SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Disember 2011

PAKATAN GESA NAJIB BATAL DASAR LANTIKAN ORANG LUAR ISI JUSA, TURUS

Malaysia Insider
TERKINI @ 01:27:55 PM 06-12-2011
December 06, 2011




KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pakatan Rakyat menggesa pentadbiran Najib dengan segera membatalkan dasar membuka Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus kepada orang luar, dijangka dilaksanakan tahun depan, kerana bimbang kemungkinan akan dijadikan pelantikan politik, selain boleh mecelarukan institusi perkhidmatan kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (picture) berkata, isu membawa masuk orang luar untuk mengisi JUSA dan Turus sedikit sebanyak telah mendatangkan persoalan dan permasalahan kepada perkhidmatan awam secara keseluruhan.

“Apabila jawatan melibatkan JUSA dan Turus, khususnya merujuk kepada jawatan ketua setiausaha negara yang ada, ini menunjukkan bahawa jawatan nombor satu dalam pentadbiran kementerian, jabatan atau agensi boleh diisi oleh orang luar, sama ada dari sektor swasta mahupun lantikan politik,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan tidak membatalkan dasar terbaru maka pihaknya akan membawa perkara berkenaan ke perhatian Majlis Raja-raja Melayu.

“Ini kerana pelantikan jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam juga ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan keperluan mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu. Jika pentadbiran Najib tidak menyelesaikan segera isu ini, kami akan membawa ke peringkat atasan,” katanya lagi.

Malah katanya, dasar itu juga telah mendapatkan kecaman Cuepacs.

Kelmarin, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu JUSA dan dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta.

Omar berkata, cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dasar terbaru kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak menunjukkan ketidakpercayaan kepada kemampuan penjawat awam sedia ada untuk mengisi jawatan-jawatan kanan berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, jika dibuka kepada kepakaran luar bermakna sektor awam akan dipimpin oleh seseorang yang tidak punya kemahiran atau kefahaman jelas mengenai hal ehwal atau selok belok pentadbiran kerajaan.

“Dan, dalam keadaan jawatan JUSA dan Turus ini berpotensi dikontrakkan, apa pula jaminan kerahsiaan maklumat sekiranya seseorang luar yang telah dilantik, kemudiannya dipecat kerana gagal tunjukkan prestasi yang baik.

“Maklumat sulit kerajaan berpotensi bocor kepada pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau lagi yang menjelaskan bahawa dasar ini berbeza daripada pelantikan ketua hakim negara lalu dari sektor swasta.

Mahfuz menambah, beliau tidak menolak kebarangkalian lantikan politik mengisi jawatan-jawatan berkenaan termasuk mereka yang menggunakan kabel Umno, khususnya mereka yang sudah hilang ‘cahaya’ politik.

“Perkara ini berlaku pada masa-masa lalu, di mana ada pemimpin Umno dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC)... jadi, saya yakin keadaan yang sama akan berulang jika dasar ini dilaksanakan,” kata beliau lagi.

Mahfuz dasar terbaru ini akan melumpuhkan dan mencelarukan institusi perkhidmatan awam dalam jangka panjang.

Katanya, susulan daripada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, ada pihak yang melontarkan cadangan bahawa “orang Umno terpilih mesti dipilih mengetuai GLC-GLC tertentu.”

“Melalui pelaksanaan dasar ini, kebarangkalian besar jawatan kerajaan menjadi bahan dagangan kepada mana-mana orang politik terbuang dalam arus perdana Umno untuk dilantik sebagai ketua setiausaha atau ketua-ketua jabatan tertentu selaras dengan kehendak perdana menteri.

“Untuk makluman, sekarang ini pun dua jawatan ketua pengarah dalam (Jabatan Hal Ehwal Khas) JASA dan Seranta diketuai oleh lantikan politik,” kata beliau merujuk kepada jawatan masing-masing di bawah penyeliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan Jabatan Perdana Menteri.

Oleh itu soal beliau, apa kayu ukur prestasi yang diguna pakai oleh kerajaan untuk mengukur potensi seseorang yang dilantik ke jawatan tersebut.

Katanya, antara masalah yang berpotensi berlaku ialah pertama, penjawat awam yang berpotensi tinggi tetapi tidak ada “kabel politik” akan tersekat kenaikan pangkat.

“Kedua, sektor awam akan diliberalisasikan sewenangnya ikut kehendak politikus atasan,” kata Mahfuz lagi sambil menambah, sekiranya JUSA dan Turus tertentu dikontrakkan, bermakna sesiapa saja boleh dilantik dan kalau gagal mencapai sasaran tugas akan ditamatkan kontrak.

“Ini (akan) mendatangkan persoalan, apa definisi ‘perform’ di mata pemerintah. Adakah ‘perform’ daripada aspek kerja dan integriti ataupun ‘perform’ daripada aspek ikut telunjuk menteri.

“ Sekiranya ini berlaku, kelangsungan perkhidmatan awam berpotensi untuk rosak, dan hanya akan menjadi alat kepada kehendak politik semata-mata,” kata beliau yang turut menegaskan bahawa ia bercanggah dengan prinsip perkhidmatan awam yang seharusnya bebas dan berkecuali untuk berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah.

“Membuka jawatan penting kerajaan kepada lantikan luar membuktikan bahawa perdana menteri tidak mempunyai kepercayaan kepada penjawat awam untuk melaksanakan agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Idris Jala,” katanya.

Malah kata beliau, satu hari nanti Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang menjadi kontroversi dalam isu perjanjian pertukaran saham MAS, juga kemungkinan dibawa masuk selain ketua projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan dasar terbaru akan memberi kesan ke atas sokongan bagi Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami terima banyak kerungutan dan rasa tidak puas hati mengenai dasar pelantikan orang luar ini, tetapi mereka tidak berani bercakap di luar,” katanya lagi.

48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

First... huhu

Tanpa Nama berkata...

2nd.. huhu

orang JPA berkata...

setuju.. asalkan jawatan jusa dan turus tidak dimonopoli oleh golongan PTD..

Tanpa Nama berkata...

naah..umpan dah kena pada ikan....kalau ceupacs pun tak sokong jusa orang luar, pakatan pun tak sokong jusa orang luar...entah kerajaan dewa mana plak yang sokong...tq-tq buka minda baik-baik..kenapa pulak jusa nak bagi dari golongan korporat....tak masuk akal...korporat berjuang dasar korporat...goverment juang dasar goverment....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya isu ni takde masalah...tetapi dah diretorikkan, propaganda,spin,and dihotkan dengan peluruh ajaib media....ginilah gimik nak pilihan raya..benda yang takde hal..dipersoalkan..benda yang takde masalah..dimasalahkan...setakat ni ok je jusa-jusa mentadbir..takde masalah pun...yg masalah org politik...langgar kuasa..yang tak past..jadi past...

markiman berkata...

kita wajib menolak segala dakwaan pembangkang. kami bersetuju dengan semua saranan BN dan Umno kerana ianya pastilah melalui kajian yang mendalam seperti biasa.

apa salahnya jika ianya dapat mengangkat mertabat PA? lagi2 jika diambil dari pennyokong Umno, itu lebih baik agar kenaikan orang yang tidak ahli Umno disekat dan dinyahkan melalui exit policy.

pembangkang usahlah sibuk. BN dah buat yang terbaik. PA sepakat sokong BN selama2nya

Tanpa Nama berkata...

fikirkan yang terbaik....

Tanpa Nama berkata...

cuma satu je yg sy tak setuju ...perkataan "politikus" ..perkataan tak formal..tak boleh guna...gunalah ayat yang betul...

penyokong umno

Tanpa Nama berkata...

apakata kalau pengisian jawatan sektor kerajaan untuk semua peringkat mestilah dari kalangan ahli Barisan Nasional... barulah adil dan saksama... tak gitu????

Tanpa Nama berkata...

apakata kalau pengisian jawatan sektor kerajaan untuk semua peringkat mestilah dari kalangan ahli Barisan Nasional... barulah adil dan saksama... tak gitu???

asalamualaikum...
janganlah penjawat awam ini dipolitikkan dengan memasukkan orang barisan atau org pakatan rakyat... biar lah politik dgn politik mereka.... seharusnya untuk perkhidmatan awam ini dimonopoli oleh perkhidmatan awam itu sendiri... baik kakitangan ataupun peringkat tinggi seperti JUSA

PA BERFIKIRAN TERBUKA.. berkata...

BUKAN KE PENJAWAT AWAM BERKECUALI DARI POLITIK...DASAR KERAJAAN DILAKSANAKAN DGN BAIK...UNDI ADALAH RAHSIA...X GITU...

Tanpa Nama berkata...

Sebok la Pembangkang ni, aku memang tak setuju orang luar isi jusa tapi aku lagi tak setuju pembangkang mempolitikkan isu ni, apa ni semua nak campur dari manusia sampai binatang !

Tanpa Nama berkata...

Aku dah muak dgn JPA sebenarnya .. JPA perlu ditransformasi.

Berapa lama skim M PTD bertapak? tidak ada pembaharuan.
Org yg sama akan naik pangkat .. pegang jwtn sana .. jwtn sini.

Org yg sama kemana saja .. bila nak capai negara maju?? acuan yg sama .. fikir-fikirlah. Renung-renung selamat membaca.

Jgn Pakai idea org politik .. political mileage tuh !!

Tanpa Nama berkata...

biasalah politik...pembangkang sibuk hal umno...umno sibuk hal pembangkang...mencari kelemahan parti lawan... hal PA pulak adalah satu peluang dan kesempatan..setiap parti menunjuk-nunjuk membela PA..pada dasarnya adalah untuk meraih sokongan...retorik...

Tak hairanlah..gaji kakitangan awam pasti akan terus naik sampai bila2..termasuk kemudahan2 lain sentiasa dipertimbangkan..kerana setiap pemerintah akan cuba terus mengambil hati PA dengan cara memberikan imbuhan,kenaikan sebagai satu penghargaan..kerana PA ini adalah tulang belakang pemerintah..dan PA juga boleh mempengaruhi pandangan masyarakat..besar kuasanya..

Tanpa PA dasar pemerintahan tak berjalan...oleh itu syukurlah jadi PA..gaji jalan..kemudahan banyak...dan sentiasa jadi perhatian pemerintah...Politik tetap politik tapi menjalankan dasar perlaksanaan perlu melalui PA...

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam nie tak perlulah option SBPA bagi PA boleh ditendang keluar, maknanya JPA tak tahu undang undang dan perlembagaan la kut. Macam mana pun aku setuju bagi pencen bersara awal ikut kemahuan PA tanpa ade rintangan undang undang.

benci pembangkang berkata...

SAYA SOKONG JUSA DIISI OLEH PIHAK LUAR KERANA SAYA PENYOKONG KUAT BN.ASALNYA SAYA TAK SETUJU,TAPI BILA PEMBANGKANG PUN KATA TAK SETUJU,SAYA TAK BOLEH TERIMA APA PUN KATA PEMBANGKANG KERANA SAYA ORANG KUAT BN.
SAYA SETUJU JUSA DIISI ORANG LUAR....PEMBANGKANG JANGAN SIBUK.
SAYA TETAP SOKONG BN KERANA BN SELALU DI PIHAK YANG BENAR.

Tanpa Nama berkata...

“Kedua, sektor awam akan diliberalisasikan sewenangnya ikut kehendak politikus atasan,” kata Mahfuz lagi sambil menambah, sekiranya JUSA dan Turus tertentu dikontrakkan, bermakna sesiapa saja boleh dilantik dan kalau gagal mencapai sasaran tugas akan ditamatkan kontrak.
...........................

jadi kalau gitu exit policy juga boleh politikan bawahan..tak ikut arahan diberhentikan..alasan prestasi lemah

awas agenda tersembunyi berkata...

“orang Umno terpilih mesti dipilih mengetuai GLC-GLC tertentu.”

perkara yang sama juga akan berlaku jika JUSA dibuka kepada pihak luar.

orang politik dan mempunyai kepentingan tertentu akan diatur mengisi jawatan ini.

AWAS.....SAYA SETJU DENGAN PENDAPAT PEMBANGKANG.

PENDAPAT MERKA SELALUNYA MEMBUKA MINDA MEREKA YANG TAAT SETIA MEMBUTA TULI DAN RABUN.

Tanpa Nama berkata...

ada baiknya juga pandangan mereka(pakatan) ni...walaupun sy tak sokong mana2...tapi pandangan mereka ni sy akui ada benarnya...berdosa juga rasanya jika sy mengatakan salah..pada hakikat benar...

Tanpa Nama berkata...

Jangan kita anggap Pekerja Swasta itu orang luar seperti yang didakwa oleh PKR itu, sebab pekerja swasta itu, mereka juga rakyat negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

ini hanya taktik politik umno
keluarkan satu statement supaya ada rakyat yg marah..

kemudian akan timbul sorang hero UMNO yg akan bangkang dan batalkan idea tersebut..

org akan lihat dialah hero melayu umno..xcaya tgk la nti..

taktik politik lapuk..

Mohd Zairi berkata...

Apa yang perlu ditakutkan? jika seseorang penjawat awam itu kompeten dan cemerlang, datanglah skim apa pun dan sesiapapun, pasti dia akan diangkat untuk duduk di atas. masalahnya sekarang ramai yang tak layak pun nak juga naik pangkat cepat atas alasan senioriti. macam mana perkhidmatan nak maju. patutnya letak mereka yang kompeten di atas, tak kira la dari luar atau dalam. kalau kita betul-betula cemerlang, tak perlu takut. rezeki Allah yang tentukan.

kalau pelantikan JUSA dibuat secara terbuka, ini bermakna para pegawai cemerlang dari skim lain akan lebih besar peluangnya untuk dilantik berbanding situasi sekarang yang dimonopoli oleh skim tertentu. bukankah ia baik untuk penjawat awam yang benar-benar cemerlang?

tak perlulah nak politikkan isu ini. remeh sangat.

sboa berkata...

BILA SBPA NAK KELUAR NI.MENDERITA EMOSI DENGAN BERMACAM MACAM RAMALAN.
SBPA......SBPA......SBPA.......Berapa banyak gaji saya naik sebenarnya....tak sabar dah nak tahu.....

Tanpa Nama berkata...

formula SBPA, markah prestasi 70 kebawah 3 tahun berturut-turut,akan dipecat. nampaknya BN pun meniru cam DAP nak kurangkan PA.....

aih,........sedih dengan BN

gm berkata...

kije gomen x kelas.nyibuk nkkire gaji je. walhal x berapa pun.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia perlukan pembaharuan dan skim PTD juga perlukan pembaharuan. Selama ini skim PTD banyak Masuk Saku Sendiri. Segala JUSA/TURUS utk mereka sahaja kenapa orang lain tak pas U ke?

Mengapa orang lain 20 tahun atau lebih baru dapat gred 48 tetapi kumpulan mereka 5 tahun sahaja dah gred 48. Umur belum 40 dah mecapai gred 54. Mengapa?

Saya ingat semasa menduduki Pep Awam Kerajaan dulu, antara perkara yg perlu dipelajari ialah struktur organisasi JPA/PTD. Macam-macam unit perlu kita tahu. Soalnya apa ke jadahnya kita yg bukan PTD ni nak tahu kehebatan mereka? Kita akuilah mereka hebat, policy maker, masuk saku sendiri dulu sebelum fikir utk orang lain.

Saya nak sentuh pasal layanan mereka kpd skim DG. Tiap kali perbincangan diadakan untuk membela nasib guru maka jawapannya kerajaan tak boleh berbuat apa2, YOU ARE IN THE BIG GROUP. Itukan alasan bangang kerana bila masa bilangan guru akan berkurangan kerana penduduk sentiasa bertambah dari masa ke masa? Policy maker ini lupakah siapa yg menunjukkan ajar mereka sehingga menjadi policy maker/PTD? Akhirnya ramailah guru2 mereka tamat perkhidamtan tanpa apa2 keistimewaan. Baru sekarang agaknya mereka sedar yg kaum guru keparat itu perlukan pembelaan. Nasib guru kini jauh berbeza berbanding guru 5 atau 10 tahun yg lalu. Banyak peluang kenaikan pangkat diwujudkan dengan beberapa saluran, baik di sekolah rendah atau menengah. Walaupun tak setanding dengan gred2 PTD tetapi guru2 kini lebih bermaruah berbanding 5 atau 10 tahun yg lalu.

Jangan melenting jika kerajaan membuat perubahan kerana kumpulan anda telah merubah kumpulan lain selama ini.

Orang gomen berkata...

Kita ada 9 tahun je lagi utk ke arah negara maju & berpendapatan tinggi (2020). Bukan PTD tak bagus, tapi slow kot.....
satu lagi bagi saya ini persaingan sihat. Kenapa nak protes. Agaknya yg protes tu yg 'tak sihat kot'. Lepas 2020 kalo tak berjaya ubah la balik. Sistem kita kan bersifat dinamik...sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ada pendapat pembahas menyokong orang2 umno/bn dilantik dalam kerajaan. Saya tidak setuju pendapat ini kerana segala dasar dan polisi akan menjadi berat sebelah kepada pihak yang memerintah. Seharusnya kakitangan kerajaan perlu bebas daripada pengaruh mana2 parti politik dalam melaksanakan tugas, baru boleh transparent dan telus. Tetapi di luar dia bebas menyokong mana2 parti yang dia suka.

cakap tak serupa bikin,lempar batu sembunyi tangan,aku benci berkata...

BERKENAAN PTD

Mengapa orang lain 20 tahun atau lebih baru dapat gred 48 tetapi kumpulan mereka 5 tahun sahaja dah gred 48. Umur belum 40 dah mecapai gred 54. Mengapa?

Mengapa ada golongan elit sebegini ?

TOLONG BUAT TRANSFORMASI, SEBELUM TARNSFORMASI PRU 13.

RAMAI PA TAK PAUAS HATI....

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kerajaan bertugas untuk rakyat. Perlu difahami bahawa rakyat terdiri daripada berbagai fahaman parti politik. Oleh itu kakitangan kerajaan perlu bebas daripada fahaman politik di dalam menjalankan tugas kerana mereka berkerja untuk rakyat bukan kepada parti politik. Apa bila bn memerintah tugas perlu dilaksanakan berdasarkan dasar2 bn tetapi apabila pr memerintah tugas perlu dijalankan berdasarkan dasar2 pr.

Tanpa Nama berkata...

memang benar golongan PTD ni dah sekian lama menguasai jawatan utama kerajaan. mereka yang buat polisi sudah tentu lah mereka mengenepikan skim lain untuk kepentingan kelompok mereka. berkhidmat 10 -15 tahun dah dapat gred 54. Skim lain berkhidmat sampai pencen paling tinggi boleh dapat 48. Cadangan saya supaya semua skim diberi tempoh yang sama untuk naik pangkat. Contohnya kalau PTD 5 tahun makan skim lain juga 5 tahun. atau kalau skim lain 8 tahun PTD juga perlu 8 tahun baru naik pangkat. Setakat cara makan, cara berjalan, cara bercakap seperti yang dibangakan oleh puak-puak PTD tapi otak kosong tak guna jugak. Ramai lagi PA dari skim lain yang lebih berkelayakan.

Tanpa Nama berkata...

Pembankang jangan menyibuk,perlantikan Jusa hak kerajaan,kerajaan selalu memekirkan yg terbaik utk PA,Saya sokong markiman.Pembankang kerjanya hanya membankang tiada yg baik dari kerajaan..so..tolong diam!

Tanpa Nama berkata...

benci pembangkang berkata...

SAYA SOKONG JUSA DIISI OLEH PIHAK LUAR KERANA SAYA PENYOKONG KUAT BN.ASALNYA SAYA TAK SETUJU,TAPI BILA PEMBANGKANG PUN KATA TAK SETUJU,SAYA TAK BOLEH TERIMA APA PUN KATA PEMBANGKANG KERANA SAYA ORANG KUAT BN.
SAYA SETUJU JUSA DIISI ORANG LUAR....PEMBANGKANG JANGAN SIBUK.
SAYA TETAP SOKONG BN KERANA BN SELALU DI PIHAK YANG BENAR.

_________________________________

Aku baru nak bagi statement yang sama dengan engko, kau dah tulis dulu jadi aku just copy and paste je lah.. anyway ... Hidup BN..

Tanpa Nama berkata...

Setakat cara makan, cara berjalan, cara bercakap seperti yang dibangakan oleh puak-puak PTD tapi otak kosong tak guna jugak.
Ramai lagi PA dari skim lain yang lebih berkelayakan.
PTD .. ngko pun tak perfect.
Cuba tanya burung hud .. hud ..

Tanpa Nama berkata...

Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti • Kemahiran komunikasi dan interpersonal • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti • Pengurusan dasar sektor awam • Pengurusan sumber manusia di sektor awam • Perancangan dan pengurusan projek • Kemahiran perancangan strategik • Metodologi penyelidikan • Pentadbiran tanah

kalau peg.tek rasa tak bosan buatlah..and kalau rasa elemen2 tak releven..sila jelaskan elemen apa lg yang lebih baik

Tanpa Nama berkata...

Hidup SBPA....hahaha...Hidup Jusa...hahah..Tapi yang pasti JUSA ke atas tetap untung sebab gaji tinggi, beban kerja kurang...sebab keje depa tandatangan je..yang buat kerja P&P ke bawah je...buat apa nak pertahankan JUSA..buang masa je...sama macam jusa kat tempat aku..menghabihkan duit rakyat je...jumud je jawatan tu...bagi perkhidmatan awam di urus oleh KP atau TKP atau Pengarah saja. Tak guna kita pertahankan mereka (JUSA).

Tanpa Nama berkata...

BUKAN KE PENJAWAT AWAM BERKECUALI DARI POLITIK...DASAR KERAJAAN DILAKSANAKAN DGN BAIK...UNDI ADALAH RAHSIA...X GITU...

Prinsip Perkhidmatan Awam yang berkecuali

Tanpa Nama berkata...

Malaysia perlukan pembaharuan dan skim PTD juga perlukan pembaharuan. Selama ini skim PTD banyak Masuk Saku Sendiri. Segala JUSA/TURUS utk mereka sahaja kenapa orang lain tak pas U ke?

Mengapa orang lain 20 tahun atau lebih baru dapat gred 48 tetapi kumpulan mereka 5 tahun sahaja dah gred 48. Umur belum 40 dah mecapai gred 54. Mengapa?

Saya ingat semasa menduduki Pep Awam Kerajaan dulu, antara perkara yg perlu dipelajari ialah struktur organisasi JPA/PTD. Macam-macam unit perlu kita tahu. Soalnya apa ke jadahnya kita yg bukan PTD ni nak tahu kehebatan mereka? Kita akuilah mereka hebat, policy maker, masuk saku sendiri dulu sebelum fikir utk orang lain.

Saya nak sentuh pasal layanan mereka kpd skim DG. Tiap kali perbincangan diadakan untuk membela nasib guru maka jawapannya kerajaan tak boleh berbuat apa2, YOU ARE IN THE BIG GROUP. Itukan alasan bangang kerana bila masa bilangan guru akan berkurangan kerana penduduk sentiasa bertambah dari masa ke masa? Policy maker ini lupakah siapa yg menunjukkan ajar mereka sehingga menjadi policy maker/PTD? Akhirnya ramailah guru2 mereka tamat perkhidamtan tanpa apa2 keistimewaan. Baru sekarang agaknya mereka sedar yg kaum guru keparat itu perlukan pembelaan. Nasib guru kini jauh berbeza berbanding guru 5 atau 10 tahun yg lalu. Banyak peluang kenaikan pangkat diwujudkan dengan beberapa saluran, baik di sekolah rendah atau menengah. Walaupun tak setanding dengan gred2 PTD tetapi guru2 kini lebih bermaruah berbanding 5 atau 10 tahun yg lalu.

Jangan melenting jika kerajaan membuat perubahan kerana kumpulan anda telah merubah kumpulan lain selama ini.

Selasa, Disember 06, 2011 10:48:00 PM

Yang lawaknya, PTD yang berada di JPN tidak tahu dasar KPM. Apa kejadah PTD di JPN?

Mungkin sebilangan PTD di KPM sudah insaf sebab 6-11 atau 13 tahun dibangku sekolah yang membolehkan mereka bergaji dan berpangkat besar.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tarak masalah pon kalo org luar masuk bkhidmat dlm perkhidmatan awam..idea luar boleh di adaptasikan dlm perkhidmatan awam..boleh buat byk perubahan dlm mutu perkhidmatan awam kelak..soal rahsia kerajaan akan bocor tu,,xleh kata gakk..skrg ni pon da bape byk org kerajaan yg sedang berkhidmat telah byk bocorkan rahsia kerajaan..itu hak masing2...tp kalo boleh keje biar ikhlas utk bangun negara dan bantu org2 bwh yg susah ni..jgn dah dpt jawatan tinggi dlm kerajaan,,dia pulun semua utk kepentinggan peribadi n konco2 dia sudah..itu yg kite takut..susah nak elak musuh dlm selimut skrg..

Tanpa Nama berkata...

memang benar golongan PTD ni dah sekian lama menguasai jawatan utama kerajaan. mereka yang buat polisi sudah tentu lah mereka mengenepikan skim lain untuk kepentingan kelompok mereka. berkhidmat 10 -15 tahun dah dapat gred 54. Skim lain berkhidmat sampai pencen paling tinggi boleh dapat 48. Cadangan saya supaya semua skim diberi tempoh yang sama untuk naik pangkat. Contohnya kalau PTD 5 tahun makan skim lain juga 5 tahun. atau kalau skim lain 8 tahun PTD juga perlu 8 tahun baru naik pangkat. Setakat cara makan, cara berjalan, cara bercakap seperti yang dibangakan oleh puak-puak PTD tapi otak kosong tak guna jugak. Ramai lagi PA dari skim lain yang lebih berkelayakan.

Rabu, Disember 07, 2011 10:26:00 AM

PTD hanya tahu cipta jawatan yang membolehkan rakan - rakan PTD lain mengisinya. Itulah tanggungjawab PTD sebenarnya. Tidak hairanlah PTD "tidak dihiraukan" di Ke.Kesihatan dan Jab. Haiwan.

Tanpa Nama berkata...

kita boleh menang PRU13 ini dengan menggunakan isu ini sahaja. Memang kami menunggu keputusan kerajaan yang boleh digunakan untuk meraih undi kakitangan awam. Baru2 ini kami ingin mengambil hati guru dalam keputusan 9 jam tetapi TPM telah menarik balik. Kami tidak tahu atau tidak terlibat dalam dasar membuat keputusan kerajaan. Walaupun keputusan kerajaan ini bakal 'membantu' pihak kami meraih undi, namun kami tidak ada orang dalam dalam membuat keputusan ini. Maka kami berasa berterima kasih kepada kerajaan sekarang. Kepada kakitangan awam sekalian, pakatan rakyat mengambil berat dalam hal ini. Kami akan membela nasib kakitangan awam. Anda semua boleh lihat siapa yang menekan anda sekarang. Walaupun kami baru dari segi pendaftaran, namun kami lebih dekat di hati kalangan kakitangan awam berbanding kerajaan sekarang yang mengutamakan cara pengurusan kuku besi.

2bz4money berkata...

Dah berbaur politik pulak. Harapan semoga PA dpt bersaing dgn bijak via Fast Track dan SME. Exit policy juga menarik utk memberi ruang peningkatan pengalaman dan kemahiran. Tiada lagi budaya complacency gomen. The best men win..

Tanpa Nama berkata...

Kami dari Pakatan Rakyat sub PAS akan membela nasib PA. Anda boleh kata ini politik tapi kami akan ubah dasar PTD ini dengan kuasa politik.

Tanpa Nama berkata...

perjuangkanlah skim masing2..kenapa pulak nak kondem ptd...heeee

Tanpa Nama berkata...

ha.....kamu belum tau 2 jawatan untuk lantikan pollitikk.......ha....supaya senang kawal......

Tanpa Nama berkata...

Kami dari Pakatan Rakyat sub PAS akan membela nasib PA. Anda boleh kata ini politik tapi kami akan ubah dasar PTD ini dengan kuasa politik.
__________________________________

hehehe...nampak sangat agenda politik....politik-politik ni tak main le dalam PA.....PA ke PTD ke..semua dilantik dipertuan Agong....

dahaman berkata...

PA dipilih dan dilantik oleh Umno, maka PA wajib bersyukur kepada BN dan wajib aktif dalam Umno atau BN setempat sebagai membalas jasa

adik tiri dahaman berkata...

Pekerja swasta membayar cukai kepada Umno, maka pekerja swasta wajib bersyukur kepada PR dan wajib aktif dalam PR setempat sebagai membalas jasa kerana menjadi juruaudit BN...