SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Disember 2011

SBPA: KEPUTUSAN TURUNKAN MARKAH SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM, KATA PERSATUAN

Bernama
28/12/2011




KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama)-- Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan berkata langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini.

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA," katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA pada Selasa untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

Keputusan itu turut disambut baik Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia yang menganggap langkah tersebut membuka peluang lebih luas untuk penjawat awam menikmati kenaikan gaji terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Presidennya Hamzah Masri berkata keputusan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh lebih 3,000 anggota kesatuan yang sebelum ini bimbang tidak dapat menikmati kenaikan gaji jika gagal mencapai markah yang ditetapkan.

"Bukan senang nak capai 75 tapi bila dah turunkan ke 65, memang kita sambut baik," katanya.

Hamzah berharap perkara yang dibangkitkan dalam rundingan pada Selasa dapat diperincikan dan tidak ada yang terlepas pandang demi kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Abdul Rahim Jantan yang menyifatkan langkah itu sebagai menghargai warga perkhidmatan awam.

Beliau turut berterima kasih kepada JPA yang setuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60.

"Walaupun markah itu diturunkan, namun ia tidak boleh dipandang mudah oleh penjawat awam, sebaliknya tunjukkan prestasi yang baik sebagai tanda terima kasih," katanya.

Dasar Pemisah menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor yang mahu dikenali sebagai Zarina, 32, berkata keputusan JPA itu memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada SBPA.

"Ini memang baguslah, saya suka tapi kalau boleh bagi penjelasan lebih lanjut tentang skim ini sebab masih tak berapa faham," katanya.

Nordin Hamid, 39, seorang Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia juga sependapat dengan Zarina yang mahu penjelasan terperinci mengenai skim itu diberikan.

"Saya sambut baik skim ini banyak kebaikannya tapi kalau boleh nak penjelasan lebih banyak tentang faedah lain yang bakal dinikmati," katanya.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takde suntik menyuntik di sini yeee....isu utama bukanlah markah exit polisi tu di utamakan.
Yang menjadi keluhan dan rungutan majoriti penjawat awam adalah kaedah penempatan/pemindahan mata gaji dari ssm ke sbpa tu yg patutnya menjadi isu utama yang perlu dikaji dan dipinda.

Tanpa Nama berkata...

kepada semua Kakitangan Perkhidmatan Awam. Kepada siapa yg tak setuju SBPA, mogok akan diadakan di Putra Jaya.

TARIKH : 15HB JAN 2012
JAM : 9.00PG
TEMPAT BERKUMPUL: sekitar TASIK D PUTRAJAYA

Tentatif program:
9.00 pg -Para pemogok berkumpul diperkarangan tasik,
9.30 pg -para pemogok beramai2 berenang ketengah tasik,
10.00 pg -pastikn semua lemas.

Kesimpulan: yg tak menyertai mogok, cepat pegi sain opsyen, ari ni last day....

Tanpa Nama berkata...

Semua yang menyokong SBPA itu telah diugut dan disediakan skrip untuk temuramah oleh wartawan, memang JPA penipu, Ceupacs pun penipu, tak guna, korang memang jahanam, blah la, dasar penipu.

Tanpa Nama berkata...

PTD Cabuk berkata...

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat


2011/12/29
SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

===================================
Wooooo dahsyat wooooo.. Inilah kehebatan PTD di Malaysia. Bukan setakat songlap pangkat dan jawatan JUSA dan naik gaji ribu-ribu bab gaduh pun dorang hebat.. Gua kenal minah PTD ni. Minah PTD ni gred M48 kat Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran.. Mungkin Tuhan nak tunjuk ni lah akibatnya bila jawatan-jawatan kat Kementerian Pelajaran pun diorang sapu. Tu baru berkhidmat kat kementerian kalau berkhidmat kat sekolah lagi lah tekanan.. bukan setakat fail yang terbang periuk belanga kat umah tu pun terbang.. hahaha dlm blog ni ramai PTD yang kata diorang kuat mental.. ptui cakap x serupa bikin..

Khamis, Disember 29, 2011 5:20:00 PM

Tanpa Nama berkata...

sifir gaji yang diterima pakai di semua kementerian / jabatan sekarang adalah sifir gaji yang belum diluluskan oleh parlimen.. sebab tu ada ditulis perkataan SULIT.. bila dh diluluskan oleh parlimen, sepatutnya sifir gaji tersebut bukanlah dalam status SULIT lagi.. ia sepatutnya didedahkan kepada umum sepertimana pekeliling SSM pada tahun 2002 dan pelarasan gaji pada tahun 2007.. yang menjadi tandatanya sekarang ni ialah di mana dia sifir gaji yang telah DILULUSKAN oleh parlimen..? mungkin sifir gaji yang telah diluluskan oleh parlimen tersebut ada pindaan.... nampaknya semua PA telah kena tipu oleh JPA.... kalau masih tak percaya, cuba rujuk ke bahagian pentadbiran masing2 dalam lihat isi kandungan sifir gaji tersebut....

Tanpa Nama berkata...

SIFIR GAJI SBPA...

MEMANG MANGKOK HAYUN

Tanpa Nama berkata...

ada kakak yng sial giler kt umah ni...dye patut mati...
gurun!@^#%%$&*(&$^#*&$%#^&*())(*&^%$#@#$%^(*&^%$#@#$%^&*&^%$#@#$%^&*&^%$#$%^&@#$%^&*#$%^&*#$%^&*

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd