SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Disember 2011

SEGERA

Bernama
22/12/2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini.

-- BERNAMA

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato, mintak tolong supaya ditangguhkan sign sbpa pasal bukan senang nak kumpulkan semua guru masa cuti sekolah.

Biar semua guru berada di sekolah, barulah semuanya berjalan dgn lancar. Ni tidak, kena sign cepat2 dan tergesa2 pulak tu sehinggakan kumpulan pelaksana terpaksa berhempas-pulas kat sekolah sampai tak tido semata2 nak siapkan borang opsyen.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH...presiden CUEPACS anda telah laksanakan amanah anda..dan PUJI DAN TAHNIAH kepada PM kerana mendengar masalah PA...Terima kasih atas kenaikan J17,J22 dan J26...tetapi kenapa skim SBPA kami J26 sama gred dengan J17 dan J22...tak puas hati dan terkilan...mohon supaya diberi perhatian...masalah ini dikaji....

Tanpa Nama berkata...

Bazir duit rakyat utk byr ot tu...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH...presiden CUEPACS anda telah laksanakan amanah anda..dan PUJI DAN TAHNIAH kepada PM kerana mendengar masalah PA...Terima kasih atas kenaikan J17,J22 dan J26...tetapi kenapa skim SBPA kami J26 sama gred dengan J17 dan J22...tak puas hati dan terkilan...mohon supaya diberi perhatian...masalah ini dikaji....
============================
HANG UTUNG LG WOOO...LG ADA 2 GRED BARU..JA3-2 N JA3-3 sama mcm lain2 gred yg dibaiki

-Hope 4 Better- berkata...

Mohon pihak terlibat mengkaji semula skim perkhidmatan PPT N27.. Ramai dikalangan kami yang memiliki kelulusan Ijazah / Diploma.. Sedih betul jika seseorang pegawai mempunyai kelulusan ijazah tapi dibayar gaji STPM... Macam mana nak selesaikan hutang PTPTN... Dah apply gred 41 through SPA pun sampai skrg tak dapat.. Maybe disebabkan pejawatan yang terhad.. Value For Money is very important and we hope there is a value for our highest qualification as well..This may be our inspiration n motivation to achieve more throughtout our services..

Tanpa Nama berkata...

hope 4 better...hang kena aktif union le, bantu diri n kekwn le.

Guru Sabah berkata...

PM kata tangguh? Tapi cari kat media tak da pun muka & suara PM kata tangguh?
Yang kata tangguh Cuepac. Knp kat berita PM tak da respon ttg Hal ini?
Kami guru2 di Sabah, esok mula esok hingga 27hb Dis 2011 dah kena arah oleh ketua jabatan utk sign.
Tapi kata tangguh?
Mana yg betul ni?
Cakap siapa yg mo kena ikut?
Kalau PM dah kata tangguh, knp Jbt Kerajaan khususnya Jbt Pelajaran Negeri Sabah minta semua guru mula sign esok?
Peliklah, apa sdh jadi dgn Malaysia ni..

Tipah Tertipu! berkata...

Betulkah JPA nak terima rundingan Cuepac atau pura2 bersandiwara mencuri masa tapi dalam diam2 masih mengarahkan semua jabatan kerajaan sign sebelum 27hb Dis 2011 ini.
Korang masih tak sedar2 lagikah ni?
Apa yg korang bising2 ni, buang masa.. terang2 kena goreng makan hidup2..
Bangunlah, bangun dari tidur.. yg masih bermimpi tu, bangun, bangunlah.. tak sedar2 lagi?

Tanpa Nama berkata...

Yang yatanya PTD/JUSA JPA memang
TAMAK HALOBA kekayaan NEGARA mereka saja nak BOLOT yang lain di tabur PASIR di periok Nasi

wak dah lama dah berkata...

Terima kasih Dato

WK KASTAM DAH DIPISAHKAN DARI GRED W,
SABAN TAHUN HASIL NEGARA YANG DKUTIP MAKIN MENINGKAT....

TAPI NAMPAK MACAM GAJI KASTAM MACAM TU JE....TAK DE KE JPA NAK BAGI GAJI YANG MENARIK SIKIT,DM SBPA NAMPAK MACAM WK KENA DOWN
GRADE DARI SEGI GAJI.

SETUJU SBPA TANGGUH.....

Tanpa Nama berkata...

bising betulah PA PA ni, korang ni tak tau bertapa susahnya JUSA JUSA memerah otak siang malam memikirkan cara2 nak memajukan ekonomi negara, apasalahnya jusa jusa naik 500% kalian dapat 7% - 13% patut bersyukur itu pun jusa jusa simpati dengan kalian, kalau mereka tak bagi langsung padan muka, yang sokongan2 ni, lagi jahanam tidak ada kepentingan langsung untuk NEGARA. Lebihbaik mansuhkan sahaja depa depa ni.

Tanpa Nama berkata...

DATUK OMAQ....
TOLONG TENGOK DAN KAJI SERTA PEJUANGKAN NASIB PEMEGANG SIJIL PERTANIAN SEMENANJUNG MALAYSIA DALAM GRED E17, E22 DAN E26 AGAR PEMEGANG SIJIL INI DAPAT SAMA KENAIKAN SEPERTIMANA KAWAN-KAWAN KAMI DI GRED G YANG BERJAWATAN PEMBANTU PERTANIAN GRED G17, G22 DAN G27.
APA NI DATUK.... ADILKAH MACAM NI????.... SIJIL SAMA... TAPI GAJI TAK SAMA...CUMA BEZA SKIM JE.. ANTARA SKIM E DAN G JE... KERJA DENGAN GOMEN MALAYSIA JUGAK... KALAU MACAM NI PRU 13 NANTI... INSYAALLAH TUKAR GOMEN LA NAMPAKNYA..

Tanpa Nama berkata...

wahai JUSA JUSA yang ku KASEHI, kembalilah balik pada UGAMA

Tanpa Nama berkata...

NASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:

1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.

2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!

3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?

4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.

Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa

Tanpa Nama berkata...

Salam.Kerajaan ugut kakitangan awam ke ATAU Cuepacs yg ugut kerajaan???Ni apa bongok sgt Cuepacs nak citer psl undi pilihanraya ni.Ingat kakitangan sokongan (pelaksana) saja ke yg mengundi?Kakitangan P&P pun mengundi juga.Malah bertambah ramai kakitangan P&P sekrg ni sebab dah ramai yg sambung belajar.Lagi pun masyarakat kat luar tu nak percaya ke cakap kakitangan pelaksana ni.Hehehe..jgn berpura2 lah org2 Cuepacs yg kat atas tu.Kami tahu apa yg tersirat sebenarnya.Syukurlah dulu korang semua dah dpt 25% tu kan..Melompat2 mcm monyet mabuk.Gaji naik sikit ye.Kami naik byk ye.Hahaha...Adil la tu.Kerajaan bukannya bongok mcm korang.Marah JUSA dpt gaji tinggi.Pirahhh...Korang pegi la tempat JUSA tu kalau boleh.Korang ingat nak dapat JUSA tu mcm pakai kasut aja ye.Hahaha...Lawak la korang.Jadi,mcm ni la aku nak nasihat korang2 yg tenging ni.SBPA ni bukannya wajib.Kalau korang tak nak termasuk la presiden Cuepacs tu (geli hati tgk presiden ni) tak payahlah sain.Korang terus la dengan SSM tu.Nak berjaya mcm org yg dah di atas tu berusahalah dgn ikhlas dan berhemah.Jgn guna unsur ugut-mengugut dan ada kepentingan peribadi.Tkasih pada kerajaan kerana SBPA memang ada penambahbaikan.

Tanpa Nama berkata...

KAMI SOKONG SEKIRANYA SBPA DIKAJI SEMULA

TERTINDAS DAN DI TINDAS.....

kami golongan juruteknik JABATAN ALAM SEKITAR(JAS)terasa tertindas sekiranya SISTEM SBPA ini diteruskan..
UNTUK PENGETAHUAN Ceupacs.
Jawatan Juruteknik JAS J17 akan dijumudkan.Di gantikan dengan jawatan baru PEMBANTU ALAM SEKITAR C17 mengikut SBPA YG BARU.

TERDAPAT KETIDAKADILAN DIMANA:
1. SKIM JURUTEKNIK (JAS) TELAH BERTUKAR KEPADA KETUA PERKHIDMATAN BARU (JKR) DAN SURAT OPSYEN TELAH PUN DITANDATANGAN PADA BULAN JANUARI 2011.
2.BAGI SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA),SKIM KEJURUTERAAN BETUKAR KEPADA SKIM SAINS...KEBANYAKKAN JURUTEKNIK DI(JAS) TERDIRI DARIPADA BIDANG KEJURUTERAAN.(MENGGUNAKAN SIJIL POLITEKNIK)
2. PERBEZAAN GAJI YG KETARA DIMANA JURUTEKNIK J17 GAJI JA3-1(RM1410-RM4185) /KENAIKAN TAHUNAN RM 145 SEMENTARA PEMBANTU ALAM SEKITAR C17 GAJI CA3-1 (RM1255- RM3650)/ KENAIKAN RM 125 YANG DITAWARKAN DALAM SKIM SBPA..

KESEMUA JURUTEKNIK(JAS) MEMANG TIDAK BERSETUJU MENUKAR SKIM MAHU KEKAL KE SKIM LAMA IAITU JURUTEKNIK J17..

MOHON CEUPACS PERJUANGKAN NASIB2 JURUTEKNIK (JAS).

Tanpa Nama berkata...

siapa si bongok yang kata SBPA tak wajid, pilah teliti borang opsyentu, jawatan jumud tak sain di bersarakan, memang jahat sungguh JPA ni itulah cara mereka ak ugut kakitangan bawahan

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kakitangan rendah naik gaji JUSA, melompat setinggi pokok la... paih tu keje mudah2 je.... Byk cantik

Bakal PTD M52 berkata...

korang kutuk laa mcmana pun PTD tidak akan tunduk dengan desakan korang. hakikatnya SBPA tetap akan berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang perubahan dari segi dasar dan pelaksanaan. hanya tarikh penerimaan opsyen je yang dilanjutkan sehingga 15 januari 2011. kepada yang dengki sangat dengan skim PTD tu sebab cepat naik pangkat itu memang hakikat dalam skim perkhidmatan PTD. Saya bagi contoh saya dilantik memasuki skim PTD pada 20 Disember 2005. kemudian setelah berkhidmat 3 tahun saya telah dinaikkan pangkat ke M44 pada 01 Januari 2008. Sekarang saya merupakan PTD M48 sejak 01 Mac 2011 dan Insyaallah sebelum tahun 2015 ni saya akan naik ke M52. Bukan saya yang minta untuk naik ke M48 hanya dalam tempoh 6 tahun perkhidmatan tetapi kerajaan yang bagi. Jadi jangan dengki dan tuduh macam-macam kepada skim PTD kerana itulah hakikatnya dalam perkhidmatan awam di negara ini. kepada semua PTD di neagara ini jangan cepat melatah dengan perang psikologi penjawat awam lain dan gunakanlah kemahiran dan kekuatan mental anda (perang saraf) dalam menghadapi situasi ini.

Tanpa Nama berkata...

PERTEMUAN/PERBINCANGAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA YANG MENGECEWAKAN PENJAWAT AWAM

PERBINCANGAN TELAH DILAKUKAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA. SAYA HAIRAN MENGAPA CUEPACS TIDAK MENGELUARKAN APA JUA KENYATAAN RASMI DALAM BLOG INI, TIDAK SEPERTI MULA-MULA DAHULU APABILA TERJADI KEKALUTAN MENGENAI SBPA OLEH PENJAWAT AWAM, PELBAGAI SARANAN DAN KENYATAAN DIKELUARKAN OLEH CUEPACS!

APA DAH JADI, CUEPACS?

KALAULAH HANYA SETAKAT DILANJUTKAN TARIKH PENERIMAAN BORANG OPSYEN KEPADA 15 JANUARI 2012 (KEPADA YANG TIDAK MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN) ATAUPUN DITETAPKAN 30 DISEMBER 2011 (KEPADA YANG MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN),

TAK PERLULAH CUEPACS BERBINCANG ATAU BERUNDING DENGAN JPA!

ITUKAH HASIL PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN!

SUNGGUH MENDUKACITAKAN!

SAYA AMAT MENGHARAPKAN SEMOGA CUEPACS DAPAT MEMBERIKAN PENJELASAN SETELAH BERBINCANG DENGAN JPA MENGENAI :

1)SEMAKAN KENAIKAN GAJI ( 7-13% SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI) TERHADAP GRED-GRED YANG TERTINDAS,

2)GAJI PERMULAAN BAGI GRED-GRED YANG TERTINDAS,

3)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG TIDAK SERAGAM DAN MERUGIKAN (SISTEM BRACKETING) BAGI TANGGA GAJI DALAM GRED ITU SENDIRI,

4)PERUBAHAN BULAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN YANG TERLALU MERUGIKAN BAGI SESETENGAH TANGGA GAJI TERTENTU DALAM GRED ITU SENDIRI

5)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG MERUGIKAN PENJAWAT AWAM YANG SENIOR

6)PENJELASAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK MENYELURUH MENGENAI SBPA

HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli AUEGCAS (Kesatuan Perkeranian) sekarang berada digred N22 pohon Dato' presiden cuepacs beri pertimbangan utk naik gred ke yang lebih tinggi. Sebab gred ini perlu menyelia N22 (KUP).
Untuk menyelia KUP maka gred N22 (hakiki) perlu dinaikkan.kalau gred dah sama dengan KUP tiada hormat kepada N22 (Hakiki).
Perjuangan CUEPACS adalah perjuangan yang murni dan mendapat kebaikkan.

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli AUEGCAS (Kesatuan Perkeranian) sekarang berada digred N22 pohon Dato' presiden cuepacs beri pertimbangan utk naik gred ke yang lebih tinggi. Sebab gred ini perlu menyelia N22 (KUP).
Untuk menyelia KUP maka gred N22 (hakiki) perlu dinaikkan.kalau gred dah sama dengan KUP tiada hormat kepada N22 (Hakiki).
Perjuangan CUEPACS adalah perjuangan yang murni dan mendapat kebaikkan.

Tanpa Nama berkata...

SBPA dah tangguh alamat nak berangan dapat gaji baru Jan tinggal impian aja. aku gred 1-2 rasa dah ok tapi yang gred 2 rasa nak minta lebih dari gred 1. apa cita ni,