SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Disember 2011

SEARAH BORANG SBPA DILANJUT DILANJUTKAN KE 15 JANUARI

Berita Harian
Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.m
2011/12/24




Permohonan opsyen usia pencen 60 tahun kekal 31 Disember: JPA

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Dr Ismail Alias, berkata tarikh akhir untuk penyerahan borang opsyen bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun kekal pada Sabtu depan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA di sini semalam.

Pada masa sama, Ismail mengesahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, sendiri akan mengadakan satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.

“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, tempoh opsyen (lanjutan) umur persaraan kepada 60 tahun tetap (berakhir) pada 31 Disember kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.

“Bagi opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak (31 Disember ini), JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, di Ibu Pejabat JPA, di sini, semalam.
Rundingan lebih tiga jam itu diadakan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, supaya JPA dan CUEPACS segera duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu berbangkit berhubung SBPA, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.

Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan JPA dan CUEPACS menetapkan tiga bulan untuk menyelesaikan isu pelarasan gaji anggota keselamatan Gred 17 supaya mereka dapat menikmati kadar upah sama dengan kakitangan kerajaan berkhidmat di bahagian pentadbiran bergred itu.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Katanya, JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.

Beliau juga berkata, ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian.

“JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.

“Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara 'baik' sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain,”katanya

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

opsyen bodoh.....gaji x tau, pekeliling kabur....yang buat bangang... nak sain terangkan dulu...dah la masa nak umuumkan kenaikkan gaji dulu kabur,,,,ini pulak nak kuatkuasakan sbpa mcm cite kartun...bodoh.....

Tanpa Nama berkata...

sbpa memang adil...cuba korang kira gaji purata setahun..setiap kakitangan yg senior akan melebihi junior..cuba kira..jgn nk kutuk jpa..kira start jan-dis 2012

Tanpa Nama berkata...

Ko dpt byk p&p sbb tu ko ckp ok org bwahn yg dpt mcm tak dpt ni cm ne jgn pentingkan diri sendiri je

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, ape2 pn sy bersyukur yg diorg mengkaji balik gred pem.tadbir 17, mmg tak adil utk kami kerana org bwh naik gred kami tapi gred kami masih di situ... mtk2 ada rezeki yg lebih baik utk nasib pembantu tadbir...amin...

Tanpa Nama berkata...

Isu kenaikan gaji pun selesai ye.. Betul ke? Aku ni naik 3% je. Kerja 15tahun,lulus ptk aras 4 dah 3x. Ehmm...sabar je la.

Tanpa Nama berkata...

Pemindahan Gaji JUSA C

>>>>SSM>>>>>>SBPA>>>>Kenaikan
T1 6595.99 12000.00 5404.01(81%)

T2 7236.46 12645.00 5408.54(75%)

T3 7939.12 13345.00 5405.88(68%)

T4 8710.01 14115.00 5404.99(62%)

T5 9480.90 14885.00 5404.10(60%)

Ini adalah sifir pemindahan gaji SSM ke SBPA bagi JUSA C. Kenaikan gaji mereka antara 60% - 81%. Sumber daripada rakan saya di bahagian gaji. PA yang lain apa komen anda.

Juruteknik Poli bukan SPM berkata...

SEPATUTNYA

J17(SPM) = J4-1 juruteknik
J22(SPM) = J4-2 juruteknik
J26(SPM) = J4-3 juruteknik

J17 (POLI) = JA3-1 pembantu pen. jurutera
J22/26 (POLI) =JA3-2 pembantu pen. jurutera kanan

Ex PUO, FT berkata...

Wahai pemimpin2, pegawai2 kerajaan, kakitangan2 kerajaan ikuti lah sifat2 Rasulullah S.A.W. yang bersikap adil, amanah dan hormat menghormati serta membangunkan taraf umat keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

SBPA, skim bela pihak atasan... Terima kasih la pada pihak yg menjayakan skim ni, yg menggubal yg menyusun dan yg mengenyangkan perut sndiri. Syabas, nanti gubal lagi skim yg mcm ni. Letakkan gaji anda mula dari 20 k dan gaji mati 40k.

Tanpa Nama berkata...

Eh kau ni Omar, rasa penat pulak aku sokong kau. Bertambah la penat bila fikirkan aku sia2kan cuti Ahad aku berhimpun utk kau kat Chan Sow Lin tempohari. Komen kat sini pun buat aku bertambah tambah penat. Semuanya sia2! Aku rasa kau dgn geng Cuepacs bkn baca pun keluhan orang kat sini, hanya ikut naluri dengan kepala hotak kau aje. Dah kita katakan suruh highlight pasal ketidakadilan kenaikan gaji serta kehilangan seniority tu masalah utama selain exit policy; alih2 exit policy tu jugak yg kau bawa ke hulu ke hilir. Dah la tu, hampir semua gred bermasalah; yg gred tertentu jugak kau gi sebut! Kesudahannya semangat mcm panglima perang; alih2 perlanjutan tempoh opsyen SBPA tu aje yg kau megah2kan...Yg naik 100% tetap tersenyum lebar! Seminggu kau lantang dengan kitorang ni turut temankan kau berjuang; cuma dalam 3 jam aje tempoh diperlukan JPA utk buat kau terlentok & mengangguk! Entah2 kau tu yg markah selalu bawah 70. Dah la golongan bawah ni diperbodoh bodohkan; yang jadi wakil pun sekarang dah jadi bangang...Apalah nasib!

Tanpa Nama berkata...

elaun kena tambat tak ni??...apsal satu jawapan pun tarak....setakat nak lanjut tarikh bagi balik borang buang karan jerr...exit policy bukan problem takyahlah nak bincang sangat kalau sapa malas tu baik berentikan jerrlahh.....gua mau gaji naik naik, elaun gua naik...sapa naik lebihhh gua tarak peduli yang penting gaji gua lebih dari sekarang ni...

Tanpa Nama berkata...

Menteri dan Premier serta JUSA yg nk ambik gaji bnyk2,ambiklah.Pakat2 le korang tp org bawah ni takkan lah sikit sgt sbb bila brg naik kena bayar juga.
Kalau belanja naik rm200 gaji naik puluh2 baik diam2 je.
Korang menteri n premier senyap2 le bila rompak duit negara tu.Bising2 kt paper kata gaji naik pastu brg naik buat susahkan org je.

pt po kecewa sangat berkata...

cakap pun tak guna lagi...
cuepacs pun tak boleh bela nasib kita..
kekananan dah takda lagi...
tengok je la barang naik tahun depan...
kita makan nasir ngan telur je la.....beli ayam dh tak mampu....
golongan 41 ke atas je la boleh...
ikat perut sambung degree pun bukan boleh naik pangkat automatik macam cikgu...tak pa la...
tu la malaysia..dah nak sama macam negara india ada kasta2.....
yang gred 41 ke atas kasta kaya ...yang bawah ni papa kedana...
sain aje la...walaupun gaji mati naik 300 saja.........
bersyukur memang la bersyukur...tapi sbpa ni manusia yang buat tak lari dari rasa tamak penggubalnya....betul tak..
yang kata pangkat atas tanggungjawab berat....pernah ka kita dengar gred depa ni kena surcaj atau penjara?
based on audit negara punya report banyak orang atas sepatutnya kena...
tapi ada yang kena ka...diam sahaja....ingat lagi ka anda semua...
tapi kalau kita pembantu tadbir p/o kat jabatan...
silap skit nak kena surcaj padahal final check and approve adalah responbility gred 41 dan ke atas....tapi dieorang selalu lepas...
ye la kan kita mentimun depa durian....
lagi satu dalam sbpa ni..pembantu operasi yang kelulusannya pmr pun gaji dah nak sama dengan kami....macammana ni...
hari tu pembantu tadbir rendah(PTR),TUKANG MASAK,PENGAWAL KESELAMATAN dan OMPD DIJUMUDKAN JAWATAN DARI GRED ASAL DINAIKKAN KE GRED N17....PT PO N17 YANG ASAL DAPAT APA?TERNGANGA SAJA....PADAHAL YANG MENGURUSKAN SEMUANYA DI JABATAN ADALAH PT PO...
BUKAN NAK BERLAGAK TAPI KAMI NI BOLEH KATA KAMI NI BACK BONE SESUATU JABATAN ATAU AGENSI...

KAMI TAHU GRED 41 KE ATAS PENTING TAPI KAMI PUN PENTING JUGAK...
KAMI PUN ADA KELULUSAN YANG SAMA CUMA REZEKI TAKDA LAGI... PM PUN KATA NAK TENGOK GOLONGAN PELAKSANA BERPRESTASI TINGGI...
KALAU TAKDA KAMI GOLONGAN PELAKSANA YANG ADA DIPLOMA ATAU DEGREE HOLDER NI...SAPA NAK BUAT SLAID OR PAPERWORK BOS2..DIEORANG TAU SAIN DAN MERASMIKAM MAJLIS SAJA....
kasihanila kami gred pembantu tadbir gred n17 perkeranian dan operasi NI...

Tanpa Nama berkata...

PTPO harus diberi pembelaan yg sewajarnya..Benar kata tuan, PTPO la yg paling bertungkus-lumus sekiranya ada pekeliling/opsyen/naik pangkat/bla3 keluar...Yg lain cuma sain, bg borang jak...Cadangan saya, PTPO harus dinaikkan gred ke N19 (wujud gred baru bagi N).Tak boleh tamak sgt.Cadangan ke N22/27 tu tidak praktikal memandangkan itu adalah gred kekananan. Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA

J17(SPM) = J4-1 juruteknik
J22(SPM) = J4-2 juruteknik
J26(SPM) = J4-3 juruteknik

J17 (POLI) = JA3-1 pembantu pen. jurutera
J22/26 (POLI) =JA3-2 pembantu pen. jurutera kanan

?????????????????????????????????

Bukan awak ke dulu minta J17 diupgred ke J27? kenapa pulak nak bezakan lulusan sijil poli dgn lulusan SPM?
kan JPA dh tetapkan, bagi lulusan SPM,pengalaman kerja selama 6tahun = kelulusan Sijil poli; yg ade sijil poli, walo br keja seminggu. dia layak ke gred 27 tu, yg xde sijil poli, dia kna stay di J17 sehingga cukup tempoh 6 tahun, baru dpat ke gred J27;

Andai kate nti, J27 ni di upgred ke J29, sama je, yang ade diploma boleh terus dpt J29, tp yg hanya ade sijil mcm awak, kenalah tunggu 6 tahun @ 9tahun barulah = kelulusan diploma.

J27 adalh gred yg mempunyai kelulsan yg lbh tinggi dr J17, so semua tu diletakkan dlm level yg sama, tp beza gaji tinggi kan. Insya Allah, jika ade kekosongan untuk gred kanan JA3-1 nti, staf yg dh kanan ketika gred J17 dulu akan diberi lbih priority; bezanya dulu nk naik pgkat, kna lulus exam pelbagai, melalui proses tmuduga , skrg ni, kna kamcing dgn bos la, br dpt sokongan naik pgkat; kelebihan kpd pegawai prmpuan yg muda2 n mengancam la, tackle bos lelaki.....

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA

J17(SPM) = J4-1 juruteknik
J22(SPM) = J4-2 juruteknik
J26(SPM) = J4-3 juruteknik

J17 (POLI) = JA3-1 pembantu pen. jurutera
J22/26 (POLI) =JA3-2 pembantu pen. jurutera kanan

Tanpa Nama berkata...

Selepas ni dicadangkan supaya CUEPACS meneliti beban kerja dan bidang tugas PA semua kategori..Dan dicadangkan supaya setiap jawatan perlu melaksanakan tugasnya sepenuhnya.
Perkataan atau setia mengikut arahan dari ketua di atasnya perlu dimansuhkan sebaliknya hanya melaksanakan dan patuh kepada setiap tugasan yg telah ditetapkan.

Biar Bos-bos buat kerja mereka yg sepatutnya mereka yg buat dari daulu lagi.

Ini dok..cuba buat bancian..berapa kera bos yg pandai komputer..pandai buat slide presentation, pandai exel...

Sebab dlm ni ..sibuk dok berbangga ada degree lah itu lah..so biar dia buat..

Tanpa Nama berkata...

teringat citer p.ramli malam td.. jaga singh tu berkata..

" diaorg punya nasib, diaorg makan... lu punya nasib, lu makan... ape salah makan sama2 " ,

aku setuju ape yg jaga singh tu ckp...tp aku tetap rase terkilan kerana kenaikan gaji yg sikit ini akan menyebabkan kenaikan harga barang yg mendadak,dahlah turun tangga gaji dari T8 ke T4... JUSA2 yang naik 100% tu bleh lah senyum walaupun kenaikan harga barang, kami yg dibawah ni tertekan... BAIK TAK PAYAH NAIK GAJI LANGSUNG, TAK ADE LAH PENINGKATAN HARGA BARANG

Tanpa Nama berkata...

ni la serupa nasip dalam citer p.ramlee citer Laksama DO RE MI. berusaha sungguh nak dapat kawin last2 apa yg diduga tak dapat.. kena ketawa lg tu..

Tanpa Nama berkata...

Saya mewakili golongan yang sedang mencari pekerjaan dengan pihak kerajaan mencadangkan agar kerajaan dapat memberikan pencen awal kepada kakitangan kerajaan sedia ada seperti umur bersaraan pada 50 tahun atau 53 tahun...kerana apabila ramai kakitangan kerajaan bersara awal...jadi golongan macam kami ini dapat merasa peluang untuk bekerja di sektor kerajaan.Saya rasa ramai juga org yg bekerja di sektor kerajaan menyokong hal ini kerana ramai juga anak2 mereka atau kenalan mereka yang masih menganggur hingga kini....Sekiranya tempoh persaraan ini dilanjutkan ke 60 tahun...semakin ramailah golongan yang menganggur..mcm2 boleh terjadi bila takde kerja...hope ade yg prihatin masalah kami.

Tanpa Nama berkata...

tan sri abu bakar cakap kalau kaji balik gaji kumpulan pelaksana akan menyebabkan implikasi kewangan yang besar...berita harian hari ni....
apa cerita ni...jusa bila sain sbpa dapat naik 5 ke 6 ribu...
elaun itka beribu2,elaun perumahan beribu2,elaun pembantu rumah beribu...elaun keraian beribu2,elaun COLA pun sapu.....elaun function lagi,elaun handphone lagi...celah mana dieorang belanja duit banyak tu........
ni tak banyak implikasi kewangan ka....kami tahu hang pa decision maker...tapi berpada2 ler....
takkan kita nak wujudkan jurang lagi.....
tolong la kumpulan pelaksana ni...
roti canai pun dah naik jadi rm 1 sekeping....
example: gaji mati pt po cuma naik rm 300 je dari rm 2400 jadi rm 2700 sedangkan untuk gred lain gaji mati naik beribu2......
kami tak kisah kalau paras kenaikan tak melampau ..

gred kepala bapak ptd berkata...

JUMUDKAN JAWATAN PTD.MENYEMAK N MENGHABISKAN DUIT RAKYAT