SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Disember 2011

ISU SBPA: JPA-CUEPACS CAPAI PERSETUJUAN

Utusan Malaysia
28/12/2011


PUTRAJAYA 28 Dis. – Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

‘‘JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

‘‘Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

‘‘CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Cuepacs,sebenarnya agenda siapa yg memperjuangkan syarat minimum ni??yg sediada ko Xhabis buat dah nak timbulkan isu baru??cukuplah bersandiwara!!!ko confidentke waris/keturunan ko besok habis sekolah??ko pernah tak terpikir akan golongan yg bermasalah??Xmustahil jika ko setuju dengan dasar kapitalis yg diwujudkan oleh JPA sekarangni..Kadang2tu aku terpikir yg agenda perjuangan koni hanyalah sia2 dan membuang masa.Masalah sediada Xdpt nak diselesaikan tapi create new story plak.."Dalam sebijik buah durian tu,belum tentu setiap ulasnya cantik,sedap n enak)jadi pikirlah jauh kehadapan..Maksud relevan yang rata2 jawatan lain masih menggunakan SPM waima kebanyakkan menggunakan sijil Poli tu adalah contoh terbaik..Apa yg aku paham,dalam mengejar penarafan tidak dilupa juga pada yg kurang berkemampuan.Ertinya masih ada lagi intake menggunakan syarat minima dibuat.Jika ada yg datang dari SPM,mngkin tangga gajinya perlu dinaikkan sedikit sesuai dgn kelayakkan.mengulas lanjut berkenaan ulasan KPJPA berhubung dgn gred juruteknik komputer.Boleh dijadikan sebab,alasan jugak...

Tanpa Nama berkata...

kepada semua Kakitangan Perkhidmatan Awam. Kepada siapa yg tak setuju SBPA, mogok akan diadakan di Putra Jaya.

TARIKH : 15HB JAN 2012
JAM : 9.00PG
TEMPAT BERKUMPUL: sekitar TASIK D PUTRAJAYA

Tentatif program:
9.00 pg -Para pemogok berkumpul diperkarangan tasik,
9.30 pg -para pemogok beramai2 berenang ketengah tasik,
10.00 pg -pastikn semua lemas.

Kesimpulan: yg tak menyertai mogok, cepat pegi sain opsyen, ari ni last day....

Tanpa Nama berkata...

Ceupacs yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur..

..ada yang menyifatkan taklimat tersebut sekadar untuk menutup apa yng berlaku sebenarnya di sebalik proses menyalaraskan gaji baru penjawat awam di semua peringkat..

Pelarasan SBPA ini dilihat memberikan `durian runtuh’ kepada sekitar 2,000 orang sahaja..

..(SBPA) 2012 menjadi persoalan ataupun teka teki kerana selama ini semua gaji terbuka untuk makluman awam,ianya tidak ada rahsia sejak dari zaman British lagi.

Kenapa sebelum ini boleh didedahkan kerana ianya menggunakan wang awam. Tiada unsur rahsia atau keselamatan di sini.

Mengapa kali ini dirahsiakan dan ada yang mendakwa kerahsaian ini penting kerana yang menggubal kenaikan gaji ini tidak mahu diketahui ramai kenaikan gaji secara melampau kalangan JUSA-JUSA ini..

Dan sebagai contoh jika pegawai JUSA C yang dulunya gaji maksimum hanya RM7672.50 kini boleh dapat RM13 ribu sebulan tidak termasuk elaun dan kemudahan percuma.

..kerajaan yang menanggung segala pengkhianatan mereka ekoran pelarasan gaji yang berat sebelah ini.

Berita penuh: http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2011/12/isu-gaji-sbpa-bajet-2012-disamun-di.html

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gaji Gred 17 sangat kecil jika dibandingkan dgn tugas2 yg diarahkan.. fikir lah,kami diarahkan untuk menghantar wang/pendapatan jabatan ke bank menggunakan kenderaan sendiri sekiranya kenderaan jabatan outstation.., sudah tu kenderaan jabatan nih kerapkali digunakan utk outstation..
Fikirlah, kami beli kenderaan ni bukan untuk kami "sedekah"kan kepada jabatan. Yg ketua2 tau pula, hanya arah...arah.. dan arah...

Tanpa Nama berkata...

PTD Cabuk berkata...

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat


2011/12/29
SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

===================================
Wooooo dahsyat wooooo.. Inilah kehebatan PTD di Malaysia. Bukan setakat songlap pangkat dan jawatan JUSA dan naik gaji ribu-ribu bab gaduh pun dorang hebat.. Gua kenal minah PTD ni. Minah PTD ni gred M48 kat Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran.. Mungkin Tuhan nak tunjuk ni lah akibatnya bila jawatan-jawatan kat Kementerian Pelajaran pun diorang sapu. Tu baru berkhidmat kat kementerian kalau berkhidmat kat sekolah lagi lah tekanan.. bukan setakat fail yang terbang periuk belanga kat umah tu pun terbang.. hahaha dlm blog ni ramai PTD yang kata diorang kuat mental.. ptui cakap x serupa bikin..

Khamis, Disember 29, 2011 5:20:00 PM

Tanpa Nama berkata...

sifir gaji yang diterima pakai di semua kementerian / jabatan sekarang adalah sifir gaji yang belum diluluskan oleh parlimen.. sebab tu ada ditulis perkataan SULIT.. bila dh diluluskan oleh parlimen, sepatutnya sifir gaji tersebut bukanlah dalam status SULIT lagi.. ia sepatutnya didedahkan kepada umum sepertimana pekeliling SSM pada tahun 2002 dan pelarasan gaji pada tahun 2007.. yang menjadi tandatanya sekarang ni ialah di mana dia sifir gaji yang telah DILULUSKAN oleh parlimen..? mungkin sifir gaji yang telah diluluskan oleh parlimen tersebut ada pindaan.... nampaknya semua PA telah kena tipu oleh JPA.... kalau masih tak percaya, cuba rujuk ke bahagian pentadbiran masing2 dalam lihat isi kandungan sifir gaji tersebut....

Tanpa Nama berkata...

kita tukar kepimpimnan pru13 , kalau tak ok 4 tahun kita tukar nalik, jangan risau kita menentukan hala tuju kita

Tanpa Nama berkata...

Now the world knows what Public Service Commision has done to the government servant. The comission itself cheated the government employees in the SBPA scheme. The higher ranking group take away pay rise is more than 60 percent, the lowest income about 40 percent. While the middle group i.e. clerical group not more than 5 per cent pay rise.
This result to unsatisfied to most of the government servant especially the middle group employees.

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd

PMR masih lagi relevan