SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Mac 2012

SURAT HANTAR SURAT TAWARAN KEPADA 7,000 PEMOHON

Berita harian
2012/03/22



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

Pelantikan kepada pemohon yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41 sebelum ini ditangguhkan kerana kontroversi skim berkenaan.
Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata penyelesaian itu dilakukan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA.
Katanya, sebelum ini SPA terpaksa menangguhkan pelantikan itu selepas kerajaan mengkaji semula SBPA dan mengarahkan pasukan petugas kajian semula itu mengemukakan laporan dalam tempoh tiga bulan iaitu sehingga April.

“Selepas kerajaan membatalkan SBPA pada 8 Mac lalu, kita mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai berkenaan secara berperingkat bagi membolehkan mereka melapor diri kepada jabatan masing-masing.

“Pada masa sama, SPA juga sedia menerima dan memproses permohonan baru daripada orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan terbabit,” katanya selepas memperkenalkan barisan pemain Pasukan SPA FC yang akan menentang Kelantan dalam suku akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Beliau yang juga Presiden SPA FC berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pembatalan SBPA dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan menjejaskan proses pelantikan baru penjawat awam di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan ketika ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden SPA FC merangkap Timbalan Setiausaha SPA, Datuk Ramli Juhari dan Ketua Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil.

Semua permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan dibuat secara dalam talian menggunakan borang pendaftaran pekerjaan di sektor awam menerusi laman web rasmi SPA.

Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan SBPA, pelantikan baru ke sektor awam ditangguhkan sementara.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lantik anak sendiri jadi PTD.. hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

1. bapak borek anak rintik
2. mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi

begitulah kisahnya. kah kah

ANTI PTD MASUK GUNA KABEL berkata...

lepasni hampir semua lantikan untuk kumpulan P&P akan ditapis menggunakan peperiksaan:

http://www.spa.gov.my/Portal/Jadual_Peperiksaan

inilah yang terjadi apabila PTD ingin memPTDkan perkhidmatan awam. kononnya semua skim perlu dilantik ikut cara mereka dilantik

dan kononnya skim PTD adalah role model.

tak mustahil lepas ni semua skim akan perlu menghadiri DPA lepas dilantik.

sudahnya nanti semua skim akan mempunyai perangai seperti PTD. stereotaip.

Tanpa Nama berkata...

ke mana tumpah kuah kalau tidak menggunakan kabel dasar laut.. Bapak lantik anak jadi PTD..

kakitangan sokongan BERIJAZAH berkata...

sekarang ni banyak pos diploma dan ijazah perlu hadir peperiksaan, seterusnya PAC dan akhirnya temuduga.

ini semua disebabkan banyak pos diploma dan ijazah yang diambil sebelum ini semuanya kualiti sampah. malah yang mencipta kaedah "myrecruitment" sebegini juga datangnya dari sampah.

yang jadi mangsa adalah pemohon baru dan sedang berkhidmat yang memohon jawatan lain / KPSL.

patut sampah-sampah ni dibuang dulu dari perkhidmatan, baru diperkenalkan kaedah baru untuk lantikan dalam perkhidmatan.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya SU Agung Cuepacs yang juga SU Agung NUTP ...bila pula Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran nak keluarkan surat tawaran perlantikan kepada 15,000 orang guru PPLD yang dapat ijazah kerana dengar citer urusan kenaikan pangkat ke DG41 di batalkan.Ada yang dah lulus temuduga lebih dua tahun tapi tidak dilantik-lantik....

Tanpa Nama berkata...

cucu lamien sawiyo nanti pun akan jadi PTD.

tungguuuuuuuuuuuu!!!!

M 17 berkata...

Tanpa Nama berkata...

cucu lamien sawiyo nanti pun akan jadi PTD.

tungguuuuuuuuuuuu!!!!

Jumaat, Mac 30, 2012 2:38:00 PM


cucunya akan jadi PTD setelah anaknya yang sekarang ni jadi SU SPA. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Awal tahun berebut-rebut guru-guru yang dah tamat pengajian mengisi borang untuk kenaikan pagkat tanpa perlu temu duga.kalau tak silap ada 2 borang berbeza.Akhir-akhirnya,dibatalkan pula.Kenapa perlu ada temu duga sedangkan memang sudah bekerja dan menjawat jawatan guru.hanya gred perjawatan yang bertukar.Beribu-ribu guru kecewa dengan pembatalan ini.Dah lah kena tinggalkan kelas semata-mata nak ditemudugakan.Yang bagi temu duga pula buat tuntutan beribu-ribu ringgit.hanya membazirkan wang rakyat.Kalau betul pembatalan ini,tak hairan PRU akan datang guru-guru x turun mengundi.

Tanpa Nama berkata...

Masalah tanah di Sabah tidak akan berakhir selagi UMNO/BN masih memegang tampuk pemerintahan kerana selama ini memang mereka tidak pernah mendengar masalah Rakyat Sabah. Rakyat Sabah harus memandang perkara dengan serius kerana ia nya membabitkan masa depan Generasi masa kini dan akan datang. Kami menyeru agar Pihak NGO dan Pihak Pembangkang supaya dapat mengetengah Isu ini agar di berikan perhatian oleh Masyarakat Umun dan kerajaan yang selama ini menafikan Hak Rakyat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.

Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh Najib.

Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.

Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap Najib, Zambry dan Adun-Adun ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.

Najib menyangka ‘rakyat Perak mudah lupa’. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak.

Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya.

Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk.

Tanpa Nama berkata...

Ura ura Cuepacs nak bincang kes Kumpulan sokongan ada diploma/degree.sekarang kerja guna Sijil INSPEN.Harap JPA tengok masalah ini supaya mendapat peningkatan dalam kerjaya,harapan kami mendapat keutamaan.

*#TEMUDUGA LEBIH BAIK OLEH SPA,DAN ELOK SERTA PRAKTIKAL,BARU JPPH DAPAT PEGAWAI PEGAWAI YANG BERWIBAWA/KETERAMPILAN/RAJIN/BERWAWASAN BUKAN PEGAWAI PEMALAS MELALUI CARA YANG DICADANGKAN OLEH CUEPACS*.#*