SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mac 2012

GABUNGAN CUEPACS KECEWA SBPA DIMANSUH

Sinar Harian
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
9 Mac 2012



KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), salah satu gabungan Cuepacs, kecewa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan dan menganggap keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, sebagai satu langkah mengundur ke belakang.

Setiausaha Agung MTSU, Samuel Devadasan berkata, SBPA sebelum ini lebih menjanjikan satu sistem gaji yang lebih menarik, tidak seperti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah lama diguna pakai.

"Telah menjadi pendirian Cuepacs selama ini untuk menamatkan SSM dan kami difahamkan satu MoU antara Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah ditandatangani pada 28 Disember lalu.

"Kami mahu pihak-pihak yang terlibat mendedahkan isi kandungan MoU berkenaan kerana difahamkan pakej yang dibincangkan lebih menarik," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Beliau berkata, MTSU merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar SBPA dikekalkan dengan penambahbaikan supaya borang opsyen, memilih antara SBPA dan SSM, yang ditandatangani Januari lalu dihormati.

"SBPA telah memberi semangat baru kepada ramai penjawat awam. MTSU berharap agar SBPA dapat dilaksanakan dan SSM dibatalkan," katanya.

Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pembatalan skim SBPA.GABUNGAN

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MTSU HANYA MEMBELA HANYA GRED J!!! BUKAN KESEMUA GABUNGAN GRED.

PEMBANTU PENILAIAN DAN PEMBANTU KAJIBUMI JUGA BERGABUNG DENGAN KESATUAN MTSU DAN JADI AHLI MTSU.TETAPI HABUK PUN TAKDAK.MALAH LEBIH TURUNTARAF, MMG PATUT SBPA BATAL!!

Tanpa Nama berkata...

sokog............ sbpa dibatalkan. Yang nak sbpa diteruskan mestilah orang yang baru kerja dan jawatan-jawatan tertinggi sebab gaji dioranglah yang banyak naik dalam sbpa. Jangan Pentingkan perut sendiri wok..

kakitangan sokongan BERIJAZAH berkata...

ada beberapa benda dalam SBPA yang boleh digunakan semula (kitar-semula), diadun dengan SSM sedia ada, akhirnya dibuat sistem/skim baru yang mengadunkan perkara-perkara positif dalam kedua-dua sistem tersebut.

sebagai contoh, penggunaan nombor gred dalam SBPA seharusnya digunakan, sebab ianya merapatkan jurang kumpulan sebab 1 dengan 2 tak jauh berbeza berbanding dengan 29 ke 41. orang akan nampak gred 38 dengan 41 masih lagi jauh sedangkan gred 38 tu dah masuk kategori super-senior. sebaliknya 2-4 dengan 1-1, orang akan tahu bahawa 2-4 tu dah berpuluh tahun kerja, sedangkan 1-1 tu hingus pun tak habis kering lagi, keluar universiti, isi borang SPA, dapat kerja.

Tanpa Nama berkata...

sokong la SBPA dibatalkan sbb MTSU hanya membela gred J saja!

Goodbye SBPA..

Tanpa Nama berkata...

1-1 tu hingus pun tak habis kering lagi, keluar universiti, isi borang SPA, dapat kerja.

================================
Kau jgn mengutuk 1-1 tu tak kering hingus lagi tau...ada yg dah berpuluh tahun keje cuma baru je dpt gred tu sbb sambung belajar.

Hingus keluar tu bukan ape....air dah naik kepala aje tu...dan kluar ikut hidung...itu aje

Tanpa Nama berkata...

"SBPA telah memberi semangat baru kepada ramai penjawat awam"

_________________________

kepala hotak ko. ko gred J boleh lah cakap mcm tu.

er berkata...

bagi aku la pulak.JPA patut selaraskan pemberian elaun kritikal 15% drp gaji pokok kepada semua staff yang perkhidmatannya kritikal juga di hospital kerajaan. skrg ni hanya bagi kepada jururawat u29 jer. Bagi la juga elaun kritikal tu kepada juru xray, fisioterapi, pembantu farmasi dan juruteknologi makmal. Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

Tanpa Nama berkata...

Buatlah kajian yang menyeluruh tentang kenaikan Pangkat secara Time Base untuk semua ktagn Awam khususnya kumpulan Perlaksana sehingga mereka mendapat Gred di maksimum .
Jangan hanya memberi kepada beberapa golongan sahaja menampakkan double Standard sebagai Contoh Skim Perguruan .
Ini boleh dilakukan penambahbaikan berkhidmat lebih 10tahun dahulunya 15tahun.

Biarlah Keadilan untuk Semua.

Tanpa Nama berkata...

Apa ni SU MTSU ,, tak masuk mesyuarat kongress ke statement tak bijaksana, atau sengaja nak cari publisiti murah. CUEPACS tahu apa yang buat. Segala kebaikan SPBA akan diambil pakai dalam SSM ubahsuai . Jangan bimbang SU MTSU

Tanpa Nama berkata...

Betoi tu. Kami Juru Xray pun "direct contact" dgn pesakit. Kene radiasi lagi. Ingat blh main ke radiasi. Mcm kami di radioterapi, jururawat U29 dapat jugak cuti radiasi, kenape juru xray tak dpt elaun kritikal? Kami tak rawat pesakit biohazard ke? Kami pun rawat la. Mentang2 kami punya union tak kuat. Ini tidak adil!

Tanpa Nama berkata...

kau org yang setuju sbpa batal ni semua takut dgn tugas yang baru dlm sbpa jang cakap j ja kumpulan sokongan 2 pun dapat naik geret terbatal sbpa tinggal lah angan-angam dgn pangkat lama tampa nampak kenaikan gaji yang baru kalau 13% gaji dah santak habis dapat lah setakat tu ja ni cuma cadangan yang sesuai utk org yang dah nak pencen ja yang suka sbpa batal tampa melihat berapa tahun lagi yang org nak berkhidmat lagi kalau gaji dah santak habis

Tanpa Nama berkata...

kenapa korang pertikaikan jwtn juruteknik, pelukis pelan, pembantu pertanian yg naik gred dlm SBPA? korang tau tak jwtn SO (pen peg tanah), pembantu siasatan SPRM, PT kesetiausahaan, tukang masak N1 melompat ke N17 tanpa SPM (PMR pun ada yg xde) dah naik gred mulai thn 1 jul 2009. Diorang tu diploma ke sijil pun xde. Boleh naik gred gak korang pertikaikan la biar diorang tu turun balik ke gred 17. korang dengki ko tak dpt biar semua tak dpt.

Tanpa Nama berkata...

kenapa pihak Cuepacs & JPA berdiam diri setelah sbpa dibatalkan sbpa harus dipertahankan penambahbaikan pengubahsuaian dalam sbpa mengambil masa terlalu lama sehingga tidak ada keputusan dicapai sebab itulah dibatalkan.

Tanpa Nama berkata...

MTSU gred J sebab tu dia kecewa, sebab SBPA gred J17 dijumudkan jadi j27. kesian diorg kan...wakaka

Tanpa Nama berkata...

Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BELAH LA LU. KALU DAH NAK SAMBIL LEWA BERENTI KEJA GOMEN,,,SEJUTA LAGI KAT LUAR SANA NAK KEJA TEMPAT KAU TU,
TAMAK-PENTING DIRI-SIJIL CIPUT- HELLO TAMBI, KALU MAU LEBIH PEGI BERNIAGA LA. KASI MELAYU EKONOMI KUAT.
TAK PUAS HATI SAJA MAU SAMBIL LEWA. RAMAI LA KAT LUAR SANA NAK MOHON KEJA LU TU.BERENTI SEKARANG....PI KEJA LAIN. ADA BERANI...ADA TULUR KA.

Tanpa Nama berkata...

Pergggggggh la MTSU...mentang-mentang Gred J dinaikkan dari 17 ke 27, suka lah SBPA dilaksanakan...keuntungan untuk golongan engkau orang je, tapi tidak keseluruhan kakitangan awam..
Skim lain tiada manfaat nyer dengan SBPA..
kami sokongggg....SBPA dibatalkan..
Hidup YAB Perdana Menteri
Hidup CUEPACS....

Datuk berkata...

MTSU - jangan pentingkan dan fikir perut sendiri. apasalahnya kita sama2 sbg PA menikmati apa yang diberikan Kerajaan dengan saksama..

Apapun thnks to PM sbb batalkan SBPA..

usssooong!!! berkata...

banyak dah masok jarum politikal. semua sama ni

Tanpa Nama berkata...

mtsu..baik ko kuar dr cuepacs.....cit..

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM IAITU KAKITANGAN AWAM SELURUH NEGERI DIUTARA TANAH AIR ADALAH DIJEMPUT HADIR MENDENGAR TAKLIMAT DARI PRESIDEN CUEPACS ISU PEMBATALAN SBPA/KEKAL SSM,APAKAH KESUDAHANNYA,APA MAKSUD GAJI MINIMUM/MAKSIMUM,ADAKAH HAD GAJI INI KEKAL?BILA BERMULA GAJI BARU.

tarikh: 19 .3.2012(ISNIN)
tempat:dewan budaya usm.
Jam :8.30 pagi

Datanglah beramai-ramai ke USM untuk mendengar/menanya soalan kepada Presiden Cuepacs Malaysia( Dato Omar )disesi Dialog yang aakan ke Udara.Penuhilah dewan budaya dengan semangat Malaysia Boleh untuk menunjukan sokongan kepada Ybhg Dato Omar Selaku Presiden Cuepacs yang bersusah payah menyelesaikan isu gaji kepada penjawat awam.sebarang masalah hubungi 0164701519( Mat Yusof)s/u Cuepacs cawangan Pulau Pinang)

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nama pun dah " Devadasan " kompem la suka berbeli2 nama pun dh k****g

Tanpa Nama berkata...

PM kata skim yg baru ni lebih baik atau sama dengan SBPA. tapi sama ke bagi skim gred J17? Pasal gred lain sy tak mau ckp. kalau sbpa j17 ditukar ke j27 gaji pon dah jadi lain. kenaikan tahunan pon tinggi. MTSU dgn cuepacs kena buat sesuatu.

Tanpa Nama berkata...

klu SBPA aritu gred naik 27,gaji naik rm300 lebih..ujung-ujung SBPA dah xjd plak..dah la gred x naik gaji naik pun x sampai rm100....hampehhhh..!!