SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Disember 2011

TANGANI SEGERA ISU BANTAHAN SKIM SBPA

Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
17/12/2011


DI Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di Presint Diplomatik pagi semalam, pegawai pusat khidmat berkenaan menerima kedatangan tiga orang penjawat awam. Tidak seperti mana kebiasaannya didatangi isu-isu kecil, kali ini ia didatangkan tentang soal bantahan terhadap skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Salah seorang daripadanya berkata, jika dahulu penilaian kenaikan gaji berdasarkan prestasi, menerusi SBPA nanti, ia akan ditentukan oleh cadangan daripada bos mereka. "Kalau menerusi cadangan, dapatkah kami kenaikan gaji yang lebih baik, apa jaminan kepada kakitangan sokongan," katanya.

Isu mengenai bantahan terhadap skim SBPA ini perlu diselesaikan segera. Ini memandangkan hampir 90 peratus daripada jumlah pengundi di Putrajaya terdiri daripada penjawat awam. Daripada keseluruhan 90 peratus itu pula, 90 peratus daripadanya adalah kumpulan sokongan.

Kerajaan sejak kebelakangan ini telah bermula dengan baik dalam langkah-langkahnya yang cenderung memenangkan pihak rakyat dalam soal yang berupa kepentingan untuk rakyat. Apatah lagi kepada penjawat awam. Imbuhan RM100 kepada pelajar sekolah sudah disalurkan, bantuan RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun sedang diusahakan.

Kemungkinan masih ramai yang tidak memahami terma yang terkandung dalam SBPA ini.

Dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga membantah skim ini kerana menurut Presidennya, Datuk Omar Osman banyak perkara yang tidak jelas dalam tawaran berkenaan. Kesatuan tersebut yang mewakili 1.4 juta penjawat awam mahukan rundingan lanjut diadakan bagi membincangkan mengenai skim berkenaan.

SPBA diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Dalam pengamatan kerajaan, skim ini baik untuk penjawat awam tetapi di sebelah pihak ia barangkali ada terma yang tidak bersesuaian.

Sewajarnya tidak ada unsur paksaan untuk penjawat awam menandatangani surat tawaran skim SBPA yang ditutup 30 Disember ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah ketika mengulas mengenai tawaran skim itu baru-baru ini menyatakan, hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan seperti sakit atau berada di luar negara.

Dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan terhadap skim tersebut.

Apa pun, penulis berharap pertemuan Exco-exco CUEPACS dengan Perdana Menteri pada tengah hari 22 Disember ini bagi berunding mengenai bantahan skim SBPA tersebut, akan ada situasi 'menang-menang'.

19 ulasan:

Saya Boleh Pilih Aja berkata...

SATU SOALAN DARI SAYA.KENAPA LAMPIRAN C TIDAK DISERTAKAN BERSAMA PEKELILING SBPA?

SAYA TIDAK MENUDUH TETAPI AGAK KELIRU KERANA PADA MASA YANG SAMA KITA DISURUH MEMBUAT PILIHAN ANTARA SSM DAN SBPA.

Tanpa Nama berkata...

Soalan Ke 2 saya punya: PM ambil tindakan kpd pembuat SBPA yang bertentangan dgn apa yg dikatakan oleh PM dlm Bajet 2012.

haji shuib berkata...

Saya rasa sesiapa yang ada kelapangan dan boleh hadir taklimat Ceupacs sila hadir.

Ketepikan Emosi,bincang dengan tenang,sampaikan maksud dengan teratur dan biar difahami bukan meraban meroyan memaki hamun tanpa tahu hujung pangkal.

Kita bincang,buat satu usul,kita wakilkan pada Ceupacs untuk sampaikan pada PM pada Khamis nanti.

Percaya pada kebijaksanaan ceupacs ,saya yakin isu ini boleh selesai.Kita akan naik gaji lagi,atau jika tak dapat naik gaji,mungkin boleh dapat faedah lain spt tambahan cuti atau kerja separuh hari pada hari Jumaat.Manfaat tak semestinya dalam bentuk wang semata mata.

uncle muthu berkata...

Terbakar kampung nampak asap,terbakar hati siapa yang tahu.....

Tolong sampaikan pada Perdana Menteri Kami masyarakat India mahu cuti Deepavali 2 hari..Tolonglah Datuk

Selama ini perjuangan kami Umpama kambing menanduk bukit,bukit tak runtuh,tanduk yang patah.

1 MALAYSIA.

tukang pangkah berkata...

SBPA ini bagus sebenarnya,cuma ada yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti lagi seperti, kenaikan gaji 7-13%...... kepada golongan mana sebenarnya yang disasarkan oleh NAJIB untuk menikmati kenaikan 13%.seperti dalam perbentangan belanjawan 2012,untuk menolong golongan berpendapatan rendah,jangan tersasar pula.PA sekarang ni,tidak dapat dinafikan lagi,kebanyakannya memiliki Diploma,Ijazah dan sebagainya,walaupun menyandang jawatan rendah,ini yang menyebab sesuatu perkara yang dibuat tidak dapat disembunyi. 80% PA di malaysia ini pintar dan berkebolehan dalam mencana agenda kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

tau tak pa.. jadi ape kesudahannya PA ada ijazah dan master, serap teruslah ke jawatan gred A, ape cite.. kalau kami tak puas hati, nasiblah kau org atasan kena santau jin..

Tanpa Nama berkata...

...copy paste dari FB (Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA)

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia... YG. BHG. DATUK. terima kasih kerana mengimbil berat terhadap kakitangan awam. saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang perjawatan N17. untuk makluman datuk saya mmg kurang setuju dengan SBPA ini kerana pada pemerhatian saya jika SBPA ini dilaksanakan juga maka jurang antara profesional dan sokongan amatlah jauh sekali. saya bukan iri hati kepada mereka yang bergaji tinggi. saya faham mereka belajar sampai peringkat ijazah akan tetapi mengapa tidak mengambil pendekatan "adil" dimana semua dapat sama rata. ambil contoh jika gaji saya RM 1000 dan gaji pegawai adalah RM 2000 maka perbezaan adalah RM 1000. jika kerajaan menaikan gaji sama rata iaitu RM 1000 kepada semua kaki tangan maka perbezaan saya dengan pegawai masih sama dan nikmatnya sama rasa. ini tidak apa yang saya nampak para profesional mendapat kenaikan gaji yang tidak munasabah tatapi masih melakukan kerja yang sama (tiada kerja tambahan jika gaji bertambah). harap datuk dapat membincangkan perkara ini kepada YB. PM kita dengan caraya yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana golongan Pegawai latihan vokasiona. penolong pegawai vokasional..dan pembantu pegawai vokasional.dimana skim ini telah berubah ke pegawai latihan kemahiran dimana dibawah ssm = j spba= DL....ika kami tidak sains spba maka kami dinasihat berhenti..harap pihak cuepacs dapat suarakan masaalah ini ke Pm.. kerana kami tiada pilihan...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni kita diperbodohkan. Ucapan KPPA dalam blog ni tentang kenaikan gaji pemandu pun memperbodohkan kita jg. Dia bg contoh pemandu yg baru keje setahun jagung, memang la gaji berubah banyak tu! Cuba kira kenaikan gaji diterima oleh pemandu yg keje 7-8 thn ke atas. Berapa depa dapat? Dah la tangga gsji gostan ke belakang. Saya dah nkpak kat mana letaknya 7-13% tu.. Kat gaji permulaan sebenarnya. Gaji semasa kita sekarang kirim salam la nk naik bnyk tu. Saya rasa, yg buat pelarasan tangga gaji ni tak pandai matematik. Dalam baris gaji yg sama pun ada naik banyak, ada naik sikit. Baik buat macam cadangan pembangkang. Semua PA dapat kenaikan gaji rm500. Tak siapa nak marah. Sama rata tapi masih wujud pebezaan gaji golongan tinggi dengan rendah. Apa la JPA ni. Nk bagi BN hnacur pru13 kot.

Tanpa Nama berkata...

saya melihat sbpa ini hanya menguntungkan mereka yang baru bekerja. Bayangkan guru yang bertugas 9 tahun dengan 26 tahun perbezaan gaji hanya 2 ke 3 anaktangga sahaja dalam gred dg 2-2. Kenapa tidak dipertimbangkan kenaikan yang lebih untuk yang mengajar 20 tahun ke atas. Memang tak adil. Jika keadaan ini tidak ditangani PRU13 akan menunjukkan impaknya.

Tanpa Nama berkata...

Ramai PA yg tidak faham mengenai kenaikan 7% hing 13%.. kerana tangga gaji T1(ssm) dipindah ke T1(sbpa) mengikut kiraan lebih 13% ke atas.. sedangkan PA yg berkerja hampir 8 tahun naik tak sampai 10% pun.. Tolongla bg penerangan terperinci.. ramai PA yg masih tak puas hati peratus kenaikan junior yg melebihi 13%.

Tanpa Nama berkata...

Undi kakitangan awam tiada harga...
Tak aper...
esok PRU13 aku hantar kertas undi Kosong...
BN aku tak pangkah...
pasrti lawan BN pun aku x pangkah...
tgk mcm mana rasa nya...

Tanpa Nama berkata...

sbpa terlaksana kelak berkerat rotanlah aku anak beranak dengan BN ni sebab meganiaya orang bawahan

Tanpa Nama berkata...

perkara yang berat sebelah patut disuarakan. ada yang membisu sebab ada kepentingan. kalau nak tegak juga takut-takut tak dicalonkan nanti.
didapati gred perkeranian telah tidak diberi keadilan.N22 pembantu tadbir kanan ditakok lama.
sistem menaikkan gaji pada gred tawaran SPM menjadikan perkhidmatan awam bubur. kalau J17 gaji SPM maka SPM lah. NT17 dinaik ke NT 27, 32. Penghulu gred 17 dinaik ke 27.
Kalau nak bagi gaji diploma, ujudkan jawatan diploma.
SPBA is a useless scheme. Kalau nak bagi RM17.00 untuk ke sekim SPBA, baik semua kekal SSM, kerajaan tak payah belanja menjelang PRU 13.
Suruhanjaya gaji yang berkecuali patut ditubuhkan.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pengkritik2 SBPA yang dari penyokong parti pembangkang, esok bolehlah letak jawatan beramai-ramai kerana tak puas hati dengan sistem agihan gaji. Balik kampung tanam getah, sawit dan pisang boleh jual hasil lagi lumayan. tak payah kecoh2 soal SBPA. Kami PA yang berdiri teguh bersama Kerajaan BN sekarang tetap menerima SBPA ini kerana setakat itu saja kemampuan Kerajaan ketika ini.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pengkritik2 SBPA yang dari penyokong parti pembangkang, esok bolehlah letak jawatan beramai-ramai kerana tak puas hati dengan sistem agihan gaji. Balik kampung tanam getah, sawit dan pisang boleh jual hasil lagi lumayan. tak payah kecoh2 soal SBPA. Kami PA yang berdiri teguh bersama Kerajaan BN sekarang tetap menerima SBPA ini kerana setakat itu saja kemampuan Kerajaan ketika ini.

=================================

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN NAK TABUR JANJI SANA SINI....CAKAP 7-13%,TENGKORAK...DIA KATA PEMBANGKANG RETOTIK,TAPI DIA YANG LEBIH....MAMPUSLAH KAU LEPAS PRU 13

45 ringgit saja berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

Klu isu SBPA ni belum juga slesai dlm tmpoh yg dittapkan olh PM...PA sdh tntu mderita disbbkn olh k'tdk adilan antra org atsn dan bwhan.Kita tngok je nnti...hrp2 isu ni slsai scpt mgkin..sbb PA x sbar mnugu gaji baru utk dinikmati sma adil...Jka blku jg k'tdkadilan kpd PA bwhan...kta akn tngok PRU13 akn mnntukkn kjaan..undi PA bhgn sokongan akn mmbuat perubahan..kita cuba kjaan baru....apa slhnya kta cuba kjaan baru mgkin lbh baik dr kjaan skrg..kta tlh ditindas dan diperbodoh2kan oleh kjaan skrg..