidak berubah...diberhentikan. kalau kata 2 tahun masih tak cukup...mmg siot nak 30 tahun ke baru nak berubah.

Tanpa Nama berkata...

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

Tanpa Nama berkata...

Minta diperjelas penggunaan antara dua istilah ini ~ "DIBERSARAKAN" & "DIBERHENTIKAN" kerna implikasinya adalah berbeza dari segi perkhidmatan seseorang PA itu... TK & Wassalam!

su berkata...

kat tempat aku ada sorang PAR complete package dia punya masalah..tahap gaban,kaki berdengung...nak masukan staf baru tak boleh sebab secara hakiki dia memang dia staf tempat aku, nak tukar jabatan lain.., jabatan lain pun taknak sebab tau performance dia...Ini le masalahnya kalau staf prestasi rendah tak boleh buang, yg untung staf tu dapat makan gaji buta...yang lain makan hati terpaksa cover kerja dia.

CUEPACS kalau nak defence kena tengok keadaan.Biasanya yang kena tatatertip sebab memang lansung tak datang atau lari tugas. Mamat ni kerja 8 hari sebulan, 22 hari cuti....

komen.

jabatan ambil tindakan le jangan diamkan. banyak perkara boleh dilakukan. sapa yg benarkan cuti tu? borang cuti mana? yg sain cuti tu sape? klu tak report kat SPRM ha ha ha

2bz4money berkata...

Inilah masalahnya dlm gomen, sukar sangat nak ambil tindakan tatatertib kerana prosedur berjela2, jawatankuasa yg ahlinya merata2 dan akhirnya beku je kes tu. Kononnya nak membela org teraniaya, akibatnya jabatan terpedaya hingga menjadi virus berjangkit kpd kakitangan lain..Kadang2 terpikir juga 'dia ingat jabatan ni bapak dia yg punya, sukahati langgar peraturan', pulak tu ada imuniti dari atasan sebab 'mamat'/'minah' tu ajk kuat kelab atau atlet jabatan yg bagi sumbangan imej jabatan tapi haprak dari segi produktiviti..CUEPACS perlu sama2 bertegas dalam soal staff virus ni..

HantuKopek berkata...

pertama sekali pasal apa sampel statistik oleh JPA sendiri hanya 10%. ini bukan survey umum tapi semua data dipegang JPA. kenapa tak boleh bagi sampel 100% atau kurang-kurangnya 90%.

kedua ada prinsip dalam undang-undang iaitu biarlah kita sengaja melepaskan orang yang bersalah dari pertuduhan daripada tanpa sengaja memenjaran orang yang tidak bersalah.

kalau nak pecat orang biarlah menggunakan proses yang sehabis-habisnya. ibarat pesalah jenayah pun ada hak merayu sampai ke mahkamah rayuan. janganlah proses ini dibuat terlalu senang tapi kita ni orang melayu memang confirm prosesnya caca-marba punyalah. tengoklah Lampiran lain dah keluar, lampiran C belum lagi. Lampiran C pi makan angin tak balik lagi kah?

Tanpa Nama berkata...

Rasanya, boleh dibuang..tapi tidak perlu dibuang serta merta.kene ada pemerhatian dan penilaian kepada boss sendiri juga..kalau boleh adakan dept investigation.takkan la satu deptartment tak tahu staf tu memang teruk ataupun dianiaya. majoriti votes dalam department mungkin juga membantu penilai mengenalpasti individu yang diberi markah rendah ini, samada mereka ini layak ataupun tidak dibuang. Saya percaya, pembuangan yang dimaksudkan adalah bukan semata membuta tuli, namun secara terperinci..kalau boleh adakan sesia kaunseling, dan peluang (warning) kepada pekerja yang bermasalah,sekiranya perbuatan yang sama berlaku, di tambah dengan review rakan sekerja yang memberi komen negatif, maka layaklah mereaka ini dibuang..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan cadangan CUEPACS itu, tidak semestinya seseorang penjawat awam yang prestasinya rendah itu adalah disebabkan kerjanya yang tidak bagus. Ada juga kakitangan awam yang telah melakukan kerja-kerjanya sehabis baik (cemerlang) tetapi prestasinya dinilai lebih rendah daripada kakitangan yang sememangnya kurang cemerlang dalam melaksanakan tugasannya. Tindakan ini tidak adil kepada kakitangan yang betul-betul telah melaksanakan tugasannya dengan cemerlang. Tidak hairan juga ada segelintir kakitangan awam yang mendapat prestasi rendah kerana penilai menilai berdasarkan emosi dimana kakitangan yang penilai suka akan diberi markah tinggi walaupun tidak buat kerja manakala kakitangan yang penilai tidak suka diberi markah rendah walaupun buat kerja separuh mati! tanpa mengira kesan daripada tindakannya itu terhadap kakitangan berkenaan.... diharapkan Dasar Pemisah Buang Kakitangan Prestasi Rendah di kaji semula demi kebaikan semua kakitangan awam. Sekian, Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

kalo bos pretasi rendah aku nk buang die bole x??

Tanpa Nama berkata...

kadar gaji baru utk skim SBPA ni x berapa jelas, kalau ikut cakap-cakap geng atas..kenaikan gaji bagi pangkat JUSA C ke atas terlampau tinggi berbanding kakitangan P&P dan Pelaksana.Kata nak kurangkan jurang antara pihak bawahan dan atasan. kalau pihak pelaksana hanya boleh naik antara rm 90 - rm 400. tak adil rasanya jika permulaan tangga gaji bagi JUSA C naik sampai rm4000. Peniaga-peniaga diluar pulak dah heboh kata kakitangan naik gaji banyak.mereka naikkan harga.tapi pada hakikatnya..naik berapa jer...

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana seorang yang bergred N ingin membuat penilaian keatas kakitangan W? rata-rata bahagian pengurusan dipejabat kewangan di duduki oleh pengurusan bergred N manakala golongan sokongan adalah bergred W. kebanyakan pengurusan N debit dan kredit pun tak tahu, rekupmen panjar wang runcit pun tak tahu, akaun amanah pun tak tahu, jadi bagaimana nak menilai prestasi kakitangan yang bergred kewangan W? jawab nya hanya yang pandai mengampu sahaja lah yang dapat prestasi tinggi dan prestasi yang rendah memangnya golongan yang di aniayai sebab pegawai yang menilai buta mata dan buta ilmu kerja

Tanpa Nama berkata...

kalau PA yg dapat markah 70% ke
bawah dah disiasat sebab musababnya..dan didapati ia dianiaya dan menjadi mangsa bos yg salah guna kuasa...apa yang akan pihak atasan akan buat?..ada tak 'habuan' kepada bos yang suka bertindak ikut sukeee dia jak tu? PENDAPAT saya...kalau bos yang tak profisional bertindak tu..bagi dia kaunseling juga dan amaran untuk diberhentikan sebagaimana dia lakukan terhadap mangsanya....

insan terinaya berkata...

sedih aku salah seorang guru yang diinaya oleh pk pentadbiran aku di sk sijangkang jaya. guru tahun 6 ketua panitia. panitia aku dapat nombor satu dalam daerah. bagi sijil cemerlang kat aku . markah prestasi dia cuma bagi 78 . mana adilnya penilaian dia. marah bila ditegur kerana mesyuarat terlalu lama 2.30 -6.30 tak selesai. kami sampai tak solat asar ini ke pantadbir yang dibanggakan. tahun ni sekolah aku dapat no 1 dalam daerah dia kata dia yang buat. masuk kelas akhir sekali yang aku ajar tu pun tak pernah. kalau takda guru kau ingat kau sapa.