SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Mac 2012

CUEPACS ANGGAP ISU SBPA SELESAI

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2012/03/09



KAKITANGAN Imigresen Malaysia gembira selepas Najib umum 13 peratus kenaikan untuk kakitangan awam  di Putrajaya, semalam.
KAKITANGAN Imigresen Malaysia gembira selepas Najib umum 13 peratus kenaikan untuk kakitangan awam di Putrajaya, semalam.
Kongres gembira sebahagian besar tuntutan kakitangan awam dipenuhi

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap isu dan polemik mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai selepas ia dibatalkan dan penggajian diteruskan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM). Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu melegakan dan menggembirakan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara. Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi. - Datuk Omar Osman, Presiden CUEPACS. Katanya, kenaikan gaji itu adalah adil dan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam kerana SBPA membentuk jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

“Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi.

“Kalau nak ikut rasa tidak puas hati sampai bila pun masalah tidak selesai... sekarang kita kena jenamakan semua sikap kerana CUEPACS sentiasa berunding untuk menambahbaik gaji kakitangan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Omar juga gembira kerana kerajaan turut memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari pembatalan dasar SBPA.
Beliau berkata, dengan pelarasan gaji berkenaan, tidak ada lagi kakitangan awam menerima pendapatan kurang daripada gaji minimum swasta yang diumumkan antara RM800 hingga RM1,000 baru-baru ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, berkata laluan kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara.

“Langkah ini menunjukkan golongan pendidik tetap diberikan keutamaan oleh kerajaan kerana guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) pula meminta kerajaan mengawal kenaikan harga barang di pasaran selepas pengumuman Perdana Menteri supaya tidak menjejaskan penjawat awam yang menikmati pelarasan gaji serta kenaikan elaun sara hidup.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin, berkata selain itu KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan sentiasa berbincang serta berhubung rapat dengan CUEPACS dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu pada masa depan

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagai anjing dengan bayang²... yang dikejar tak dapat... yang dikendong berciciran... bodoh punya qpek...

Tanpa Nama berkata...

N17~N26 dapat la kenaikan dalam rm300~rm500..syukur,

Tanpa Nama berkata...

SAYA BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN INI..SEBAB INI YANG KERAJAAN MAMPU BAGI..ADIL DAN SAKSAMA..'REZEKI ALLAH'..

TINGKATKAN LAGI PRODUKTIVITI DAN KOMITED DALAM MENJALANKAN TUGAS. JANGAN MAKAN GAJI BUTA/MENGULAR SEBAB ORANG YANG MACAM INI WALAU GAJI NAIK BANYAK MANE PON AKAN SENTIASA RASA TAK CUKUP SEBAB TAK BERKAT..

DISARANKAN AGAR GOLONGAN2 MUDA PENJAWAT AWAM GRED 1 HINGGA 40 SAMBUNGLAH BELAJAR SAMPAI IJAZAH ATAU SARJANA DAN MOHON JADI PEGAWAI. INGATLAH PESAN ORANG2 TUA DULU2, "BELAJARLAH TINGGI2 SAMPAI SEGULUNG IJAZAH..NANTI BOLEH DAPAT KERJA GAJI BOSAR BANTU KELUARGA"..

Tanpa Nama berkata...

"Beliau berkata, dengan pelarasan gaji berkenaan, tidak ada lagi kakitangan awam menerima pendapatan kurang daripada gaji minimum swasta yang diumumkan antara RM800 hingga RM1,000 baru-baru ini"

BETUL KE KENYATAAN PRESIDEN NI.????
Rasanya ada ramai lagi pekerja awam yang memperolehi gaji di bawah RM1000 selepas kenaikan 13%, yang diumumkan oleh PM semalam, mungkin CUEPACS anggap hal SBPA selesai tapi bagi sesetengah PA, banyak lagi kelemahan yang perlu di tambah baik, CUEPACS juga harus dan perlu mendesak untuk menyergakan pembentukan suruhanjaya tersebut..untuk membuat kajian SSM tersebut, dalam pelbagai aspek, jangan hanya tersenyum memegang jawatan tinggi cuepacs duduk di podium..menunggu 10 tahun lagi baru kajian suruhanjaya selesai.

mohd raslam berkata...

Syukur tetap bersyukur tetapi rasa terkilan tetap ada.Kenapa saja guru ada timebase,bagaimana dengan kakitangan kerajaan yang lain.Kita tahu mereka teramai jika dibandingkan dengan jabatan yang lain.Tetapi janganlah pinggirkan yang segelintir.Ambil kiralah sama.Jabatan lain sambung belajar pun susah naik pangkat.Guru selesai saja,tak sampai setahun,temuduga Gred 41.Lain-lain Jabatan tunggulah sampai pencen.

Tanpa Nama berkata...

BULAN APRIL NANTI AKU NAK AMBI LOAN BANK RAKYAT GAJI DAH NAIK. LEPAS 5 TAHUN NANTI KUPEKS FIGHT GAJI NAIK LAGI PASTU AMBI LOAN LAGI HAHAHAHAHA.....

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH CUEPACS..KEMENANGAN DI PIHAK ANDA DAN KEKECEWAAN KPD TAN SRI ABU BAKAR KPPA..

Tanpa Nama berkata...

SELESAI???? blah la... kalau cikgu dapat semua keistimewaan, boleh naik pangkat time-based, 8 tahun naik gred 44, 8 tahun tahun lagi naik 48, lepas 6 tahun naik 52, 3 tahun pastu dapat 54, dapat pulak guru cemerlang, pencen pun fulus LUMAYAN la dato....
apa hal kami yang lebih 20 tahun masih 41 ni... mentang-mentang la kami ni tak bising, tak jumpa menteri, tak banyak persatuan macam cikgu-cikgi ni..

apa yang istimewa sangat guru kat malaysia ni yg ngajar 1 subject 6-8 jam seminggu? lain la macam kat negara maju tu, kalau setakat sekolah rendah tu, sorang cikgu je pegang 1 kelas, ngajar semua subject dr bahasa, math, senaman dll..

p/s aku bukan dengki, bukan derhaka kat guru yang telah mendidik aku, tapi keadilan biarlah kepada semua.. kan? kan?

Tanpa Nama berkata...

selesai kepala hotak hang bjambullll..
selesai la utk guru2..
pa yg lain pe crite?????

Tanpa Nama berkata...

DITAMBAH DITOLAK HASILNYA GURU JUGA YG UNTUNG BAYANGKAN 8 TAHUN(8+8+3 -> 41,44,48) DAH NAIK PANGKAT BERBANDING DENGAN PENJAWAT AWAM LAIN 15 TAHUN, NAMPAKNYA SEPANJANG PERKHIDMATAN KERAJAAN GURU BAKAL NAIK PANGKAT SECARA AUTO 3 KALI BERBANDING 1 KALI PENJAWAT AWAM LAIN.

KENAPA CUEPACS TAK PERJUANGKAN TIME BASE 10 TAHUN UTK PA LAIN BERBANDING 15 TAHUN SEKARANG !

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan kalau time base guru diterima pakai untuk PA lain sebagai contoh kerani gred 17 ==> 8 + 8 + 6 + 3 @ 17,22,26,27 ini bermakna seorang kerani boleh mencapai tahap Pen. Peg. Tadbir N27 sebelum pencen.

Tanpa Nama berkata...

bestnye la jd guru..
yahooooo...cti seminggu..
leh la g noreh gotahhhh..

Tanpa Nama berkata...

Yang selesai isu SBPA ni adalah NUTP , Tapi CUEPACS sendiri perlu memperjuang golongan bawahan . Time Base sekurang-kurangnya 10tahun berkhidmat @ dapat mencapai Gred maksimum dlm perkhidmatan sokongan .

Mengapa Guru saja?

Tanpa Nama berkata...

Bagi Guru sbb utama :

1. Nak pancing undi PRU13 yg kebanyakannya menyokong bulan & Keadilan.
2. Menaikkan rating menteri yg menjaga.
3. Jawatan lain dianggap tidak sepenting jawatan Guru.
4. Melawan Manifesto Pakatan Pembangkang yg memberi keistimewaan kpd Guru.
5. CUEPACS hanya menganga melihat kehebatan NUTP yg berbual bicara yg rata-rata dikatakan bijak merencana ada PHD,Master & Degree. tidak seperti CUEPACs yg hanya ahlinya tidak berpendidikan & Auta.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju time based kepada semua skim.perkara ni harus di bawa pada mesyuarat suruhanjaya tersebut

wakil skim selain skim guru berkata...

bagaimana dengan skim yang lain takkan gred tu ja dari mula keja sampai mati.sendiri mau ingatlah cuepacs.perkara ini harus dibawa keperbincangan tuntutan cuepacs yang seterusnya melalui suruhanjaya yang ditubuhkan

Tanpa Nama berkata...

jawatan khidmat pelanggan perlu dijumudkan baru adil dan saksama dng pt ... biar ada rotate bg sama merasa tk guna gred sama tp rotate tk de otak tk berkembang lansung blik2 jawap telefon sbb itu tugas utamanya ... pls pertimbangkan la agar semua pkp berasa adil dan d hargai...pls bg peluang pd kami .. sbb kami pon da penat keje angkat telefon setiap hari mood keje pon sesekali hilang entah ke mana... tk kn semata2 nk keje kerani yg sama gred ngan kami kena isi borang baru pulak kot???

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Bagi Guru sbb utama :

1. Nak pancing undi PRU13 yg kebanyakannya menyokong bulan & Keadilan.
2. Menaikkan rating menteri yg menjaga.
3. Jawatan lain dianggap tidak sepenting jawatan Guru.
4. Melawan Manifesto Pakatan Pembangkang yg memberi keistimewaan kpd Guru.
5. CUEPACS hanya menganga melihat kehebatan NUTP yg berbual bicara yg rata-rata dikatakan bijak merencana ada PHD,Master & Degree. tidak seperti CUEPACs yg hanya ahlinya tidak berpendidikan & Auta.

Jumaat, Mac 09, 2012 1:10:00 PM
-----------------------------------

Best la ayat ke 5 tu !

Tanpa Nama berkata...

AMARAN UNTUK CUEPACS:

KALAU TAK MAHU PISANG BERBUAH DUA KALI, JANGAN BIARKAN PUAK PTD YANG MERANGKA SKIM BARU TERSEBUT.

TERKENA SEKALI CUKUPLAH. PTD BUKAN SAHAJA TAMAK DAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI TETAPI JUGA MENGKHIANATI PEKERJA AWAM SECARA KESELURUHANNYA.

Ipohmai.

putera eragon berkata...

Kami pun nak juga kalau DG29 dah boleh dapat time base, U29 pun patut dapat juga. SAma juga diploma dan mempunyai kepakaran masing-masing. Cikgu masa cuti sekolah pun ikut cuti .... kita orang kerja sampai hujung tahun. Cikgu kerja setengah hari je, kitaorg kerja 8 jam sehari .... adil ke tu. Renung-renungkan.... selamat beramal!

Tanpa Nama berkata...

Sape kata cikgu tak keje kalau cuti.kami bekerja juga jika dipanggil.itu tak dikira lagi terpaksa berkursus di waktu org lain bercuti.penjawat awam lain memang kerja tetap lima hari seminggu, tapi Kami ni tak semestinya kerja 5 hari kadang kadang setiap minggu hari sabtu dipanggil ke sekolah. Itu tak masuk kerje lain macam melatih anak Murid, untuk program kecemerlangan sekolah.fikirlah kami ni bekerja dengan manusia yang bermacam ragam Dan kerenah bukan mengadap komputer yang takde kerenah.itu belum lagi nak menjawab dengan ibu bapa yang asyik nak menunding jari mencari salah guru.Cuba teliti tengok Dan kaji berapa ramai guru yang stress sampai dapat macam2 penyakit.ingatlah kalau tidak kerana guru takkan ADA yang bijak pandai di dalam dunia.

Tanpa Nama berkata...

Saya cabar yang banyak mengata guru tu cuba lah jadi guru esp guru sekolah rendah.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS SEGALA USAHA CUEPACS..SYUKUR ALHAMDULILAH PADAMU YA ALLAH...SESUNGGUHNYA SEMUA INI ADALAH DARI MU...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan syabas buat semua PA dan barisan Kepimpinan CUEPACS yang telah berjaya memperbetulkan ketidakadilan yang terkandung dalam SBPA sebelum ini...khususnya ketidakpatuhan terhadap ketetapan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh YAB PM dalam belanjawan 2012 yang lalu! Terima kasih diatas keperihatinan dan kebijaksanaan YAB PM dalam keputusan tindakan pembetulan terhadap ISU tersebut... Lastly but not least, alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah swt ! Wassalam :)

Tanpa Nama berkata...

aku bukan cikgu.nSiapa yang mengata cikgu banyak rehat, cubalah ngajar sendiri anak hampa, hampa semua tentu tau baca,nulis,ngira, cuba hangpa ngajar sendiri,bukan sampai 20 orng pun senang la nak ngajar.cikgu dalam kelas 30 org lebih.jadi 30 perangai budak.cuba hangpa ngajar sendiri sampai masuk u. aku tak sanggup nak ngajar walaupuin tiga orang. pasai tu aku serah kat cikgu yang ngajar.aku cukup bangga dengan cikgu.aku tak sanggup walau pun 3 orang anak.tapi cikgu sanggup walaupun lebih 30 orang.teruskan tugas mu cikgu.TERIMA KASIH CIKGU. BAGI KU GURU SEGALA-GALANYA.

Tanpa Nama berkata...

betul tu . mereka yang bermasalah lah yang maki cikgu...ponteng sekolah-dahkerja ponteng kerja...dulukecik meniru-bilabesar pemals ...dulu kecik malas...bilabesar curi tulang nak online tgokporno dan caci org...dulu kecik lawan guru...sekarang besar lupa budi dan warna kulit sendiri...Falsafah tak tercapai dasar tidak dicapai, pendidikan jadi pelajaran semua nak belajar akhirnya sama dengan keruntuhan akhlak dan sahsiah guru apa?apa? mereka hanya pelaksanana kepada mrkyang mendasar dan menfalsafahkan pendidikan negara. guru tidak bertindak atas situasi dan guru tidak menjadi hero dan hero serta jutawan tetapi guru dikonkong oleh SOP dan macam2 kekangan dan tekanan dalam dan luaran ... ingat guru dan murid negara bukan boleh didoktrinasikan oleh falsafah barat seperti plato dan torndike tapi kita mempunyai psikologi tersendiri yang harus kita dalami dan ukur sendiri.

Tanpa Nama berkata...

mereka di atas bukan tau siapa kita siapa kamu,makan apa minum apa,tinggal mana ada bilik? mereka jalan setahun pun mereka tak tau sebab itu mereka ambil short cut je 13% .

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman PM berkenaan pembatalan SBPA hanya menunjukkan kejayaan cuepacs untuk menurunkan gaji peringkat premier saja. Tidak lebih dari itu..

Tanpa Nama berkata...

betoi...betoi...Syukurlah dengan aper yang diberi..QANAAH!
Xyah nak maki2 guru....tak puas hati benti je kijer and isi borang masuk IPG n jd cikgu...kiter tengok goyang kaki ker @ sakit kepaler....TQ YAB PM n Cuepacs n NUTP DLL.

Tanpa Nama berkata...

insan biase.....
saya sbgai pemandu r3.baru 3tahun berkhidmat dlm kerajaan,cume yg sy bimbangkn kenaikan 13% gj baru adakah sy dgn kelayakan darjah 6 turut dpt nikmati kenaikan atau untuk PMR sahaja yang dpt nikmati kenaikan...cume nk tny presiden cuepacs adakah sy dikecualikn menerima kenaikan nanti?

Tanpa Nama berkata...

oooI SAPA KATA GURU XDE KERJA...
iSTERI SAYA GURU....
SAYA TENSION OOOO MEMANJANG XDE KAT UMAH ADA JER XTVT KAT SEK WALAUPUN SELEPAS WAKTU SEKOLAH.....
NILA TIME CUTI SEK CAMNI... ADA LAH TU... KELAS TAMBAHAN LA, KHEMAH IBADAT LA... ENTAH APA PA

Tanpa Nama berkata...

siapa hina guru tu samalah dia hina ibu bapanya yang melahirkannya,meludah kat guru ertinya ibubapanya diludahjuga dirumah

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

siapa hina guru tu samalah dia hina ibu bapanya yang melahirkannya,meludah kat guru ertinya ibubapanya diludahjuga dirumah

Sabtu, Mac 10, 2012 12:28:00 PM
_______________________ guru itu siapa? malaikat? jelmaan dari langit ?

hanya manusia bodoh menyembah guru !!
guru hanyalah profesyen. penjawat guru dibayar gaji dan imbuhan oleh kerajaan untuk mendidik dan mengajar pelajar sekolah !

kamu bukan tidak dibayar. bayaran itulah upah kamu. usah mengada-ada dan anggap diriBAIK.

bodoh ! Bahalul ! Tolol !

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa nama..

ko jangan nak pandai2 lerr kata guru sama ngan ibubapa pulak!!!xpenah lg aku dengar ayat macam tuee...
aku pun hairan nape cikgu jer yang dapat time base...habis kita yang lain ni bukan kakitangan kerajaan kerr...U29 ada orang kesah keje hari2 jaga orang sakit sampai nak makan rehat pun xdapat...korang cikgu ada juga bilik or meja sorang satu...ko pegi kat hospital tengok jururawat duduk jer la kat kaunter wad tuee...sudah la nak naik pangkat payah...mudah2 jer korang bagi kat cikgu jer kan...tolong la Tok Omar Tengok2 kan perkara macam nie...lagi satu S17 dah la keje hampir 10tahun pun masih xdapat kanan,sedangkan syarat semua dah cukup...tak kan nak kene tunggu KUP kot Tok Omar...cikgu 8tahun dah naik pangkat...Kakitangan kerajaan lain berjanggut la kene tunggu 15tahun.....Tolong la semak TOK OMAR...ok..

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu ngok...

Tanpa Nama berkata...

Abis ko ingt pa lain x berpenyakit n stress la ? Ape diorg tu x dipggil ujung bekeje emergency ke? Xkn sbb alasan xdw guru xde yg bijak pndai dlm dunia tu sbgai alasan. Tugas guru mengajar. Begitu jgk pa lain. Msing2 ade tugas diorg.. Semua pun myumbang kpd negara. Lg 1 nk kaji stress shj x adil la sbb jumlah guru pun dkt stgh juta. Forsure la peratusan nye ramai.. Guru ape cmni taip xpk.. Porraaaaa..

Tanpa Nama berkata...

Klu anda pa anda pasti naek..xkira la ape kelayakkan anda.. Selg dlm gred 1-54..

Tanpa Nama berkata...

sudah la terima sahaja kenaikan 13%.
Tak yah berdengki dgn guru. Itu rezeki masing2. Janganlah jadi PA bermentaliti dunia ke3. Untuk renungan: Semua orang rasa dia punya kerja teruk sbb itu kerja dia,dan dia rasa kerja org lain senang sbb itu kerja orang lain, dia hanya nampak jer bukan kat tempat org tuh. faham2 kan
ag

Tanpa Nama berkata...

tulah masa suruh belajar betul2 x nak...skrg saper susah....jgn nak marah guru2...kalau ckap gurtu kejer senang,knapae dulu x minta jer jadi guru?alasan xminatlah....x bestlah...skrg gaji guru besar,cepat naik gred...korg bising...korang ni umpama peribahasa sperti anjing yang menyalak dibukit...bukit x kan runtuh....melainkan sodok pakai bulldozer....hahhahahaha...yang penting gurulah yang terbaik sbb xder guru,korang sumer bodoh dan bangang.......

Tanpa Nama berkata...

mengapa hanya elaun cola yang naik tetapi elaun wilayah tak naik..?????? nampak sangat tidak berlaku adil kepada rakyat sarawak/sabah... tetapi takpa... pru13 nanti kami akan mengadilinya...!!!!!!!!!

bekas presiden GPMS berkata...

dengan ini.....

saya.....

mengumumkan.....

bahawa......

kemelut SBPA.....

sudahpun.....

berakhir......


najib patut baca stail macamtu serupa macam kenyataan dia masa isu kepimpinan GPMS tahun 2006 dulu. hahahah

Tanpa Nama berkata...

BILA NAK DAPAT GAJI BARU????
MACAM X COMFORM JE NAK BAGI..