SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Disember 2011

PERMOHONAN WANG PENCEN BAPA MASIH BELUM DIPROSES ANGKARA KELALAIAN PETUGAS

Berita Harian
2011/12/08




PADA 17 Oktober lalu, saya menghantar Borang Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan ke kaunter bahagian pencen di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di Maju Junction, Kuala Lumpur.

Bapa saya, pesara kerajaan berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia meninggal dunia 3 Oktober lalu meninggalkan seorang balu dan tujuh anak, tiga daripadanya bersekolah dan dua lagi berumur setahun. Semasa menghantar permohonan, petugas di kaunter memaklumkan permohonan akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu dan wang pencen bulan Oktober akan dimasukkan sebelum gaji November. Malangnya, selepas sebulan, ibu masih belum menerima pencen arwah bapa. Baru-baru ini, saya menghubungi Bahagian Pencen JPA di Putrajaya untuk bertanyakan status pencen terbitan itu dan terkejut apabila dimaklumkan mereka belum menerima permohonan itu.

Kemudian, saya menghubungi Kaunter Bahagian Pencen di Maju Junction untuk bertanyakan hal itu dan diberitahu borang permohonan sudah dihantar ke Putrajaya dan diserahkan kepada pegawai berkenaan.

Selepas itu, saya menghubungi semula Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Bahagian Pencen) di Putrajaya dengan merujuk kepada individu itu tetapi diminta menghubungi pegawai lain. Lebih memeranjatkan, pegawai itu memberitahu permohonan saya masih di bilik fail.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab ini, mereka menyusahkan waris penerima pencen yang mungkin bergantung hidup pada wang pencen arwah pasangan mereka. Diharap, pengurusan JPA dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini diselesaikan dengan berkesan.
Diminta penjawat awam berpegang kepada piagam pelanggan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan memastikan borang yang lengkap diproses mengikut tempoh sepatutnya.

MANGSA KEADAAN,
Ampang, Selangor.

22 ulasan:

kassim baharum berkata...

pembangkang mmg suka menyusahkan orang. kembalilah rakyat selangor ke pangkuan BN yang meletakkan ketulusan dan agama sebagai paksi kehidupan.

Atas pagar berkata...

Pegawai-pegawai lalai itu semua berbangsa apa?

Bangsa Melayulah yang menyusahkan bangsanya sendiri.

Siapa makan cili, dialah yang rasa pedas.

Tanpa Nama berkata...

kassim baharum berkata...

pembangkang mmg suka menyusahkan orang. kembalilah rakyat selangor ke pangkuan BN yang meletakkan ketulusan dan agama sebagai paksi kehidupan.

Mangkuk Hayun..Kalu nak berpolitik sini bukan tempat..Pasal orang macam kaulah PA dipandang rendah..Sial

Tanpa Nama berkata...

Berita seperti ini lah menjadikan penjawat awam dipandang rendah. hanya bebarapa pekara diperbesarkan..pihak media masa seharusnya menyalurkan berita tersebut ke bahagian berkaitan untuk kepastian/tindakan. Pekara ini dapat diselesaikan masalah secara dalaman. Bagi saya pihak media masa sekarang hanya mencari publisiti(Tindakan Sudah Betul cuma cara penyelesaian tidak semestinya diperbesarkan. Kita Sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, baik di sektor awam atau pin swasta contonnya pihak berita pun ada yang melapurkan berita yang salah dan tidak tepat sehingga disaman. itu lumrah. Didalam mentramfomasikan perkhidmatan awam oleh PM kita pihak media seharusnya menyalurkan maklumat tersebut dengan berkesan. Kerjasama seperti ini dapat meningkatkan imej negara kita di mata dunia. Bagi pihak pengadu banyak lagi saluran yang lebih releven dapat disalurkan kepada pihak terbabit. Brtsama kita berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan awam.

Aree Tone WoW berkata...

mmmmmm...besa la tu..aku pn kakitangan gomen gak...apa yang perlu lakukan lain kali..daptkan tandatangan Pegawai yang kita berurusan tu...senang ada bukti...

Tanpa Nama berkata...

Perkhidmatan agensi awam selalu dikaitkan dgn sikap lalai dan lembab.

Adakah ini disebabkan majoriti (atau 100% utk sebilangan agansi sehingga perlu tutup kedai waktu hari Raya) pekerjanya ialah bangsa Melayu?

Tanpa Nama berkata...

what...angkara kelalaian petugas...ini mo kena "exit Policy" ni....

Tanpa Nama berkata...

Atas pagar berkata...
Pegawai-pegawai lalai itu semua berbangsa apa?

Bangsa Melayulah yang menyusahkan bangsanya sendiri.

Siapa makan cili, dialah yang rasa pedas.
___________________________________

tolong jangan masukkan perkauman dalam isu ni.....matang sikitlah berfikir....

Siti Zainab berkata...

UMNO akan terus bela melayu. Jangan salahkan Melayu. Pastilah Cina dan India yang dengki dan tamakkan kekayaan Melayu sehingga sanggup menipu kononnya PA terlalu ramai Melayu, padahal saya pernah jumpa Cina menjadi CC di sekolah.

PA cerdas berkata...

siapa cakap semua PA2 lalai dan lembap. tiap pagi aku poco2 depan ofis. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kassim baharum..
tahniah ! anda bangang..dan akan bangang selamanya.. pengadu merupakan anak pesara PDRM iaitu kakitangan k'jaan persekutuan dan mengadu kepada JPA iaitu jabatan k'jaan persekutuan.. ape kena mengena pembangkang dlm hal ini saudara kassim? lagi satu.. xpayah nak berpolitik kat sini..

Jawapan utk Siti Zainab berkata...

Makcik Siti Zainab,

Menipu kononnya PA terlalu ramai Melayu??

Cuba tanya JPA dan baca statistik tentang peratusan Melayu di Perhidmatan Awam.

Kan itu kaedah UMNO membela bangsanya sehingga menyusahkan bangsa sendiri.

ALA LASSIM berkata...

kassim baharum..
tahniah ! anda bangang..dan akan bangang selamanya.. pengadu merupakan anak pesara PDRM iaitu kakitangan k'jaan persekutuan dan mengadu kepada JPA iaitu jabatan k'jaan persekutuan.. ape kena mengena pembangkang dlm hal ini saudara kassim? lagi satu.. xpayah nak berpolitik kat sini..

SETUJU DENGAN KOMEN INI.
SAUDARA KASSIM MUNGKIN TAK TAU PUN APA YANG DIA MERAPU....MUNGKIN EMOSI MENGATASI KEWARASAN BERFIKIR.

Tanpa Nama berkata...

Dalam taklimat di SUK perak berkaitan SBPA bukan main lagi seorang pegawai berpangkat datuk menyalahkan kakitangan negeri yang lambat proses permohonan beliau.Tengoklah anak buah sendiri yang tak cekap tak nampak . inilah mentaliti JUSA B.di JPA

Abuya Botahek berkata...

Korang jangan ambil pot dengan Kassim Baharum tuh, aku kenal sangat dia tuh sebenar nya penyokong tegar pembangkang, cuma dia nak provoke korang semua.

norhidayu binti hassan berkata...

saudara kassim baharum..
klu anda penyokong tegar BN jgnla berpolitik kat sini..sekian...

kassim baharum berkata...

abuya botahek penyokong pas yg x guna dan berniat menjatuhkan negara dengan menyokong Israel.

semua PT N22 KUP bangga dengan gaji baru dan ini amat mampu memertabatkan maruah seluruh PA yg rata2nya begitu bangga BN dan UMNO.

saya sokong pas? ish simpang malaikat 44, kalo bukan sebab BN x dapat la N22 skang ni

Tanpa Nama berkata...

kassim baharum berkata...

semua PT N22 KUP bangga dengan gaji baru dan ini amat mampu memertabatkan maruah seluruh PA yg rata2nya begitu bangga BN dan UMNO.

saya sokong pas? ish simpang malaikat 44, kalo bukan sebab BN x dapat la N22 skang ni

Hang ni memang mangkuk hayun........peluklah BN hang tuu.......melampau ........

Tanpa Nama berkata...

sedara kassim baharum...yang duksentuh soal pembangkang tu apa kene mengenanya.hang nak sokong tu hang punya pasal.Ko ingat naik gaji ni tadak kena mengena dgn politik ke ? Oi kassim... kalau tak ade check and balance yang kuat dari parti pembangkang ko jgn mimpi dapat naik gaji macam ni.Coba kau imbau zaman BN menang selesa.Bandingkan pulak zaman skrang nyawa -nyawa ikan atas darat.Tak mintak dia bagi , tak panggil dia datang.Berpolitik matang supaya kita rakyat yang untung,selesa...bukan depa.

drmandangmichael@gmail.com berkata...

“Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.
Firman-Mu: Siapakah dia yang menyelubungi keputusan tanpa pengetahuan? Itulah sebabnya, tanpa pengertian aku telah bercerita tentang hal-hal yang sangat ajaib bagiku dan yang tidak kuketahui.
Firman-Mu: Dengarlah, maka Akulah yang akan berfirman; Aku akan menanyai engkau, supaya engkau memberitahu Aku.
Hanya dari kata orang saja aku mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang Engkau.
Oleh sebab itu aku mencabut perkataanku dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”

Setelah TUHAN mengucapkan firman itu kepada Ayub, maka firman TUHAN kepada Elifas, orang Teman: “Murka-Ku menyala terhadap engkau dan terhadap kedua sahabatmu, karena kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.
Oleh sebab itu, ambillah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan dan pergilah kepada hamba-Ku Ayub, lalu persembahkanlah semuanya itu sebagai korban bakaran untuk dirimu, dan baiklah hamba-Ku Ayub meminta doa untuk kamu, karena hanya permintaannyalah yang akan Kuterima, supaya Aku tidak melakukan aniaya terhadap kamu, sebab kamu tidak berkata benar tentang Aku seperti hamba-Ku Ayub.”
Maka pergilah Elifas, orang Teman, Bildad, orang Suah, dan Zofar, orang Naama, lalu mereka melakukan seperti apa yang difirmankan TUHAN kepada mereka. Dan TUHAN menerima permintaan Ayub.

Lalu TUHAN memulihkan keadaan Ayub, setelah ia meminta doa untuk sahabat-sahabatnya, dan TUHAN memberikan kepada Ayub dua kali lipat dari segala kepunyaannya dahulu.
Kemudian datanglah kepadanya semua saudaranya laki-laki dan perempuan dan semua kenalannya yang lama, dan makan bersama-sama dengan dia di rumahnya. Mereka menyatakan turut berdukacita dan menghibur dia oleh karena segala malapetaka yang telah ditimpakan TUHAN kepadanya, dan mereka masing-masing memberi dia uang satu kesita dan sebuah cincin emas.
TUHAN memberkati Ayub dalam hidupnya yang selanjutnya lebih dari pada dalam hidupnya yang dahulu; ia mendapat empat belas ribu ekor kambing domba, dan enam ribu unta, seribu pasang lembu, dan seribu ekor keledai betina.
Ia juga mendapat tujuh orang anak laki-laki dan tiga orang anak perempuan;
dan anak perempuan yang pertama diberinya nama Yemima, yang kedua Kezia dan yang ketiga Kerenhapukh.
Di seluruh negeri tidak terdapat perempuan yang secantik anak-anak Ayub, dan mereka diberi ayahnya milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya laki-laki.
Sesudah itu Ayub masih hidup seratus empat puluh tahun lamanya; ia melihat anak-anaknya dan cucu-cucunya sampai keturunan yang keempat.
Maka matilah Ayub, tua dan lanjut umur.

Four a roman pillar berkata...

Saya pn nk share sikit permasalahan mengenai JPA bahagian pencen ni..surat perintah dri mahkamah telah di hantar ke JPA (bahagian oencen) dan mereka sudah pon menerimanya(ada bukti fail sudah di terima)..sampai masanya pencen yg sepatutnya di block tp dh terlepas pandang dan sudah terlepas ke dlm acc penama pencen tu..tarikh pos surat perintah mahkamah pd 25/7/2014..tp si penama dpt keluarkn pencen pd 4/2/2015..dan proses hny 2 hari je dri tarikh d pencen 2/2/2015..sedangkn surat perintah ddk kt tangan diorg kt 6 bulan..sampai waktunya utk mengetahui status..pegawai bgtau tidak menerima sebarang perintah.bila tunjuk bukti pos dan sudah di terima oleh JPA diorg kata alasan "TERLEPAS PANDANG".. bayangkn 3 tahun turun naik mahkamah dengan modal banyak habis utk tuntutan hutang nafkah dengan mudahnya diorg blh cakap terlepas pandang..patut ke saya heret kes ni ke muka pengadilan..

Four a roman pillar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.