SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Disember 2011

SBPA BUNUH KOMITMEN KAKITANGAN AWAM

Harakah Daily
Abdul Aziz Mustafa
17/12/2011




KUALA LUMPUR, 17 Dis: Sebuah jawatankuasa bersama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu ditubuhkan sebelum dilaksanakan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana SBPA melibatkan kepentingan dan masa hadapan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam, amat tidak adil jika sistem tersebut dilaksanakan tanpa persetujuan mereka," kata beliau sambil mengecam kerajaan yang langsung tidak berunding dengan wakil sah kakitangan awam sebelum sistem itu dilaksanakan.

Sambil menyifatkan SBPA akhirnya akan membunuh komitmen dan motivasi kakitangan awam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap sistem itu dibatalkan.

"Bagaimanapun, SBPA hanya akan dibatalkan jika kakitangan awam bersatu dan berganding bahu dengan perancangan yang berkesan untuk menolak sistem itu.

"Pihak lain boleh mendesak dan menyuarakan rasa tertindas kakitangan awam yang menolak SBPA, tetapi kerajaan hanya akan tunduk kepada bantahan besar-besaran kakitangan awam sendiri," kata beliau yang melihat SBPA sebagai taktik untuk mengurangkan kakitangan awam.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap membisu penjilat-penjilat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini tanpa sebarang asas yang wajar menuduh Pakatan Rakyat (PR) mahu mengurangkan kakitangan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Apa yang lebih dipersoalkan, seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa hanya dua minggu mulai 16 Disember untuk menerima SBPA.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, JPA tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada Linkmaklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” katanya.

Menurut beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke negeri-negeri, ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, katanya.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awak org politik mahfuz....x payah ulaslah kemelut PA...jgn buat kempen dan mencari pengaruh murahan lah...

chett podahh !! berkata...

awak org politik mahfuz....x payah ulaslah kemelut PA...jgn buat kempen dan mencari pengaruh murahan lah...

-------------------------------------

betul tuh..!! lain lah pm najib, tpm muhyidin, dll, diorang memang penjawat awam-masuk ikut saluran SPA yang betul...orang politik main jauh2 !!

Tanpa Nama berkata...

...copy paste dari FB (Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA)

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)

sanjini berkata...

awak org politik mahfuz....x payah ulaslah kemelut PA...jgn buat kempen dan mencari pengaruh murahan lah...

===============================

Dato Mahfuz...kami masyarakat India mau cuti Deepavali 3 hari.tolonglah.

1 MALAS SIYA

Tanpa Nama berkata...

ORANG CINA DAPAT CUTI RAYA DUA HARI
ORANG MELAYU RAYA DAPAT CUTI LEBIH DUA HARI
ORANG INDIA MINTAK CUTI RAYA DUA HARI
ORANG KRISTIAN PUN NAK CUTI SEMINGGU. MACAM DI LUAR NEGARA. CUTI SAMPAI NEW YEAR...

Tanpa Nama berkata...

KLU SEMUA RAYA MAHU CUTI X PAYAH KEJE KEJELAH CUTI JE SEPANJANG TAHUN.JGN IKUTKAN HATI NANTI BADAN YANG BINASA JGN HANCURKAN KEAMANAN YANG ADA NANTI MENYESAL TIADA KESUDAHANNYA.DUDUK DIAM DIAM SUDAH APA YANG DIBERI TERIMA JE X PUAS HATI TGU PRU NANTI KITA SEMUA TENTUKAN.SELAMAT BERJUANG....

Tanpa Nama berkata...

sanjini dan lain-lain jgn nak mengata org diri sendiri belum tentu sempurna dimata org lain fikir dulu sebelum bercakap.tahniah buat cuepacs kerena memperjuangkan nasib kakitangan awam.sbpa memang baik tapi ada bab bab yang merugikan kakitangan awam lebih2 lg org bawahan.yg mana kaki bodek bruntunglah...jgn sain dulu

Tanpa Nama berkata...

Helleh.. Presiden cuepacs marah sebab lepas ni dia kena bancuh kopi, gaji pulak naik sikit je.. Lepastu takut kena buang kerja, sebab banyak masa duduk kedai kopi cerita politik, tapi kerja tak buat

Tanpa Nama berkata...

Alahai...aku rs lagi berkomitmen adalah..

Tanpa Nama berkata...

elehhhhh..masa paklah naik gaji sampai 25 peratus dulu...kumpulan pelaksana ni melompat gembira...hingga gaji melebihi gaji siswazah..sampai perli2 pulak org ijazah..aku x belajar pun gaji tinggui dr koo..la ni menyalakkk bagai nak gila...x adilll

Tanpa Nama berkata...

Lagi2 Mr Bean dari PAS, Mampoz ni sangat sibuk nak memberi komen tentang SBPA. Berapa kali beliau baca pekeliling ttg SBPA yg membolehkan beliau mengeluarkan kenyataan "yang tak diundang" pun.

Kamu org politik sentiasa melihat perkara2 yg dibuat oleh kerajaan secara "negatif" maka jadilah pandangan kamu tu pun negatif.

tolong lah Mr bean jgn nampak sgt kebodohan kamu..Kami ada CUEPACS..bagilah peluang kesatuan kami yg menyelesaikan perkara ini. Kamu jangan menyibuk boleh tak?? Biarlah CUEPACS yg berjumpa PM..mungkin ada lah kelemahan..kitakan manusia..lainlah parti kamu tu yg "maksum".. tak buat apa2 kesalahan..

Kita masih ada 2 minggu lagi sebelum option di tutup.. Buat solat istikharah wahai penjawat awam yg berugama Islam..fikir kemudian serahkan kpd Allah swt memberi pedoman..molek lagu tu.. dari dok dengar Mr Bean PAS merapu tak tentu pasal...

Wallahuallam

Tanpa Nama berkata...

Hai mahfuz sibuk lak nak masuk campur...

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadi isu yang cukup jelas dlm sistem SBPA ialah mengapa ada dokumen rahsia terperingkat. kenapa dlm sistem ini wujud perkara sedemikian. mengapa dalam sistem SSB dan SSM perkara spt ini tidak wujud malah jadual/sifir gaji diserah dgn elok sahaja kepada Kementerian/Jabatan masing2 tanpa ada isu rahsia2...malah berjalan dgn lancar pun. bertahun2 perkara ini dilaksanakan tanpa ada keraguan. Tetapi dgn sistem SBPA ini siap tandatangan surat akuan lagi......malah kumpulan pelaksana yang hendak membuat gaji kakitangan ada setengah2 negeri belum mendapat sebarang maklumat lg mengenai jadual tersebut.......tolong JPA urus perkara ini dgn telus dan kalau hendak perkara ini dilaksanakan secepat mungkin perkara2 yg jelas spt ini perlu dilakukan dgn cepat jugak agar pelaksana dpt mengurus dgn baik. Kalau lah pelaksana di beri waktu yg singkat bagaimanakah dpt dilakukan dgn telus dan semua maklumat itu akan betul. Jgan pandang ringan sbb ini adalah masa depan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hem,CUEPACS betul2 panas sebab tak dipedulikan oleh kerajaan dalam SBPA. Memang pun patut, kalau mintak mesti lebihkan golongan dia, baguslah tu..adil sangat la tu..masa umum 25% dulu, tak nampak pulak ketidakadilan..kalau takde exit policy lebih hebat golongan pelaksana pelik2..tak percaya? tanya la cikgu-cikgu..logik ke bayar gaji 700 kerjanya tukang photostat..bayar gaji driver..malam2 warden2 asrama kena hantar pelajar ke klinik..mintak bwk bas cikgu bayar tol..tak byr wk bas laju2,tkotkan pelajar..

Tanpa Nama berkata...

Setuju, elak sspa "bunuh" komitmen PA

Tanpa Nama berkata...

x payahlah sibuklah mahfuz.tunjuk pandai pulooook

Tanpa Nama berkata...

TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

Saya ada satu permintaan.

Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji..SAYA DALAM BAHAYA

Tanpa Nama berkata...

bila la pulak pm & tpm penjawat awam?

x pandai buat diam, jgn tunjuk pandai, buat org gelak je....

Tanpa Nama berkata...

pegi lantak la..yang ko takut bini buat ape?busuk punye kaki..xnak naik gaji berenti keja la..kompom xde gaji

Tanpa Nama berkata...

SBPA(Sangat Beruntung Pegawai Atasan) memang bagus sistem tersebut. Pegawai baru naik pangkat juga untung. Tapi kalau gaji dah langgar dinding biarpun sepuluh tahun, cermelang besusun sijil pun tiada makna kerana kenaikan gaji hanya ciput,,,,Mata gaji hampir sama dgn pegawai baru. itu maknenya rezeki!!! Pada saya sistem ini bagus juga tapi perlaksanaannya hapak busuk! ... itulah dikatakan takdir, kena redha! apa pilihan kita ada? Hanya pilih atau tidak. Alasan JPA, tiada paksaan bekerja dgn kerajaan! , tak suka boleh berhenti! Tapi kita kena ingat....di WP, Purajaya, Labuan dan Titiwangsa sahaja Milik BN! Sebab ada Askar dan ramai penjawat Awam. adakah PRU13 suasana akan berubah? Bersyukur dan fikir2 lah sendiri!

Hanya insan biasa berkata...

Alahai nasib penjawat awam,SBPA banyak buruk dari baik, jika mahu di laksanakan perlu kajian teliti sebab melibatkan manusia yang ada perasaan iri hati dan hasad dengki.contoh Ketua A cemburu dengan kuli H sebab-sebabnya kuli H disenangi sebab rajin dsb. Cara paling mudah nak jatuhkan Kuli H dengan cara PROFESIONAL ialah dengan cara mensabotaj secara PROFESIONAL juga....

45 ringgit je....ptuih berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

Jgn suka gelar2 orang mr.bean dan sbgnya klu tak suka diam jer. klu nanti orang gelar kita sikentut marahlak. Sesiapapun boleh komen bab gaji ni mudah2an dapat idea cara mengatasinya. Senang sikit keja cuepacs banyak yang bagi idea dan kitapun cepat dapat rasa walaupun seciput...PRU pandai2lah ..demokerusi.

Tanpa Nama berkata...

dey chett podahh !! ..

ungko tatau apa2 jangan tulis la...
mana ungko blajar itu PM sama TPM lantikan spa? diorang pun politician jugak la... nama pun suda menteri...

penjawat awam yg paling besar pangkatnya adalah KSN... bukan menteri mau pun perdana menteri ataupun timb menteri...

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan Pengungurusan tak bising sebab satu hari mereka jugaka akan dapat elaun dan gaji yang berpuluh ribu itu. jadi sb itu lah kumpulan ini enggan bersama CUEPAC. Tak apa tuan presiden teruskan.

Juga nak ingatkan sejarah yang mana MCS iaitu kakitangan awam yang terdiri dari kumpulam pengurusan suatu masa dulu yang tidak bersetuju dengan YM Tunku Abdul Rahman untuk mencapai kemerdekaan kerana tak yakin dengan kepimpinan orang melayu boleh memerintah. Mereka lebih yakin dengan colonial inggeris.

Sebenarnya puak kumpulan pengurusan ini yang kemaruk nak memerintah negara ini tapi bukanikut jalan politik. Sebab itu mereka bersikap baling batu sembunyi tangan. kepada Pakatan Rakyat, jika kamu boleh memerintah negara ini dengan lebih baik maka tidak ada sebab untuk kami menolak kempimpinan Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kpd kump.sokongan,apa yg krjaan da bt tu btul..kump professional berhak mdpt mgikut kelayakan dia la..xperlu nk beza kump sokongan dan kump professional ni..kump professional masuk dgn degree..da korbankan masa,wang utk smpai ke tahap ni..so,berbaloilah usaha mereka..kbnyakan kump.professional da byk hbs duit utk blajar(bayar pnjaman)..tpi knp msh ada yg xpuas hati?perlu ke sama adil dengan kump.sokongan?nyata2..mmg da nmpak perbezaan antara kump.sokongan dan professional...so,terima hakikat.kerajaan bt dah btul..brsyukur dgn skim sbpa sbb gaji mmg naik tnggi banding skim ssm.cuba cek,kaji dan teliti btul2..jgn cpt melatah..tngga gaji xpnting pun..utk nk beza tngga gaji yg lma dan bru..tngga gji yg bru mmg sgt berbaloi..dah byk krjaan naikkan..cuma masih ada yg xfhm n jelas mcmna nk tgk jadual gaji baru tu..bkk blk..dan teliti btul2..

Tanpa Nama berkata...

SbenÀrnya xde gji sbpa yg naik hnya rm 45..cuba tgk n teliti btul2..kira balik..plg byk pun rm100..jgn cpt melatah..bukak borang tu dan tgk jadual gaji sbpa dan bt perbezaan dgn jadual gaji ssm yg lama..korang akan tgk bpe kenaikan yg sebenarnya..

passion berkata...

sbpa ni tk yang kerje tetap je ye... banyak plak yang keje kontrak pon nak menyibuuk same cerita pasal sbpa ney... korang yang status kontrak takde kene mengena langsung dgn sbpa ney...

thegreateye berkata...

SBPA adalh satu skim gaji yang bodoh,mcm mana dalam satu gred, ada yang naik lebih daripada RM 225.00,ada yang kurang dari RM 225.00 dan ade yang kene potong gaji pun ade.....JGS adalah tangga gaji yang bodoh.kalau tak caya tgk kat blog aku....Omar Osman tetiti betul2 tangga gaji,jgn jadi bodoh mcm PTD JPA
Skim Bodoh Ptd jpA.

mrbab56 berkata...

pm dam tpm tu orang politik juga, cuma depa kerajaan yg memerintah,dari ksu dan kebawah baru penjawat awam .kene reti sikit.yg heran tu penjawat awam dipaksa sain opsyen dalam masa yg singkat.pasal apa?dah nak kiamat ka????

Tanpa Nama berkata...

Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji..SAYA DALAM BAHAYA
...................................
HARAP MAAF...ADUAN MASALAH RUMAH TANGGA BUKAN DI SINI...!!!!!SENGAL UBI KAYU TULLA....

Tanpa Nama berkata...

MANGKOK AYUN punye jantan dayus nie...ko sudah sewel ke?ini blog untuk kakitangan awam bg komen tentang SBPA,bknnye tmpat nk mengadu msalah rumah tangga ko...aku syorkan kt ko supaya ko pegi mengadu kt SHahrizat Jalil,mane la tau kot2 dia bleh tolong ko..klu ko xnak gaji ko dinaikkan,ko resign je la..abih citer...

Tanpa Nama berkata...

AKU RASA LA KAN,YANG SEBENARNYA KERAJAAN NIE NAK UBAH SISTEM KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM NIE MCM KEJE DALAM SISTEM SWASTA.CONTOH :KALAU KEJE KILANG ADA KEJE ADA GAJI,LU X SUKA KEJE LU BERENTI.MUDAH DAN SIMPLE.KENAPA SAYA CAKAP CAM TU.SBBNYE PIHAK KERAJAAN MENYEDARI,1 JAWATAN DITAWARKAN KERAJAAN,YG DATANG MEMOHON BERIBU,YG BAWAK DEGREE PUN ADA.SO...SBB TU JUGA TIADA JAWATAN KERAJAAN YANG MEMAKAI SIJIL STANDARD 6 LAGI.YANG PAKAI SRP PUN PERLU KREDIT DALAM BAHASA MALAYSIA.KALAU TAKAT LULUS JE,GAJI RENDAH SIKIT DARI YANG DAPAT KREDIT.JADI SUDAH CONPOM DI MASA AKAN DATANG SIJIL SRP ATAU PMR X LAKU LG.DI LUAR NEGARA TUKANG SAPU PUN ADA DEGREE.X PECAYA?...LU SIASAT LA SNDIRI.JD KLAU KITA RASA X BERSETUJU DGN SKIM SBPA INI...PRU NANTI PANDAI2 LA.....MELIHATKAN KEADAAN SEKARANG RISAU TENTANG NASIB ANAK2 KITA DIMASA AKAN DATANG....ASTAGHA...

Tanpa Nama berkata...

Yang buat tangga gaji sbpa tu mungkin mabuk kot.. adakah patut 2 tanga gaji dijadikan 1 tangga tak patut betul, yang dah kerja 10 tahun cma tangga gaji dgn yang 9 thun bekerja.. betul2 mabuk tak tahu kira kah....dahlah tu kenaikan dari P1T11 RM1057.55 (SSM) ke P1T8 RM1120 (SBPA) sebanyak RM62.24 sahaja... tak sampaipun 13% betul2 salah kira dorng ni.... perhatian betul bah jgn main hentam sj

Tanpa Nama berkata...

Kita undi saja Pembangkang kasi sedar cma drg bah... libas lipat saja jo...... peduli ctu ini kalilah BN tumbang di Sabah, Buat Skim baru pun mcm apa saja buat malu sj

Tanpa Nama berkata...

Saya anggap sbpa tidak adil, manakan jawatan jusa naik gaji 60%. Kerja cikit, arahan saja byak & org kategori pelaksana yg buat keja. Manakala kenaikan pangkat masih tidak adil, takut org suka bodek bos ya naik mana org senior yang kanan tidak akan naik. lagipun kenapa gaji org junior & senior disamakan dan byak menguntung org junior..Memang tidak adil..jgan isu ini akan jadi isu politik nanti...Buat penstukturan semula &Waspada lah kerana pilihanraya akan menjelma X lama lagi

Tanpa Nama berkata...

Orang politik jangan cuba masuk jarum. Ini hal PA. Kami ada Cuepecs yang boleh berunding dengan JPA. Nak suruh orang benci kerajaan, nanti waktu PRU bolehlah sebar apa saja. La ni biar Cuepecs yang uruskan hal SBPA ni.