SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Disember 2011

PKR GESA KERAJAAN TANGGUH SBPA, DENGAR SUARA CUEPACS

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 19, 2011




KUALA LUMPUR, 19 Dis — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi mengelakkan kekalutan dan rasa tidak puas hati yang berterusan di kalangan kakitangan awam.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi berkata, pihaknya berharap agar pihak kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan SBPA dan berunding dengan Cuepacs serta menyelesaikan isu-isu yang menjadi pertikaian serta mencetuskan kekeliruan di kalangan penjawat awam.

“Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, AMK terkesan dengan perkembangan melibatkan sektor perkhidmatan awam negara sebagaimana yang dilaporkan oleh media semalam berkaitan bantahan oleh Cuepacs terhadap pelaksanaan skim SBPA.

Najwan berkata, menurut kenyataan Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail, pelaksanaan SBPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari ini dilihat mencetuskan rasa tidak senang di semua peringkat sektor perkhidmatan awam terutamanya di kalangan Kumpulan Pelaksana.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman (gambar) mahu kerajaan menangguhkan SBPA dan mengadakan perundingan kajian semula skim tersebut.

“AMK berpandangan bahawa isu ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana yang didedahkan oleh Cuepacs sememangnya sesuatu yang memeranjatkan.

“Ini jelas bercanggah dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 yang menyatakan bahawa kenaikan gaji bagi penjawat awam adalah antara tujuh hingga 13 peratus namun apa yang berlaku adalah wujud dakwaan bahawa kenaikan gaji bagi kebanyakan penjawat awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus,” katanya lagi,

Justeru kata beliau, AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih samada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada ‘gula-gula pilihan raya’ di sebaliknya?” katanya.

Dalam konteks ini, kata beliau, sektor perkhidmatan awam sebagai nadi utama pembangunan negara sewajarnya dilayan dengan adil tanpa mengira perbezaan pangkat dan kumpulan sama ada dari Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

“Justeru, AMK berharap agar pihak kerajaan menerusi JPA menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan SBPA serta berunding dengan pihak Cuepacs dan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi pertikaian serta mencetuskan kekeliruan di kalangan penjawat awam,” katanya.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku yg dah kerja 11 tahun ni kenaikan cuma rm5 jer..

dulu lain skrg lain berkata...

entah la.kalau aku dengar video penerangan dato ceupacs pada 1.12.2011 di johor (tak pasti) bersemangat benar dan bangga dengan ceupac.

lihat kat www.youtube.com taip taklimat sbpa.

sekian.harap maklum.

dulu lain skrg lain berkata...

pembetulan:
sorry bangga dengan SBPA....

Gomathy berkata...

terbakar kampung nampak asap,terbakar hati siapa yang tahu....
aku orang India mahukan kebahagiaan...bukan wang ringgit semata mata...

KENAPA CUTI DEEPAVALI HANYA 1 HARI UNTUK MASYARAT INDIA.KAMI MAHU BALIK KG SPT MELAYU DAN CINA PUNYA RAYA.JANGAN KASI PINGGIRAN KAMI. kami kaum ke 3 terbesar,tapi cuti Deepavali hanya diberi satu hari....kamipun nak balik kg juga...bayangkan kalau saya kerja di putrajaya,dan kg dekat changlun,mana sempat nak balik raya kalau cuti hanya satu hari?.

kepada siapa saya mahu tanya?Dato Ceupacs nanti masa jumpa PM tolong cerita ini hal.

kami mahu tuntut hak kami 1 MALAYSIA.(JARI ATAS TUNJUK).

KAMU SEMUA FIKIR PASAL WANG SAJA SEBAB KAMU WANG TAK TAHU CARI....KAMI PANDAI NIAGA,KAMI USAHA WALAU KAMI SUSAH DAPAT BANTUAN,DI MALAYSIA,SENANG MAHU KAYA KALAU RAJIN...

KAMI WANG BANYAK,TAPI MAU GEMBIRA RAYA,CUTI 1 HARI BAGI KAMI

Tanpa Nama berkata...

Minta PKR dan semua yg berkaitan samada Biro Pengaduan Awam, Ketua Audit ke SPRM ke...buat siasatan.

Persoalannya samada cara dan kaedah yg digunakan oleh SBPA itu telus, jujur dan mengikut kelulusan BUDget.

Masa nak siar dulu bukan main lagi..tak boleh disiarkan selagi BUdget belum lulus.

Tapi betul ke apa yg diluluskan itu dgn apa yg terjadi???

Lampiran C masih lagi tersorot..

Peguam2 terhandal dlm Mayasia nih tak nak bagi komen ke??

Tanpa Nama berkata...

TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

Saya ada satu permintaan.

Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji

tertekan masa sign berkata...

Macam mana dari segi perundangan jika saya dah sign SBPA,tapi masa saya sign saya tak didedahkan dengan maklumat yang jelas kerana lampiran c tidak disertakan bersama surat opsyen.
ADAKAH SAH PSYEN SAYA,JIKA SAYA SIGN DALAM KEADAAN TAK MENDAPAT MAKLULAMAT LENGKAP,TERTEKAN DAN SAYA SYAK ADA MUSLIHAT SELEPAS SAYA SIGN.

SEASIAPA YANG YAHU UNDANG UNDANG SILA BAGITAU..

Tanpa Nama berkata...

Tn Hj Omar (Dato'), Kami lihat terma SBPA tidak telus. Bertahun2 kami belajar (diploma) dan di letak di N (SSB/SSM). Di SBPA, kami di letak di STPM. Apa ni? makin rendah lee kami .... Di sini telah nampak penindasan... Itu belum lagi sentuh policy exit .... Tak masuk akal. Perjuangkan lee utk kami setaraf di diploma. Kebanyakan kami nii adalah pemegang Ijazah, tapi tidak dapat perhatian kerajaan, walaupun suatu ketika dulu PM menggalakkan maksudnya seboleh-bolehnya minta kakitangan kerajaan sambung belajar. Tapi sekarang apa jadi.... Kita tengok guru sekarang bukan main mudah, diminta belajar, habis belajar terus interview DG41, walaupun CGPA terlalu mengecewakan, ramai below than 2.50.... Kakitangan awam bagaimana.... segelintir sahaja mungkin, kebanyakan kami CGPA sekurang-kurangnya pun 2.80 malahan ada yang 3.50. Tapi tidak pernah mendapat perhatian kerajaan. Hutang belajar tetap dipotong setiap bulan. Barang diingat! Kami adalah sebahagian daripada pembentuk Kerajaan. Harapkan Tn Hj Dato' bawa perkara ini ke pengetahuan PM supaya kami-kami semua sama diambil perhatian.

Tanpa Nama berkata...

harap pihak JPA dapat menambahbaik lagi skim baru ini kerana untuk skim N17, W17, FT17 tidak ada apa keistimewaan sedangkan ramai PA di skim ini memiliki Dip dan Deg berbanding dengan skim J17. Tq

Tanpa Nama berkata...

wahai lelaki malang.mai la jumpa aku .bagi bini tu lembut sikit.benda mudah aje.tak payah pakai bomoh2.setiap lelaki ada kekuatannya.

Tanpa Nama berkata...

SBPa dah elok, yg jadi tak elok bila cuepacs tikam belakang..ada agenda tersembunyi..dato cuepacs oh dato cuepacs..menang sorak kampung tergadai

althariq berkata...

APA MASALAHNYA DENGAN SPBA??? TAK FAHAM LA AKU PEMBANGKANG NI... NAIK GAJI PUN PROTES.. SAMPAI QUEPACS PUN BANTAH... JADI TALI BARUT PEMBANGKANG KE???? NI LAH DIKATAKAN ORANG TIDAK BERSYUKUR... dATO, DULU MASA SSM KENAPA TAK BISING PUN? SEBAB NAIK TINGGI KAN???.. KENAPA SEKARANG BARU BISING... POORAAHHH... BERSYUKURLAH DENGAN ALLAH YANG MEMBERI REZEKI DAN KEAMANAN...

aku bingung ni,Usin tolong aku berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...DAH BENGONG GAMAKNYA JPA..

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.


MINTA PENJELASAN.....ADAKAH JPA MENIPU.

Tanpa Nama berkata...

apa yang adil ptd 41keatas naik 100%
yg bawah 13% - 7%, bangsat punya JPA

Tanpa Nama berkata...

patutlah JPA tak sabar sabar suruh kakitangan sain SBPA dengan segera pasai depa nampak habuan lumayan yang akan PTD 41 ke atas dapat. BABI JPA

naik gaji tengkorak kau berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN GAJI SAYA DARI SSM KE SBPA,CUMA NAIK GAJI 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen.

kumar berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN GAJI SAYA DARI SSM KE SBPA,CUMA NAIK GAJI 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen.

naik taraf hidup apa ke bende berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

NASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:

1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.

2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!

3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?

4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.

Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa