SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Mac 2012

PELARASAN GAJI SSM TURUT DINIKMATI PENJAWAT AWAM DI TANGGA GAJI MAKSIMA - CUEPACS

Bernama
9/3/2012


KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

"Mekanisma pelarasan dan butiran terperinci akan kita bincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti," kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman ketika dihubungi Bernama Khamis.

Najib hari ini mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik selain mengumumkan pelarasan gaji di antara tujuh peratus dan 13 peratus bagi penjawat awam mengikut gred.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Omar berterima kasih kepada Perdana Menteri bagi pihak penjawat awam di atas pengumuman tersebut dan meminta penjawat awam agar bersabar dengan pelaksanaan pelarasan gaji tersebut.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berkata keputusan membatalkan SBPA dilihat sebagai tindakan bijaksana yang memberi keadilan kepada semua pihak.

"Mungkin ada pihak yang kurang puas hati dengan keputusan ini, namun kita perlu rasional bahawa kerajaan dalam masa yang sama tidak mampu memuaskan hati semua pihak," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Khairil Niza Khairuddin yang menyambut baik pelarasan gaji itu bagaimanapun mahu kerajaan bertindak mengawal kenaikan harga barang di pasaran supaya tidak menjejaskan kenaikan gaji penjawat awam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata pembatalan SBPA adalah bukti kerajaan mengiktiraf dan memahami beban rakyat terutamanya penjawat awam.

"Sistem negara moden memperuntukkan kerajaan perlu mengambil kira dan pandangan dari pihak peniaga mahupun masyarakat sivil dan pembatalan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri kita telah mengotakan janjinya sebelum ini," katanya.

Anggota tentera Saiful Azmie Mohammed, 35, yang bakal menerima kenaikan gaji 13 peratus berkata pembatalan SBPA adalah satu tindakan yang wajar.

"Anggota beruniform seperti saya yang berada dalam kumpulan antara gred 42 hingga 44 tidak ada bantahan dengan pembatalan dan kenaikan gaji," katanya.

Seorang guru Mohd Sanusi Ismail, 46, berkata penjawat awam perlu bersyukur dengan kenaikan tersebut dan tidak patut mengeluh mahukan gaji yang lebih tinggi daripada kerajaan.

"Jumlah kenaikan telah diputuskan, saya tidak kisah kerana bagi saya mudah, jika kewangan kerajaan mampu dan ada bajet lebih, sudah pasti rakyat dan penjawat awam orang pertama yang akan menerimanya," katanya.

Pensyarah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Zariyawati Shaari, 32, berkata pembatalan SBPA mempunyai kebaikan dan keburukan.

"Saya menerima kenaikan 13 peratus, namun masih terlalu awal untuk menilai dan terdapat beberapa isu yang masih tidak jelas mengenai pembatalannya.

Penolong Pentadbir Tanah Ahmad Fayadh Abdul Manap, 26, pula kecewa dengan pembatalan SBPA.

"Saya rasa SBPA ini memberi satu fasa baru kepada penjawat awam secara keseluruhannya. Sepatutnya SBPA yang perlu ditambah baik bukan SSM yang dikekalkan.

"Perlu diingatkan bahawa mereka yang mendapat kenaikan gaji berdasarkan skim SBPA merupakan pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik setimpal," katanya.

Beliau berkata kenaikan gaji pegawai kerajaan melalui skim SBPA secara tidak langsung boleh membantu mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan ketika menuntut di institut pengajian tinggi sebelum ini.

Kakitangan Majlis Perbandaran Bentung A Kalaichalvi, 32, berkata beliau berpuas hati dengan pengumuman hari ini kerana jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan nasib kakitangan awam terutamanya golongan bawahan.

Wan Othman Deraman, 55, dari Majlis Daerah Besut berpendapat pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga 54 merupakan keputusan yang adil untuk semua penjawat awam.

"Pemansuhan SBPA pula kembali merapatkan jurang antara pegawai atasan dan kekananan," katanya.

Mohd Noor Shukor, 54, yang bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Perak pula beranggapan ia sesuatu yang adil dan saksama dan dapat menghapuskan segala kritikan terhadap kerajaan sejak SBPA diperkenalkan.

"Terima kasih Perdana Menteri kerana memberi khabar gembira dan berharap semua berpuas hati dan membalas jasa baik kerajaan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Petugas Jabatan Imigresen Johor Kee Siew Lan, 28, pula mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar setiap masalah yang dihadapi penjawat awam dan pemansuhan skim itu merupakan langkah tepat demi memastikan penjawat awam terus memberi komitmen dalam mutu kerja.

Di KEMAMAN, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pembatalan SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik adalah pilihan terbaik yang diberikan bagi penjawat awam.

"Kakitangan awam patut berpuas hati dengan apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS sehingga Perdana Menteri sanggup membatalkan SBPA itu untuk memberi kepuasan kepada kakitangan kerajaan.

"Ini menunjukkan kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan serta mendengar masalah rakyat," katanya. Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kira-kira 4,000 penjawat awam termasuk berstatus kontrak di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menerima kenaikan antara 7 hingga 13 peratus itu mengikut tarikh penyelarasan yang ditetapkan kerajaan pusat.

Katanya penyelarasan tersebut merupakan satu kenaikan yang wajar dan sebagai motivasi agar penjawat awam di negara ini dapat meningkatkan produktiviti negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. -- BERNAMA

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Y.Bhg.Presiden Cuepacs.Saya berharap berita ini adalah yang terbaik pada awal tahun ini kepada semua penjawat awam. Mari kita laksana dasar perkhidmatan awam negara demi rakyat. Mari kita beri khidmat terbaik kepada rakyat dengan senyuman dan ikhlas hati. Kerana kita penjawat awam ialah juga rakyat. Dari rakyat kepada rakyat. Syukur. Malaysia maju, rakyat selamat. Amin ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

tahniah cuepacs
harap dapat teruskan lg semakan skim imigresen,kastam,jpj,bomba,akauntan agar lebih sesuai dgn tugas yg dipikul...

Bukit Tumbuh berkata...

Saya amat setuju dengan pembatalan SBPA.Bagaimana pula dengan pekeliling-pekeliling yang berkaitan SBPA?batal ke tidak?sebagai contoh Progran Tranformasi minda.PTM. dan prospek.....?

Jay berkata...

Sabar dulu...kena tengok hitam putih dari JPA, baru boleh komen.

Nanti macam SBPA...Cuepacs kejap sokong...kejap bantah...!

Nanti bila komen banyak...SSM pulak kena batal, kena ikut SSB...

Kredibiliti kerajaan terjejas kerana keputusan yang FLIP FLOP ini.

Apapun sebagai PA saya semua setuju...cuma kenaikkan pangkat ikut time base kepada guru perlu diperluaskan ke PA lain...

Guru dapat 8 tahun...PA lain pun kena dipertimbangkan juga untuk time base...sama macam guru 8 tahun atau paling kurang pun 10 tahun.

Jangan kerana nak menjaga hati 400ribu ahli NUTP...kerajaan melupakan lagi 900ribu PA lain.

Kami PA hanya ada elaun standard EKA, COLA, BITP yang juga dinikmati guru...elaun-elaun lain tiada, sekurang-kurangnya jika ikut time base, boleh meningkatkan taraf hidup kami.

HANG LI PO berkata...

JANGAN TERTIPU DENGAN HELAH LICIK PM, UMNO DAN BN. MEREKA PAKAR TIPU MENIPU...PUTAR SANA PUTAR SINI..DI BERI RM100...AMBIL...DIBERI RM200...AMBIL...DIBERI RM500...AMBIL...PRU-13...UNDILAH PAS...PKR...DAP...PM DAN TPM TIPU DAYA DIDAHULUKAN...MUSLIHAT DIUTAMAKAN...

LHDN berkata...

sila bayar income tax melalui efilling.
harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Buat rakan2 semua saya ingin ingatkan. Usahlah terbawa2 mesej politik kat laman sembang ini. Tolonglah. Ini ialah saluran info untuk penjawat awam.Cakaplah apapun dengan disertai budibahasa budaya kita. Siapalah kita disini dan apatah lagi nanti kita disana.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Kalau CUEPACS tidak komplain tempoh hari sudah ramai PA menikmati kenaikan gaji yang lebih baik dalam jangka masa panjang. Tapi kerana HASAD DENGKI punya pasai....hahaha padan muka. Duduk lah kita pada takok yang tu sahaja. Apa-apa pun PADAN muka CUEPACS yang kononnya memperjuangkan hak PA ...tetapi sebenarnya DIA TAK TAU APA YANG DIA BUAT...

Nak ketawa skit kat CUEPACS
...kalau gaji RM1000 naik 13% jadi berapa..?
...kalau gaji RM6000 naik 13% jadi berapa..? kah..kah itu kah yang dikatakan "memperjuangkan hak PA" ..

Khamis, Mac 08, 2012 7:28:00 PM
oooooooooooooooooooooo

mata gaji akhir sbpa adalah lebih jauh tinggi daripada daripada kenaikkan 13% ni....cuba semak dan bandingkan....carilah presiden kupek yg cerdik sikit ...ini mengira pun tak tau...heeee

Tanpa Nama berkata...

dah nk batal..batallah semua..org malas keje tk perlu risau no exit policy yeahh..padan muka org yg rajin atau belasahan bos..gaji kita sama je ..sbpa telah batal..kita curi tulang!markah lnpt tk dikira lg..cuepacs tbaek dr ladang..

pekerja kontrak dalam dilema berkata...

macam mana dengan pekerja awam yang berstatus kontrak di negeri lain? adakah akan mendapat kenaikan yang sama seperti di melaka? mintak penjelasan..

PEKERJA KONTRAK KEMENTERIAN berkata...

HARAP CUEPACS AMBIL PERHATIAN PADA PERMASALAHAN PEKERJA KONTRAK SEPERTI KAMI.... HARAPAN KAMI SUPAYA KAMI MENDAPAT FAEDAH YANG SAMA SEPERTI PEKERJA KONTAK DI MELAKA...

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana jew ler..

Tanpa Nama berkata...

betulll...presiden tk cerdik dilantik,bkn pandai sgt baca tangga gaji...kalau banding sbpa dh rancang semua dh..tp presiden bangang!last jangka panjang rugi besar..

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi dengan segala yg di perjuangkan CUEPACS ? Kalau anda prihatin, sebenarnya beberapa tahun mutakhir ini, TIDAK ADA satu pun tuntutan CUEPACS diterima kerajaan. Betul tak dalam isu SBPA, CUEPACS minta ianya ditambah baik dg cara lebih adil? Tapi akhirnya SBPA dibatalkan. Itu bukan kejayaan CUEPACS namanya. Itu kegagalan !!! Saya ulangi kegagalan. Kita patut menangani masalah, bukan lari daripada masalah. Saya rasa tak payah ada CUEPACS lagi baik. Biarkan JPA dan kerajaan buat keputusan sendiri membabitkan PA.

Barangkali SU Agung CUEPACS boleh ambil alih kerusi Presiden. Sebagai SU pun, beliau boleh berjaya dalam tuntutan membabitkan guru. Saya penuh yakin, beliau ada skill untuk bertindak.

mazlan berkata...

Nak ketawa skit kat CUEPACS
...kalau gaji RM1000 naik 13% jadi berapa..?
...kalau gaji RM6000 naik 13% jadi berapa..? kah..kah itu kah yang dikatakan "memperjuangkan hak PA" ..


------------

Rasanya ko yg xtau kira... xtau apa2 baik diam je la...

Tanpa Nama berkata...

YANG KAYA MAKIN KAYA. YG KAYAP MAKIN KAYAP. TQ!

Tanpa Nama berkata...

spba gaji saya naik rm400++ disebabkan kenaikan pangkat tp ssm naik rm221 je... terasa juga weiii...

Tanpa Nama berkata...

SEBANYAK MANA PN GAJI....ANDA XKN MERASA CUKUP PN....SO TERIMA LA SEADANYA...JJI DARI HASIL YG HALAL,PANDANG LAA MEREKA YG DIBAWAH KAMU...INSYALLAH.D PERMUDAHKAN SEGALANYA.....AMIN

Tanpa Nama berkata...

Anggota beruniform seperti saya yang berada dalam kumpulan antara gred 42 hingga 44 tidak ada bantahan dengan pembatalan dan kenaikan gaji," katanya.

memang puas hati la..sebab tak makan gaji sama dengan orang bawah gred dia...kalau sbpa tak dibatalkan tentu dia terasa pangkat dia seperti orang bawah dia.... mungkin ni la punca nya di batalkan kakakakaaa

Tanpa Nama berkata...

mainan politik....................

Tanpa Nama berkata...

Nak ketawa skit kat CUEPACS
...kalau gaji RM1000 naik 13% jadi berapa..?
...kalau gaji RM6000 naik 13% jadi berapa..? kah..kah itu kah yang dikatakan "memperjuangkan hak PA" ..


------------

Rasanya ko yg xtau kira... xtau apa2 baik diam je la...

Jumaat, Mac 09, 2012 6:03:00 PM

-----------------------------------
Setuju....
Memang la akan ada byk beza 13% di 1000 dan 6000...
Padan la org gaji 1000 tu gred apa dan baru kerja berapa lama...??
dan org gaji 6000 tu gred atas dan dah senior...mana la boleh dibandingkan.
Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing2 berdasarkan gaji yg dia dpt tu....so yg 1000 tak boleh la bising yg kat 6000...

WhoAmie ItisMei berkata...

Memang la akan ada byk beza 13% di 1000 dan 6000...
Padan la org gaji 1000 tu gred apa dan baru kerja berapa lama...??
dan org gaji 6000 tu gred atas dan dah senior...mana la boleh dibandingkan.
Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing2 berdasarkan gaji yg dia dpt tu....so yg 1000 tak boleh la bising yg kat 6000...

berdasarkan pernyataan diatas.. apa yang perlu kita fikirkan adalah generasi akan datang.. iaitu anak dan cucu serta keturunan kita.. usah difikirkan apa yang akan kita terima.. kalau yang dah lama berkhidmat tu paling maksimum cuma ada 5 ke 10 tahun tempoh perkhidmatan sahaja lagi... tetapi apa yang akan berlaku dengan anak dan generasi kita... sanggupkah kita melihat generasi kita merasa sengsara... disebabkan kebodohan dan keangkuhan kita yang tidak boleh menerima perbezaan senioriti... dan tempoh perkhidmatan...

.... fikirkan untuk 10 ke 20 tahun akan datang bukannya hari esok sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Nak ketawa skit kat CUEPACS
...kalau gaji RM1000 naik 13% jadi berapa..?
...kalau gaji RM6000 naik 13% jadi berapa..? kah..kah itu kah yang dikatakan "memperjuangkan hak PA" ..

ko kuar dgn spm/pmr nak gaji ijazah ke???
Ko keja minta dgn spm dapat gaji SPM lah...

org dah keja 10tahun ko keja baru 10hari nak gaji mcm 10tahun ke??

x tahu ler ko dah ada PHD tahu kira betol salah

Tanpa Nama berkata...

Memang la akan ada byk beza 13% di 1000 dan 6000...
Padan la org gaji 1000 tu gred apa dan baru kerja berapa lama...??
dan org gaji 6000 tu gred atas dan dah senior...mana la boleh dibandingkan.
Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing2 berdasarkan gaji yg dia dpt tu....so yg 1000 tak boleh la bising yg kat 6000...

berdasarkan pernyataan diatas.. apa yang perlu kita fikirkan adalah generasi akan datang.. iaitu anak dan cucu serta keturunan kita.. usah difikirkan apa yang akan kita terima.. kalau yang dah lama berkhidmat tu paling maksimum cuma ada 5 ke 10 tahun tempoh perkhidmatan sahaja lagi... tetapi apa yang akan berlaku dengan anak dan generasi kita... sanggupkah kita melihat generasi kita merasa sengsara... disebabkan kebodohan dan keangkuhan kita yang tidak boleh menerima perbezaan senioriti... dan tempoh perkhidmatan...

.... fikirkan untuk 10 ke 20 tahun akan datang bukannya hari esok sahaja..

CONTOH KO KENA FIKIR :
SEKOLAH JIKA CIKGU BERSALIN CUTI 90HARI BOLEH ADA CIKGU GANTI DIKALANGAN BUKAN CIKGU ATAU LEPASAN UNIVERSITY.

TAPI KALAU KAT HOSPITAL SEORANG DOCTOR PAKAR BERSALIN,DOCTOR BIASA TIDAK BOLEH GANTI TEMPA DIA ATAU AMBIL ORANG BUKAN KALANGAN BUKAN MEDICAL.

JADI ISU GAJI BUAT APA NAK PERTIKAIKAN DENGAN SENIORITI.

ADA SYARIKAT SWASTA AMBIL LEPAS UNIVERSITY BAYAR DENGAN GAJI CEO.

Tanpa Nama berkata...

KAMI YANG CONTRACT FOR SERVICE MACAM MANA? KAMI PUN PENJAWAT AWAM JUGA.ADA ANAK BINI NAK BAGI MAKAN.