SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Disember 2011

SBPA: JPA NAFI PEGAWAI TINGGI TERIMA PERUBAHAN GAJI HINGGA RM5,000

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 07, 2011



PUTRAJAYA, 7 Dis – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA.

“Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek... itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.

Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.

Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.

Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.

Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA.

“Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM... jadi ada kenaikan lebih RM1,100,” katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.

“Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam,” kata beliau lagi.

Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus.

Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan hari ini.

69 ulasan:

Abu berkata...

Buktikan dengan hebahan lampiran C tanpa 'dicicirkan' sehelai pun.

Tanpa Nama berkata...

jangan setakat menafikan. Inilah sindrom yg melanda ketua-ketua di Malaysia baik dlm perkhidmatan awam mahupun politik. Tunjukan buktinya.. Ini tidak,lampiran C pun tak dihebahkan.. mcmana mau percaya..

Tanpa Nama berkata...

takpe...sokongjelah,,,,PKR

Tanpa Nama berkata...

nak nafi apa lagi, ngaku je le..

Tanpa Nama berkata...

memanglah kenaikan x sampai RM5,000...cuma setakat RM4,999 je! itu yg Lampiran C sampai x keluar sampai hari ni!!

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran kenyataan hendaklah dibuktikan dengan telus, contohnya pergerakan gaji dilampiran C. kenapa disembunyikan dan tidak dihebahkan di JPA Portal...........dimana silapnya............?ini yang menjadi teka-teki.kalau tak ada angin,takkan pokok bergoyang....KERASHIAAN KONON....lama-lama bocor juga.

Masih Ragu berkata...

betul,betul,betul..........

Tanpa Nama berkata...

mmg naik bnyk....tapi utk pa yg baru le..yg tinggal lg 5th kebwh? apapn kna tngk LC dulu..nk tngk pa yg single point tu...yg minimum/maximum kgt dah tentu rm320 setahun..makin jauh le perbedaan gaji..tk heranla LC tak di pamerkan..takut pa yg lain bantah??

buruh insaf pernah susah berkata...

ADALAH NORMAL UNTUK ORANG ATAS MENDAPAT GAJI YANG LAGI TINGGI,PERKARA INI TAK PATUT DIPERJUANGKAN...
ADALAH NORMAL UNTUK ORANG BAWAH MENDAPAT GAJI YANG LEBIH RENDAH DARI ORANG ATAS.
ADALAH NORMAL JUGA UNTUK JURANG GAJI ATASAN DAN BAWAHAN LUAS KERANA TAK KAN KITA NAK GAJI KUMPULAN PREMIER DENGAN PELAKSANA BEZA SEDIKIT SAHAJA.PENETAPAN GAJI ADALAH BERDASARKAN KEMAHIRAN,KEPAKARAN,KELULUSAN,DAN TANGGUNGJAWAB.BUKAN MENAIKKAN GAJI SEMATA MATA UNTUK MENGIMBANGI KOS SARA HIDUP SEHINGGA GAJI SEMUA PA SEOLAH TIADA HIRARKI.JADILAH NANTI KULI LAWAN TOKEY SEBAB GAJI KULI HAMPIR DENGAN GAJI TOKEY...BILA TOKEY BAGI ARAHAN KULI AKAN JAWAB" GAJI BARU BERAPA SEN DAH PANDAI PANDAI NAK ARAHKAN AKU"

LEBIH BAIK PERJUANGKAN ISU LAIN SEPERTI MASA BEKERJA,KELAYAKAN CUTI,ELAUN DAN TUNTUTAN LAIN YANG BELUM SELESAI...

Tanpa Nama berkata...

kononnya sbpa ni bukan pelarasan gaji tetapi semakan skim gaji, so tidak akan melibatkan kenaikan gaji yang tinggi cuma sekitar 7%-13%.....tapi ada yg dapat kenaikan sampai ribu-riban hingga mencecah 50% apa kejadahnya!!!.....

Tanpa Nama berkata...

Pekeliling berjela - jela hingga hampir habis dakwat setabung untuk mencetaknya, tetapi jadual gaji (lampiran C yang hanya beberapa helai) tiada.

Tanpa Nama berkata...

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.
--------------------------------
aku pun naik hairan tiap kali nak dijadikan contoh untuk gred yg atas mesti gred 48...kenapa tak ambil gred yg paling atas sekali dan gred yg paling bawah sekali...baru boleh nampak apa yg PA sedang perkatakan sekarang ni....

Tanpa Nama berkata...

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

uncle jega berkata...

berkenaan....

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

BETUL KE?.....
jangan pulak nanti bila dapat rm 500 terus ubah fikiran.....tup tup timbang juga yang dipangkah

bigshow berkata...

pendapat aku la....
kalu JPA terus berteka-teki mcm nie...
korang tengok la PRU13 ni....
silap2 parlimen putrajaya pun bleh tumbang oi.....
jgn memain.....
kuasa ditangan anda....
buktikan.....

Tanpa Nama berkata...

pru kali ni confirm tumbang....! kali ni biar dia rasa bagaimana kalau hajat x kesampaian, banyak sgt putar belit. kalau 1/2 dr 1.4 juta PA undi PR pun dah cukup. biar geng2 PTD mangkuk hayun ni je sokong BN, lepas ni kita pakat2 tengok siapa yg kena...bangang tahap cipan!

Tanpa Nama berkata...

bukan RM 5000 LA cuma 4999 jer

Tanpa Nama berkata...

Tahap Cipan...Kah..kah..kah..kelakar..kelakar

2bz4money berkata...

Saya nampak insentif dan ganjaran SBPA yg cukup besar menanti pegawai Gred48 dalam bentuk peluang kenaikan pangkat ke tahap Premier iaitu smda secara Fast Track atau SME. Bagi Pelaksana pula, haruslah pertingkatkan kemahiran/pengetahuan bagi memperolehi Ijazah dan seterusnya mohon jawtan P&P sehingga mendpt peluang yg sama di gred48 nnti. Tepuk dada, tanya selera..

Tanpa Nama berkata...

Utama/ Khas C
Tanggagaji SSM SBPA
1 - 6,595.99 -> 12,000.00
2 - 7,236.46 -> 12,645.00
3 - 7,939.12 -> 13,345.00
4 - 8,710.01 -> 14,115.00
5 - 9,480.90 -> 14,885.00

prebet hassan berkata...

Inilah kerja bodoh PTD, hang ni orang2 PTD memang celaka. Semua yang menguntungkan hang kebas. Baik hang nasihatkan ketua hang tu resign. Buka je kedai gambar tak usah ambil gambar orang lain. He..he.. mu memang celaka PTD celaka...celaka

Tanpa Nama berkata...

memang celaka PTD ni.. Buat dasar yg menguntungkan kelompok mereka semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah nak dinafikan lagi....... Kalau dah terbukti ianya satu pengianyaaan terhadap kump. pelaksana. Kalau kes macamni tanya budak darjah satupun dia tahu yang mana banyak dan yang mana sikit. Bukan sikit-sikit tapi memang banyak sangat sikitnya.

Tanpa Nama berkata...

memang sah PTD akan buat gaji dan dasar yg menguntungkan mereka.Ini disahkan oleh PTD yg mewakili Daerah semasa SSB/SSM.Dia kata tentu dia akan mengutamakan Skim dia dari skim yg dibawah.Dah la tu PTD ni macam ada lesen nak maki orang bawah. Tak percaya tanya staff Pejabat Tanah Manjung dan Kerian.Dia lupa diakhirat besok dia akan dituntutut dari apa yg dia buat pd orang bawah.

Tanpa Nama berkata...

Isu yang saya rasa menjadi sangat bususk dan jijik ialah golongan PTD telah menggunakan kuasa dan peluang/kelebihan yang ada pada mereka untuk memastikan hanya kebajikan mereka sahaja yang terjaga dan dibela.

Cuba perhatikan Jabatan atau Kementerian mana yang PTD tidak berada dalam jawatan-jawatan utama. Semua peluang yang ada dimanipulasi secara gelojoh dan tidak patut sama sekali bagi membuka seluas-luas jawatan kenaikan pangkat kepada PTD. Adakah kerana nak masuk PTD kena melalui tapisan yang ketat dan sofistikated kononnya, maka mereka boleh bebas merompak jawatan-jawatan penting di semua Jabatan atau agensi kerajaan?

Barangkali kalau boleh dibuat kajian di kalangan penjawat awam mengenai persepsi terhadap PTD, saya yakin dan percaya dalam diam mereka sangat benci, meluat dan menyampah terhadap perkhidmatan PTD, atas kecekapan mereka yang menjajah jawatan-jawatan utama dalam skim perkhidmatan lain.

Sebagai contoh yang mudah, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, semua dibolot oleh PTD. siapa yang melantik dan meletak PTD di jabatan tersebut? PTD jugak kan? Sepatutnya jawatan tersebut patut diberi kepada golongan agama kerana nama pun Jabatan Agama, biar mereka buktikan kemampuan mereka. Begitu juga dengan beberapa kementerian/jabatan seperti kesihatan, pendidikan dan kerja raya. PTD jadi bos kepada doktor, bos kepada guru dan bos kepada jurutera. Sampai sekarangpun golongan berkenaan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Akhirnya ketidakpuasan hati golongan ini dibawa ke mana? Tentu kita dapat fikir dengan mudah sebab ianya semudah matematik dua campur dua sahaja. Saya rasa mereka tu bukan mengejar jawatanpun tapi peranan dan perkhidmatan mereka perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dengan melantik mereka menerajui Jabatan-jabatan tersebut dan bukannya PTD.

Saya tidak nafikan peranan dan sumbangan PTD, tetapi sangat tidak adil meletakkan semua PTD menguasai jawatan utama kerajaan dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan pihak lain selain PTD.

Tanpa Nama berkata...

SBPA ni bukan Saraan Baru Perkhidmtan Awam tapi Sara Bodek Pegawai Atasan. Ahli Cuepacs yang susah payah lawan mintak kenaikkan gaji dia yang senang lenang naik 100% dahlah tak bayar yuran kesatuan dia yang lebih kenyang

Tanpa Nama berkata...

Dah tu dapat kemudahan guna Proton Perdana pejabat minyak non limit pegi attend mesyuarat sana sini makan tanggung elaun Jusa sama banyak dengan gaji hakiki tak cukup lagi ke orang bawah yang pecah kepala buat kerja dia main sain je dapat gaji tinggi gila confirm PRU 13 BN bungkus sendiri mau ingatlah Najib.....

Tanpa Nama berkata...

mmg lampiran c xd lampirkan coz benda yg melibatkn gaji, adalah sulit.nnt korang tgu la lampiran tu smpai ke jabatan korang..xpyh bising2 kat sini.

Tanpa Nama berkata...

sapa sapa nak tgk lampiran c tapi untuk cikgu (itu aje yg aku jumpa) boleh pergi kat web jabatan pelajaran pulau pinang http://jpnpenang.edu.my/. Lepas masuk web tu, tgk kat sebelah kiri kat panel navigasi dan klik kat MUAT TURUN. Lepas tu kat muat turun tu kluar byk tajuk. Klik kat TAKLIMAT SBPA (1). Lepas tu tgk kat version, klik MUAT TURUN kat bawah version tu. Selamat mencuba dan tgk lampiran C

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT NI TAK BETUL KE?

Gaji jawatan premier 1 tangga sahaja x masuk elaun :

Premier I,KSN = RM50,000
Premier II,KPPA,KSP Turus 1 setara = RM45,000
Premier III KPN,PAT setara Turus 2 = RM40,000

Gaji JUSA x msk elaun =

Jusa A = Tahun max +-23,000
Jusa B = Tahun max +-21,000
Jusa C = P1t1 RM12,000 - Tahun max +-17,500

Gaji Pengurusan dan professional x masuk elaun

Gred 54 = T1 Rm7,000 - max RM11,600PGT RM320
Gred 52 = T max RM9,700
Gred 48 = T max RM8,700
Gred 44 = T max RN7,400
Gred 41 = T1 RM1,920T max RM6,250 PGT 215

Gaji kumpulan Pelaksana

Gred 36 = T max RM5,555
Gred 32 = T max RM4,8++
Gred 27 = T max RM4,180
Gred 26 = T max RM4,050
Gred 22 = T1 RM1920 T max RM3,555 PGT RM115
Gred 17 = T1 RM955 T max RM2,780 PGT 95

Tanpa Nama berkata...

lebih kurang la figure gaji tu just ralat rm100-200...hampir persis...

Tanpa Nama berkata...

Premier I,KSN = RM50,000
Premier II,KPPA,KSP Turus 1 setara = RM45,000
Premier III KPN,PAT setara Turus 2 = RM40,000

Gaji JUSA x msk elaun =

Jusa A = Tahun max +-23,000
Jusa B = Tahun max +-21,000
Jusa C = P1t1 RM12,000 - Tahun max +-17,500
-----------------------------------
dalam keadaan laporan audit negara menunjukkan berbagai kelemahan dan salah laku dalam urusan pentadbiran kementerian mereka ini diberikan habuan yg lebih tinggi....Tahniah !!

ramli sam sam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ramli sam sam berkata...

bab gaji ni saya yang tanpa paksa rela memohon berkhidmat dalam kerajaan pun tak puas hati.dalam paper tulis 7- 13 peratus.tapi dalam diam ada yang dapat double triple peratus kan.

tapi sapa la kita nak tak puas hati dengan rezeki Allah. setiap sen (nikmat) akan ditanya kemana pergi. Kalau sakit hati kat PTD ,mintak masuk PTD, kalau sakit hati kat cikgu, mintak masuk cikgu, jeles kat Doktor p blajar lagi sampai jadi doktor. Gaji petronas sampai 20 ribu sebulan, aku pun sakit hati tapi dah rezeki dia dapat keje petronas. padahal minyak tu milik semua.

kalau sikit, tak puas hati,dengan gaya bahasa yang tak macam orang bekerja untuk perkhidmatan awam, jangan sain.mudah2an tuhan mudahkan rezeki dapat kerja kat shell ke kat petronas ke, celcom ke 7 eleven ker... amin.

Tanpa Nama berkata...

Ada ke gaji orang baru naik pangkat dgn org yang dah lama kat pangkat tu dan dah dinding bertahun2 bila dah ke SBPA beza brapa hinggit je walhal beza pengalaman keja bertahun2 dan beza gaji pun la ni beribu lemon ... Tak ambil kira ke pengalaman dan kesetiaan kita? Sian kita2 yg tua2 ni ...

Tanpa Nama berkata...

Aku nak komen tentang skim Penolong Pegawai Tadbir (Gunasama) yang parent service di JPA; langsung tak ada apa yang menarik dlm SPBA. PPT akan jadi PPT sampai Gred N36 je. Lepas tu tak akan dpt kenaikan pangkat lagi. Time tu JPA akan gunakan 'exi policy'. Masa aku join PPT nih guna Diploma, tapi dlm skim baru ni jadi kelayakan STPM je ! Pelik jgk aku, agaknya PTD yg menggubal skim ni benci sgt pada PPT sebab tu jadi mcm nih ! Apapun, yg paling beruntung dan mendapat durian runtuh adalah PTD ! Baru masuk keje dah jadi Penolong Pengarah, satu benda pun tak reti nak buat semua harapkan PPT, CC & PT(P/O), PAP. Pegi jahanam monyet @ monkey !

Tanpa Nama berkata...

Aku nak komen tentang skim Penolong Pegawai Tadbir (Gunasama) yang parent service di JPA; langsung tak ada apa yang menarik dlm SPBA. PPT akan jadi PPT sampai Gred N36 je. Lepas tu tak akan dpt kenaikan pangkat lagi. Time tu JPA akan gunakan 'exi policy'. Masa aku join PPT nih guna Diploma, tapi dlm skim baru ni jadi kelayakan STPM je ! Pelik jgk aku, agaknya PTD yg menggubal skim ni benci sgt pada PPT sebab tu jadi mcm nih ! Apapun, yg paling beruntung dan mendapat durian runtuh adalah PTD ! Baru masuk keje dah jadi Penolong Pengarah, satu benda pun tak reti nak buat semua harapkan PPT, CC & PT(P/O), PAP. Pegi jahanam monyet @ monkey !

Tanpa Nama berkata...

Perpindahan gaji JUSA A,B,C SSM ke JUSA A,B,C SBPA adalah mengikut tanggagaji tahun ke tahun.Jika pegawai Jusa C SSM berada di T5 @ RM9480.90 akan ke T5 SBPA @ RM14,885. Kenaikan sebanyak RM5404.10(itu baru jusa C yg atas lg bnyk)...Bagi kakitangan gred 54 ke bawah perpindahan gaji adalah diberi 1 kenaikan gaji SSM dan dipilih yg = atau lebih tinggi yg terdekat di tanggagaji SBPA...Cth gred SSM N27 P1T9 @ RM1736.95 akan diberi satu pergerakan gaji ke SSM P1T10 @ RM1803.50..GAJI SBPA yg terdekat yg lebih tinggi dari RM1803.50 ialah N3-1(SSM N27) T4 @ RM1845.00...jadi GAJI BARU SBPA pada 1.1.2012 yg diterima ialah RM1845.00(T4SBPA).Kenaikan gaji ialah sebanyak RM1845.00(SBPA) - RM1736.95(SSM) = RM108.05..Misalan klu N27 P1T9 SSM lompat mcm kaedah gaji JUSA maka akan pegi ke gaji SBPA N3-1 T9 @ RM2570(tapi kaedah ini tidak digunakan untuk gred 54 ke bawah.Hanya JUSA C keatas saja ada keistimewaan perpindahan gaji ini untuk mengkayakan lagi org yg sudah kaya)

Nota : Banyak cantik korang punya peraturan yang JUSA ke atas yg gaji dah besar blh pula korang terus lompat gaji SBPA pegi tahun yg sama dengan SSM sedangkan yg bawah gaji ciput kau bagi cara perpindahan gaji satu kenaikan gaji SSM yg terdekat dengan SBPA..igt kami yg gred 54 ke bwh ni lembu ke tak blh pikir.klu nak wat pekeliling pun biar la logik....ni nmpk sgt ..jgn benda ini smpai jadi isu politik pula nanti.. pilihanraya dah nak dekat ni...huhu

Kesimpulan : yg naik gaji ni bukan setakat penjawat awam malah menteri-menteri juga..sb tu mereka luluskan usul ini(undang2 perbekalan)jd yg makin tinggi rankingnya makin tinggi naik gaji.Sedangkan KSN pun gaji dah 50,000 x masuk elaun takkanlah menteri-menteri & bos menteri gaji lagi rendah kot..u pikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

kumpulan sokongan dah naik byk dah time pak lah dulu..cukupla..tak payah kecoh pasai gaji la..jgn nk dengki kat org lain..kalu nk naik gak gaji tue..pi sambung belajar..

Tanpa Nama berkata...

kumpulan sokongan dah naik byk dah time pak lah dulu..cukupla..tak payah kecoh pasai gaji la..jgn nk dengki kat org lain..kalu nk naik gak gaji tue..pi sambung belajar..

-------------------------
Hehehe..hang pun klu nak income lebih ribu-riban berhenti je keje kerajaan buka bisnes sendiri jgn keje nak menghabiskan duit rakyat saja...setimpal ke keje hang dgn gaji hang tu..ade ke hang naik gaji melampau-lampau tu dpt persetujuan rakyat...hang jawab la nanti di akhirat ye..

Tanpa Nama berkata...

Susah payah kerje dari bawah dengan kena marah, kena exam, penilaian prestasi yang tah betul tah tidak dan macam2 penderaan lain untuk naik gred tetiba yang jadi ksu dan ksn dari kalangan luar/swasta...atau pun yang ada sekarang ni nak tongkat langit. Cukup2 la...bagi yang patut naik teruskan rezeki mereka. Tak perlu la dikontrakkan bila dah pencen. Macam kita sorang je yang pandai.
Taraf perkhidmatan tetap tapi yang masuk secara kontrak tak tau hulu hilir mengenai perkhidmatan awam boleh jadi ketua. Dah rasa dua tiga tahun lepas semasa ketua komunikasi di kementerian2 di pegang oleh pegawai kontrak yang berpengalaman konon tapi hampeh...Sombong berlagak adalah. Macam la pegawai penerangan sedai ada tak boleh nak buat kerje.
Boleh bayangkan bila tiba masa nanti,yang menerajui kementerian dan jabatan nanti dari kalangan luar....mesti nak bawa kroni masing2 untuk jadi pendinding. Dah tengok bila syarikat2 merger. Ketua baru akan bawa sekali rombongan dia...yang dah pengalaman kat situ baibai....

Tanpa Nama berkata...

Ada yang kata, pendekatan yang digunapakai macam pendekatan Israel, memperkaya dan menjaga kepentingan pihak atasan, meningkatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin serta menggalakkan budaya bodek-membodek serta menjaga kedudukan dikalangan orang atasan. sudah pasti yang menjadi mangsa tetap juga orang bawah.

Kalau setakat belajar lagi untuk naik pangkat/naik gred, dah melambak-lambak PT yang ada diploma/degree..jawatan pulak yg takda..

Kenapa SPBA tidak memperbaiki skim gaji bidang-bidang kritikal seperti doktor ke..takda lah doktor lari ke luar negara..keje bagai nak gila..gaji ciput...

Tanpa Nama berkata...

Baru jap tadi en jusa tanya peg kerani mana skel gaji baru dia...mana ada. nanti kaum bawah tengok malu la. Dah la gaji ribu2, kereta bagi, minyak tanggung, touch n go tol bagi, hp boleh tukar2, komputer lagi. Sibuk nak bagi gaji bibik indon mahal2 tapi gaji kakitangan lulusan spm tak kira gomen atau swasta, cuba semak berapa gaji permulaan....
la8in kali bila nak buat perubahan gaji panggil la wakil2 dari setiap skim, sekurang2nya tak la yang tukang buat gaji tu syok sendiri.
Trend sekarang pulak, guru bising semak gaji guru, polis bising semak gaji polis tapi bila semak keseluruhan, dia orang tumpang sekaki.
Kita faham la takkan semua dapat gaji tinggi tapi biar la adil. KPPA kata gaji jusa bukan beza RM5000.00 tapi jusa2 yang dah pegi breifing dah seronok dapat tau beza gaji sebanyak tu. Ingat kami tak tau. yang pelik kenapa jusa briefing gaji baru berasingan dengan gred lain2.
Minta PM tolong la dengar suara rakyat. Jangan la ikutkan nasihat seketul 2 penasihat yang tak tau suara ramai.
Yang nak usik sgt perkhidmatan awam ni kenapa???? nak bawa orang swasta masuk mengetuai kementerian atau jabatan kerajaan. Ingat syarikat swasta nak sangat ke ambik bekas pekerja kerajaan masuk syarikat dia orang...kecuali la awak tu bekas pegawai2 tinggi yang ada kepentingan dgn jabatan kerajaan.

Alahai CUEPACS....tolong la tengok nasib perkhidmatan awam....
Konon HRMIS penting tapi belambak lagi jabatan tak de hrmis. JPA tolong tengtok nasib pegawai dan kakitangan awam yg di tukar ke PDRM...dah hantar ada ke tanye apa kabo dia orang...cuba2 la besembang dengan kawan2 kita yg sedang berkhidmat kat sana...
seronok ke bila ada yang derita atas tindakan tuan2...

Tanpa Nama berkata...

A. DAPAT SIKIT REDHA, DAPAT BANYAK BERSYUKUR

B. DAPAT SIKIT TAK CUKUP, DAPAT BANYAK TAK PUAS

Lintah Bayamt berkata...

mne lampiran C

Lintah Bayam berkata...

jom p piket

Mohd Raslam berkata...

Dgn ada SBPA aku dapatla merasa naik gaji sikit.Dah 6 thn tak merasa.Syukur.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju kemasukan orang korporat ke Jawatan Premier, dengan satu sebab; agar mereka akan rombak balik PTD ni. Cukuplah selama ini PTD bos kepada doktor, askar, polis, agama, engineer dll. Mohon orang korporat yang masuk ni kembalikan Jawatan KSU Kementerian kepada mereka yang selayak; KSU Kementerian Kesihatan dipegang seorang doktor, KSU Agama dipegang tokoh agama,KSU Pendidikan dipegang seorang guru.Moga Allah makbulkan doa ini.Amin...

Tanpa Nama berkata...

SBPA ni.....aku nak cakap pun susah. Tapi memang tak jelas....bukan setakat kabur ... malah ditutup mata dan telinga ketika taklimat. Memang tak faham. Dengar mcm hebat sangat penerangan oleh Pengarah Bahagian Saraan JPA... yang pompuan tu.... Bila tanya bab JADUAL GAJI ... dia kata itu rahsia..tak boleh diberikan sebab takut agen Ah Long cari, agen Bank cari, agen Koperasi cari, agen Credit Card cari suruh tambah loan. Ada ka mcm tu jawapan dia. Nampak sangat tak professional. Habis tu dulu masa SSB, SSM dan masa Pak Lah naik kan gaji sampai 25% tu... Ah Long tak cari ka? Pundek punya pengarah bahagian saraan. Kami ni sebagai pegawai kerajaan cuma nak tengok maklumat yang jelas sebelum sign borang opsyen. Nak tengok lampiraN C. Nak tengok apa yang kami dapat dan apa faedahnya. Kalau YAB PM umumkan pelarasan gaji sebanyak 7% - 13% dan kenaikan antara RM80 hingga RM320 akan dinikmati, kami nak tengok, nak tahu kat mana perubahan tu. Bukan setakat cakap saja. Berikan rumus/formula kat kami. Kami pun tahu kira juga walaupun bukan PTD yang duk buat dasar menguntung kelompok PTD saja.
Kalau mcm nilah, alamatnya election nanti boleh jadi macam zaman Pak Lah sebab tak bagi bonus. KPP Awam pun jawab duk secara common sense saja tanpa ada data. KSU terus senyap. Agaknya duk syok nak dapat gaji baru kot pastu kontrak dapat sambung pula, mcm kat Malaysia ni takda orang lain layak pegang jawatan KSU. Macam lantik YB kalah dalam pilihanraya jadi Menteri ler. Buat malu saja. Habis tu PTD yang hebat-hebat tu tak layak ka? Kalau tak layak maknanya tak hebat.
Suruh penjawat awam ikhlas, tapi dia sendiri tak ikhlas. Camana nak jawab tu...

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Abu bakar abdullah tu nasib pakai baju batik, cuba dia pakai baju mandi, kompom sebiji macam monyet hampir lemas dalam sungai. muka dia memang muka penipu...... kaki putaq belit hampir membelit dirinya sendiri. cakap dlm tv mcm menyanyi penuh irama ...

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Abu bakar abdullah tu nasib pakai baju batik, cuba dia pakai baju mandi, kompom sebiji macam monyet hampir lemas dalam sungai. muka dia memang muka penipu...... kaki putaq belit hampir membelit dirinya sendiri. cakap dlm tv mcm menyanyi penuh irama ...

Tanpa Nama berkata...

Dato Seri Najib bersedialah kamu untuk menerima arahan letak jawatan exit policy tahun 2012 dan persiapkanlah bukti2 atau sumber2 yg membolehkan kamu berdebat di mahkamah berkenaan dosa yg telah kamu lakukan dengan niat yg terancang @ sucsess...khususnya altantuya n enjin jet...

SBA berkata...

saya berharap pihak berwajib meneliti kembali secara terperinci agar ianya lebeh kelihatan rational dan saksama. Jangan lah ianya menjadi isu yang akan menjadi senjata pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan dalam PRU yang saya kira sudah tiba. Kalau benar apa yang mereka komen, teliti lah sehalus halus nya.
Jika penjawat JUSA boleh di beri kenaikan pada tangga yang sama (SSM pada T5 berubah ke SBPA pada T5 juga. Kenapa perkara yang sama ini tidak berlaku kepad penjawat gred 54 ke bawah? kalau perkara ini di ambilkira, saya pasti, komen-komen yang sedemikian rupa tidak/kurang timbul. Ulasan pihak JPA, kadang2 menceminkan ketidak professional nya mereka, tapi menghairankan, masih mampu di naikkan kejawatan berkenaan.dan mereka ini semua penjawat awam. apa lah mereka kisah sangat dengan PRU. Tapi apa kata ahli politik atau parti politik yang memerintah, 1.4 juta pengundi dari kalangan mana? Renong-renong kan lah, fikir fikirkan lah, dan ambil lah tindakan yang sewajar sebelum terantuk. dan jauhkanlah mereka yang mendatangkan atau mencetus hura hara secara halus, gunting dlm lipatan. sebagai penjawat awam yang banyak memberi jasa dan sumbangan kepada pembangunan insan dan negara,amat rasa terkilan dengan apa yang didengari tnpa penjelasan sejelas jelasnya.

SBA berkata...

saya berharap pihak berwajib meneliti kembali secara terperinci agar ianya lebeh kelihatan rational dan saksama. Jangan lah ianya menjadi isu yang akan menjadi senjata pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan dalam PRU yang saya kira sudah tiba. Kalau benar apa yang mereka komen, teliti lah sehalus halus nya.
Jika penjawat JUSA boleh di beri kenaikan pada tangga yang sama (SSM pada T5 berubah ke SBPA pada T5 juga). Kenapa perkara yang sama ini tidak berlaku kepada penjawat gred 54 ke bawah? kalau perkara ini di ambilkira, saya pasti, komen-komen yang sedemikian rupa tidak/kurang timbul. Ulasan pihak JPA, kadang2 menceminkan ketidak professional nya mereka, tapi menghairankan, masih mampu di naikkan kejawatan berkenaan.dan mereka ini semua penjawat awam. apa lah mereka kisah sangat dengan PRU. Tapi apa kata ahli politik atau parti politik yang memerintah, 1.4 juta pengundi dari kalangan mana? Renong-renong kan lah, fikir fikirkan lah, dan ambil lah tindakan yang sewajar sebelum terantuk. dan jauhkanlah mereka yang mendatangkan atau mencetus hura hara secara halus, gunting dlm lipatan. sebagai penjawat awam yang banyak memberi jasa dan sumbangan kepada pembangunan insan dan negara,amat rasa terkilan dengan apa yang didengari tnpa penjelasan sejelas jelasnya.

guru mangsa dg29 dg32 berkata...

guru berpangkat DG 29

kerja sembilan tahun gaji pokok hanya rm1860.bawa rm2000.kos sara hidup tinggi.dengan anak keluarga.gaji pokok sapu kilang pun tinggi.kenaikkan ke dg32 pula lambat proses.apa guna diberi kenaikan dan gaji pokok tinggi untuk kpli yg tidak berpengalaman sprti dg29?pakai otaklah.ini nasi periuk kami.kami perlukan kennaikkan khas untuk dg 29 dan dg 32.kerana gaji kami paling kurang di bidang perguruan.manakala kamilah asas pendidik yg setia.harap pm dan pihak pendidikan dpt ambil tindakan segera

Tanpa Nama berkata...

guru berpangkat DG 29

kerja sembilan tahun gaji pokok hanya rm1860.bawa rm2000.kos sara hidup tinggi.dengan anak keluarga.gaji pokok sapu kilang pun tinggi.kenaikkan ke dg32 pula lambat proses.apa guna diberi kenaikan dan gaji pokok tinggi untuk kpli yg tidak berpengalaman sprti dg29?pakai otaklah.ini nasi periuk kami.kami perlukan kennaikkan khas untuk dg 29 dan dg 32.kerana gaji kami paling kurang di bidang perguruan.manakala kamilah asas pendidik yg setia.harap pm dan pihak pendidikan dpt ambil tindakan segera

Tanpa Nama berkata...

guru berpangkat DG 29
___________________

Sambung belajarlah.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pemindahan gaji dari gred SSM ke SBPA didapati tidak seimbang dan seragam. Merujuk kepada Lampiran C skim DG1-1. T10, T11, T12(SSM) diletakkan dalam pemindahan yang sama ke T5(SBPA)
Gaji berakhir 31/12/2011
T10 - Rm 2509.90
T11 - RM2600.80
T12 - RM2690.80

semua T10. T11, T12 naik ke T5 2825, masalahnya disini T12 mengalami kerugian yang besar berbanding dengan T10 yang naik berganda-ganda. Sepatutnya pengagihan kumpulan pemindahan perlu dikaji. Ada yang hanya naik RM 40 sahaja dan yang untung naik RM400.. Dimana keadilan

Tanpa Nama berkata...

kawan yg terlalu berapi menentang siang-siang dah sain wei... kalau kite yg masih memikir :-O

Tanpa Nama berkata...

sewajarnya jika kerajaan ikhlas nak kurangkan jurang kemiskinan maka peratusan kenaikan gaji tahunan yang tinggi perlu diberikan kepada penjawat awam kumpulan pelaksana berbanding dgn kumpulan atasan yg telah dikayakan dengan berbagai elaun dan gaji yang tinggi... peratusannya sewajarnya 13% utk pelaksana (diploma ke bawah)dan 7% kumpulan PA berijazah... barulah seimbang untuk menangani kenaikan kos yg meningkat...

Tanpa Nama berkata...

sewajarnya jika kerajaan ikhlas nak kurangkan jurang kemiskinan maka peratusan kenaikan gaji tahunan yang tinggi perlu diberikan kepada penjawat awam kumpulan pelaksana berbanding dgn kumpulan atasan yg telah dikayakan dengan berbagai elaun dan gaji yang tinggi... peratusannya sewajarnya 13% utk pelaksana (diploma ke bawah)dan 7% kumpulan PA berijazah... barulah seimbang untuk menangani kenaikan kos yg meningkat...

Tanpa Nama berkata...

boleh rujuk blog ni ....
http://www.sunankasih.com/2011/12/formula-pengiraan-perpindahan-gaji-ssm.html

Shahrom berkata...

Lagi malang org yang dah pencen lagi 5 bulan cam sayta. Langgar dinding masa 22 dah berpuluh tahun, Naik 26 dah langgar dinding 4 tahun, dibagi sampai T16, kalau aku pencen 60 tahun pun tak leh habis. Pastu kata nak bagi minima 7%, tapi dia bagi cuma 5,2%. Memang tak patut. Yang dapat banyak tu tak kesah memag depa sekolah tinggi, tapi yang aku tak puas hati cam ner kesah aku langgar dinding yang lama tu dan kenaikkan tak sampai 7%? kan menipu tu... Takper aku kena sain gak tak sain kang tak dapat apa-apa pulak. Jadilah walau sikit aku bawak kepencen. Tapi aku tarik 7 org ahli keluarga aku undi lain pulak PRU 13 ni. Kalau ada 1000 org yang berfikir cam aku dan bawak anak bi 4 org lari undi hanya nasib yang menentukan BN. Aku memang tak suka rumah aku org lain jaga cam kata Andy Lala tapi biarlah bagi org jaga dari bapak sendiri jaga tapi tak jaga anak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ikut memmang la isu gaji ni hak masing2. Pimai pimai dok tak puas hati sampai bila2.

Kita kena ingat yang rezeki ni allah tetapkan. Dapat banyak macam mana pun itu semua allah yang tentukan. BUkan JPA dan bukan bos kita. KAlau kita bersyukur insyalah cukup je..

Tanpa Nama berkata...

hari guru 2010 PM ada umum kenaikkan gred pengetua 48 ke 52 dan penolong pengetua 44 ke 48 dan berkuatkuasa Januari 2012. PM dah tarik balik ke janji tu? teman dengo macam dan tak jadi.. kenapa?

Tanpa Nama berkata...

hari guru 2011 PM ada umum kenaikkan gred pengetua 48 ke 52 dan penolong pengetua 44 ke 48 dan berkuatkuasa Januari 2012. PM dah tarik balik ke janji tu? teman dengo macam dan tak jadi.. kenapa?

Tanpa Nama berkata...

tahun lepas teman rase happy sangat lepas pengumuman sempena hari guru oleh PM kita pastu SBPA pula. teman senyum tak habis lagi dah senyum balik. teman banyak berangan dan amat berterima kasih dengan janji tersebut. tapi tahun 2012 ni ntahlah. teman rasa macam angan2 matjenin. tapi wlaubgaimanapun kita berkhidmat kerana Allah untuk negara so teman sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

undi lah siapa ajer.... sama jerr... ingat yang kononnya adil tu boleh adil ke? mesti ada PTD-PTD yang kaki bodek yang hasilnya sama... kena plak kalau ada kena hasut konon nak kurangkan PA. tapi bagus juga kalau PA di kurangkan, mesti gaji boleh lagi tinggi dan kerja mesti 'multi-tasking'..... jadinya, apa nak buat yer???

Tanpa Nama berkata...

Bidang cikgu lagi merapu skim gajidia .thn lpas itu menteri KPM kata mau umum berita ngejut utk guru.tunggu punya tungu dia kasi tau Pen. Kanan Gred 32 Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) saja naik gred 34. Itu sekolah kebanyakannya sudah cukup semua segi,jumlah guru,kemudahan,dia PUNYA sosial background tuntulah kuputusan periksa bagus jugak.ini lain sekolah hariaN dengan macam2 kekurangan taRAK PIKIR ka.Dia punya Pen Kanan tarak buat kerja ka mAu kasi maju dia punya pelajar. Dia orang buat kerja lagi double dia punya teruk sebab budak ramai yg below average prestasi dia. lagi pening kepala bikib macem2 program mau kasi maju dia punya sekolah.smpai sekarang pun Itu Pen. Kanan 32 juga sampai tuala.Dulu Itu mentri juga cakap mau kaSI SAMA semua gred Pen Kanan Sekolah sekluruh Msia tapi smpai sekarang sudah bulan april 2012 apa pun tarak. Memang ini mulut bohong punya orang. Awak orang tungula tengok apmcm ini PRU13.Lu orang boleh duduk lagi ka itub puuutrajaya.kita tengokla.